Saturday, June 04, 2011

Cuti Sekejap

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah, kursus saya selama 3 minggu di kampus sudah pun berakhir rabu lepas. Saya mengambil peluang yang ada antara khamis sehingga ahad untuk merehatkan diri sebelum memulakan latihan industri yang pertama saya di Institut Jantung Negara ( IJN) pada hari Isnin depan. Semalam sempat juga meluangkan masa yang ada menemani adik-adik menonton wayang cerita Kung Fu Panda (saya cadangkan anda juga pergilah menonton) cerita yang sangat menarik dan kelakar dari mula sampai habis, sedikit pun tidak rasa rugi berbelanja.


                                                 

 Cuti Semester 4 Bulan

Oh ya, cuti semester kali ini sangat berbeza bagi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda kerana tempoh cuti yang lebih panjang iaitu 4 bulan ( biasanya sebulan lebih sahaja), namun alhamdulillah cuti semester saya pada kali ni sangat terisi, setelah dirancang dengan kursus, latihan industri dan  fasilitator program saya hanya ada sebulan sahaja berbaki lagi tanpa sebarang aktiviti iaitu pada bulan Ogos ( Bulan Ramadhan), sebenarnya saya sendiri sengaja memilih untuk tidak menerima sebarang komitmen samaada menjadi fasilitator mahupun sekarelawan untuk apa-apa sahaja program pada ramadhan kali ini kerana memilih menikmati Bulan penuh barakah ini bersama keluarga tercinta dan dan sepenuh perhatian pada bulan yang akan mendidik jiwa dan membersihkan kembali dalaman saya agar lebih terisi kelak, dan mungkin ramadhan yang terakhir saya berpeluang bersama-sama keluarga sepenuhnya.


Insya Allah latihan industri saya di IJN adalah selama 2 bulan bermula 6 June sehingga akhir bulan Julai. Doakan semuanya berjalan dengan baik dan saya dapat mempelajari segalanya dengan mudah dan membantu kakitangan IJN dengan jayanya. Seawal 6.45 pagi bertolak dengan bas dari kampus puncak perdana (terima kasih fakulti kerana menyediakan pengankutan pada kami). dan habis pada 5.00 petang. Maka untuk bulan Jun dan Julai ni, IJN akan menjadi rumah kedua saya.

 Pertukaran tarikh keluar result pelajar Ijazah Sarjana Muda

Tarikh pengumuman keputusan peperiksaan yang sepatutnya 2 Julai 2011 di dalam takwim akdemik UiTM bagi pelajar Ijazah sudah diawalkan pada 17 June ini (lagi 13 hari ja lagi ), Ya Allah gementar nya saya.. sebab semester 5 yang lepas bagi saya adalah semester yang sangat-sangat menggerunkan dengan tugasannya, masaalah komunikasi antara kumpulan tugasan yang sangat tidak memuaskan hati ditambah pula ada yang membuat kerja halai-balai. Apa-apa pun saya letakkan segalanya pada tawakal kerana saya sudah berusaha sebaik mungkin. Insya Allah jika ada rezeki saya untuk mendapat result yang baik, saya sangat-sangat bersyukur, jika sebaliknya mungkin ada kesilapan di mana-mana dari pihak saya.


Gemuk a.k.a Obes

Yang ini paling merisaukan saya, saya sendiri tidak perasan pada mula nya, namun sejak kebelakangan ini, tidak kira sesiapa pun yang berjumpa saya pasti akan mengatakan badan saya berisi sangat, nampak naik mendadak. Balik kampung pak lang, mak lang semua kata "awat hang makin tembun ni?" , "la,hang ka, lainnya...awat makin besaq ni?". Malu pun ada, tapi senyum ja la. Balik rumah abi pula kata benda yang sama. Saya pun dalam kerisauan timbang berat badan, memang naik sungguh, rasanya berdasarkan berat sebelum ini dengan yang saya baru timbang naik hampir 10 kilo..Warghhh....... Jadi mulalah jadual diet yang keras perlu dijalankan. Antaranya yang saya buat untuk ketika ini, saya tidak akan makan selepas pukul 7.00 malam, jogging atau berjalan paling kurang 1 jam setiap hari, dan banyak lagi la. 10 kilo tu perlu dihapuskan segera dan menjadi musuh saya sekarang ni.



Nota 1: Ya Allah sedar atau tidak, kita sudah memasuki bulan Rejab, JOM pakat-pakat puasa sunat kawan-kawan.
Nota 2: Selamat maju jaya Syafi kerana sudah tamat pengajian dan moga dapat kerja cepat-cepat ya...

No comments: