Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Sunday, February 09, 2014

Kehidupan Sekarang

Assalamualaikum wbt


Setelah sekian lama, kali ni saya nekad nak menulis juga. Bila dah lama tak menulis, memang terasa janggal nak menulis semula. Tapi tak kira. Kali ni nak menulis panjang-panjang. Dan entri ini akan menggunakan bahasa yang santai saja ye. :)
Ada banyak sangat yang nak diceritakan. Nak cerita satu persatu pun rasanya mungkin tetap ada yang tertinggal. Sebab banyak sangat! Walaupun siapalah saya ni untuk kongsikan apa perkembangan terbaru hidup ni. Bukan artis kebaboom pun. Bukan pesonaliti TV ke apa. Tapi dah menjadi kebiasaan, di blog inilah saya kongsikan jatuh bangun hidup saya sejak 2008 dulu lagi. Whoaa. Lamanya dah menulis! :lol:
Diam tak diam, dah 1 tahun lebih saya berkhidmat di organisasi sekarang. Mula-mula dulu berat hati. Lama-lama dah jatuh suka. Tapi bila dah terlalu lama, dah mula kenal lalu muak dengan birokrasi pentadbiran di sini, memang nak sangat bertukar keluar secepat mungkin. Tapi buat masa ini memang ada banyak kekangan lagi. 
Saya masih menjalankan business side income but not jump into serius, still tak boleh handle jadual kerja yang tak tentu masa, aktiviti parti dan pengurusan Pasti and need to travel sini sana, takut nanti customer bising bila saya tak boleh meet their expectation. On and off saya akan try nak catch up order customer. Terutamanya pada hujung minggu. Beginilah hidup saya. Dah 1 tahun lebih begini. Tapi dah terbiasa begitu. Dan dah boleh menerima seadanya. Jadi disebabkan beberapa faktor yang membantutkan niat saya untuk memikirkan untuk mencari kerja yang lebih selesa. Bertahan dulu semampu boleh di sini. Sejujurnya, staf memang baik-baik belaka. Memang tak tipu. Ramah. Selalu makan sama-sama, sembang sama-sama. Attend macam-macam event company sama-sama. Yang tak menariknya ialah adalah satu bab ni. Erm... Tapi tak apalah. Mungkin ada hikmah yang lain kenapa Allah suruh saya bertahan lagi di sini. Namun sedikit sebanyak sekarang ini, alhamdulillah hikmahnya Allah perlihatkan sedikit demi sedikit. Kadang-kadang menangis memikirkan teruk nya diri ni terlalu menyoalkan ujian yang Allah berikan. Hikmah lain Allah hadirkan juga kawan-kawan yang sangat baik, saya jumpa ramai kawan-kawan baru semenjak dua menjak ni. Apa yang saya harapkan sekarang ini saya terus diberikan kekuatan untuk hadapi semua ini, dari karenah pentadbiran yang to much, sesetengah rakan sekerja yang begini dan begitu, tekanan dari pengajian yang masih berbaki 1 semester dan mehnah-mehnah lain.

Sekarang saya bersendirian di rumah. Petang nanti insha Allah akan ke Pantai Jeram, Kuala Selangor having makan-makan again with all family members and our family Usrah first session for this month. 
Yeay~
Dan bye!
Hehehe.
Salam sayang buat semua Hati saya masih tetap merindukan bumi anbia itu dan seluruh kedinginannya. Saya tak jemu play kan lagu irfan makki ' Waiting for the call"  :???: Dan saya doakan yang baik-baik saja untuk semua walau di manapun kalian semua berada. Allahumma amin. ;-)
Nota 1: Gonna have another interview this coming thursday, may Allah ease everything
Nota 2: Untuk seorang rakan sekerja ini, saya selalu doakan dia diberikan Hidayah oleh Allah.
Nota 3: Untuk semua rakan-rakan yang selalu jadi pendengar setia. Saya sayangkan korang semua kerana Allah.

Nota 4: Andai ada yang membuka aibku sedangkan aku sudah bertaubat dengan dosa tersebut, aku doakan semoga Allah membuka pintu hatinya untuk bertaubat atas silapnya itu. Allahumma ameen.

Nota 5: Insha Allah hujung bulan ini, giliran adik saya bersama suaminya dan keluarga mertuanya menunaikan umrah. Moga Allah permudahkan segalanya. 

Cookies untuk delivery esok is in the house, yeah..




Monday, December 30, 2013

Panduan di Rumah Mertua

Berikut adalah panduan dan tip daripada Pak Utih, khas untuk Gen Y yang telah berkahwin, apabila bertandang ke rumah mertua masing-masing.

Panduan Suami Gen Y melayani Ayah Mertua
Panduan menghormati dan melayani Ayah Mertua generasi “Baby boomer”. Isteri Gen-Y WAJIB menerangkan secara terperinci aktiviti atau budaya ayahnya (ayah mertua kepada suaminya) seharian kepada suaminya.
Contoh: Kebiasaan ayah bangun sebelum subuh dan pergi ke masjid dengan kereta. Selepas subuh Ayah singgah kedai kuih untuk dibawa balik ke rumah. Sambil menunggu Mak sediakan minuman, ayah baca al-Quran di sofanya. Sekitar jam 7 pagi, Ayah dan Mak sarapan bersama. Kemudian Ayah ke kebun di belakang rumah. Waktu dhuha, Ayah naik ke rumah dan terus ke pekan membeli ikan dan sayuran untuk di masak oleh Mak. Mereka makan tengahari selepas Ayah solat Zohor di masjid. Petang-petang Ayah dan Mak berkebun bunga dan atau menyapu laman rumah. Maghrib, Ayah ke masjid hinggalah ke Isyak. Pulang dari masjid, barulah makan malam bersama-sama. Mak dan Ayah bersembang panjang selepas makan malam dan kekadang mereka menonton TV bersama. Masuk tidur jam 11 malam.

Suami Gen Y mesti memahami dan mengikuti budaya seharian ayah mertuanya ini. Ini terdapat dalam Al-Qasas: 27, hubungan Nabi Musa AS dengan ayah mertuanya:



“Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): “Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya”.
Berdasarkan maklumat budaya ayah mertua ini, jika Suami Gen Y ini bertandang di rumah ayah mertuanya:
1. Wajib dia bangun awal dan tunggu Ayah Mertuanya di tepi kereta untuk bersama-sama solat subuh di masjid. Ayah Mertua tidak sampai hati untuk mengetuk pintu bilik menantu ajak ke masjid.
2. Sekembali dari masjid, Suami Gen Y belikan sendiri kuih untuk sarapan pagi. Paling afdhal ialah tiga hari pertama berada di rumah ayah mertua itu, melainkan Ayah Mertua bertegas dia yang belikan.
3. Sarapan bersama-sama dan duduk di kerusi atau bersila atas lantai awal-awal sebelum ayah mertua datang. Jangan benarkan Ayah Mertua menunggu anak menantu untuk memulakan sarapan. Ini adalah satu adab menghormati orang tua di meja sarapan.
4. Suami Gen Y meminta kebenaran untuk bangun atau tunggu ayah mertua bangun daripada kerusinya selepas makan. Juga salah satu adab menghormati orang tua di meja makan.
5. Suami Gen Y menawarkan diri untuk ke pasar membeli sendiri barangan memasak untuk makan tengahari. Terutama sekali pada tiga hari pertama.
6. Setiap kali masuk waktu solat ke masjid, tunggu Ayah Mertua di keretanya. Melainkan kereta anda memang bersih dan harum, maka pelawalah Ayah Mertua menaiki kereta anda. Tunggu dia di kereta, bukan Ayah Mertua yang tunggu anda di keretanya. Pendekkan wirid kerana ini lebih afdhal.
7. Bersedialah dengan kisah-kisah diri sendiri dan soalan-soalan untuk dijawab atau diceritakan oleh Ayah Mertua semasa sesi bersembang selepas makan malam itu. Waktu ini HARAM (dilarang) membelek tab, smartphone, iPad dan sewaktu dengannya.
8. Amatlah digalakkan Suami Gen Y pergi melihat Ayah Mertua di kebun bertanyakan mengenai hal ehwal kebun dan bungaannya pada hari pertama. Pada hari berikutnya, digalakkan membantu dia menyapu, menyangkul, merumput dan sebagainya untuk mengeratkan lagi talian Gen Y dengan "Baby boomer".

Panduan Isteri Gen Y melayani Ibu Mertua
Panduan ISTERI Gen Y menghormati dan melayani IBU mertua generasi “Baby boomer”. Suami Gen-Y WAJIB menerangkan secara terperinci aktiviti atau budaya ibunya (ibu mertua kepada isterinya) seharian kepada Isterinya.
Contoh: Kebiasaan ibu bangun sebelum subuh, solat dan ke dapur menyiapkan sarapan pagi. Sekitar jam 7 pagi, Ayah dan Mak sarapan bersama. Kemudian Ibu membasuh kain baju. Sementara tunggu Ayah kembali dari pekan, ibu mengemas dalam rumah, menyapu sampah hingga ke halaman.  Sekitar jam sebelas pagi, ibu mula memasak untuk makan tengahari.  Mereka makan tengahari selepas ayah solat Zohor di masjid. Petang-petang Ayah dan Mak berkebun bunga dan atau menyapu laman rumah. Ibu menyediakan minum petang dan sedikit kudapan selepas mereka berkebun. Biasanya menikmati juadah petang di beranda rumah menghadap ke kebun. Ayah pulang dari masjid barulah makan malam bersama-sama. Mak dan Ayah bersembang panjang selepas makan malam dan kekadang mereka menonton TV bersama. Sebelum masuk tidur, ibu membasuh semua pinggan mangkuk, kuali, periuk, belanga dan dapurnya bersih sebersihnya.
Isteri Gen Y mesti memahami dan mengikuti budaya seharian IBU mertuanya ini. Berdasarkan aktiviti ibu mertuanya ini, maka berikut adalah tip untuk menghormati ibu mertuanya. Jika Isteri Gen Y ini duduk di rumah Ibu mertuanya:

1. Wajib dia bangun awal dan dengar isyarat atau bunyi yang ibu mertuanya telah ada di dapur. Terus ke dapur bersama ibu mertuanya. Tawarkan diri untuk membantu ibu mertua menyediakan sarapan pagi.
2. Waktu yang sama, perhati dan ingatkan kedudukan semua bahan-bahan masakan yang disimpan oleh ibu mertua. Ini memudahkan isteri mengambilnya jika dia memerlukan bahan-bahan itu.
3. Jika Isteri Gen Y tadi dapati ada bahan-bahan masakan yang telah habis, bolehlah bisikkan kepada suaminya untuk membeli bahan-bahan itu.
4. Perhatikan cara Ibu Mertua menghidangkan sarapan dan tiru cara itu pada hari-hari berikutnya.
5. Jika Isteri Gen Y dapati cara bancuhan makanan atau minuman oleh Ibu Mertuanya itu dia tidak pernah lihat, maka jangan berat mulut untuk meminta ibu mertua mengajarnya. Pelajarilah hingga mahir seperti mana bancuhan ibu mertua itu. Tujuannya agar masakan isteri Gen Y nanti serupa dengan ibunya.
6. Selesai sarapan, Isteri Gen Y lah yang membasuh pinggan mangkuk dan kemaskan meja makan itu. Melainkan dilarang oleh ibu mertua. Sambil ibu mertua membasuh pinggan mangkuk, isteri Gen Y kembali ke bilik tidurnya, kemas dengan rapi, dan terus ke ruang utama (tetamu) dan kemaskan serta sapu sampah hingga ke halaman. Perhatikan cara ibu mertua mengemas pada hari pertama sahaja. Hari-hari yang berikutnya, isteri Gen Y lah yang membuatkannya.
7. Bantu juga ibu mertua menyediakan makanan untuk makan tengahari di dapur.
8. Isteri Gen Y menyediakan minum dan kudapan petang untuk Ayah dan Ibu mertuanya.
9. Duduk bersembang bersama keluarga selepas makan malam hinggalah ayah dan ibu mertua minta diri untuk berehat.
10. Pastikan Isteri Gen Y yang basuh semua pinggan mangkuk dan mengemas dapur setiap malam.
11. Masa yang sesuai untuk baca e-mel atau pesanan di smartphone, tab atau laptop ialah semasa ibu dan ayah mertua di dalam bilik tidur masing-masing. HARAM (dilarang) menggunakannya semasa sarapan pagi, makan tengahari dan semasa sesi bersembang.

Selamat Mencuba.

Pak Utih terima kasih atas perkongsian ini

Nota 1: Bagi perempuan, setelah berkahwin ketaatan  untuk suami adalah yang utama dan menggantikan ibu dan ayah kita, diikuti ibu dan ayah suami dan barulah ibu bapa kita. Buat kawan-kawan yang sudah mendirikan baitul muslim atau dalam perancangan ke arah itu, moga entry kali ini berguna untuk kalian.
Nota 2: Bagi lelaki, jangan anda abaikan ibu bapa anda setelah berkahwin kerana mereka masih tanggungjawab anda.

Tuesday, February 12, 2013

Saudari, kamu cantik sekali




Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.
Saudari, kamu cantik sekali
Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.
Saudari, kamu cantik sekali
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.
Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.
Saudari, kamu cantik sekali
Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.
Saudari, kamu cantik sekali
Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik dia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?
Saudari, kamu cantik sekali
Alangkah indah jika kecantikan luaran  itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.
Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.

Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.

Saturday, December 15, 2012

Makbul Bersama Ujian

Ummi saya selalu cerita kalau kita berdoa, sesuatu yang kita minta dengan Allah dengan bersungguh selalunya akan dimakbulkan, antara lambat atau cepat sahaja..

Selepas grad dahulu, sibuk cari kerja sana-sini, setiap kali hantar resume..saya akan berdoa andai dapat kerja ini, "Ya Allah, berikanlah aku pekerjaan yang mudah untuk aku menjaga waktu solatku, dan mengingatkan aku padaMu," sebab selalu dengar bila masuk kerja ni sangat2 sibuk...solat pun jadi akhir2 waktu

Alhamdulillah dimakbulkan doa, surau utama petronas hanya 2 level diatas bilik office saya, tidak sampai 2 minit utk pergi surau dan tidak perlu bertukar-tukar lif mcm staff petronas yang lain terutama dari tower 2....mudahkan? Bukan itu sahaja..menjadi aktiviti wajib di surau utama petronas pada setiap kali waktu lunch antara pukul 1.00 hingga 1.45 akan diadakan tazkirah, dan solat berjemaah pada waktu zohor, asar dan magrib..tahniah jawatan kuasa surau diatas usaha ini...hari jumaat waktu lunch akan  ada kuliah khas untuk kaum muslimat (awesome kan?)...sangat kagum dengan warga petronas yang memenuhi surau petronas setiap kali solat berjemaah walaupun masing2 sibuk dengan kerja...

Semua sudah terjamu didepan mata..Ujian Allah buat saya antara mampu atau tidak saya istiqamah dengan semua ini...Insya Allah moga digerakkan dan dipandu hati ini agar terus istiqamah...Apa ynag saya cuba praktikkan adalah..nak dekat dengan waktu solat..walau pun ada kerja banyak saya akan displinkan diri untuk tingglkan semua seketika dan terus ke surau...make solat as my priority!

Kadang-kadang bila stress dengan kerja, pernah terfikir untuk nak quit..but something cross back my mind and decision..."belum tentu tempat lain akan ada suasana yang macam ni..."

Always say to myself
" Try not to complain about my life, because someone somewhere is fighting to survive"

Friday, February 24, 2012

Terkini Secara Pukal

Bismillahirrahmanirahim...

Bilik Rekod Fakulti Perubatan UiTM
Alhamdulillah atas rezeki dan kehidupan yang saya lalui sekarang, nikmatNya sangat mencurah-curah dan tidak ternilai diberikan. Sebetulnya saya berjanji untuk mengemaskini blog pada hujung minggu ini, tetapi disebabkan ada masa terluang sekarang, kerana hari ini saya bercuti. Saya kongsikan dengan pembaca semua. Alhamdulillah minggu ini adalah minggu terakhir saya menjalani attachment  di Hospital, 2 minggu di Hospital UiTM ( Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh dan seminggu di Hospital Sungai Buloh. Insya Allah jika tiada masalah minggu depan adalah minggu terakhir saya menjalani attachment. Pengalaman 2 minggu ketika di UiTM tidak banyak yang saya boleh kongsikan dan pesakit pun sangat sedikit, namun dari segi pengurusan bilik rekod bagi hospital yang baru dibuka banyak yang saya dapat belajar, apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak perlu. Contohnya pemilihan rak-rak untuk menyimpan fail rekod pesakit dan borang-borang yang melibatkan pesakit serta polisi-polisi yang bersesuaian. Oleh kerana baru kebanyakkan proses di Hospital UiTM ini dijalankan secara manual. Guna borang peminjaman dan pemulangan. Saya disana tidak terlalu sibuk. Kerja lebih kepada merekod data peminjaman dan pemulangan fail pesakit.

Berbeza ketika di Hospital Sungai Buloh, 'tak menang tangan dibuatnya' minggu pertama iaitu dari hari isnin hingga khamis saya diberi tugas menjaga kaunter untuk permohonan rekod laporan perubatan, staff yang bekerja dan mengajar saya adalah Siti Nur Saidah, terima kasih Saidah kerana mengajar saya dengan penuh sabar. Hari pertama banyak kesalahan juga yang saya buat. Huh! takut dan seram jugak sebab kerja ini melibatkan undang-undang dan wang. Kerja di kaunter juga saya perlu mempunyai skill untuk memahami apa yang cuba diceritakan pesakit dan laporan bagaimana yang dimahukan. Hari pertama sahaja sudah ada waris pesakit yang "naik angin/minyak'' di kaunter, gelabah dibuatnya. Hari-hari lain pun masih ada, dan semalam hari terakhir sebelum saya bercuti hari ini. Keluarga si mati yang berbangsa India datang untuk memohon laporan perubatan bagi tuntutan insurans, mereka mahukannya dengan segera, mungkin bagi sesetengah pesakit yang tidak tahu tempoh masa untuk mendapatkan laporan perubatan adalan sebulan dari tarikh permohonan. Apa lagi isteri kepada si mati tadi terus menangis-nangis di kaunter menagih simpati. saya terus kebelakang dan memanggil staff senior minta dia mengendalikan situasi tersebut. Al-maklum, kelemahan saya, saya akan turut menitiskan air mata apabila ada yang menangis di depan saya. Alhamdulillah pihak keluarga si mati memahami prosedur dan mereka pulang.

Jika saya sebelum ini praktikal di IJN, situasinya sedikit berbeza berbanding Hospital Sungai Buloh. Ia tidak boleh dipertikaikan lagi setiap organisasi itu ada culture yang tersendiri. Right?. Yang penting bagi saya, saya perlu bijak memasukkan diri saya dalam setiap situasi yang berbeza. Masih ada seminggu lagi, Insya Allah minggu depan saya bertukar unit statistik dan pengurusan rekod (stor rekod), dah tak jumpa pesakit dah. 

Keputusan Peperiksaan vs Master. 




Status FB  saya selepas mendapat keputusan semester terakhir saya.















Alhamdulillah, saya bersyukur dengan keputusan yang diterima walaupun tidak mencapai apa yang saya inginkan, mungkin hanya sekadar itu yang termampu. Alhamdulillah dengan keputusan yang diterima, secara tidak rasminya tamatlah pengajian saya di Fakulti Pengurusan Maklumat selama 2 tahun sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda ( Kepujian ) Pengurusan Rekod. Insya Allah mengukit khabar angin graduasi kali ini akan dibuat pada bulan 5. Saya sebenarnya agak keberatan untuk hadir ke majlis graduasi nanti, walau apa pun, semua bergantung pada keadaan ketika itu. Doakan segalanya dipermudahkan olehNya. Oh ya, tahniah juga pada kawan-kawan yang lain yang mendapan senarai anugerah dekan double thumbs dari saya, anda semua hebat dan mampu mendapatkannya andai anda berusaha. Oh ya, mengenai pengajian master saya, saya masih lagi dalam kebingungan, sebenarnya halangan utama sya adalah sumber keewangan, dan cita-cita saya untuk menjadi pensyarah,( saya masih kebingungan untuk memilih Master by Research or Master by Coursework) sebab ada khabar angin mengatakan hanya research sahaja yang boleh apply untuk jadi pensyarah kelak.  Tetapi saya lebih berminat untuk mengambil yang coursework punya. Maka keputusannya kekal pending begitu sahaja, lagipun kami tawaran bersyarat masih diberikan kelonggaran untuk mendaftar lambat. 

Sepatutnya saya diminta ke Fakulti untuk mendapatkan surat tawaran asal pengajian Sarjana yang ditawarkan pada saya, tetapi saya masih keberatan. Ya Allah bantulah daku membuat keputusan, tunjukkanlah aku andai ada sesuatu yang masih tersembunyi, dekatkanlah ia andai ia masih jauh.  Sekali lagi tawaran itu dibiarkan tergantung tanpa ada sebarang keputusan. Akhir sekali, maaf pada kawan-kawan yang mesejnya tidak berbalas terumatanya yang menghantar mesej bertanyakan mengenai result exam (rasanya entry saya kali ini sekaligus menjawab persoalan kamu semua). Bukan sombong mahupun kedekut untuk membalas mesej kalian, semenjak bertukar tempat praktikal ke Sungai Buloh, jadual saya berubah 360 darjah.


Seawal 6.15 saya sudah keluar dari rumah untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan bersesak dan jem di jalan raya. Alahmdulillah kebiasaannya saya akan sampai Hospital UiTM lebih kurang pukul 7. Sementara menunggu rakan sekerja saya bersiap, kerana saya perlu menumpangkannya sebelum ke Hospital Sungai Buloh, sempatlah saya sarapan dan membaca beberapa helai muka surat ayat-ayat Al-Quran di Surau Hospital ( doakan saya diberikan masa selalu, dan istiqamah  ), selesai sarapan kami akan bersama-sama pergi ke hospital. Kebiasaannya masuk pejabat tepat-tepat pukul 8. Mulalah kerja melayan pesakit yang ingin membuat permohonan. Rehat pula pukul 1 hingga 2, masakan nak makan lagi, kemudian solat. memang masa yang ada itu cukup-cukup sahaja. Masuk kerja semula pukul 2 hinggalah pukul 5. Saya perlu menghantar kawan terlebih dahulu sebelum terus bergegas pulang ke rumah kerana saya perlu mengajar mengaji pada pukul 6, sampai rumah kebiasaannya pukul 5.30ptg, latak beg, mandi, solat dan terus ke kelas mengaji. Memang kena ada x-factor unutk bertahan dengan jadual yang agak padat ini. 

Kebiasaanya kelas mengaji akan habis sekitar jam 9, solat magrib dan Isyak saya tunaikan di kelas siap-siap, takut bila balik terlambat. Alhamdulillah, badan saya masih kuat untuk jadual begini. Sampi dirumah badan saya memang penat dan lemah, ambil masa sekejap untuk santai bersama ahli keluarga bertanyakan tentang sekolah dan pekerjaan mereka, sekitar jam 10.00 mlm saya pasti sudah bersiap-siap untuk tidur kerana saya perlu bangun sekitar jam 4.30 atau 5.00 untuk bersiap ke Hospital pula. Begitulah saya, kadang-kadang dah macam zombi pun ade.Namun itu yang perlu dikorbankan demi mendapatkan pengalaman. Alhamdulillah, itu sahaja untuk setakat ini. Saya mendaoakan sahabat semua dan pembaca blog ini agar sentiasa sihat dan dibawah lindungan Allah SWT.

Nota 1: Buat sahabat muslimah, tutuplah auratmu di dunia, agar di akhirat pintu syurga terbuka untukmu Jangan buka aurat di dunia, kelak takut nanti di akhirat pinti syurga tertutup untukmu.
Nota 2: Maaf, saya menolak kamu buat kali keempat. Saya masih belum  bersedia.
Nota 3: Jangan lupa baca surah Kahfi, Jumaat yang penuh barakah. Insya Allah ^_^

Friday, December 30, 2011

Peluang & Kemahuan

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, setelah tamat semester 6 ini, saya akan bercuti agak lama sebelum keputusan peperiksaan semester 6 diumumkan. Perancangan yang dibuat adalah untuk menjalani sesi praktikal di mana-mana hospital yang berdekatan dengan rumah, niat utama nak tambah pengalaman yang ada tentang pengurusan rekod perubatan, Jika sebelum ini semasa pertengahan semester saya telah pun memberi nama untuk menjalani sesi praktikal berkumpulan di Hospital Sungai Buloh ( Fakulti Perubatan UiTM) , tiba-tiba minggu lepas semasa berbual dengan Ummi tentang Hospital Pakar Damansara (KPJ Damansara) mengenai pengurusan rekod dekat hospital tu, bercerita mengenai keramahan En. Ibrahim menerima kunjungan kami untuk membuat kajian di Jabatan Rekod Perubatan KPJ Damansara dan offer praktikal yang diberikan kepada kami berempat sekiranya ingin mengadakan praktikal di sana. Ummi tiba-tiba menggalakkan saya untuk praktikal di Damansara. Huh!, memang bagus praktikal disana berdasarkan kajian saya dengan keadaan disana dan rekod-rekod perubatan yang KPJ simpan memang banyak pengalaman yang saya boleh dapat. Tetapi yang menjadi halangan pada saya ialah DAMANSARA, agak jauh tempatnya dan mengikut polisi KPJ, pelajar yang ingin menjalani praktikal perlu menghabiskan sesi praktikal sekurang-kurangnya 4 bulan, agak lama tu.

Jika di fikirkan betul-betul, Hospital Sungai Buloh adalah pilihan paling selamat dan menjimatkan, tetapi saya sendiri tidak pasti kata hati saya yang betul-betul memilih KPJ Damansara, dan ditambah pula demi menerima cadangan ummi saya, Ia saya yakin pasti ada hikmah dengan keputusan ini. Akhirnya pada 28 Disember 2011 lepas saya menghubungi En. Ibrahim dan menyatakan saya sudah habis pengajian dan berhasrat menjalani latihan industri di KPJ Damansara, dan alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan begitu juga dari pihak UiTM. Surat, kelulusan semuanya mudah diselesaikan satu demi satu. Ya Allah, memang mudah segalanya-galanya. Insya Allah jika tiada aral melintang saya sudah boleh menjalani praktikal pertengahan bulan 1. Walau ada sedikit kesusahan terpaksa berulang alik dari rumah ke Damansara, saya pasti ada hikmah dengan keputusan saya buat.

Master
Ramai antara kenalan yang mengambik keputusan untuk terus menyambung pengajian setelah tamat pengajian Degree mereka, ada antaranya yang memberi alasan masih belum bersedia untuk bekerja, tidak kurang yang memberi alasan demi memenuhi permintaan keluarga. Bagi saya sendiri, kemahuan untuk melanjutkan pengajian ke tahap Master memang sentiasa ada, tetapi saya masih menunggu Kos 'Master in Health Informatics' yang dijangkakan akan dimulakan pada bulan September 2012 nanti, mengikut apa yang diceritan pensyarah saya. Insya Allah saya akan cuba makbulkan hajat kedua ibu bapa yang mahu saya belajar setinggi yang boleh. Kayuh pelan-pelan dan sentiasa pastikan tidak sesat atau terjatuh. Cuma dalam masa terdekat ini, saya sangat ligat melihat iklan jawatan kosong dan kerja sambilan demi mengisi masa terluang dan sudah pasti menambah duit poket.

Mohon Maaf
Tulus ikhlas jika ada sesiapa yang menyakitkan hati atau membuat kesalahan pada saya, mahupun berkata belakang tentang saya, saya maafkan segalanya sepanjang 2 tahun pengajian Ijazah di UiTM Puncak Perdana. Dan dengan rendah hati dan ruang terbuka ini saya memohon maaf sekiranya saya pernah mengguris hati kamu semua samaada saya lakukan secara sedar mahupun tidak.Segala ilmu yang pernah dikongsikan, keewangan yang dipinjamkan saya halalkan dunia akhirat. Semoga sahabat semua berjaya dalam kerjaya mahupun kehidupan.


Nota 1: Doakan urusan saya untuk membuat praktikal di KPJ Damansara berjalan lancar.
Nota 2: Tahniah Dr. Sarah atas kelahiran cahaya mata pertama. Moga menjadi anak yang soleh. ^____^


Tuesday, September 06, 2011

Bayi

Assalamualaikum wbt

Hari raya yang lepas, ketika mengikuti keluarga dan Pak Long ( abang kandung ummi saya ) beraya di Perak. Saya sempat berbual-bual kosong dengan pak long, sampaikan pada satu topik berkaitan pekerjaannya menjadi sukarelawan di Jabatan Agama Islam yang tugasnya membantu Jabatan Agama dalam mencegah maksiat, khalwat dan juga yang melibatkan akidah. Pak Long ada menceritakan pada saya minggu sebelumnya beliau ada membuat operasi bersama Jabatan Agama untuk mendekati golongan pondan dan menasihati mereka. Yang sangat menyedihkan kata Pak Long ada sebahagian golongan pondan ini adalah dari latar belakang yang sangat hebat seperti dari sekolah Maktab Mahmud dan Lepasan Universiti terkemuka di Malaysia.

Cerita dan terus bercerita, tiba-tiba Pak Long menunjukkan gambar di dalam kamera digital nya satu demi satu, dan sampai di satu gambar ini Pak Long sekadar menguji saya. Dia bertanyakan pada saya tentang gambar di bawah ini dan meminta saya meneka samaada bayi di dalam gambar tersebut bayi berketurunan apa? Saya tanpa berfikir panjang terus memberi jawapan, "Keturunan India la" kan ada tanda di dahinya. 

Bayi tersebut


Rupa-rupanya saya silap...

Menurut penceritaan Pak Long pada saya bayi tersebut adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam, ia dilahirkan oleh wanita melayu dan kemudian ibu bayi tersebut menjual anaknya kepada keluarga India dengan nilai RM4000. Ya Allah, memang saya terkejut sangat-sangat, apa yang terjah di fikiran saya ketika itu adalah akidah bayi tersebut di masa hadapan kelak, Sambung kembali cerita Pak Long saya, Urusan perdagangan bayi itu telah diketahui oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mereka bertindak segera dengan menyerbu rumah keluarga India tersebut dan mengambil bayi tersebut dan kini berada di bawah jagaan JKM. Alhamdulillah, bayi tersebut di azankan semula oleh staff JKM dan selamat di bawah jagaan JKM. Kata Pak Long lagi, mengikut cerita-cerita dari orang-orang kampung berdekatan ibu bayi itu menjual anaknya kerana dihimpit kesusahan. Wallahualam

Ya Allah, bayi ini sangat suci


Berbaju Oren, maid kepada pasangan India yang membeli bayi tersebut
Apa yang saya dapat dari peristiwa bayi ini adalah betapa mudahnya ibu tersebut menjual bayi dan lebih menyedihkan bayi terbut dijual kepada keluarga yang bukan beragama Islam. Mungkin disini perlunya pihak Zakat dan badan-badan lain bekerja lebih untuk memberi bantuan kepada masyarakat yang dalam kesusahan supaya peristiwa sebegini tidak berlaku lagi.

Nota 1: Saya takut memikirkan akan datang apa yanh jadi pada ummah, sentiasa mendokan Allah swt menjaga iman dan memandu hati-hati kita semua kearah kebenaran.

Monday, June 20, 2011

Kenapa Tudung Labuh?

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?”

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati,
 
 Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.
Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.
Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.
Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!
Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?
Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti,
jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.
Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.
 






Sunday, May 22, 2011

Terkini: Tragedi Tanah Runtuh Di Ulu Langat

Assalamualaikum

Berita yang amat sedih dan memilukan, tragedi rumah anak yatim tertimbus di Ulu Langat, terbaca tadi di Berita Harian. Kejadian tanah runtuh ni berlaku petang tadi, kira kira jam 2.30 petang. Seramai 24 orang penghuni sedang bersiap siap untuk menerima  ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah hari dan beramah mesra dengan anak yatim.

Ketika kejadian, 24 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu. Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.

Setakat jam 8 malam ini, dari 24 yang tertimbus, 5  penghuni maut dan enam pula cedera parah. 12 orang berjaya diselamatkan.

Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

“Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

“Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya,” katanya.

Ketika kejadian 2.30 petang, semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual 5 petang.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Morni Mamat, berkata sehingga 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.

Berita dari Selangor Kini:
Kira-kira 20 hingga 30 penghuni sebuah rumah anak yatim di Sungai Gahal, Ulu Langat dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Dua mayat kanak-kanak penghuni rumah anak yatim sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis sebentar tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan bilangan penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.
Sebelum ini, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah terbabit dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2 petang tadi.

Gambar tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim Ulu Langat

tragedi tanah runtuh rumah anak yatim ulu langat
Mangsa sedang dikeluarkan




Wednesday, February 02, 2011

Krisis Mesir

Bismillahirrahmanirrahim.

‘Hos NO-Mubarak’, ‘Jahanam Mubarak’, ‘We want change’, adalah antara perkataan-perkataan yang dilaungkan oleh rakyat-rakyat marhaen di bumi Mesir. InsyaAllah, melalui rancangan MesirKini, kami akan cuba membawakan kepada anda mengenai perkara-perkara yang perlu kita maklumi dan ketahui dalam situasi ini.

Situasi di sana kian membara, bermula daripada Tunisia, berarak sampai ke bumi Anbiya’. Alhamdulillah, perkara ini telah membuka sedikit sebanyak minat kita untuk mengetahui mengenai sejarah kita (Islam) terutamanya di Jazirah Arab. Saya tidak akan cuba untuk menjadi press al-Jazeera ataupun Sky news dengan membawakan kepada anda berita-berita terkini dan hangat, tetapi lebih kepada perkara awal sebelumnya, iaitu mengapa kebangkitan ini berlaku.

Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia tidak berlaku secara tiba-tiba, tidak umumnya seperti di Malaysia pasca 1998/1999 namun boleh dianalogikan seperti kebangkitan rakyat demonstrasi Baling pada tahun 1974 akibat penderitaan yang mereka alami. Menariknya, kebangkitan di Tunisia bermula apabila seorang PEMUDA berusia 26 tahun membakar dirinya akibat penderitaan dan kesusahan perniagaan yang pemuda itu alami. Pemuda yang menggerakkan kebangkitan sesuatu bangsa bukanlah perkara yang baru. Di dalam Al-Quran, Allah telah menceritakan mengenai peranan pemuda seperti dalam surah al-Kahfi ayat 9-26 dan juga yang kisah Ashabul Ukhdud (surah al-Buruj) yang dekat dengan kita dalam situasi pada situasi pada hari ini. Sultan Muhammad Al-Fateh membuka Constantinople pada usia 19 tahun, Hassan Al-Banna menubuhkan Muslim Brotherhood pada usia awal 20an dan lain-lain lagi.

Di Tunisa, presiden Zine Al-Abidine Ben Ali telah memegang tampuk pemerintahan semenjak 1987. Di Mesir, presiden Hosni Mubarak telah memegang tampuk pemerintahan selama 30 tahun, yang mana sekiranya kita meneliti persamaan kedua-duanya, mereka akan cuba memanjangkan tempoh pemerintahan mereka kerana terdapat pelbagai kesalahan yang mereka lakukan. Di Filipina, presiden Ferdinand Marcos di gulingkan oleh rakyat kerana rasuah yang berleluasa, di Thailand, bagaimana kita melihat Thaksin Shinawatra juga digulingkan kerana kes rasuah dan berbagai-bagi kes lain. Ironinya, pemain penting dalam menggerakkan kebangkitan rakyat ini adalah digerakkan oleh pemuda-pemuda dan juga pelajar-pelajar.

Keadaan umat Islam dan negara-negara Islam selepas kejatuhan Khalifah pada tahun 1923 amat menyedihkan. Bagaimana kita melihat semangat kebangsaan ataupun dalam bahasa kini dipanggil sebagai nasionalisme telah melemahkan agama kita. Sekiranya anda menonton Lawrance of Arabia, semangat kebangsaan yang mana setiap negara arab masing-masing melaungkan bahawa bangsa mereka lebih berhak untuk memgang negara mereka, yang melebihi semangat agama, talah menyebabkan sistem khalifah lemah dan akhirnya berpecah. Ketika perang Arab-Israel 1967, di antara negara-negara arab seperti Mesir, Jordan dan Syiria melawan Israel yang kecil itu, namun bangsa-bangsa Arab yang begitu mahir berperang dan gagah sepertimana yang selalu kita baca dalam sejarah umat Islam lemas dan tewas kepada Israel. Ini kerana masing-masing ingin merebut kejayaan secara berseorangan dan ingin diishtiharkan sebagai jaguh umat Islam. Ada pula yang berperang hanyalah kerana desakan daripada rakyat dan bukanlah atas semangat agama. Akhirnya, Palestin terus merana dan negara-negara Arab masih terlena.  

Sesungguhnya, jika kita rincikan pengamatan terhadap revolusi ini, kita akan dapat lihat bahawa pertentangan yang berlaku bukanlah antara rakyat marhaen dengan pemimpin gila kuasa akan tetapi pertembungan antara Islam dan juganationalism, secularism dan ism yang lain. Sunnahtullah telah menetapkan roda pusingan bagi golongan yang berpaling daripada Islam pasti akan digantikan dengan golongan yang menegakkannya (al-Maidah:54). Sekarang terpulanglah kepada kita untuk mentahqiqkan pula janji syariatullah agar semi revolusi ini menjadi seindah perjuangan Rasulullah.



Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.
 
Khadijah Abd Muthalib


Nota 1: Alhamdulillah semua kenalan rapat dan saudara mara yang berada disana selamat dihubungi dan ada yang sudah pulang dan ada di bawah kedutaan Malaysia disana.

Monday, December 20, 2010

Salah Faham Pemakaian Tudung

Pada hari ini, dapat kita perhatikan ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung. Kita dapat lihat bagaimana seorang muslimah sebelumnya tidak bertudung, kemudian mula mengenakan tudung. Alhamdulillah, Rahimahunnallah. Walau bagaimanapun, sayangnya kebanyakan dari mereka masih belum mengenakan tudung yang benar-benar sesuai dengan kehendak syariat. Kebanyakan dari mereka memakai tudung mengikut trend atau hanya ingin dilihat lebih islamik. Mereka lebih mementingkan keanggunan, kecantikan tanpa mempedulikan apakah benar tudung mereka betul atau tidak. 

Kebanyakan tudung yang dijual hari ini tidak cukup untuk menutup aurat secara sempurna melainkan meninggalkan celah-celah yang memperlihatkan aurat. Menurut jumhur ulama, aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Sebagaimana ulama ahli tafsir Imam Al-Qurthubi berkata, pengecualian itu adalah pada wajah dan telapak tangan. Yang menunjukkan hal itu adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah:
Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah sedangkan ia memakai pakaian tipis. Maka Rasulullah berpaling darinya dan berkata kepadanya : “Wahai Asma ! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haid, tidak baik jika ada bagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini.” Kemudian beliau menunjuk wajah dan telapak tangannya. Allah Pemberi Taufik dan tidak ada Rabb selain-Nya”. Maka, selain muka dan telapak tangan, tidak boleh terlihat walaupun sedikit.
Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam melarang para wanita muslimah berpakaian ketat. Dan batasan ketat adalah tergambarnya bentuk salah satu anggota tubuh yang termasuk aurat. Usamah bin Zaid pernah berkata :
Rasulullah pernah memberiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun aku pakaikan pada isteriku. Nabi bertanya kepadaku : “Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah ?” Aku menjawab : Aku pakaikan baju itu pada istriku. Nabi lalu bersabda : “Perintahkan ia agar mengenakan baju dalam di balik Quthbiyah itu, karena saya khawatir baju itu masih bisa menggambarkan bentuk tulangnya.” (Ad-Dhiya Al-Maqdisi dalam Al-Hadits Al-Mukhtarah I/441; Ahmad dan Al-Baihaqi dengan sanad Hasan).
Sungguh menghairankan sesetengah muslimah yang sudah menyedari akan wajibnya menutup aurat, namun di dalam hatinya masih ada keinginan untuk menonjolkan bahagian-bahagian tubuhnya agar terlihat indah di mata laki-laki. Waliyyadzubillah. Sehingga mereka pun memakai tudung secara ala-kadar sahaja. Kesilapan muslimah yang menggayakan tudung pada hari ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian.

1.Antara tudung yang popular dipakai masa kini adalah tudung lilit atau tudung pendek. Hampir kebanyakan muslimah menggayakan tudung jenis di mana banyak dipengaruhi oleh pemakaian artis-artis tempatan. Rata-rata daripada mereka akan mengatakan tudung jenis ini ringkas, tidak rimas dan senang dipakai. Namun tidak syak lagi pemakaian jenis ini mendedahkan dada. Padahal telah jelas dalil menyebutkan:
“Dan hendaklah mereka menutupkan tudung ke dada mereka…” (QS. An Nur : 31)

2. Antara kebiasaan yang selalu dilakukan muslimah pada hari ini adalah
memasukkan tudung ke dalam baju atau memakai jaket atau coat diluarnya. Ini menyebabkan hilangnya fungsi tudung untuk menutupi bentuk tubuh bahagian atas. Memang terdapat pelbagai alasan diberi untuk mengenakan tudung jenis ini. Pertama adalah untuk keperluan keselamatan, misalnya ingin memasuki makmal, tudung perlu dimasuki ke dalam coat bagi mengelak dari disambar api, bahan kimia dan sebagainya. Penyelesaian untuk permasalahan ini, pakailah coat yang besar dan longgar sehingga tidak menampakkan langsung bentuk tubuh bahagian atas. Namun, kalau kita lihat situasi hari ini, sukar untuk melihat mereka yang memakai coat yang disebutkan itu. Kedua pula, adalah keperluan akademik. Mereka menggayakan tudung jenis ini dengan alasan kekemasan seperti yang dapat kita lihat pada badan-badan uniform seperti Pasukan Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi. Sukar untuk berkompromi dengan alasan ini kerana tidak bolehkah mengemaskan sahaja tudung yang dilabuh itu? Mengapakah mereka tidak boleh mencotohi Pasukan Puteri Islam yang tampak molek dengan tudung tidak dimasukkan ke dalam baju tetapi masih boleh berfungsi sebagai satu pasukan? Ini adalah persoalan yang perlu diperhalusi lagi.

Kesimpulannya, dapat dinyatakan disini, jumhur ulama berpendapat bahawa panjang minima bagi suatu tudung adalah sampai menutupi dada dengan sempurna. Namun ini bukan bererti sekadar melepasi sepanjang itu. Kerana seringkali diterpa angin, maka bahagian dada akan tersingkap. Maka, tidak ada pilihan lain bagi muslimah kecuali mengenakan tudung yang lebih panjang dari itu. Bahkan sangat baik bila tudung menjulur panjang sampai ke punggung. Dan inilah pendapat sebagian ulama dengan mengambil zahir dari perintah Allah pada surat Al-Ahzab ayat 59:
“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mumin : “Hendaklah mereka mengulurkann jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” (QS. Al Ahzab : 59)
Walau demikian kami bersyukur kepada Allah, bahawa sekarang mulai terlihat kesedaran dikalangan muslimah di negara kita untuk mulai mengenakan tudung. Walaupun sebahagian besar masih belum memenuhi kriteria syar’i, namun kami berharap saudari-saudari kita muslimah sentiasa berproses dan memperbaiki diri dalam pemakain tudung hingga sesuai dengan apa yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kita berharap semoga kaum muslimah kita yang dimuliakan oleh Allah, sentiasa memperbaiki diri dan menjaga kehormatan dirinya dengan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Beragama dengan kaedah yang benar sesuai Al Qur’an dan As Sunnah, bukan hanya mengikuti perasaan, atau mengikuti apa yang dianggap baik oleh kebanyakan orang. Wallahu ta’ala a’lam.

Nota 1: Moga suatu hari nanti dia akan berubah, diriku sudah mencuba sedaya mungkin...mengharapkan dirinya mendapat hidayah dari Allah swt.