Monday, February 22, 2010

Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Ikhlas


Assalamualaikum wbt

.:: Sempurna 1 bacaan ibarat membaca sepertiga Al-Quran ::.
Rasulullah S.A.W pernah bertanya sebuah teka-teki kepada para sahabat: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Quran dalam jangka masa dua tiga minit saja? Tiada seorang pun daripada sahabatnya yang menjawab. Malah Saidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatamkan Al-Quran dengan begitu cepat. Kemudiannya Saidina Ali mengangkat tangannya. Saidina Umar bersuara kepada Saidina Ali bahawa Saidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah S.A.W menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Ini kerana Rasulullah S.A.W pernah berkata bahawa membaca surah Al-Ikhlas ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka khatamlah sebuah Al-Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri: Ada seorang lelaki telah mendengar bacaan surah Al-Ikhlas berulang-ulang kali di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menyampaikan perkara itu kepada baginda sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah S.A.W berkata: Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga Al-Quran!

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an.” ( Hadith Riwayat Ahmad dan An-Nasai )

Nota: Sejak seminggu lepas, saya membaca Al-Quran selepas solat Subuh dan bukannya selepas Maghrib seperti lazimnya kerana sentiasa bangun awal pagi untuk study. Sebaik tahu akan kelebihan ini, saya akhiri bacaan saya dengan surah ini beserta sebuah surah lagi. Berkatnya hari kita kalau dapat mengkhatamkan Al-Quran di pagi hari ya.

.:: Membina rumah di syurga ::.

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras)

Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah: Saya sedang berjalan dengan Rasulullah S.A.W, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah Al-Ikhlas. Baginda berkata: Wajiblah. Saya bertanya kepadanya: Apa ya Rasulallah? Baginda menjawab: Syurga (wajiblah syurga bagi si pembaca itu).

Nota: Ini real estate kita di akhirat nanti. Mari kita mengumpul dana! Tak perlu keluarkan walau sesen pun kan. Indahnya hidup!

.:: Didoakan dan dipelihara oleh para malaikat ::.

"Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat. Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan." (Riwayat Ibnu Abbas)
Sabda Rasulullah S.A.W: Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya. Sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad' itu tertulis di sayap malaikat Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil A.S. Siapa membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara daripada perkara keji dan segala bala hinggalah bertemu Jumaat yang berikutnya. Jika dibaca 3 surah ini (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
(Saya tidak jumpa sumber sanadnya tapi tidak rugi jika diamalkan)

Nota: Terasa diri seperti ada bodyguard yang jaga atas, bawah, kiri dan kanan.

.:: Dipelihara daripada azab kubur dan dipermudahkan di akhirat ::.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi Siratul Mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). (Sanad yang sepenuhnya juga saya tidak temui. Sekadar kupasan daripada kitab saja.)

Nota: Saya teringatkan kelebihan membaca surah Al-Mulk sebelum tidur. Juga untuk terhindar daripada azab kubur nanti.


Saya kira cukup dulu untuk kali ini. Maafkan saya sebab ada beberapa dalil itu tidak mempunyai sanad/sumber yang jelas. Saya tidak tahu di mana hendak dirujuk lagi. Jadi, jika ada sesiapa yang tahu sumber hadis yang saya tidak sertakan sanadnya, bolehlah lampirkan di komen. Nanti saya akan kemaskinikan jika ada maklumat terkini.

Oh ya. Lagi satu surah yang saya baca selepas mengaji atau sebelum memulakan study adalah surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah). Sudah menjadi amalan sejak tingkatan satu. Surah ini pelapang dada. Memudahkan kita menimba ilmu, penguat semangat dan pelembut hati. Elok diamalkan di pagi hari. Terutamanya selepas Subuh. Jika ada para ibu yang hendak melembutkan anak-anak yang nakal atau degil, bolehlah dibacakan surah ini di ubun-ubun kepala anak-anak ketika mereka tidur :)

Semoga dengan perkongsian ini, kita semua semakin jelas kenapa Annas dan Pakcik Mahmud mengamalkan surah Al-Ikhlas dalam kehidupan mereka. Semoga dapat membawa ilmu dan penghayatan baru dalam hidup kita semua.

Ya. Hidup untuk terus menuju ke hadapan ke arah yang lebih baik, Insya Allah :)

Saturday, February 20, 2010

Indah Tercipta

Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.

Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada. Setiap Wanita itu Cantik.

Wanita Cantik yang solehah adalah :

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehah.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.





Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab di pertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab di pertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah.
Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa.


Nastagfirullah Zunubana Ya Allah !

Friday, February 19, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Ehem. Cuma mahu cerita. Tadi saya sepatutnya menyiapakn report saya tentang data storage dan  soalan temubual di UNISEL serba sedikit untuk hari esok. Tapi entah macam mana, saya terbuka Youtube dan termenonton cerita Pisau Cukur.

Dan saya terus tersuka dengan Shahredza Minhat. Tahukah anda, saya menyukai orang yang mempunyai gigi yang menarik? Hehe. Mulanya saya tidak tahu siapakah pelakon itu. Sanggup saya bersusah payah google sana sini untuk mencari namanya. Err… Dulu saya pernah menulis begini: “Kalau seseorang tu sanggup google nak cari info pasal seseorang, tu maksudnya dia dah jatuh sayang pada orang tu.” Jadi, apakah maksudnya? Hahaha. Mengarut apakah awak di tengah malam buta ni, Cik Khadijah!
Oklah. Sekadar entri kosong untuk melegakan mood yang sedang tunggang terbalik saja. Sejak kebelakangan ini, memang kepala saya serabut sangat. Ada macam-macam perkara yang saya perlu fikirkan. Untuk entri yang lebih bermanfaat, silalah tunggu bila saya lapang sikit nanti.



Nota 1:Saya tiba-tiba ragu dengan keputusan sendiri untuk menjadikan blog ini invited reader sahaja..uh.!.gi mana ni...

Nota 2: Hari ini dalam sejarah, adalah siri entri yang mengisahkan repekan saya di malam hari. Siri ini adalah tidak serius dan sekadar menjadi kongsian picisan saja

Thursday, February 18, 2010

Sahabat Dunia Maya

Assalamualaikum wbt

Orang kata, kita tidak boleh mempercayai 100% kenalan yang kita temui melalui internet. Sebetulnya begitulah. Tapi tak dinafikan juga, bukan semuanya palsu dan berniat buruk ke atas kita.

Kalau ada orang mendakwa dia ditipu oleh beberapa kenalan di dunia maya ini, saya turut bersimpati atas nasib mereka. Bukannya apa, tapi kerana saya memahami apa yang mereka rasai. Atau dalam maksud lainnya, saya juga pernah mengenali watak-watak penuh kepalsuan melalui dunia maya. Marah? Itu sudah pasti tapi lama mana sangatlah kita boleh terus kekal hidup dalam kemarahan dan kebencian. Bagi saya, memaafkan dan melupakan adalah ubat terbaik untuk melepaskan benda lama berlalu pergi. Namun, peristiwa-peristiwa sebegini tidak dominan di dalam hidup saya. Kerana yang buruk itu hanya satu, sebaliknya, yang baik-baik pula ada seribu.

Sepanjang menulis blog, saya menemui beberapa rakan baik yang sangat memahami. Jika dulu saya berblog menggunakan platform Friendster, maka yang mengikuti tulisan saya hanyalah rakan-rakan di Friendster saja. Tapi sejak saya mula berblog menggunakan platform Blogspot, skop pembaca yang singgah di sini lebih ramai dan luas. Hit ke blog juga mencecah 100 kali sehari. Saya tahu ini tidaklah tinggi mana berbanding blog-blog milik ramai lagi blogger yang lain. Cuma bagi saya, 100 kali lawatan daripada rakan-rakan pembaca ini menunjukkan ada yang mengingati saya (atau blog saya) walau di mana kalian berada dalam pada saya di sini terasing daripada kehidupan normal bersama rakan-rakan.

Sejujurnya, di saat saya masih menulis di blog lama (Friendster) dulu, saya selalu meninjau blog rakansaya. Saya cemburu melihat dia mempunyai domain sendiri dan aktif dengan update terkini yang lebih berbentuk perkongsian ilmu dalam bidang yang sedang dipelajarinya ketika itu. Walaupun ianya berkisar tentang Security Technology, tapi di situlah titik permulaan saya mula mencari platform yang lebih baik untuk berblog.

Ternyata, sejak menulis di sini, saya menemui beberapa orang kawan baik yang tidak saya miliki dalam kehidupan harian saya di sini. Mereka sungguh baik dan tak dinafikan, mereka ini antara sahabat yang saya hargai kewujudan dan kemunculan mereka dalam hidup saya. Ada di antaranya yang pernah saya temui dan ada yang belum tapi hampir setiap hari kami mendengar khabar melalui dunia maya ini juga alat telekomunikasi yang lain.Saya juga akui lebih selesa berkawan dan mempunyai rakan dengan cara ini berbanding dunia nyata, kerana saya adalah saya dan mereka adalah mereka

Buat Faiq dan Cik Ati, mereka ini istimewa sekali di hati saya. Faiq sahabat baik saya sejak sekolah yang merupakan pembaca setia blog saya. Setia dalam banyak hal. Hanya dia yang tahu! Cik Ati adalah ibu saudara Faiq yang telah saya temui ketika majlis perkahwinan Faiq dulu. Cik Ati merupakan sumber nasihat paling bernas yang boleh saya jadikan rujukan. Saya juga ada Saiful sebagai salah seorang yang rapat dalam dunia saya di alam maya ini. Tak ketinggalan, saya ada Yasir yang sangat seronok untuk dibawa berbincang dan berdebat tentang banyak perkara. Nak berduet mesra pun boleh juga. Juga pernah membantu saya menyelesaikan beberapa perkara. Akhi Bashir, teman seperjuangan dimana iluvislam menjadi titian penghubung persahabatan kami. pelbagai cerita dan suka duka kami kongsi bersama Terima kasih! Dan yang paling istimewa, saya mengenali Nadia dan Acai yang menjadi teman terbaik saya sepanjang menulis di sini. Terima kasih Nadia, Acai kerana sangat memahami saya!

Dan pada hari ini, genaplah dua tahun saya bertapak di sini. Dan saya masih lagi percaya, dunia saya ini membawa saya mengenali ramai orang yang pelbagai watak dan ragam. Dan saya masih percaya, dalam keburukan yang pernah saya lalui sepanjang berblog, masih terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan kebaikan yang saya peroleh.

Di sini saya temui rakan-rakan baik saya dan di sini saya temui dunia saya. "Dunia Khadijah"

Kerana anda semua begitu beharga membuatkan saya terus berkongsi rasa disini..

Wednesday, February 17, 2010

Pemberitahuan

Insya Allah dalam waktu terdekat ini, saya akan menukarkan status blog ini dari public kepada invited readers sahaja...

maaf atas keputusan ini, setelah fikirkan sebaik-baiknya...

saya sudah nekad....demi kebaikkan saya dan menjaga hati pihak-pihak tertentu

so buat sahabat, sila lah semak di ruangan inbox anda, sekiranya dijemput dengan berbesar hati oleh saya utk menjadi pembaca terpilih di teratak kesayangan saya ini....

saya akan mula menukar status pada jumaat ( 17 /2/2010)...

pada sesiapa yang masih ingin mengikuti...

sila letakkan email anda diruangan komen untuk saya jemput anda juga...

Tuesday, February 16, 2010

Lama Dah

 

 perkara pelik yang saya suka buat...
nak tahu ape?

saya suka basuh kereta dalam hujan?
bukan saya jer...umi pun suka join...
bila ada kereta nak basuh la....
rumah saya dalam pagar...
so tersorok la sikit...
takde spe nak intai pun...

selain jimatkan air...
memang dari kecik...
saya suka merengek dengan umi nak mandi hujan...
masa kecik-kecik dulu...
bila mintak kat umi nak mandi hujan..
tak dapat....
dalam bilik air saya buat shower macam air hujan...

umi geleng kepala je dengan perangai saya...
dia selalu cakap dekat abi saya...
biarlah...asal dia tak main kat luar...
depan mata kita....

penah catat rekod saya main hujan dekat 2 jam..
dari hujan lebat sampai berhenti..

pe pun....itu la saya...
ada lagi yang pelik....
nanti saya story-mory lagi...

k lah....tak leh lama-lama kat sini...
nak ajar mengaji malam ni....
tatata...
bersiap dulu...

Monday, February 15, 2010

Hold My Hand

I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight
Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought
Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you
Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair
Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought
Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you
No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbor
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
You’re neighbor, my neighbor
We’re neighbors
So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Terima Kasih

Ketika aku duduk meratapi dugaan yang Diberi Allah tanda kasih-sayangNya padaku...

Engkau pasti hadir dengan kata-kata indah yang memberiku keberanian meneruskan hari-hari dengan penuh hikmah dan ketenagan di bumi Allah swt yang penuh barakah ini...

akan ku noktah segalanya di ruangan ini, agar mengingatkan aku...yang aku masih ada insan yang berkongsi suka dan duka...agar menginagatkan aku yang ak masih ade kenangan bersamamu dikata engkau sudah pergi menghadap ilahi..

aku khaskan entry unutk setiap kata-kata semangat darimu dengan tajuk  "terima kasih"

"Barangsiapa sedang menikmati dunia, di situlah aku pernah merasakan pahit getirnya kehidupan. bagiku dunia adalah tipu daya dan penuh berisi kedustaan, bagaikan fatamorgana di tengah padang sahara. dunia tidak ubah bagai bangkai2 busuk yang hanya anjing kelaparan yang mahu mendekatinya. jika engkau menjauhi dunia, kelak engkau terselamat dari kekotorannya. tapi, jika engkau dekati dunia, maka engkau diserang oleh anjing2nya"
Setiap takdir adalah ujian, berusahalah menjadi hamba yang sentiasa mencari hikmah pada setiap kejadian. usah ditanya “mengapa” kerana jawapannya telah ada.. cuma masanya belum tiba. phonlah pada Allah diberi kekuatan bagi menangani ujian dan dugaan kerana Allah tidak membebankan hambaNYA dengan ujian yang tak mampu ditangunggnya..kerana apa? kerana SAYANG dan KASIH Allah tiada batasnya.. Ucaplah alhamdulillah atas segala kurniaan Allah...

Friday, February 12, 2010

My Stance

Yesterday, I was stuck in dilemma. To be or not to be. By midnight, decision was made and I chose not to be. Alhamdulillah. I am very contented with it.

Abu Burda related that Abu Musa said, “The Prophet, may Allah bless him and grant him peace, heard a man praising another man, extolling him greatly. The Prophet said: You have destroyed him or you have broken the man’s back.” (Imam Bukhari)

Well, the hadith supports my stance which I hate compliments as I see them as insinuations and burdening. But if you happen to hear I tell you some,  don’t worry. I really mean it from the bottom of my heart.

Note: Having good friends around is great. I want to befriend you all forever!

Saturday, February 06, 2010

Pesan Buatmu Jua Buat Diriku

Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat. Hingga kita terduduk menangis. Peritnya terasa tetapi ketahuilah, dan renungilah dalam diri kerana; mungkin air mata itu hadir kerana DIA mahu menjahit sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-
langkah yang tersasar.

Semoga tabah dan ditetapkan iman. ALLAH Tuhan kita Maha Penyayang. DIA sayangkan kau dan aku. DIA tak pernah lupakan kita Hidup ini ibarat mimpi, kita hanya tersedar apabila nyawa sudah meninggalkan jasad. Iman bukan setakat percaya pada rukun Iman, tetapi sebenarnya 1 bentuk penyerahan diri dan pernyataan bahawa kita benar-benar percaya pada setiap janji-NYA. Jangan lupa, pada nafas sekalipun, tersembunyi rahsia dan janji-NYA. Percayalah! syurga | neraka . pilih2

Tuesday, February 02, 2010

Segalanya Jelas

Sesungguhnya yang halal itu jelas
Dan sesungguhnya yang haram itu jelas
Dan diantara keduanya terdapat yang syubhat
Tidak diketahui oleh kebanyakan orang

Barangsiapa menjaga yang syubhat
Sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya
Dan maruah dirinya
Dan barangsiapa yang terjatuh ke syubhat
Maka dia telah terjatuh ke yang haram
Umpama pengembala disekeliling kawasan larangan
Dibimbangi dia menceroboh masuk ke dalamnya

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan
Ketahuilah bahawa sempadan Allah adalah yang haram
Ketahuilah dalam setiap jasad ada seketul daging
Sekiranya ia baik maka baiklah jasad seluruhnya

Dan sekiranya ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya
Ketahuilah, ia adalah HATI..(",)