Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, keputusan peperiksaan untuk pelajar ijazah untuk UiTM sudah boleh diketahui pada 17 Julai yang lepas, keputusan saya macam mana? Alhamdulillah ok, cuma sedikit menurun berbanding semester 4, apa-apa pun saya bersyukur dan mungkin itu rezeki setakat itu, Insya Allah ada rezeki semester 6 nanti cuba lagi. Kali ini saya letak target untuk dapatkan semua subjek A pulak, doakan saya ya. Oh ya, sudah genap 2 minggu saya menjalani praktikal di IJN, alhamdulillah semuanya berjalan lancar cuma ada sedikit berita sedih, saya diserang penyakit gastrik, sebenarnya sejak tingkatan 4 lagi saya dijangkiti gastrik. Dan semenjak itu jugak lah saya sangat menjaga pemakanan saya, kadang-kadang boleh dikatakan saya rela makan selagi boleh dari membiarkan perut kosong,
Tetapi mungkin jadual saya yang agak ketat di IJN dan saya berpuasa sunat rejab menjadikan waktu makan saya tidak teratur, bermula malam khamis yang lepas perut saya sakit yan teramat sangat dan tidak boleh menerima apa-apa jenis makanan dan minuman langsung, bayangkan saya minum air kosong pun boleh muntahkannya balik, perut memang pedih sangat. Ya Allah sangat azab rasanya masa itu, pada hari jumaat paginya saya masih gagah pergi kerja di IJN. Biasakan sahaja dan cuba menahan sakit, tetapi hanya bertahan separuh hari dan saya pulang kerumah selepas selesai solat zohor di surau utama IJN. Sampai dirumah saya hanya berbaring dan tidur, ketika bersolat pun hanya mampu bersolat secara duduk. Ya ALLAH masa itu yang ada dalam kepala saya hanya hendak sembuh ja. Alhamdulillah bangun pagi tadi, perut saya sudah kembali ok sedikit dan saya makan nasi terus supaya perut saya tidak kosong dan alhamdulillah saya tidak muntah lagi.
1 comment:
Salam ziarah, salam perkenalan.
awak ade gastrik ye? kena amik ubat tak nak kurangkan gastrik tu? jika tak keberatan, saya nak tolong awak kurangkan gastrik tu.bukan gastrik je,at the same time kesihatan terjaga
kalau berminat, SMS saya di
013-3566130 (husnina) =)
Post a Comment