Sunday, November 23, 2008

Bercouple Atau Jual Mahal

Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber`dating` sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?

Bukan begitu.

Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen. Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah. Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti. Tetapi saya memang bingung. Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.

Cinta Monyet

Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet. Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar. Ada sahaja rakan-rakan yang ber`cinta` seawal darjah lima.

Saya bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini. Maka tidak hairanlah mengapa saya bingung ketika itu. Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah lima.

Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat. Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja. Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam. Kenyataan-kenyataan seperti; batch kami bercinta seperti tukar baju (pelajar batch tersebut sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari), ada senior mengaku dia bercinta untuk mencari pengalaman. Aduh! Saya menjadi semakin bingung. Benarkah ini semua?

Erti couple, cinta dan perkahwinan

Kini setelah saya berusia dua puluh dua tahun, saya semakin mengerti. Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam. Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa. Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat saya cari jawapannya.

Islam dan Cinta

Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan. Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.

Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet? Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?

Bercinta adalah berkasih sayang. Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri? Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri. Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?

Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya. Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita. Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.

Semakin dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling). Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan. Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini) . Perkahwinan yang memang bergelora.

Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.

Jual mahal?

Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber`boyfriend`, maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal. Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.

Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber`boyfriend` itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih? Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan? Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?

Isu yang berat untuk difikirkan bersama. Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :

"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".

Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah.

Tulisan ini sekadar perkongsian yang sudah mula saya fikirkan sejak kecil lagi. Mencari-cari apakah formulanya sedangkan Islam memang ada jawapannya. Tulisan ini juga sekadar muhasabah diri dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kakak kandung saya yang bakal melansungkan pernikahan Sabtu ini. Juga buat senior mahupun junior yang selamat diijabkabulkan sepanjang cuti ini. Tahniah dan selamat menempuh alam baru!

Saturday, November 22, 2008

Banyakkan Ajakan Kurangkan Ejekan


RAMAI orang minta orang lain berubah. Anak-anak mesti berubah. Remaja sering ditanya kenapa berdegil tidak mahu berubah-ubah? Malah, ada juga orang bertanya kenapa ekonomi tidak berubah, politik pun macam dulu tidak berubah-ubah. Pendek kata, semua kena berubah.

Sebenarnya rahsia perubahan bermula dengan mengubah diri sendiri. Jika mahu ubah keluarga, ubahlah diri dulu. Jika diri berubah barulah keluarga terubah, masyarakat berubah, malah hendak ubah negara pun ubahlah diri sendiri. Jika hendak ubah orang lain tetapi kita tidak ubah diri kita, orang akan ketawakan kita. Maksudnya asyik memikirkan kesalahan orang, keburukan orang, kelalaian orang tetapi lupa untuk membetulkan diri. Kita berani membuka keaiban orang, membincangkan keburukan orang tetapi jarang berani melihat keaiban diri sendiri. Tidak ramai orang berani mengakui kelemahan diri. Amat sedikit orang berterima kasih apabila ditegur dan dinasihati, sedangkan agama Islam didasari dengan saling nasihat menasihati. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya agama Islam itu nasihat.”

Kita perlukan remaja dan pemuda yang hebat untuk mewarisi negara dalam menghadapi cabaran global yang kompleks. Remaja yang berjiwa besar ialah remaja yang boleh menerima dan berkongsi kekuatan dengan orang tua berpengalaman. Orang tua yang hebat juga ialah mereka yang memahami dan menghormati perasaan remaja. Pendek kata, mereka yang berjiwa besar menjadi ejen pengubah dan perubahan datang daripada diri sendiri. Inilah calon orang-orang besar. Kegigihan mengubah diri sendiri membuatkan orang lain melihat dan merasakannya, malah memberi pengaruh pada orang di sekitarnya. Dia menjadi dorongan serta simpati juga untuk berubah. Kita tidak boleh menguasai hati orang untuk berubah dan orang pun susah untuk menguasai diri kita. Paling penting kita menggunakan kekuatan yang ada untuk dimanfaatkan orang yang rapat dengan kita. Mula-mula ubah diri kita, isteri kita, anak-anak kita. Jika semua bertindak proaktif begini tersebarlah perubahan itu. Ramai orang berkata “susahnya hendak ubah remaja” , “isteri degillah” , “pekerja keras kepalalah.” Jawapan sebenarnya ada di dalam diri kita, asalkan jangan terlebih dahulu menyalahkan orang lain. Memang mereka pun ada salah, tetapi kita pun ada silap juga. Mungkin cara penyampaian yang tidak kena. Kekuatan mengajak memang disuruh tetapi jangan lupa kekuatan 'memberi contoh' amat penting. Rasulullah s.a.w. diutus untuk mengajak dan memberikan contoh baik. Kita pula banyak mengajak tetapi kurang memberi contoh yang baik.

Banyakkan ajakan, kurangkan ejekan.
Berinteraksilah, jangan berkonfrantasi.
Sayangilah jangan membenci.
Perubahan bermula dari diri sendiri.

Friday, November 21, 2008

Andai Cinta Hendak Diberi


Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti". Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang :

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros. Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya. Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan. Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab. Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah. Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...



@ipin02Kawan-kawan..

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

Wallahua'lam

Wednesday, November 19, 2008

tag..oh..tag

Kadang-kadang bila kita tengah bosan, di tag oleh orang lain memang seronok, sebabnya ada benda nak buat..hehe..buat "si pengetag" yang telah mengetag ana. Ana telah menjawabnya dengan gembiranya.:girl_4:

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
ilmu

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
Mouse berbentuk katak ( wrna hijau tu)

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
mekah

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
hubungan yang camne plak nih?
kalau ngan suami.. suami ana takde lagi.. kalau hubungan silaturrahim dengan sahabat handai insyaAllah berkekalan sampai ke akhir hayat ana..Hubungan dengan Allah SWT, sampai bila-bila..

5. Adakah anda di lamun cinta?
erm...rasanya yekot!! dengan novel terbaru " andai itu takdirnya" dah 2x baca nih..(mmg kne standby tisu pnyer) sedih sgt2 jln citernya

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
KFC kat jejantas Sg.Buloh

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Aku Terima Nikahnya( dah lama cr, br jumpa dekat kedai bku KL Sentral)

8. Apakah nama penuh kamu?
Khadijah Binti Abdul Muthalib (sebijik ikut surat beranak nih!)

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
dua2 sekali, xdgr suara salah sorang dlm sehari mmg xblh..

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Rasulullah SAW
11. Christina atau Britney?
:snow04:
Buat ape diorang berdua nih!! erghhhh..

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Kalo kat rumah mesin yang tolong basuhkan, letak jer tahu2 nnt dia bunyi dah siap, sidai jer sendiri...mesin pengering xder lagi kat rumah...tapi kalo kat uitm memang pakai tangan la basuh..nak gne mesin mahal sangat sekali cuci Rm4.00..gne duit syiling plk tu, lbh baik bsh pkai tngan....duit syiling tu g beli "air gedegang"( air dlm mesin yg beli gne duit syiling tu)...


13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Mekah Madinah
14. Pelukan atau ciuman?
@ipin01
haaaaaaaahhhh? soklan ape ni?

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
---satu sekolah ngan dia sejak tingkatan satu...xkawin lagi..sangat sukakn warna biru ( tu yang sll gado ngan dia kalo nak beli barang, sbb ana plk obsesi wrna hijau)--
Lahir pada bulan
Mei dan belajar dalam bidang yg berlainan dengan ana dan compem cita-cita kami xsama..haha..tapi boleh buat bisness sme kot2 sbb dua ske dui--dia nih pendiam, rajin, pandai giler, tapi kedekut skt kalo bab2 duit nih...ssh nak suh dia belanja makan...kalo dia belanja mkn mmg ana makan sepuas-puasnya....--Dia ni kalo marah mmg susah, ana la org pertama yang ssh..jadi tempat dia lps marah, tapi cr dia lps bukannya dia mrh ana..dia membebel entah pe2 nnt, pastu mst dgr..."dengar x pe ak cakap ni??" ana iyakan je nnt-- Insya Allah akan menjadi Doktor yang baik suatu hari nanti..--

16. 8 perkara yang amat saya gilai
--internet--benda2 yang melibatkan teknologi..(tak sempat nak dpt dah kuar yang baru)--Handphone ..(tergila jela nak beli xmampu)--
Kete BMW...Insya Allah kalo ada rezeki
--Detektif Conan( setiap kali tgk mst umi cakap...dah besar pn nak tgk citer camni..dah2 tkr siaran lain)--kartun katak (lagi2 kalo dia wrna hijau terang) --ape2 yang warna hijau--

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
1. Assalamualaikum
2.
Ya Allah!

3. Astaghfirullah
4. hek elleh...
5. upah??
6. Pe2 jelah
7. free ea...

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
1. Andai Itu Takdirnya
2. Aku Terima Nikahnya
3. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
4. PC.cOM
5. Komik Detektif Conan
6. Chip
7. buku psl Tuan Guru Nik Aziz...xingat la tajuk dia..tapi mmg best la buku ni
8. Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok


19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
1. Sebelum Cahaya-Letto
2. Kasih Tak Termiliki-Hafiz Hamidun
3. Richart Marx-Right Here Waiting
4. Mahar Cinta-Devotees
5. Permata Yang Dicari_Dehearty
6. Raihan-Alangkah Indahnya Hidup Ini
7. Rabbani-Apa Yang Kau Tahu
8. Raihan-Rayuan Rindu

19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
--Jgn mudah percayakn org lain, belajar utk percayakn diri sendiri dulu sebelum percayakan orang lain--Sesuatu yang baik belum tentu benar, sesuatu yang benar, belum tentu baik,sesuatu yang bagus belum tentu berharga
--Ilmu sgt2 la banyak..jngan berhenti tuk pelajarinya--Ukhuwah kerana Allah itu lebih manis--Jangan mempermainkan perasaan orang lain, satu hari kita akan rasa balik ape yang kita buat kat orang--Belajar dekat UiTM bukan semata-mata nak dapat sijil dan jawatan yang tinggi tapi belajar untuk menjadi insan yang berguna didunia mahupun diakhirat--Mencintai diri sendiri,agama,keluarga dan ulama--Mesyesal tak menabung dari kecil, kalo x sekarang nak smbng blaja xyah ssh pinjam ptptn ngan cari tajaan sana sini--

20. Mari mengetag 8 orang lain.
1.Zairul
2.Ekyns
3.Ariff Redzuan
4.Nur_Su
5.Farah Lina
6.Najihah
7.dah kot...
8.dah hbs la...xske sgt la tag mengetag org ni


Ariff Redzuan terima kasih untuk award ni kat blog ana

terima kasih daun keladi...esok-esok bagi la lagi...

Nilai Tudung Seorang Wanita


Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.


Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.

Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.

Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakai

Monday, November 17, 2008

External Kesayangan Buat Hal

assalamualaikum...

*ana sedih sgt hari ini...nak th kenapa???

*external hard disk ana rosak@curropted...

*bila klik je akan kuar """The file or diretory is curropted and unreadable"""

:girl_2:...bila tgk kat properities hard disk tu...hard disk tu empty!!!!

mmg menguji kesabaran ana sgt2...dlm external hard disk ana tu...macam2 mklmt pnting kat dlmnya(gmbr,asgmnt yg lps2,note2, arghh mcm2 lagi la...:snow26:....xth la dpt diselamtkan ke x...dr pagi td try to recovery blk data2 yg cb tuk diselamatkan......smpi skrg xhbs2 lagi....mmgla external tu 160G....mahu x lama nak tunggu...!

ana harap sgt2...xdpt recovery semua...dpt blk gambar2 dan note2 pntng pn jd la.....:snow35:

satu hari ni....xder mood lgsg..cedih...cedih...:snow30:

oklah...sekadar nak kongsi kesedihan dan ketensionan yang melanda diri...
buat semua sahabat ISIIO...selamat bercuti semester..!!!

Jangan..Satu Peringatan

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alaskaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nantirezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintuberkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelapdiselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datangbila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJE maklumat ini. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wasalam

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”
(Sabda Rasulullah SAW)

Saturday, November 15, 2008

Majlis Ihtifal Pasti Saujana Utama









Alhamdulillah majlis berjalan lancar, terpancar kegembiraan diwajah umi ana setelah anak-anak muridnya berjaya...
gambar untuk tatapan bersama...

Wanita Itu Ujian Buatmu

Sulaiman bin Yasir adalah seorang lelaki gagah dan tampan. Suatu hari, ia bersama seorang kawannya berniat pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Di suatu tempat, singgahlah mereka untuk berehat dengan mendirikan khemah. Dia tinggal di khemah sementara kawannya pergi berbelanja..

Dalam keadaan dia bersendirian di khemah, tiba-tiba muncul di hadapan Sulaiman seorang wanita cantik, seraya berkata:

“Beri saya....”

Segera Sulaiman berganjak mengambil makanan, lalu diberikannya kepada wanita itu. Tetapi alangkah terkejutnya Sulaiman atas jawaban wanita itu:

“Saya tidak menginginkan makanan. Saya inginkan bahagian dari lelaki yang biasa ia berikan kepada isterinya.”

Mendengar itu Sulaiman tersentak. Lalu ia berkata,
“Engkau telah dipersiapkan iblis untuk menggodaku.”


Betapa gelisahnya hati Sulaiman. Ia menunduk dan meletakkan kepalanya antara dua lutut sambil menangis. Melihat keadaan demikian, gadis penggoda itu segera beredar meninggalkan Sulaiman. Tak lama kemudian terdengar langkah temannya datang. Mata sembab Sulaiman belum sempat terhapus..

“Ada apakah gerangan wahai Sulaiman?” tanyanya.

“Aku teringat puteriku,” kata Sulaiman cuba berbohong.

“Tidak mungkin. Demi Allah, engkau pasti menyembunyikan sesuatu,”
pujuk si teman. Kerana didesak terus, akhirnya Sulaiman menceritakan kejadian yang baru saja berlaku. Aneh, temannya yang mendengar cerita itu malah menangis terisak-isak. Sulaiman hairan dan tertanya-tanya.


“Mengapa engkau pula yang menangis?” tanya Sulaiman.

“Saya lebih layak menangis daripada engkau. Saya berfikir bahawa seandainya sayalah yang mendapat cubaan itu, seandainya sayalah yang berada di khemah ketika itu, entah apa yang terjadi,” ucapnya.

Kemudian sampailah Sulaiman di kota Makkah, bertawaf dan bersa’i di Kaabah. Ketika telah letih dan lelah, ia berbaring di sudut ruangan berselimutkan pakaiannya sendiri. Dalam tidurnya ia bermimpi bertemu lelaki tampan, wangi pula baunya. Ia berkata kepada lelaki itu:

“Siapakah Tuan? Semoga tuan mendapat curahan rahmat.”

“Aku Nabi Yusuf As-Siddiq,” jawabnya.

“Sungguh, engkau mengagumkan wahai Nabi.... Engkau menang melawan godaan isteri Tuanmu,” kata Sulaiman.

“Sesungguhnya keteguhan engkau terhadap rayuan gadis itu mengagumkan pula!” Jawab Yusuf dalam mimpi itu.

Mimpinya itu menandakan bahawa Sulaiman akan dikumpulkan bersama-sama Nabi Yusuf yang berjaya menolak godaan wanita cantik.
wAllahua'lam


p/s: cuti semester baru bermula....

Monday, November 10, 2008

Di Bawah Pengaruh Tekanan

Tekanan?? setiap orang pasti pernah mendengar perkataan ini, dan bagi sesiapa yang berstatus pelajar macam ana pasti tidak akan lari dari tekanan kan? huh!! ana tak tahu ape yang mengganggu fikirann ana semenjak dua menjak ni...

So petang tadi...nak hilangkan tekanan yang ada dalam diri ini ana susun balik ikut kehendak hati folder-folder yang ada dalam laptop ana ni..mana yang patut dideletekan...delete la jwbnya...mana yang rasa penting akan disusun dan disimpan sebaiknya...tiba-tiba terjumpa word dokumen ini...xsilap ana..ana copy and paste dari website PM Datuk Dr. Fadhilah Kamsah.

Ana pernah baca tentang ini dulu, tapi tak pulak berminat nak buat. Tapi apa salahnya hari ini kita tengok. Jom.

Berdasarkan kajian PM Datuk Dr. Fadhilah Kamsah, personaliti manusia ini ada kaitannya dengan bulan kelahiran seseorang. Macam horoskop, tapi ini bukan tilikan nasib. Faham? Ini analisis personaliti. Faham? Dan, wallahualam betul atau tidak, tapi inilah antara apa yang berjaya dia temui berdasarkan pemerhatiannya.

Oh, ana bayi Jun. Mari kita tengok apa yang ada pada bayi-bayi Jun macam ana.


Berfikiran jauh & berwawasan.
(erm..betul2!! tapi umi selalu ckp, anak dara umi ni berangan jer lbh..)

Mudah ditawan kerana sikap baik.
( tapi kadang2 ader yg ske ambil kesempatan!)

Berperangai lemah lembut.
(tak kot..!! sebab stp kali ana buat keja, umi selalu ckp.."jgn kasar sgt kak..")

Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
(tepat sekali)

Idea yang terlalu banyak di kepala.
(betul...betul-betul)

Bersikap sensitif.
(kadang-kadang..ana pn xth npe)
(Sila ambil perhatian ya bakal suami . Hahah. Gurau2)


Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
(xla...berangan je lbh..huhu)

Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh.
( nie mmg betul..kalo x knp ana sll buat asgmnt last2 minute!)

Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
(yup...tambah2 lagi kalo berkaitan diri sndiri & keluarga)

Cepat marah & cepat sejuk.
(btl tu...tapi bila marah..roomate ana sll jadi tmpt luah prsaan)

Suka bercakap & berdebat.
(bercakap?...xjgk..berdebat? tgk topik dlu, kalo best br ana kan berdebat smp hbs idea)

Suka buat lawak & bergurau.
(kalo ader mood xkering gusi sahabat2 ana, tapi kalo xder modd suara ana nk dgr pn ssh)

Otaknya cerdas berangan-angan.
(ya tepat sekali)

Mudah berkawan & pandai berkawan.
(eh camne tahu ni??)

Orang yang sangat tertib.
(yup...tnya la roomate ana kalo xcaye)

Pandai mempamerkan sikap.
(Jawapan anda tidak tepat, Dr. Fadhilah Kamsah. Sila cuba lagi)

Mudah kecil hati.
(Tengok keadaan la)

Mudah kena selesema
(yekot)

Suka berkemas.
(tgk mood jgk)

Cepat rasa bosan.
(haah...)

Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan.
(Argh! Terlalu betul)

Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
(ana rasa kawan-kawan ana mesti setuju. Tapi, dulu macam tu lah)

Suka pada barang yang berjenama.
(xla..asal sedap dimata dan dihati..ok jer!)

Mudah menjadi eksekutif.
(yeke??)

Kedegilan yang tidak terkawal.
(Aha! Betul!)

Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
(Eh, betul ke?)


p/s: kerja2 penyusunan folder2 terhenti seketika...leka menyiapkan entry nih!..haha)

ok2...esok jela ana sambung susun folder dlm laptop ni...hehe..betul la ciri-ciri no8..

Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh.
lagi satu, tajuk kat ats mcm xder kaitan ngan entry je..hahaha...

Dakwah & Study Bukan JONGKANG JONGKIT

Lia, jomlah pergi usrah


Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya
Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu

Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah
ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah t
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal
dalam pelajaranku

Kan nanti aku menutup mata orang lain
terhadap Islam
Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam
jongkang jongkit
Jongkang jongkit?
Apa kau merepek ni?


Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam
jongkang jongkit
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?
Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar
terus
Tak boleh inversely proportional
Apa maksud kau?
Orang yang melakukan kerja dakwah dengan
ikhlas akan menemukan Allah dalam
pelajarannya

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang jantung misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah
ciptakan jantung
Bila belajar tentang algebra, terasa
kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa
akrab dengan Pencipta

Kenapa?

Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum
tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu

Lain tu, selama ni kau nak cakap yang
aku ikut program tarbiah dan dakwah tu
tak ikhlas?


Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak
berlaku tarik tali dengan Allah


Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang
tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment banyak
lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah
Siapa yang menolong agama Allah, nescaya
Allah akan menolongnya

Kita melakukan jual beli dengan Allah,
tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan
dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada
dengan Allah


Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak
masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak
mengerjakan kerja tersebut


Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap
perbuatanku

Setiap kali aku bergaul dengan jiranku,
aku ingin mereka merasakan kemanisan
iman dan Islam

Setiap kali jiranku melihat kebahagian
rumahtanggaku, aku ingin mereka
merasakan keindahan Islam

Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam
diriku

Aku ingin setiap perbuatanku menjadi
manifestasi dakwah itu sendiri

Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga
dan sahabat, segalanya adalah dakwah

Moga kita bersama dalam usaha
merealisasikannya

Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,

Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam
Hassan AlBanna

Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia

Moga kedua-dua kisah ini dapat kita
renungkan bersama

Menjadi motivasi buat kita untuk terus
berada dalam mandala ini.


Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid
Imam Hassan AlBanna. Dakwahnya menyinari
hati umat manusia di saat itu. Dia
berdakwah sehingga ke kawasan
perkampungan di gunung-gunung yang
tinggi. Semua manusia mengenalinya.
Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu,
kenalkah kamu dengan Assyahid Imam
Hassan Al Banna, pasti semua
mengenalinya kerana kerja kerasnya di
dalam perjuangan dakwah . Lia, aku akui
sememangnya untuk berjaya dalam
pelajaran, kita kena berusaha. Itu
Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam
takkan tertegak dengan kata-kata, dengan
mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan
dakwah, kita juga kena berusaha. Itu
juga adalah Sunnatullah. Kemenangan
Islam memerlukan pengorbanan dari
pengikutnya.


Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam
buku Detik-detik Hidupku karangan
Assyahid Imam Hassan Al Banna:


<>


Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah
bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.

Dia ingin mempertahankan prestasi
terbaik untuk Allah, agama Allah. Di
sudut lainnya, dia tidak suka mengejar
dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia
hanya ingin memberikan yang terbaik
sebagai hamba Allah.

Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah
kecundang. Dia pernah bertanya kepada
Allah - Ya Allah, kenapa engkau
mentakdirkan prestasi yang baik buat
temanku? Apakah temanku itu punya alasan
yang kuat sehingga Engkau menolongnya.
Aku mempunyai mimpi yang besar untuk
menegakkan agamaMu melalui pergerakan
dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus
berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui
suatu kisah sahabat yang dijamin masuk
syurga, padahal seharian ibadahnya sama
saja seperti sahabat yang lain. Dan
ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat
itu menjawab “Aku tak suka
membanding-bandingkan apa yang Allah
berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin
Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan
untukku dalam situasi sulit atau lapang.
Aku akan tetap redha kepada Allah dalam
situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi
bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa,
meskipun gunung-gunung harta itu milikku
atau aku tak punya harta sedikit pun”.


Lia, saya teringat email yang pernah
saya terima dari seorang kawan.
Tulisannya benar-benar terkesan di hati
saya. Dia bercerita tentang seorang
wanita yang terkena penyakit disebabkan
poliovirus semenjak kecil. Kisah ini
kisah benar. Saya namakan wanita ini A.
A memerlukan tongkat untuk berjalan. A
tidak berapa cantik, tidak slim dan
tidak tinggi. Satu sahaja keinginan A. A
ingin sesiapa sahaja yang melihatnya
mengucapkan Subhanallah.

Keinginan A tercapai. Bila A belajar di
sekolah menengah dan berjaya, manusia
yang ditemuinya mengucapkan
Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke
universiti, sekali lagi orang ramai
mengucapkan Subhanallah. Bila A
menyudahkan pelajarannya, sekali lagi
manusia mengucapkan Subhanallah. Dan
sekali lagi orang ramai mengucapkan
Subhanallah apabila A mengahwini seorang
lelaki yang kacak dan beriman.

Orang ramai tertanya-tanya, apa yang
mampu A berikan kepada suaminya. Takdir
Allah menentukan yang sebaiknya. Allah
mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak
yang comel dan sempurna. Sekali lagi
orang ramai mengucapkan Subhanallah.

Dengan kecacatanya, A masih mampu
membuat manusia mengingati Allah.
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa
paras bukan persoalan utama. Ingat lagi
tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia
sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa
panji bendera Islam. Katanya, buta
menyebabkan dia tidak takut kerana dia
tidak akan dapat melihat bilangan musuh.
Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui
mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana
terlalu banyak luka parah yang
dialaminya. Subhanallah.

Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh
Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas
kerusi roda. Tapi apa yang telah dia
lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah.
Musuh menggeruninya.


Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu
untuk Islam.


Ayuh berada dalam saf perjuangan.

Friday, November 07, 2008

Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci


Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"

Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.

Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..