Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, May 13, 2010

Dear Myra Meen> Cupcake Comel

Assalamualaikum..maaf pada pembaca yang lain, enrty ini khas buat Myra Meen, salah seorang sahabat saya di FB dan juga merupakan classmate saya pada semester lepas..Sudah beberapa kali Myra meminta resepi membuat cupcake dari saya..agak tertangguh jg..busy dengan pelbagai perkara....

Kronologinya begini.....Pada mulanya saya hanya menyediakn laksa sebagai menu utama dan cupcake untuk dijadikan pencuci mulut di jamuan akhir semester saya di UiTM..alhamdulillah cupcake coklat yang dibuat disukai semua classmate. Ada yang meminta resepi cupcake...saya fikirkan classmate saya hanya sekadar menyakat...rupanya tidak...sampai di FB masih lagi meminta...ok, saya curi sedikit masa menulis entry ini utk Cik Myra Meen...

Dear...Selamat mencuba...

Bahan-bahannya...
myra, kte tak de guna specific produk...beli sahaja yang bersesuian...yang penting murah dan halal...
  • 300g tepung
  • 350g gula
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1½ sdk soda bikarbonat
  • ½ cawan butter
  • 2 sdk esen vanilla
  • 1 ½ cwn susu segar
  • * 2 biji telur  
    Cara-cara, ( Anggaran untuk 18-20 cupcake saiz medium)
  1. Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali * "telur") dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2minit lagi.
  2. Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Yang saya buat ada yg tinggi, ada yg rendah. Bakar selama ±20min gitu atau hgga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna 170C.
  3. Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Topping saya tu: ¼ cwn susu pekat + ¼ cwn serbuk koko + ¼ buku butter. Masukkan smua dlm periuk, panaskn atas api & terus kacau, sekejap aje iaitu bila dah bercampur smua & beku sket trus angkat and sapukan atas cupcake yg telah sejuk. Hias ikut citarasa masing2. Kalo tak nak topping...lepas step 2 dan boleh makan...
Nota 1: Myra, resepi laksa nak jugak ke?
Nota 2: Thailand, berbaki beberapa hari untuk menjejakkan kaki kesana....

    Wednesday, November 04, 2009

    Ayam Masak Merah

    Sejak dua menjak ni...
    saya sangat obses untuk mencuba resepi-resepi baru...asal jer jumpa resepi baru dekat mne2
    (majalah,tenet)mule la gatal tanagn nak cuba, jadi ke tak tu lain citer...

    yela..dengan kelapangan waktu yang sentiasa ada...semenjak lepas raya puasa lepas...
    tambah-tambah lagi dengan rasminya menyandang jawatan suri rumah sepenuh masa ..ke bibik sepenuh masa...mana2 la...
    semua kerja rumah dari cuci kain, lipat kain, mengemas dan segala-galanya
    agar rumah dalam keadaan bersih dan selesa...
    saya tidak terlepas dari tugas memasak walaupun saya ni tak la pandai sangat masak...saya ulang sekali lagi saya tak la pandai sangat masak...huhu

    untuk semalam saya buat tomyam ayam untuk adik-adik masa lunch...semalam rumah ni ramai sikit yang ade sebab adik saya dekat UiTM Shah Alam balik sekejap, sebab jarak final exam dia tuk next paper lambat lagi...kalo bab2 buat tomyam saya ok jer, senang je nak masak tomyam...sebab tak guna santan...

    tapi tu citer semalam...saya nak story dekat korang semua apa saya masak untuk lunch hari ini...
    sodap....saya buat ayam masak merah..tapi tak sepenuhnya saya yang buat la...umi balik sekejap ke rumah masa waktu rehat dia sebelum start mengajar sesi petang..dia buatkan kuah ayam masak merah tu, saya lak kena goreng ayam tu....sambil-sambil goreng tu saya jeling-jeling gak tengok bahan yang digunakan...lepas ni senang la kalo nak masak sendiri dan nak dapat rasa yang sebijik macam masakkan umi.

    So, saya nak share dengan pembaca semua resepi ayam masak merah keluarga saya...cuba jangan tak cuba....makanan kegemaran saya ni...


    Ayam Masak Merah

    Bahan untuk dikisar:
    30 gm cili kering
    30 gm halia
    20 gm bawang putih
    90 gm serai
    200 gm bawang besar

    300 gm tomato
    200 gm minyak masak
    Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
    1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak

    Cara: Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. Setelah itu masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

    ha...dah siap pun, tak la susah sangat....saya pun dah lapar ni...makan dulu ea.... :42:..nyum..nyum..

    Tuesday, May 12, 2009

    ops!! Saya Tidak Besedia Lagi..

    Maaf pembaca semua, saya msh kekeringan idea tuk berkongsi cerita tentang entry " Suka Duka Saya Bersama Etr 300" cuma nak kongsi satu resepi kek bagi penggemar kek coklat..

    Terasa nak makan kek coklat tapi kekangan masa
    tuk membuat nya , dan lagi kesian bila buat je asik tak jadi..terlebih bahan ni la, terkurang bahan itula... saya ada penyelesaian...kerana saya pun macam pembaca yang lain jugak..jika dapat resepi yang baru, bila cuba buat belum tentu menjadi tuk pertama kalinya..tetapi berbeza untuk kali ini...

    Disebabkan kebosanan, saya memang suka
    selerakkan dapur rumah dengan mencuba resepi baru ( saya akan kemas balik bila semua dah selesai) ...kali ini saya hendak kongsikan cara yang paling senang menyediakan kek coklat

    Ok lah let see what I want to share with you all guys...

    Kek Coklat Basah Segera

    * sebab apa saya bagi nama resepi ni kek coklat basah segera??

    mari kita tgk langkah demi langkah nak hasilkan kek coklat basah segera ni...

    Antara Bahan2 Yang diperlukan..


    *Tepung " ready made" kek coklat basah
    *1 cawan minyak masak
    *1 cawan susu cair
    *1 sudu teh nescafe
    *1 sudu teh esen vanilla
    *3 biji telur ayam
    ( Tu jer...)

    1. Mula masukkan telur ayam tu dan kacau hingga kembang
    2. Masukkan susu cair, 1 sudu nescafe yang dibancuh dengan air panas, kacaukan lagi
    3.seterusnya masukkan esen vanilla, dan minyak masak dan yang terakhir sekali masukkan tepung kek coklat basah tersebut..
    4. Kacau secukup-cukupnya sehingga adunan kelihatan sebati..

    ape lagi...masukkan adunan itu kedalam bekas dan boleh dikukuskan selama 45mnt- 1jam...

    kemudian bolah la dimakan...kalau hendak ditambahkan topping pada kek tersebut pun boleh jugak...Selamat Mencuba..
    Gambaran langkah-langkahnya supaya dapat dilihat dengan lbh jelas oleh anda semua...



    * Bagi seiapa yang ingin menempah tepung kek segera ini bolehla emailkan kepada saya untuk tempahan(eelya_khadeeja@yahoo.com) tepung kek ini cuma berharga rm8 sahaja..
    * Jualan ini terbuka kepada warga saujana utama, sungai buloh