Friday, April 23, 2010

Kawin Pun Susah?

SAYA akan bersikap jujur setiap kali disapa, diusik oleh teman-teman bila ditanya tentang membina bayt-muslim. Sudah tentu saya seperti kalian, punya hati dan perasaan, normal sifat dan anggota, berkeinginan sempurna ibadat selepas ijab dan qabul. Kehidupan sebenar saya pada setiap langkah kaki menuju, berhentinya langkah saya bererti saya sedang menyusun langkah baru agar tidak terus mati hingga bertamu destinasi berikutnya.

Bila orang bujang berkumpul pasti tidak lepas daripada 'ngomol-ngomol' pasal bayt-muslim, ada mengusik teman-teman yang belum berumahtangga. Tapi disempitkan tujuan kahwin hanya untuk kekang nafsu, elak zina akan jadi lain pula. 


Perkahwinan bukan penyelesaian pada sesuatu perkara, tapi mungkin permulaan kepada satu masalah kalau tak kena gaya.

Masalah sama saya sering hadapi ialah kesukaran berbincang dengan anak muda yang sempurna BALIGH, namun malangnya kurang AQIL, masih terdodoi dalam buaian. Bermodalkan alasan cliche yang amat mudah:

"Biasa la ustaz... mahu enjoy puas-puas, hidup remaja cuma sekali"

maka tiada alasan kalau mahu berkeras untuk kahwin muda kerana kekang nafsu, bimbang hilang rasa tanggungjawab.

Sedaya mungkin, saya masih tidak begitu bertegas dengan ibu bapa tentang isu ini, masih mengharapkan pada terzahirnya hikmah yang membantu saya membuat keputusan tepat. Cuma kadang-kadang bermonolog sendiri:

“Kebahagiaan itu sebenarnya di mana?”

Bayt-Muslim bukan sekadar suatu kenyataan bila terzahir maksud melalui rundingan ahli lalu membentuk kelompok komunikasi mencari satu keputusan bersama, namun ianya lahir daripada segenap perancangan benar akan setiap ketentuan itu adalah hadir daripada susun atur taqdir Tuhan. Bila tiba masa kita mengharapkan Dia pada satu rasa, Dia juga akan menilai keikhlasan kita sebelum membenarkan rasa itu tercipta sebagai satu natijah akhir.

Berkahwin tidak semudah tutur kata, tanpa berfikir masak-masak banyak akan mengundang masalah. Tapi tidak selayaknya kita berputus asa sebelum berjuang, berpecak dahulu di luar gelanggang selepas dihadapkan dengan pelbagai mehnah orang yang sudah berpecak di dalam gelanggang. Kesabaran perlu tinggi dalam menempuh cabaran-cabaran selepas berumahtangga yang tergesa-gesa. Kita bukan sahaja berkahwin dengan pasangan tetapi keluarga pasangan.

Berkahwin ketika masih di alam kuliah, kalian bukan sahaja diajak menghadam silibus-silibus, kitab-kitab pengajian bahkan ilmu-ilmu rumahtangga selepas terpatri ikatan. Kita pasti tidak mahu, kahwin adalah jalan terakhir untuk melunaskan nafsu serakah, isteri bagai pakaian, digunakan bila perlu, dibuang bila puas.

Saya agak tidak bersetuju dengan dengan sesetengah remaja yang kepingin untuk kahwin awal, tetapi hanya beralasankan idea yang sangat rapuh. Kalau hanya memandang kahwin dengan sebelah mata, kebarangkalian penceraian untuk berlaku selepas perkahwinan adalah besar. Oleh itu, sediakan diri secukup-cukupnya sebelum melangkah ke alam perkahwinan, jika benar redha Allah Taala yang kita cari.

Kelebihan kita kerana akal... melalui pemerhatian dan pengalaman boleh dijadikan modul lengkap untuk mereka yang tercari-cari jawapannya... kecuali mereka yang terlalu robotik dan tidak boleh berfikir sendiri dengan baik.

Perempuan solehah tidak pernah sunyi dari kebimbangan, mengenang diri dengan siapa bakal disatukan. Betapa sedihnya ulu hati kerana saat diri sudah sampai jodoh, tiada pula wali yang mengijabkan lantaran ajal bapanya sudah sampai terlebih dahulu sebelum jodohnya. MUjahadahnya adalah cekal, doa dan berserah pada Qadha' dan Qadar agar perjalanan bahtera dibina cekal hingga ke Syurga.

Wahai insan bernama lelaki, suami hargailah pengorbanan si isteri. Taatnya tidak pernah berbelah bahagi, kerana risiko tetap sahaja di pihak lelaki yang terselindung di sebalik ‘kuasa’ talaq dan poligami.

Thursday, April 22, 2010

Maaf, Tidak Berupdate!

Sebelum menulis entry ini, saya melihat entry sebelumnya yang ada di ruangan kasih saya ini, Ya Allah sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu disini samaada coretan ilmiah mahupun sekadar catatan seharian saya buat perkongsian rakan-rakan..

Mungkin juga ada rakan-rakan yang agak kecewa tatkala berhajat untuk mengetahui tentang saya, namun laman ini 'tiba-tiba' berada di dalam mode invited reader.. Kenapa lama tidak berupdate? Hendak diberikan alasan sibuk, itu sepatutnya tidak boleh dijadikan alasan, lantas para blogger lain seperti Ustaz Hasrizal yang sudah bekeluarga masih mampu mengupdate blognya secara konsisten...ini kan pula saya sekadar seorang pelajar, anak, pekerja tidak mampu mengupdate laman ini...

Saya cuba berikan sedikit masa yang ada ini, untuk menulis sesuatu disini tentang perkembangan diri, Alhamdulillah semester pengajian saya kali ini hampir menemui penghujungnya...saya kini sedang berjuang menghadapi 4 lagi paper final yang berbaki setelah paper 1 selamat dijawab pagi tadi...Cuma apa yang berlainann untuk kali ini...Suasana study berbeza, kerana saya berstatus NR, menetap diluar kampus dan tinggal dirumah bersama keluarga tercehnta... jika diploma dulu saya boleh memilih sendiri masa yang sesuai unutk struggle study buat terakhir kalinya sebelum final, namun untuk pengajian ijazah ini, saya perlu curi-curi masa unutk study, dengan komitmen saya terhadap kelas pengajian Al-Quran yang saya bantu ummi secara part-time setiap hari kecuali jumaat, sabtu dan ahad..semua ini menuntut saya untuk mempunyai pengurusan masa yang konsisten....

Saya juga perlu menghadapi subjek2 yang agak killer semester ini...huh!, Kadang-kadang mengeluh juga dengan ummi, penat berulang dan melakukan part-time, dan membuat kerja-kerja rumah...Ummi selalu memberi nasihat 'anggaplah ini latihan buat akak menghadapi kehidupan berumag tangga kelak' begini lah bila sudah bekerjaya dan berumah tangga, siang bekerja, kemudia pulang ke rumah, melakukan kerja rumah, dan waktu rehat sangatlah terhad tatkala memegang title wanita bekerjaya'...

Mungkin ada betulnya apa yang ummi cuba sampaikan kepada saya, sekeurangnya apabila menempuhi alam pekerjaan, saya sudah biasa dengan situasi ini...Ha, ada berita sedih...sebulan yang lepas.. handphone saya telah dicuri....tambah sedih lagi...semua contact number saya dah hilang...sahabat-sahabat semua jika tidak keberatan bolehlah tinggalkan no anda dirungan komen dan menghantar mesej ker FB saya jika mahukan privasi...Saya masih menggunakan lagi no celcom yang dulu...
Sekadar itu sahaja, buat masa ini...buku-buku telah kembali melambai...exam terdekat adalah 27 dan 28 haribulan ni...killer paper pulak tu...Mohon doa dari sahabat agar saya mudah dan tenang menghadapi peperiksaan....


Nota 1: Saya akan ke Thailand cuti semester ini, Insya Allah jika tiada halangan mendatang
Nota 2: Saya merasakan ada seseorang telah berlaku tidak adil dengan saya...