Tuesday, August 24, 2010

Anugerah

Assalamualaikum wbt
 
“Kerja tu amanah. Awak pula anugerah.”

Kesimpulannya, mari bekerja dengan rasa penuh tanggung jawab dan menghargai apa yang kita miliki dengan rasa penuh syukur.

Hidup ini hanya sekali, menjadi hamba Allah dimuka bumi penuh barakah ini juga hanyalah sekali..mengapa mahu disia-siakan?
=)

Thursday, August 19, 2010

Saya Sangat Terseksa

Assalamualaikum wbt,

Sejujurnya,
TERSEKSA. Sangat terkesan dengan ujian yang satu ini. Saya TERSEKSA. Dan menangis bukanlah satu penyelesaian.
=’( =’( =’( =’( =’( =’(

Nota 1: Doakan perjalanan saya ke Segamat pada Jumaat minggu hadapan selamat pulang dan membawa sakinah dan mawaddah. Ada urusan yang sangat penting dalam diari kehidupan saya disana perlu dibuat, dan sekembalinya saya akan ke Program Amal Bersammu PEKEAS di Taman Tasik Puteri Rawang
Nota 2: Janganlah menagih setia umpama Hajar dan setianya Zulaiha, terimalah seadanya yang terindah di lubuk hatimu...kerana ia adalah amanah buatmu....

Tuesday, August 17, 2010

Jul & Aug Musim Menetas , Dec Musim Mengawan

Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid . Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya . Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa .
Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala . Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai , hancur maruah dan binasa tamadun .
Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya. Bermula dengan pergaulan bebas , pil ectasy , dadah , arak , pusat pelacuran , filem porno , laman lucah dan sebagainya sehinggalah sekatan ke atas majlis agama , sekolah agama rakyat [ SAR ] , mengurangkan sukatan pengajian Islam di pusat pengajian tinggi , mengambil tindakan ke atas khatib yang tidak bertauliah telah menyuburkan mungkar dan maksiat yang sedang berleluasa ini .
Saya memerhatikan sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui . Jika bulan julai , august dan september ini bulan menetas ertinya bulan december sebelumnya adalah musim mengawan . Dalam bahasa mudah , jika bulan julai , august dan september ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan december sebelumnya adalah bulan berzina . [ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]
Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 january dan sambutan itu akan rayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya . Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin .
Pengalaman saya meronda bersama dengan skuad Dewan Pemuda PAS Pusat dan negeri - negeri jelas menunjukkan bahawa malam sambutan tahun baru inilah menjadi musim mengawan beramai - ramai atau besar - besaran pasangan - pasangan yang tidak mengenal lagi batas dosa dan pahala . Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas . Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada - dada akhbar yang saya yakin akan berkurang sedikit selepas september nanti .


SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .

JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .
KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.
GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.
TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .
MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.

Nota 1: Arghhh, hati saya sangat geram tatkala membaca keseluruhan entry ini, maaf andai gambar-gambar diatas mengerikan sesetengah pihak. Namun jauh disudut hati saya, andai ada ibu atau bapa kepada bayi-bayi diatas membaca entry ini...ingatlah anda sudah melakukan kesalahan yang sangat besar...tidak cukup dengan berzina ditambah pula dengan membunuh. Tenteram jiwa hidup dengan diselubungi rasa bersalah??

Nota 2: Saya rasa kerajaan perlu tukar hukuman penjara 30 tahun yang baru dibuat, kepada hukuman gantung sampai mati sahaja kepada pesalah yang membuang bayi (membunuh bayi)

Kematian itu Peringatan Bagi Yang Hidup

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Kelak, ia akan menjadi rumah kita juga.


Sebelum saya menulis lebih lanjut, suka saya nyatakan bahawa diri ini bukanlah yang terbaik dalam menyampaikan tajuk ini. Diri yang sering melakukan dosa dan membelakangiNya, amat-amatlah tidak layak untuk bercakap, apatah lagi tajuk yang berat seperti ini. Namun, menyedari bahawa rasa tidak layak, lalu mengambil tindakan untuk tidak menyampaikan apa-apa merupakan taktik dan strategi syaitan yang tidak akan pernah redha melihat manusia berbuat kebaikan dan akan cuba menghalang-halangi manusia daripada melakukannya. Justeru itu, insyaAllah, akan cuba saya mengetepikan bisikan-bisikan negatif ini. Dan diharap juga kalian anggaplah sahaja post saya kali ini hanya sebagai per'kongsi'an kecil, bukan peng'ajar'an. Mudah-mudahan, apa-apa yang saya kongsikan di sini, saya terlebih dahulu beramal akannya, dan semoga kalian turut sama dapat menggarap hikmah darinya. Amin


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. Saya merasa amat bersyukur kerana pada musim cuti kali ini, Allah telah mengizinkan saya mendapat banyak pengisian, pengalaman, dan juga peringatan yang berbeza bentuknya, dan realiti sifatnya. Berbeza dengan musim cuti-cuti semester saya yang lalu, yang biasanya bersifat 'statik yang merosakkan'. Jujur saya katakan, tidak semuanya menggembirakan. Namun, bagi seseorang yang beriman, diri ini perlu yakin bahawa setiap ketentuan dariNya, pasti punyai hikmah. Dan salah satu peringatan hidup yang Allah berikan kepada saya di masa cuti ini, adalah tentang kematian.


Kematian itu Peringatan Bagi Yang Hidup

Hujung minggu lepas, pertama kali, saya diberikan peluang menyaksikan sendiri jam-jam akhir nyawa seseorang. Saat-saat akhir hayat kehidupan arwah. Lahaulawalaquwattaillabillah. Sesungguhnya, manusia itu merancang, dan Allah juga merancang. Dan Allah itulah sebaik-baik perancang. Arwah yang merupakan nenek saya sendiri, akhirnya dijemput pulang menemui Ilahi. Inalillahiwainnailahiroji'un (daripadaNya kita datang, dan kepadaNya jua kita akan dikembalikan)...

Mohon, mari sama-sama kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang soleh. Amin.. Al-Fatihah.


" Jikalau seseorang manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara; iaitu sedekah yang mengalir, atau ilmu pengetahuan yang dapat diambil kemanfaatannya, atau anak Muslim soleh yang mendoakan untuknya."
(HR Muslim)


Pengisian program ESQ yang saya hadiri pada sebelah paginya tentang kematian, melalui teori, pembayangan dan penghayatan. Kemudian di sebelah petangnya menyaksikan kematian itu jelas dengan kepala mata sendiri, cukup membuatkan diri ini terkesan akannya. Mesejnya jelas, mati itu pasti, kehidupan dunia ini sementara dan tidak ada sesiapa dapat melarikan diri dari hakikat ini!

Kini, hanya doa-doa yang mampu kita usahakan untuk arwah. Itu sahaja. Sesungguhnya, hakikat kematian, bukan untuk kita melihat dan memikir-mikirkan si mati. Bukan itu yang sebenarnya. Namun, ia adalah satu peringatan daripadaNya untuk mereka-mereka yang hidup, yakni saya dan anda-anda semua. Begitu juga dengan talqin yang dibacakan. Bukan untuk peringatkan si mati sebenarnya, namun buat kita-kita yang akan menghadapi mati!

Kematian belum menjemput kita, maka apakah kita telah mengambil pengajaran dari kematian-kematian di sekeliling kita? Dan sesungguhnya, mahu atau tidak, kita juga pasti akan menghadapinya, dan kemudian kepadaNya jua kita dikembalikan.

Wahai orang-orang yang hidup, tidakkah engkau melihat dan memikirkan peringatanNya ini?


Kematian, ramai yang meremehkannya

Entah mengapa, saya hairan, pasti semua tahu dan meyakini bahawa diri ini akan menghadapi mati. Benar? Namun hakikat kebanyakan manusia, mereka hidup merasakan dunia ini abadi, kononnya kematian itu tidak akan datang menjemput mereka. Kenapa saya katakan begitu? Lihat sahaja di dada-dada akhbar dan di media massa. Atau tak perlu lihat jauh-jauh, perhati sahaja insan-insan di sekelilingmu. Betapa banyak gejala sosial yang berlaku? Betapa ramai manusia yang mengejar dunia, kemudian soal dosa pahala diredah begitu sahaja? Hubungan manusia diperalatkan untuk kepentingan diri... Harta dan wang ringgit dikejar-dikejar bagai nak gila, sedang solat dan bacaan Al-Quran tunggang-langgang tanpa jagaan..


Ramai bukan?

Maka suka saya membawa beberapa persoalan ini untuk sama-sama kita hayati. Semoga ia dapat memberi kesedaran dalam diri kita. Cuba fikirkan,

1000 tahun dahulu kau ada di sini? Tidak kan?
100 tahun dahulu?

Bagaimana pula 1000 tahun akan datang, kau masih lagi di muka bumi ini?
100 tahun akan datang?

......

Dunia ini terlalu sementara bukan?

Lalu, mengapa masih sering, kita mengingkari hakikat kematian di dalam hati kita. Justeru, mengapa masih sering kita menjalani hidup ini seakan-akan merasa hidup ini abadi?

Mengapa?


Mengapa Engkau Di Sini?

For every thing that happens, there must be a reason.

Tidak pernahkah kita terfikir mengapa kita ada di sini. Benar, mengapa ya? Sedang 1000 tahun dahulu kita tiada. 100 tahun dahulu juga tiada. Maka sekarang, mengapa kita berada di muka bumi ini? Mengapa kita diciptakan? Saja-saja? Pasti tidak logik bukan. Sedangkan sekecil-kecil mikroorganisma pun ada punyai makna, berfungsi mengurai mayat dan bahan-bahan terbuang.

Maka sekali lagi, mengapa kita diciptakan? Cuba fikirkan ia secara dalam-dalam.

Sesungguhnhya, Sang Pencipta telah memberi jawapan, namun kadang kita yang sering memandang ia sebelah mata.


" Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepada-Ku. "
- Surah Adz-Dzariyat (51): 56


Jawapan asas hidup ini. Persoalan yang mungkin kita sering tertanya tatkala kita baru dilahirkan. Namun mungkin, tempoh masa yang panjang menyebabkan persoalan itu berlalu pergi begitu sahaja. Persoalan yang terjawab, yang jika tidak, berkemungkinan kita tiada pun di dunia ini.

Justeru, itulah sepatutnya menjadi tujuan utama (sole purpose) hidup kita ini. Sang Pencipta telah menetapkan. Iaitu mengabdikan diri hanya kepadaNya, yakni dengan melakukan perkara-perkara yang Dia suka, dan menghindari perkara-perkara yang Dia murkai. Ya, itu tujuan utama yang perlu kita tune dalam diri kita. Bukan tujuan yang kedua, ketiga atau seterusnya. Bukan. Tetapi mesti tujuan yang pertama.


No Pain, No Gain


"  ... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. ... "
- Surah Ar-Ra'd (13): 11 -


Sering kali, tatkala kematian menjemput orang-orang di sekeliling kita, apatah lagi mereka yang hampir dengan kita, rasa insaf dan kesedaran untuk memperbaiki diri datang bertandang dalam hati. HidayahNya telah dicampakkan dalam diri kita. Pasti anda pernah merasa begitu bukan? Namun kemudiannya, adakah kesedaran itu hanya sementara atau bertahan lama? Dan akhirnya, dapatkah ia diterjemah dalam kehidupan kita?

Ya? Alhamdulillah.
Tetapi jika tidak, mengapa?

Suasana yang tidak menggalakkan mungkin? Rakan-rakan taulan dan ahli keluarga yang tidak memberi sokongan? Diri sendiri yang takut melakukan perubahan? Maka suka saya nyatakan, mahu tidak mahu, sudah menjadi lumrah dalam hidup iaitu untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan, biarpun ia bersifat mengejar kejayaan atau materialistik, perlu ada pengorbanan. Perlu merasai sakit dan kepahitan.

Maka, perkara sama juga berlaku dalam kita mahu 'change for good'. Jangan anggap mudah. Pengorbanan itu suatu yang mesti. Diri ini kadangkala disakiti itu pasti. Bukan saya sahaja mahu menakut-nakutkan anda. Tidak. Tetapi itulah realitinya.


" Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apapun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui."
- Surah Ali Imran (3): 92 -


Namun, yakinlah, tiap-tiap pengorbanan yang akan kita hadapi itu tidak ada satu pun yang sia-sia. Percayalah, semua kesakitan yang terpaksa kita lalui itu berbaloi. Ya, percayalah! Tiap-tiap sesuatu itu akan dikira olehNya, dan tiada yang akan terlepas dari pandanganNya, melainkan ianya tercatit sebagai amal kebajikan.

Ingatlah mutiara-mutiara kata ini,

" Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Nafsu itu tampak indah, sedangkan neraka itu tidak terperi azabnya."

Dan pasti, apabila kelapangan dan ketenangan hati dirasakan, tatkala nikmat-nikmat syurga itu dikecapi, segala perih dan jerih itu pasti akan terasa hilang dan berlalu pergi. Seperti aliran air yang membawa bersama kotoran di badan pergi bersamanya.
Maka persoalan untuk diri, apakah aku telah bersedia untuk berkorban?


Ayuh, sebelum terlambat!

Tinggal dunia, tinggal segala. Hanya amalan, jadi teman bicara.



“Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian  itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baqa' dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.”
(HR. Ibnu Majah dan Abiddunya)



Ayuh! Mari kita bergerak memperbaiki diri! Mulakannya sekarang! Jangan biarkan kesedaran yang Allah kurniakan itu berlalu begitu sahaja.

Sesungguhnya kelak di akhirat, akan ada ramai manusia yang baru nak menginsafi dosa-dosa yang mereka lakukan di dunia. Diri mereka mahu berubah. Namun bagaimana, terus terang dikatakan, kau sudah terlambat!


“ Dan (alangkah ngerinya) sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata), 'Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, (kini) kami adalah orang-orang yang yakin ”
- Surah As-Sajadah (32): 12 -

“ Sesungguhnya, Kami telah memperingatkan kepadamu (orang kafir) azab yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata, 'Alangkah baiknya seandainya dahulu aku menjadi tanah. ”
- Surah An-Naba’ (78): 40 -


Maka sekali lagi, ayuh kita bersegera ke arah kebaikan. Mari kita mempersiapkan diri bagi menghadapi kematian. Sesungguhnya "kekuatan itu perlu dibina, bukan ditunggu". Berubahlah. Jika mampu, lakukannya secara menyeluruh dalam kehidupan kita. Itu yang sebaik-baiknya. Namun jika tidak mampu, tak mengapa. Usahalah untuk berubah sedikit demi sedikit. Ya. Namun pastikanlah, perubahan itu berterusan, dan matlamat akhir perubahan itu dapat dicapai. InsyaAllah.

Ayuh! Sebelum engkau kembali selesa dengan kehidupan jahiliyyahmu yang dahulu.

Ayuh! Sebelum nikmat hidayah yang Dia kurniakan itu, Dia tarik kembali.

Ayuh! Sebelum engkau terlambat. . .


Dan sering-seringlah bermuhasabah diri,

Jika kematian datang menjemputku sekarang, adakah aku telah bersedia?


" Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. "
- Surah Ali Imran (3): 185 -



Mati,
Ia Pasti,
Ia menghampiri,
Ia mengakhiri.

Namun mengapa masih kau dustai
Mengapa masih kau remehi?


Apakah engkau tidak meyakini?
Lantas ayuh persiapkan diri!

~'esok' masih tiada yang pasti~

Friday, August 13, 2010

Saya Tidak Terkata

Semoga dirimu peroleh ketenangan yang abadi dan hakiki...


Jika sebelum ini, setiap kali masuk ke laman ini saya hanya terus ke ruanagn New Post dan mengupdate sesuatu yang baru buat semua pembaca, tetapi tiba-tiba kali ni, saya meneliti setiap widget yang ada di blog ini. Apabila mata betul-betul berada di bahagian widget seperti gambar di atas, air mata saya mengalir tanpa henti. Susah untuk saya gambarkan perasaan saya. Memori yang saya simpan rapi dalam diari tiba-tiba muncul kembali, di tambah pula ramdhan menjadi saksi permulaan segalanya antara saya dan arwah. Terdetik dihati.. " sekejapnya masa berlalu, sudah 4 bulan lebih arwah pergi mengadap Illahi." Dihambat kesibukkan menjadi pelajar sepenub masa dan pekerja secara sambilan menjadikan saya memikirkan banyak perkara dan ingatan pada arwah seolah-olah bagai angin berlalu pergi.

Tapi mungkin air mata yang tumpah tadi adalah luahan segala rasa yang saya tidak ambil peduli sebelum ini. Hakikatnya saya bukanlah sekuat mana, dan saya masih lagi belum mampu menerima pemergian arwah. Jauh disudut hati saya arwah adalah kenangan terindah diantara banyak lagi kenangan terindah yang lain.

Bercerita apa yang saya cuba usahakan sekarang ini adalah berkaitan hasrat murni arwah ketika hayatnya. Arwah sangat-sangat suka berdamping dengan anak-anak yatim, dan kami pernah merancang program besar-besaran untuk meraikan anak yatim pada ramadhan ini, namun apakan daya saya diberi amanah untuk melakukannya. Sejujurnya saya sangat gembira dan saya melakukan iaitu mengadakan program bersama anak yatim demi untuk adalah merealisasikannya saya merancang hari ke hari intuk menjayakan program bersama nak-anak yatim. Moga segalanya dipermudahkan. Aminn...

Nota 1; Segala masaalah yang mendatang saya tahu pasti akan membawa seribu hikmah dikemudiannya...Insya Allah

Tuesday, August 10, 2010

Bahasa Jiwa

Sejujurnya, serba tak kena. Tak jumpa perkataan yang paling tepat dan padat untuk memahamkannya. Apa yang termampu, adalah terkebil-kebil di hadapan skrin komputer ribanya yang menerangi kamar yang gelap dan sejuk ini.

Khali, sunyi, kaku, beku. Hilang petah dan lincah.

Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Tersepit di antara celahan angan dan realiti. Serpihan kenangan seakan bilah-bilah tajam yang begitu melukakan sehinggakan dia tidak punya kekuatan untuk terus melayari sejarah.





Andai bahasa bumi tidak mampu menjelaskan, jelaslah dia perlu berbicara dengan bahasa hati. Langkah pertama, bersihkan dan lembutkan hati. Agar kalam yang ingin disampaikan tidak terhalang dek pagar keegoan dan keangkuhan. Luruskan niat dan ikhlaskan hati. Batu, jika dititiskan air setiap hari akan berlekuk juga. Sabar itu terasnya.

Allah, mohon Kau selamatkan semuanya. Juga, mahu Kau terus pelihara kami dan jangan pernah tinggalkan kami sendiri. Allahumma ameen.

Dengan Sepenuh Hati

Assalamualaikum wbt,

Fitrahnya epal merah, di saat kita mula menggigitnya, pasti ada sedikit masam yang kita rasa. Tapi tidak lama. Selepas jusnya kita peroleh, yang manis-manis saja kita rasakan.

Saya nekad. Saya mahu terus bertahan dengan rasa masam yang ada. Kerana saya mahu menikmati manisnya epal itu di kemudian hari. DENGAN SEPENUH HATI. 

Dan manisnya epal itu, hanya ada pada kamu! 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Topik lain...takmo sedih2...

Kemana saya minggu lepas?  research di Putrajaya..pengalamn yang sangat berharga untuk bidang pengajian saya...


 Di bahagian Pengurusan Rekod, Kementerian Kesihatan Malaysia..Research Time!

Group asgmnet saya unutk semester 4....Teka dimana lokasi gambar ini diambil?



 Nota: Salam Ramadhan buat semua.

 Saya tak sabar nak khatam Quran tahun ni =)

Maaf, laman sesawang ini jarang berupdate, saya sangat kalut dengan pengajian di kampus, bekerja sambilan, masa untuk bersama keluarga...dan saat unutk bersendirian. Alhamdulillah segalanya baik2 sahaja, mohon doa sahabat semua agar saya 'berterusan' berada di jalan ini. Insya Allah