Friday, October 28, 2011

Tergamak

Selesai solat isyak semalam, saya terus sujud dan air mata mengalir tanpa henti... dalam hati saya pada ketika itu adalah TERGAMAK dia buat saya macam itu, saya dilayan dengan sangat kasar sdan penuh dengan perasaan marah!, dengan begitu bongkak dia menunjukkan segala sifat nya. Ya Allah disaat itu jika diukur termometer kesabaran saya mungkin tersangatlah tinggi, saya berfikir kembali sekiranya hilang langsung semalam sabar saya atau sudah melampaui had mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku.


Namun, alhamdulillah disaat saya teresak-esak mengenangkan diperlakukan sebegitu, saya bersyukur Allah swt telah membuka hati saya untuk melihat siapa dia yang sebenarnya. Tiada apa-apa penyesalan dengan perkara sebelum ini, apa saya pernah lakukan dan apa sahaja budi saya pada dia. Sesungguhnya sayang saya pada dia dulu adalah kerana Allah swt dan benci saya sekarang pada dia juga hanya kerana sikapnya yang saya rasa sangat kurang ajar dan tidak bersyukur. Insya Allah satu hati nanti saya percaya orang seperti dia akan menyesal dan mungkin baru teringat kembali apa yang dia pernah buat dengan orang lain, dan pada masa itu mungkin sukar untuk mencari kemaafan pada siapa yang dia dah lukakan hatinya.

Saya maafkan apa yang dia telah buat pada saya, selepas ini mungkin saya tidak lah seperti dulu bagaimana saya akan berhubungan dengan dia, dan mungkin saya akan pastikan saya sentiasa bersabar apabila melihat wajahnya dan detikkan dalam hati doa pada Allah banyak agar dia berubah.

Nota 1: Ya Allah, terima kasih atas UJIAN semalam, aku tahu ENGKAU mahu yang terbaik buat setiap hambaMu.

No comments: