Sunday, September 28, 2008

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum sahabat-sahabat ana...ana doakan semuanya dalam keadaan sihat sentiasa, mcm mana dengan persiapan raya? RamadhAn akan pergi meninggalkan kita dalam masa dua hari lagi ( sedihnya ana...) pada mulanya ana bercadang untuk mengeluarkan entry ucapan hari raya ini pada malam raya..sebab masa tu perasaan nak menyambut hari raya paling dirasai, tapi ana fikir-fikirkan, renungkan-renungkan sempat ke ana nak berblog dimalam raya?? pasti pada waktu itu tak menang tangan ana dibuatnya, tolong umi mengemas rumah, memasak, dan macam-macam lagi yang kebiasaannya akan dilakukan menjelang raya, semua sahabat sendiri tahu..

Oleh itu ana rasa inilah masa yang sesuai ana nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua sahabat, samaada yang jauh dimata mahupun dekat dimata. Nanti jemputla datang rumah, insyaALLAH mengikut perancangan keluarga ahli keluarga ana akan beraya di Permatang Pauh ( rumah nenek sebelah abi) dan pada hari raya kedua di Nibong Tebal ( rumah nenek sebelah umi), tapi ana tidak ikut sekali pulang ke kampung kerana ana harus pulang ke Uitm pada 5 Oktober 2008 seawal jam 8 pagi. Nampaknya ana hanya dapat bersama umi dan abi pada hari raya pertama sahaja.

Pada hari raya ketiga ahli keluarga ana akan pulang kerumah di Selangor. Kepada sahabat yang ingin beraya dirumah ana datangla pada hari raya keempat. InsyaAllah ana bersama ahli keluarga dapat melayani tetamu yang datang.

Dikesempatan yang ada diruangan ini ana Khadijah Binti Abd Muthalib mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada sesiapa yanga mengenali diri ini. Maaf zahir dan Batin diatas segala keterlanjuran kata dan perbuatan yang ana lakukan meninggalkan kesan tidak selesa dihati sahabat-sahabat semua, samaada ana lakukannya didalam keadaan sedar mahupun tidak.


p/s: Buat semua classmate ana ISD5E1, raya2 jugak! ingat nnt naik cuti raya, banyak test (imd 302, imd 305, imd 301, imd 304), presentation, dateline antar esemen menanti kita...jangan lupa study k!! all the best to all

Ya Allah Jagalah Cintaku



Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui jihad dan syahid di jalanMu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga terlupa pada kasihMu yang hakiki dan abadi.


Friday, September 26, 2008

Khusyuk Dalam Solat

Khusyuk adalah perkara yg penting dlm solat kerna itulah tujuan utama pensyariatan solat. Firman Allah s.w.t :

"Dan hendaklah kamu dirikan solat supaya dapat mengingatiku."(14: Toha)

Ia juga adalah ciri2 pertama bagi org2 yg berjaya. Firman Allah:

"Sesungguhnya telah berjayalah org2 beriman. iaitu org2 yg khusuk dlm solatnya."
(1-2: Mukminun)

Balasan khusyuk adalah syurga. Nabi s.a.w bersabda:

"Tidak ada seorang muslim yg mengambil wuduk dgn sempurna, kemudian dia menunaikan solat dua rakaat dlm keadaan hadir hatinya dan sempurna pergerakan anggotanya melainkan wajib baginya syurga."(Hr Muslim)

Kadar pahala adalah mengikut kadar khsyuk dlm solat. Sabda Nabi s.a.w:

"Sesungguhnya ditulis pahala solat seorang hamba itu adalah mengikut kadar hadir hatinya dlm solat."(Hr Abu Daud)


1. Khusyuk anggota zahir.

Sesungguhnya Nabi s.a.w melihat seorang lelaki yg bermain2 dgn janggutnya dlm solatnya. Lalu Nabi s.a.w bersabda:

"Kalaulah khusyuk hatinya nescaya khusyuk anggota2 zahirnya."(Hr Tirmizi dlm Nawadir Usul-doif)

Seorang yg solat hendaklah memastikan anggotanya tenang dan tidak bergerak melainkan perkara yg disyariatkan utk bergerak.

Matanya hendaklah tumpu kepada tempat sujudnya dan tidak memerhatikan ke tempat2 yg lain.

2. Hadirnya hati.

Caranya hendaklah mengosongkan hatinya daripada selain dr menumpukan perbuaatan dan perkataan yg dia sedang buat dan ucapkan. Dia hendaklah merasakan kepentingan solat lebih dr segalanya. Ingatlah bahawa hati adalah tempat pandangan tuhan. Nabi s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Allah tidak memberi pahala berdasarkan melihat pd tubuh badan dan rupa bentuk kamu tetapi menilai dr hati kamu."(Hr Muslim)

3. Memahami maksud apa diucapkan.

Ini adalah menunjukkan seorang yg solat itu benar2 bermunajat dgn tuhannya. Mentadabur serta memerhatikan adalah perkara yg dituntut dlm ibadah bacaan sebagaimana Allah telah mencela manusia yg tidak memerhatikan makna al-Quran. Firman Allah:

"Mengapakah mereka tidak memerhatikan isi kandung al-Quran. Adakah kerana hati2 mereka terdapat kunci."(24: Muhammad)

Sepatutnya seorang itu memahami segala perkataan yg diucapkan dan memerhatikan maknanya dlm solat.

4. Ta3zim (mengagongkan tuhan)

Seorang yg solat itu hendaklah dia merasakan keagongan tuhan dihadapan tuhannya dan mersakan betapa kerdil dirinya. Firman Allah s.w.t:

"Wahai manusia kamu adalah org2 yg faqir disisi Allah. dan Allah sahaja tuhan yg maha kaya lagi maha terpuji."(15: Fatir)

Kalau dia mengingati selain dr Allah dlm solatnya maka sebenarnya hatinya tidak benar2 mengagongkan tuhannya.

5. Haibah (rase geron dan takut pada tuhan)

Perasaan ini perlu disemai dlm solat kerna selayaknya hamba itu takut kepada tuhannya setelah melakukan pelbagai kemaksiatan. Dia perlu ingat dgn azab yg Allah sediakan kpd hambanya yg tidak taat. Sekalipun dia telah buat ketaatan hendaklah dia takut amalannya tidak diterima. Firman Allah s.w.t:

"Dan org2 yg menghulurkan sedekah dan melakukan amalan soleh dalam keadaan hati mereka takut serta gementar tidak diterima amalan mereka."(al-Mukminun: 60)

Selayaknya org yg solat itu berasa takut dan gementar apabila mengucapkan takbiratul ihram kerana disebut nama tuhan yg maha besar. Firman Allah:

"...apabila disebut nama Allah, terus gementar hati org2 yg beriman...(Al-Anfal-2)

6. Perasaan mengharap (rajak)

Rajak adalah satu perasaan mengharap reda, rahmat serta ganjaran drpd tuhan. Perasaan ini perlu ada bagi mukmin yg bermunajat kpd tuhannya -terutamanya dlm solat- dan digabung dgn perasaan takut. Firman Allah:

"...Dan mereka berdoa dgn perasaan mengharap dan takut...(90: al-Anbiya)

Firman Allah:

"Rengganglah tubuh2 org2 yg beriman dgn al-Quran daripada tempat2 tidur mereka kerana melakukan tahajjud dalam keadaan berdoa dengan tuhan dgn penuh rasa takut kpd azabnya dan mengharap rahmatnya..."(16: as-Sajjadah)

7. rasa malu.

Rasa malu kpd tuhan dlm solat kerana merasakan kekurangan dlm ibadah dan malu disebabkan maksiat yg dilakukan. Rasa tersangat malu dlm solat kerana terlampau banyak nikmat yg diterima tetapi dibalas dgn sedikit ketaatan yg serba kekurangan dan banyak kemaksiatan serta kelalaian.

Pulang Berhari Raya Ke Kampung Halaman



Alhamdulillah setelah hampir sebulan ana berada di Uitm, tidak dapat pulang meluangkan masa bersama keluarga di bulan ramadhan. Akhirnya masa yang diimpikan iaitu pulang ke rumah sempena bercuti hari raya aidil fitri tiba jua. Mengikut takwim UiTM, semua staff dan pelajar diberikan cuti selama seminggu iaitu dari 26 September 2008 hinggalah 5 Oktober 2008. Saya pulang awal sehari dari cuti yang diberikan kerana kuliah ana pada 26haribulan telah dianjakkan pada satu tarikh yang tidak diketahui...( ada dgr-dgr kuliah ganti itu akn dibuat setelah hbs ct raya)

Ana bertolak dari Stesen Bas Segamat pada pukul 3.00ptg ( walaupun sbnrnya tiket yang ana beli adalah pada pukul 2.30ptg), tak pelah asal ana dapat balik ke rumah, penjelasan yang diberikan pihak bas ekspress mereka menghadapi kesesakkan lalu lintas yang teruk. Perjalanan pulang kali juga agak berbeza dari kebiasaan kerana bas ekspress yang ana naiki akan berhenti di Bukit Jalil, berbeza dari biasa iaitu berhenti di Perhentian Puduraya. Ini adalah kerana mengelakkan Hentian Puduraya mengalami kesesakkan dan kerajaan telah menetapkan perjalanan bas ekspress dari Selatan Malaysia akan bertolak dan juga tiba di Bukit Jalil sahaja dan Hentian Puduraya dikhaskan untuk perjalanan bas ekspress dari Utara Malaysia. Pada ana bagus juga penyelesaian yang dibuat kerajaan menjelang hari raya ini.

Alhamdulillah ana tiba di Bukit Jalil pada pukul 6.15. Terlebih dahulu ana bersama kawan-kawan solat asar dahulu. Kemudian kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah menggunakan bas rapid KL. Dengan menggunakan rapid KL kami ke Hentian Puduraya, kerana ana akan menunggu adik ana (Dik e) di situ. Dik e juga pulang bercuti dari Kolej Matrikulasi Perlis sama hari dengan ana. Ana berbuka puasa sebentar di Hentian Puduraya. Kemudiannya kami tiba di KL Sentral untuk transit KTM bg meneruskan perjalanan ke KTM Sungai Buloh.

Kami yang masing-masing keletihan terlelap di dalam KTM. Akhirnya kami tiba di KTM Sungai Buloh pada pukul 9.00mlm dan dijemput oleh abi. Tak dapat nak digambarkan kegembiraan bila melangkahkan kaki dirumah. Indahnya.............

p/s: tiba2 saya teringat pada sahabat yang merantau jauh di luar negara ( khalid, akhi izwan, atie, dalila, fikri, farhan rais, kak intan nadia, etc) untuk menuntut ilmu, yang tidak dapat pulang berhari raya bersama keluarga tersayang. Bersabarlah, sesungguhnya pengorbanan yang kalian semua lakukan sekarang, InsyaAllah akan memberikan kegembiran berkekalan pada masa kan datang kelak..