Antara Bidadari Dan Penghuni Syurga

Sekadar coretan dan perkongsian buat muslimah ~wanita adalah hiasan dunia.. seindah-indah wanita adalah wanita solehah~ (^,^)


Vidoe perkongsian dari seorang sahabat...sangat indah..

it may be hard, but it is not impossible. kita cuba jadikan hari ini lebih baik dari semalam
selamat menonton...

sebelum sahabat semua hendak menghayati vidoe ini..sila stop kan dulu lagu kegemaran saya : muhasabah cinta yang berada disebelah kanan atas ( dibawah kalender)


Jika Aku Jatuh Cinta


Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-MU
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-MU

Ya MUHAIMIN,jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMU.

YA aLLAH,jka aku jatuh hati,
ijinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

YA RABBANA jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hatiMU.

YA RABBUL IZZATI,jka aku rindu
rindukanlah aku pda seseorang yang merindui syahid di jalan-MU.

YA ALLAH,jika aku rindu
jagalah rinduku padanya agar aku tidak lalai aku merindukan surga-MU.

YA ALLAH jika aku menikmati cinta kekasihMU
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmaatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-MU.

YA ALLAH ,jika KAU halalkan aku merindui kaksih-MU,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga maelupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-MU.

YA ALLAH ENGKAU mengetahui bahwa hati-hati ini telah terhimpun dalm cinta pada-MU.
Telah berjumpa pada taat padaMU,
Telah berstu dalam dakwah pada-MU.
Telah terpadu dalam membela syariatMU.
Kukuhkanlah YA ALLAH ikatannya,
Kekalkanlah cintanya,
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan NUR-MU yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-MU
Dan keindahan bertawakal di-jalan-MU.

p/s: moga ku ketemui 'seseorang' itu... mungkin Allah ketemukan aku dengan 'bukan seseorang' itu supaya aku terus mencari, maaf buat bukan seseorang kerana mungkin kita bukan ditakdirkan untuk bersama, dan aku harap engkau memahami mengapa dengan doa diatas..Ya Allah berikan lah aku insan yang dapat menemani ku mengejar cinta dunia dan cinta akhirat...amin..

Bingkisan Buatmu Wahai Sahabat Sejantinaku


Siapalah diriku ini untuk membuatkan dirimu menangis sebak, dan apakah layak bagiku untuk menasihati dirimu. Namun, inilah yang mampuku lafazkan, yang mampuku laungkan setelah kian lama terbuku di jiwa yang lara. Kuharap segalanya diterima dengan berlapang dada, kerana inilah taklifan buat diriku yang bergelar Adam, untuk meluruskan tulang rusuk yang ditakdirkan bengkok. Bukankah diciptakan wanita untuk dilindungi sepenuh hati?

Melihat senario kaum Hawa dewasa ini, diriku tertanya-tanya penuh kemusykilan. Mengapa dirimu kian jauh daripada-Nya ? Apakah dirimu telah lupa akan hukum-hakam yang disusun-Nya? Ke manakah menghilangnya generasi mujahidah harapan agama? Ingatlah duhai muslimah. Dirimu itu diciptakan sebaik-baik kejadian. Jangan sekali-kali ciptaan Yang Maha Tinggi dipersiakan. Hanyalah redha-Nya yang kita impikan, bukannya undangan kemurkaan-Nya yang kita harapkan.





"Takutlah kamu kepada wanita, kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani Israel adalah kaum wanita..." (Mutafaq 'alaih)


Jelas bersuluh di dalam sabda Baginda yang dirindui, sesungguhnya kaum hawa mampu menggoncang dunia. Jauh sekali tafsirannya bahawa wanita diciptakan sebagai perosak, sebaliknya wanita diciptakan untuk dinobatkan sebagai sayap kiri bagi para mujahid. Dalam berjuang demi menegakkan Deen di dalam diri, keluarga juga ummah. Wanita itu bisa menjadi madu, kenikmatan dan kemanisannya menjadi pemangkin pada kebangkitan Islamiah. Inilah yang diharapkan dari insan yang bergelar muslimah solehah. Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun, bisanya terus memudaratkan seraya menghancurkan agama yang dicintai. Nauzubillahi min zalik! Jauhkan dirimu dari palitan noda maksiat, membutakan hati dan meruntuhkan peganganmu.

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..."
(Mutafaq 'alaih)


Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana. Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri, natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya.


Tika Dinihari


Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang hening
melainkan dengan bermunajat kepada-Mu
Tiada indah suatu hari yang aku lalui
kecuali dengan patuh kepada-Mu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan keampunan-Mu

Ya Allah Tuhanku
yang merubah kalbu
Tetapkanlah hatiku
Moga sentiasa dalam agama-Mu
Jua taat akan perintah-Mu

Tuhan
Usah bebankan kami
dengan bebanan yang berat
seperti yang pernah kau berikan kepada umat yang terdahulu...
dari kami

Tuhan
Jangan pikulkan kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami...

(Lirik Lagu Nasyid Kumpulan Devotees)

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang hening
melainkan dengan bermunajat kepada-Mu
Tiada indah suatu hari yang aku lalui
kecuali dengan patuh kepada-Mu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan keampunan-Mu

Ya Allah Tuhanku
yang merubah kalbu
Tetapkanlah hatiku
Moga sentiasa dalam agama-Mu
Jua taat akan perintah-Mu

Tuhan
Usah bebankan kami
dengan bebanan yang berat
seperti yang pernah kau berikan kepada umat yang terdahulu...
dari kami

Tuhan
Jangan pikulkan kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami...

(Lirik Lagu Nasyid Kumpulan Devotees)

Anak-Anakku Bukan Anak-Anak

Suatu hari tu, aku membuat keputusan untuk mengambil cuti, kerana minggu-minggu sebelumnnya sibuk memanjang. Pada pagi itu, isteriku bekerja dan anak-anak yang dah bersekolah perlu ke sekolah. Cuma tinggal Ammar, anak yg bungsu yg berumur 2 tahun.

Pagi tu agak sunyi kerana tiada riuh-pikuk anak-anak lain. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk membuat sedikit kerja yang masih tertunggak sekian lama. Setengah jam kemudian, kedengaran bunyi Ammar naik ke atas dan dia terus ke bilik studiku. Dia terus berdiri di sisi kakiku sambil meletakkan mukanya di pahaku.

Aku merasa sedikit terganggu, maklumlah tengah membuat kerja komputer yang memerlukan konsentrasi yang tinggi.

"Ammar, pergilah bawah dengan bibik! ok?"
"Tak nak!. Tak nak!". jeritnya.
"Ammar pergilah bawah, Abi nak buat kerja nie!!"
"Tak nak! tak nak!", katanya sambil meraung
" Ammar pergilah bawah, Abi nak buat kerja nie!!! " jeritku sedikit marah.
"Tak nak! Tak nak!" katanya sambil memeluk erat kakiku, aku cuba melepaskan tangannya yg kecil tu.

Akhirnya, kupanggil bibik untuk mengambilnya. Menangis-nangis dia sambil tetap memegang kakiku ketika ditarik oleh bibik. Membentak aku dalam hati, "mengganggu je nak membuat kerja".

Ketika aku membuat kerja, terdengar bunyi bibik memujuknya yang terjerit-jerit. Dibuatkan susu, ajak bermain pun tak nak. Akhirnya terdengar bunyi dia dimandikan, dan dipakaikan pakaian sambil terjerit-jerit melawan bibik yang terus cuba memujuknya. Sepanjang masa tu, aku cuma membuat kerja sambil sekali-sekala terdengar bunyi dibawah.

Akhirnya terdengar bunyi kaki kecilnya naik ke atas menangis teresak-esak sambil diekori oleh bibik. Dia mengetuk-ngetuk bilik studiku dengan tangannya yang kecil. Dengan rasa sedikit menyampah, aku menyuruh bibik membuka pintu.

Terpacullah mukanya yang merah mengalirkan air mata sambil teresak-esak memegang botol susu dan bantal kecilnya. Tanpa berkata apa-apa, diapun terus meletakkan bantal kecilnya dan terus baring menghisap botol susunya dihujung kakiku. Bunyi teresak-esaknya masih kedengaran namun semakin berkurang.

Sambil menghisap susunya, tangannya memegang hujung jari kakiku. Aku biarkan sahaja sambil terus mengadap monitor komputer. Tak lama selepas itu, sesuatu terdetik di hatiku, Kulihat wajah Ammar, "tertidur rupanya". Sebelah tangannya memegang botol susu dan sebelah lagi memegang hujung kakiku. "Rupa-rupanya dia nak aku baring dan memeluknya semasa dia menghisap susu botol'," bisik hati kecilku.

Akhirnya, kututup monitor notebook, dan mengangkatnya. Dia tersedar sekejap tapi bila nampak abinya yang mengangkat dia, terus meletakkan kepalanya di bahuku. Lepas tu, kubawa dia ke bilik dan terus baring disisinya sambil mengusap-ngusap rambutnya. Damai nampak mukanya sambil terus tertidur didalam pelukanku.

Sambil mengusap-ngusap rambutnya, aku berkata dalam hati, "maafkan abi Ammar, abi tak faham Ammar dahagakan kasih sayang abi". Ketika itu, bergenang rasanya mata. Akhirnya,akupun tertidur di sebelahnya.


Teringat saya kisah Raja Melaka yang mahu mengahwini puteri gunung ledang. Diberikan syarat jambatan emas, tujuh dulang hati nyamuk dan lain-lain. Semuanya mampu diberikan kecuali satu, iaitu semangkuk darah puteranya. Ini kerana Sultan Melaka tidak mampu untuk melukakan puteranya untuk mengambil darahnya.

Tetapi, bayangkan kita sekarang. Sudah ramai ibubapa yg sanggup melukakan anaknya kerana sebuah cita-cita ataupun karier mereka. Bukannya melukakan kulit mereka seperti Sultan Melaka, tetapi melukakan hati-hati mereka. Bukannya disengajakan, tetapi tidak disengajakan kerana tekanan tempat kerja, deadline yang perlu dikejar dan pelbagai alasan yang tidak berasas.

Mungkin ada yang memberikan alasan untuk memberikan kehidupan yg terbaik untuk anak-anak, tetapi adakah dengan melukakan hati mereka? Anak-anak yang tidak berdosa, cuma menyepi dan terus terbiar. Maka ibubapa sebenar mereka bukannya mereka yg dipanggil ibu/bapa/mama/abi/ummi, tetapi insan-insan yang dinamakan bibik/orang gaji.

Anak-anak yang berumur terutamanya di bawah 7 tahun memerlukan kasih sayang, yang berumur sekolah rendah perlu diberikan bimbingan dan disiplin, yang berumur remaja baru memerlukan belanja yang banyak dan apabila mereka masuk ke universiti baru mereka memerlukan belanja yg cukup besar. Tetapi kenapa kita sanggup mengorbankan 18 tahun pertama mereka semata-mata untuk memberikan mereka kesenangan?

Anak-anak kecil tidak memerlukan kereta besar dan selesa, mainan PSP/PS2, pakaian yang mahal-mahal dan selesa, mainan yang mahal dan canggih....Mereka hanya perlukan pelukan lembut ibubapanya yang penuh mesra dan perhatian sewajarnya dari insan bernama ibu/bapa.

PERMINTAAN YANG MUDAH INIPUN KITA TIDAK BERIKAN KEPADA MEREKA!

Mungkin kita pernah mendengar orang mencemuh; ibu guru, tapi anak pelesit. Bapa ustaz tapi anak duduk merempat. Mungkin inilah puncanya. Kita terlalu sibuk dengan kerjaya, sampai melupakan pendidikan anak-anak di rumah. Natijahnya, anak membesar dahagakan kasih sayang ibubapa dan apabila remaja, mereka berubah bukannya menjadi anak-anak kita, tetapi anak-anak terbiar yang membesar dibimbing oleh rakan-rakan.

Maka ketika itu jangan menyesal, anak-anak kita, tidak menjadi seperti anak-anak kita, tetapi menyerupai anak-anak orang lain. Masa itulah baru kita berkata didalam hati "ANAK-ANAKKU, BUKAN ANAK-ANAKKU."

Anak...kaulah permata ayah bonda
Anak...kaulah harapan ayah bonda
Anak...kaulah cahayamata ayah bonda
Anak...kaulah buah hati ayah bonda

Anak...jadilah orang yang berguna
Anak...berbaktilah kepada agama
Anak...carilah ilmu yang berguna
Anak...berbaktilah kepada kedua orangtuamu

Anak...kaulah harapan ayah bonda
Anak...kaulah harapan bangsa, agama dan watan
Anak...jadilah anak yang soleh/solehah
Anak...harumkanlah namamu dengan menjadi orang yang taat kepada Allah

Itulah...harapan ayah bonda.

"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku cuba membimbing anak-anakku sedaya upayaku, tetapi jika aku gagal/tidak mampu mendidik mereka sebaiknya, maka hadirkanlah seorang mualim/murabbi dalam hidup mereka yang mampu menampung kekurangan di dalam pendidikanku dan kasih sayangku Ya Rahman, Amin "

sumber: iluvislam

Luahan Perasaan..

Kenapa saya tulis tajuk macam tu kat atas??:17:

sebab entry kali ni saya khas kan tuk saya luahkan perasaan..bukan perasaan orang lain tapi perasaan saya....:1:..

sebenarnya dalam dua tiga hari ni saya dapat detect something tak kena dengan saya:6: ni, cepat sangat saya nak marah bila ade yang tak kena...cepat sangat nak merajuk:28: bila hati terusik, padahal sebelum ni tak la cam tu...

saya akui masa saya masih sekolah rendah dulu salah satu perangai buruk saya, saya kuat merajuk...saya jugak sangat degil dan keras kepala ( tak tipu..)
merajuk??
serius saya sangat2 kuat merajuk...pantang kena marah atau kena tegur, pasti saya merajuk..muncung memang sedepa la..bukan sehari jer saya merajuk...biasanya paling sekejap pun 2 hari...dasyat tak saya dulu masa zaman budak2??:39:..nak wat camne...budak2 ape la yang saya tahu masa tu...

tapi alhamdulillah sejak masuk sekolah menengah saya mula buang perangai buruk saya tuh..!!
cuba didik hati agar terima dengan tenang, cuba menawan emosi ketika nak marah...dan perubahan lain agar saya berhijrah kepada yang lebih baik... so bila masuk sekolah menengah
berada dalalm persekitaran baru, saya berjaya buang sikit2 perangai tak elok saya tu...

antara nya ...
saya boleh maintain jer muka dalam apa pun keadaan..sampai satu tahap ni...disebabkan muka blur saya...kwn saya selalu labelkan saya ni tak de perasaan...setuju ker x, marah ke x, sedih ke x....sama jer mukanya....entahla, bab ni saya tak leh nak cakap pe...sebab dia datang bertukar neutrally tanpa saya buat2...

tapi apa yang berlaku di dasar hati saya, Allah Maha Mengetahui..sedih ke saya, gembira ke saya...saya lebih senang ceritakan pada-Nya...

saya jugak tak sampai hati nak sakitkan atau hampakan perasaan orang lain, bila ade yang meminta tolong, saya jadi lemah...walaupun saya tak mampu, tapi saya akan usaha seboleh mungkin tuk tolong dia, walaupun tak dapat tolong sampai habis, separuh jalan pun jadi la..

tapi, disebabkan sikap saya yang satu ni, 'suka tolong' saya sering dipergunakan...kadang2 berkali-kali dari orang yang sama...tapi saya tak pernah nak ambil pengajaran..tu kesilapan saya...dan orang yang buat tu makin 'lemak' la jadinya...dan malam ni saya sebenarnya sangat-sangat marah!! ...:46::24::22:
so saya perlukan mana-mana saluran tuk saya kurangkan rasa marah saya ni...
nak citer kat korang, saya tak nak mengaibkan induvidu yang buat saya marah..so saya keluarkan perasaan marah saya dengan icon2 yang saya guna...

saya terfikir..
kenapa kita manusia ini selalu nampak kekurangan org lain jer?

kenapa manusia ini susah nak menerima ada manusia yang lain lebih dari dia?

kenapa kita manusia ni kurang mahu bercerita kebaikkan orang lain tapi lebih suka cerita jahat orang?

kenapa manusia suka ambil kesempatan atas kebaikkan orang pada dirinya??

tahu tak kadang dari perbuatan kita ni boleh melagakan orang lain? tahu tak!!
pikir la dulu sebelum buat ape2...sebenarnya diam itu lebih baik dari kita berkata, dan hakikatnya kita hanya bercakap kosong?? tidak memberi manfaat pada orang lain...so lebih baik diam...

ok lah, saya tak leh merepek lebih2 lagi karang macam benda lak kuar kat sini,...adoyai....ok lah...
saya nak g mandi:27:, supaya rasa marah ni berkurang sikit...pastu manja-manjakan
diri :26: dan sambung baca novel tautan hati untuk kali ke-4...

dan kalo tak hilang lg marah ni, ubat paling mujarab yang biasa saya ambil bila keadaan genting camni..tentulah tido..:13: sebab bila bangun balik pagi nya saya akan segar dan sme benda saya dah lupa.....sebab sebelum tidur saya dah memaafkan semua orang....