Saturday, January 28, 2012

Kerja - Wan Maisarah - Cuti - Praktikal

Assalamualaikum wbt

Sebelum saya mula menulis, tengok pos entry yang sebelum entry ini. Kali terakhir saya pos entry ialah pada 4 January, lama juga tidak menulis apa-apa disini. Agak sibuk dengan kerja sebagai pembantu di pasti dan sebelah petangnya pula mengajar Al-Quran yang muridnya kian bertambah. Rasanya untuk kelas mengaji muridnya sudah mencecah 70 lebih. Alhamdulillah.

Oh ya, memang sebelum ini saya bagitahu saya mula cuti agak awal berbanding kawan-kawan yang ada final paper exam. Jadi selepas peristiwa sedih yang terjadi pada saya ketika tahun baru saya minta kebenaran dengan keluarga untuk berkerja sementara. Alhamdulillah kebetulan pula pada waktu itu salah sebuah tadika di kawasan Saujana Utama hendak cari pembantu tadika yang kerjanya dari 7.30pg - sampai 12.00 tgh hari. Mulanya ketua guru di tadika tersebut minta saya menjadi guru tadika, tetapi saya menolak kerana keadaan kesihatan yang kurang baik dan saya takut saya tidak dapat kawal budak-budak. Saya mula berkerja selepas beberapa hari sesi persekolahan bermula. Kerja mudah sampai sahaja di sana bancuh air untuk pelajar tadika minum pada waktu rehat, dan makanan yang dihantar dari tukang masak akan saya cedukkan kedalam pinggan. Agak mudah kerjanya. Selesai rehat saya perlu membasuh kesemua pinggan dan cawan. 

Nampak mudah, tetapi sebenarnya jika kurang kesabarannya mungkin tidak bertahan lama, mana tidaknya muridnya keseluruhan adalah 130 orang yang terdiri daripada umur 4-6 tahun. Bayangkan kanak-kanak pada umur tersebut sudah pasti datang ke tadika dengan 1001 kerenah. Hari pertama dan kedua tu agak rimas juga tambahan pula badan belum betul-betul sihat, kemudiannya alhamdulillah saya boleh adapt dengan kanak-kanak disana. Namun ada seorang pelajar 4 tahun ni betul-betul menarik perhatian saya, namanya Wan Maisarah, sangat comel dan petah sangat bercakap. Jika dia kedapur untuk basuh tangan sebelum makan mahupun macam soalan dia akan tanya pada saya, ia sudah pasti budak-budak ingin tahu segalanya, dan kita yang dewasa perlulah berhati-hati dalam memberi jawapan kerana budak-budak ini akan terus rekodkan apa yang kita bagitahu pada mereka. Dan hari demi hari setiap kali sebelum perhimpunan pagi, saya pasti akan mencari Wan Maisarah, tidak tahu kenapa tetapi melihat wajahnya dan senyumannya buatkan hati saya tenang. Betullah wajah kanak-kanak ni bercahaya kerana hati mereka yang bersih. 

Oh yaa.. Wan Maisarah ataupun saya suka memanggil dia hanya dengan nama Sarah, sangat mudah menghafal. Jika ada kelapangan selepas saya siap membasuh semua pinggan dan mengemas dapur. Saya suka tolong Guru yang mengajar 4 tahun iaitu Cikgu Hamizah . Saya akan mengajar doa-doa harian kepada mereka, dan Sarah sangat mudah menghafal. Percaya atau tidak hanya dengan dua kali sahaja dia mengikuti saya membaca doa, dia sudah pun menghafal doa tersebut.

Sarah, saya akan rindukan kamu kerana saya sudah mula bercuti dari 30 Januari - 29 Febuari, kerana saya perlu menjalani praktikal di Fakulti Perubatan UiTM Sungai Buloh, oh ya jika post entry sebelum ini saya berkongsi dengan sahabat semua yang saya akan berpraktikal di KPJ Damansara, namun saat akhir saya menukarnya kerana masalah pengangkutan dan keluarga tidak membenarkan, Saya pasrah. Jika sesudah habis praktikal tadika tempat saya kerja itu masih tiada orang baru, saya akan kembali bekerja di sana sambil menunggu masa untuk menyambung pengajian di peringkat Master yang insya Allah pendaftarannya akan dibuka pada bulan September tahun ini, sempatlah saya kumpul duit untuk Master nanti Insya Allah. 

Saya ada juga cuba-cuba hantar resume kepada dua tiga syarikat, Insya Allah ada rezeki di panggil temu duga saya akan cuba buat sebaik mungkin.

Oh ya.. tadi sebelum semua pelajar pulang saya sempat mengambil gambar Wan Maisarah. Ini dia si kecil yang membuatkan saya jatuh cinta kepadanya, atau mungkin hanya naluri keibuan saya sahaja. Wallahhualam.

No comments: