Sejujurnya, serba tak kena. Tak jumpa perkataan yang paling tepat dan padat untuk memahamkannya. Apa yang termampu, adalah terkebil-kebil di hadapan skrin komputer ribanya yang menerangi kamar yang gelap dan sejuk ini.
Khali, sunyi, kaku, beku. Hilang petah dan lincah.
Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Tersepit di antara celahan angan dan realiti. Serpihan kenangan seakan bilah-bilah tajam yang begitu melukakan sehinggakan dia tidak punya kekuatan untuk terus melayari sejarah.
Andai bahasa bumi tidak mampu menjelaskan, jelaslah dia perlu berbicara dengan bahasa hati. Langkah pertama, bersihkan dan lembutkan hati. Agar kalam yang ingin disampaikan tidak terhalang dek pagar keegoan dan keangkuhan. Luruskan niat dan ikhlaskan hati. Batu, jika dititiskan air setiap hari akan berlekuk juga. Sabar itu terasnya.
Allah, mohon Kau selamatkan semuanya. Juga, mahu Kau terus pelihara kami dan jangan pernah tinggalkan kami sendiri. Allahumma ameen.
1 comment:
moga tabah, yang pergi biarkan dia pergi dengan tenang, kita yang masih ada ni...doakan dia selalu...
jangan sedih2...tak suka la
Post a Comment