Friday, December 05, 2008

Persahabatan

Pejam celik pejam celik, aku telah melangkah ke alam dewasa. Umur 21. Di negaraku, aku sudah layak untuk bergelar seorang yang dewasa. Telah banyak pengalaman pahit manis yang dilalui, Alhamdulillah. Pengalaman tidak kira baik atau buruk yang menjadi asam garam kehidupan. Dan segala perkara tersebut ditempuhi, pahit manisnya dirasai bersama insan yang bergelar sahabat.

Sahabat...

Bercakap tentang sahabat dan persahabatan, pernah kita terfikir apa sebenarnya sahabat itu? Adakah sekadar orang yang kita kenal, yang tinggal bersama kita? Adakah sekadar pernah kita jumpa, bergaul untuk seketika dan kemudiannya berpisah ke haluan masing-masing? Adakah sahabat didefinisikan sebagai orang-orang yang kita rapat sebab sekepala dalam cara fikir, sukan, hobi, cita-cita atau apa-apa bidang yang diminati? Adakah rakan itu seperti yang digambarkan dalam komik-komik persahabatan seperti Budak Getah "One Piece" yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk seorang yang dipanggil sahabat?


Baru-baru ini seorang sahabatku telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21. Aku telah menghubungi rakan serumahnya sama ada dia telah membuat apa-apa perancangan ataupun tidak untuk menyambut hari tersebut. Katanya ya, memang sudah ada perancangan yang ringkas tetapi memadai. Ringkas kerana masa tidak boleh disia-siakan terutama pada musim peperiksaan seperti ini. Memadai kerana kek telah dibeli, persiapan minimum yang wajib ada untuk hari jadi. Apa simboliknya, aku tidak tahu.

Lalu, aku mula terfikir. Di saat rakan serumahnya sanggup membeli kek sebagai tanda peringatan untuknya, apa yang aku pula yang aku berikan? Apa yang aku berikan untuk menunjukkan tanda persahabatan aku terhadapnya? Jauh di sudut hati ku rasa kurangnya penekanan yang aku berikan kepada menunjukkan penghargaan kepada sahabatku ini.

Kadang-kala kita menganggap, kita mengenali seseorang. Kita melihat dia inginkan kebaikan, dia berusaha untuk memajukan diri, ingin membaiki diri, suka untuk menghadiri usrah, berazam untuk solat jamaah di Musola dan sebagainya lalu kita pun bergaul dengannya dan bermulalah satu episod persahabatan di situ.

Tapi dalam banyak-banyak persahabatan ini, berapa banyak yang bertanya khabar kawan yang berada di sebelah kita, bagaimana prestasi pelajaran, sudah makan atau belum, kewangan stabil atau tidak, dan sebagainya. Adakah kerana kita telah mengenali mereka, maka perkara-perkara yang dianggap kecil ini tidak lagi perlu ditanya? Adakah dengan mengatakan kita mengenali mereka, sudah cukup untuk menjadi alasannya?

Andaikata AKU dahulu seorang yang panas baran dan keras, dan AKU mempunyai sahabat-sahabat yang baik di keliling. AKU bergaul dengan mereka dengan harapan untuk membaiki diri sendiri. Dalam masa yang sama, AKU dan rakan-rakan AKU hanyalah manusia yang lemah dan tidak terdaya. Ada ketikanya AKU menunjukkan wajah sebenar AKU yang dahulu lalu rakan-rakan di sekitar AKU pun mula mengenali diri AKU yang lama dan menerima sebagai "owh begini rupanya dia ini". Apabila perkara yang sama berulang menjadikan diri tidak endah pada keadaan kerana beranggapan sudah mengenali AKU ini. Sahabat yang mengenali peribadi AKU dan mengambil sikap acuh tak acuh dengan menganggap, "nanti-nanti, ok la dia ni". Di manakah peranan sebagai seorang sahabat di sini? Di manakah teguran dan nasihat-nasihat yang sering dilaung-laungkan dalam usrah yang dijalankan?
Pada saat AKU menyedari kesilapannya dan ingin berubah, adakah kita menyokong AKU? Pada saat AKU ingin didengari, di manakah orang-orang yang digelar SAHABAT ini? Jikalau sahabat ini menerima aduan dan keluhan daripada orang yang pernah AKU sakiti, mengapa didiamkan sahaja? Di manakah sahabat yang membetulkan kesilapan sahabat yang lain?

Oleh itu, mari semua kita renungi dan muhasabah diri masing-masing. Lihat di sekitar kita, hargai persahabatan yang ada. Janganlah sampai rakan-rakan yang beratus batu jauhnya dari kita, kita ambil tahu setahu-tahunya walhal dalam rakan serumah kita kalau nak jumpa dalam satu hari untuk bertanya khabar pun susah. Jadikan persahabatan yang ada sebagai aset untuk saling kuat menguatkan satu sama lain. Kuatkan persahabatan yang ada, landaskan atas dasar perjumpa dan berpisah kerana Allah Taala. Ingat sahabat dalam doa selalu. InsyaAllah persahabatan yang terjalin di dunia ini berkekalan hingga ke syurga kelak, mudah-mudahan.

Selamat Hari Jadi buat sahabatku.

Wallahu a3lam...

2 comments:

Si Kawaii said...

sy pernah mempunyai sahabat di alam persekolahan dulu.
Tp bila kesemua kami melanjutkan pelajaran ke alam kolej dan universiti,persahabatan yang dulu terjalin sudah agak renggang.Kami sibuk dengan kawan-kawan baru kami.
Tp walauapapun kami masih berhubung cuma dah tak berapa rapat macam dulu lagi.Saya rindukan detik-detik bersama mereka macam dulu tp sy perlu sedar masa dah berubah..Tambahan pula kami masing-masing dah berjauhan.
Tp mereka tetap di hati sy

Anonymous said...

sama mcm akak..ms akak form 5 dlu...akak penah mnegeluh...kata sekolah ni membosankan...cikgu kimia akak ckp, nnt ble awk dh melnjtkan pelajaran awak akan rskan zaman prsklhan la plg mneyeronokkn..

erm...skrg ni br akak rs btl..kwn2 ms sek brbeza sgt dgn kwn kat u...