Alhamdulillah cuti semester saya akan melabuhkan tirainya kurang seminggu dari sekarang, ramadhan juga sudah seminggu meninggalkan kita dan mood raya pun makin pudar. Insya Allah minggu hadapan pada 12 September 2011 kesemua pelajar Ijazah seluruh IPTA di Malaysia akan memulakan semester baru, begitu juga saya yang akan memulakan semester 6 pada minggu hadapan. Alhamdulillah, alhamdulillah... bersyukur tidak terhingga, hari berganti hari, masa berganti masa saya tinggal 1 semester sahaja lagi sebelum bergelar pemegang Ijazah Sarjana Muda (K) Pengurusan Maklumat (Pengurusan Rekod). Semester terakhir ini saya akan mengambil 7 subjek ( boleh tahan juga!)
1. IMA 452 : Electronic Resource Center
2. IMA 454 : ICT in Resource Center Management
3. IMA 601 : E-Learning
4. IMR 651 : Management of Electronic Records
5. IMR 652 : Management of Business Records
6. IMR 653 : Document Imaging System
7. IMR 654 : Management of Medical Records
Yang kod subjeknya bermula dengan IMR ia adalah major saya dan selebihnya adalah subjek pilihan saya untuk minor saya. Bertanyakan serba sedikit pada senior tentang semester akhir ini, kebanyakkan menasihat saya untuk lebih fokus kepada subjek IMR 563, insya Allah saya akan cuba dengan sebaik mungkin dan target saya untuk semester ini adalah tamat dengan Anugerah Dekan. Oh yaa, saya masih mencongak untuk membayar yuran semester 6 ini, alhamdulillah yuran tidak meningkat seperti khabar angin yang sebelum ini. Gaji hasil saya mengajar kelas mengaji mungkin hanya berbaki RM 10 untuk bulan September. Erm,,,Insya Allah ade la ruang mana-mana nak dapatkan perbelanjaan pembelajaran saya. Beginilah keadaan saya setelah bertekad tidak mahu meminjam PTPTN.
Broadband Maxis
Saya sudahkan menukarkan perkhidmatan broadband saya dari celcom yang pakej RM68 kepada Maxis yang bernilai RM68 juga tetapi disebabkan saya melanggan semasa promosi raya, saya mendapat rebat RM 100, jadi bermula bulan September ini hingga September tahun hadapan saya hanya perlu membayar RM58 sahaja. Saya menukarkan servis kerana masalah servis yang sangat teruk daripada Celcom.
Nota 1: Ya Allah, saya gerun melihat rancangan TV yang makin menggila dengan cerita merepek. Mudah pula menjadi ikutan.
Nota 2: Ayuh Jom Puasa 6,
Nota 3: Saya akan membuat pemeriksaan tonsil dalam waktu terdekat.
No comments:
Post a Comment