Monday, November 10, 2008

Dakwah & Study Bukan JONGKANG JONGKIT

Lia, jomlah pergi usrah


Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya
Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu

Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah
ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah t
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal
dalam pelajaranku

Kan nanti aku menutup mata orang lain
terhadap Islam
Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam
jongkang jongkit
Jongkang jongkit?
Apa kau merepek ni?


Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam
jongkang jongkit
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?
Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar
terus
Tak boleh inversely proportional
Apa maksud kau?
Orang yang melakukan kerja dakwah dengan
ikhlas akan menemukan Allah dalam
pelajarannya

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang jantung misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah
ciptakan jantung
Bila belajar tentang algebra, terasa
kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa
akrab dengan Pencipta

Kenapa?

Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum
tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu

Lain tu, selama ni kau nak cakap yang
aku ikut program tarbiah dan dakwah tu
tak ikhlas?


Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak
berlaku tarik tali dengan Allah


Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang
tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment banyak
lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah
Siapa yang menolong agama Allah, nescaya
Allah akan menolongnya

Kita melakukan jual beli dengan Allah,
tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan
dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada
dengan Allah


Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak
masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak
mengerjakan kerja tersebut


Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap
perbuatanku

Setiap kali aku bergaul dengan jiranku,
aku ingin mereka merasakan kemanisan
iman dan Islam

Setiap kali jiranku melihat kebahagian
rumahtanggaku, aku ingin mereka
merasakan keindahan Islam

Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam
diriku

Aku ingin setiap perbuatanku menjadi
manifestasi dakwah itu sendiri

Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga
dan sahabat, segalanya adalah dakwah

Moga kita bersama dalam usaha
merealisasikannya

Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,

Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam
Hassan AlBanna

Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia

Moga kedua-dua kisah ini dapat kita
renungkan bersama

Menjadi motivasi buat kita untuk terus
berada dalam mandala ini.


Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid
Imam Hassan AlBanna. Dakwahnya menyinari
hati umat manusia di saat itu. Dia
berdakwah sehingga ke kawasan
perkampungan di gunung-gunung yang
tinggi. Semua manusia mengenalinya.
Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu,
kenalkah kamu dengan Assyahid Imam
Hassan Al Banna, pasti semua
mengenalinya kerana kerja kerasnya di
dalam perjuangan dakwah . Lia, aku akui
sememangnya untuk berjaya dalam
pelajaran, kita kena berusaha. Itu
Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam
takkan tertegak dengan kata-kata, dengan
mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan
dakwah, kita juga kena berusaha. Itu
juga adalah Sunnatullah. Kemenangan
Islam memerlukan pengorbanan dari
pengikutnya.


Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam
buku Detik-detik Hidupku karangan
Assyahid Imam Hassan Al Banna:


<>


Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah
bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.

Dia ingin mempertahankan prestasi
terbaik untuk Allah, agama Allah. Di
sudut lainnya, dia tidak suka mengejar
dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia
hanya ingin memberikan yang terbaik
sebagai hamba Allah.

Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah
kecundang. Dia pernah bertanya kepada
Allah - Ya Allah, kenapa engkau
mentakdirkan prestasi yang baik buat
temanku? Apakah temanku itu punya alasan
yang kuat sehingga Engkau menolongnya.
Aku mempunyai mimpi yang besar untuk
menegakkan agamaMu melalui pergerakan
dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus
berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui
suatu kisah sahabat yang dijamin masuk
syurga, padahal seharian ibadahnya sama
saja seperti sahabat yang lain. Dan
ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat
itu menjawab “Aku tak suka
membanding-bandingkan apa yang Allah
berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin
Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan
untukku dalam situasi sulit atau lapang.
Aku akan tetap redha kepada Allah dalam
situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi
bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa,
meskipun gunung-gunung harta itu milikku
atau aku tak punya harta sedikit pun”.


Lia, saya teringat email yang pernah
saya terima dari seorang kawan.
Tulisannya benar-benar terkesan di hati
saya. Dia bercerita tentang seorang
wanita yang terkena penyakit disebabkan
poliovirus semenjak kecil. Kisah ini
kisah benar. Saya namakan wanita ini A.
A memerlukan tongkat untuk berjalan. A
tidak berapa cantik, tidak slim dan
tidak tinggi. Satu sahaja keinginan A. A
ingin sesiapa sahaja yang melihatnya
mengucapkan Subhanallah.

Keinginan A tercapai. Bila A belajar di
sekolah menengah dan berjaya, manusia
yang ditemuinya mengucapkan
Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke
universiti, sekali lagi orang ramai
mengucapkan Subhanallah. Bila A
menyudahkan pelajarannya, sekali lagi
manusia mengucapkan Subhanallah. Dan
sekali lagi orang ramai mengucapkan
Subhanallah apabila A mengahwini seorang
lelaki yang kacak dan beriman.

Orang ramai tertanya-tanya, apa yang
mampu A berikan kepada suaminya. Takdir
Allah menentukan yang sebaiknya. Allah
mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak
yang comel dan sempurna. Sekali lagi
orang ramai mengucapkan Subhanallah.

Dengan kecacatanya, A masih mampu
membuat manusia mengingati Allah.
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa
paras bukan persoalan utama. Ingat lagi
tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia
sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa
panji bendera Islam. Katanya, buta
menyebabkan dia tidak takut kerana dia
tidak akan dapat melihat bilangan musuh.
Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui
mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana
terlalu banyak luka parah yang
dialaminya. Subhanallah.

Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh
Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas
kerusi roda. Tapi apa yang telah dia
lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah.
Musuh menggeruninya.


Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu
untuk Islam.


Ayuh berada dalam saf perjuangan.

No comments: