Friday, September 09, 2011

Jadual Semester 6

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah jadual kuliah untuk semester terakhir saya sudah keluar, susunan setiap kelas agak teratur dan paling saya suka tiada kelas malam. Ia lebih memudahkan saya untuk meneruskan kelas mengaji Iqra dan Al-Quran saya bersama anak-anak murid saya ^_^. Masih juga banyak waktu lapang seperti selasa dan rabu pagi boleh digunakan untuk buat tugasan, research dan consultation bersama pensyarah. Senang cerita jadual saya untuk semester kali ini just nice.


Nota 1: Nantikan entri seterusnya berkaitan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Rekod, saya  akan cuba kongsikan dengan pembaca kerana ramai yang bertanya Ijazah saya ambil ini berkaitan apa.
Nota 2: Insya Allah, "Kempen katakan tidak pada nasi " sudah bermula dalam diari saya mulai hari ini. Dr. nasihatkan saya untuk turunkan berat badan sebanyak 20kg( memang cabaran)

Tuesday, September 06, 2011

Bayi

Assalamualaikum wbt

Hari raya yang lepas, ketika mengikuti keluarga dan Pak Long ( abang kandung ummi saya ) beraya di Perak. Saya sempat berbual-bual kosong dengan pak long, sampaikan pada satu topik berkaitan pekerjaannya menjadi sukarelawan di Jabatan Agama Islam yang tugasnya membantu Jabatan Agama dalam mencegah maksiat, khalwat dan juga yang melibatkan akidah. Pak Long ada menceritakan pada saya minggu sebelumnya beliau ada membuat operasi bersama Jabatan Agama untuk mendekati golongan pondan dan menasihati mereka. Yang sangat menyedihkan kata Pak Long ada sebahagian golongan pondan ini adalah dari latar belakang yang sangat hebat seperti dari sekolah Maktab Mahmud dan Lepasan Universiti terkemuka di Malaysia.

Cerita dan terus bercerita, tiba-tiba Pak Long menunjukkan gambar di dalam kamera digital nya satu demi satu, dan sampai di satu gambar ini Pak Long sekadar menguji saya. Dia bertanyakan pada saya tentang gambar di bawah ini dan meminta saya meneka samaada bayi di dalam gambar tersebut bayi berketurunan apa? Saya tanpa berfikir panjang terus memberi jawapan, "Keturunan India la" kan ada tanda di dahinya. 

Bayi tersebut


Rupa-rupanya saya silap...

Menurut penceritaan Pak Long pada saya bayi tersebut adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam, ia dilahirkan oleh wanita melayu dan kemudian ibu bayi tersebut menjual anaknya kepada keluarga India dengan nilai RM4000. Ya Allah, memang saya terkejut sangat-sangat, apa yang terjah di fikiran saya ketika itu adalah akidah bayi tersebut di masa hadapan kelak, Sambung kembali cerita Pak Long saya, Urusan perdagangan bayi itu telah diketahui oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mereka bertindak segera dengan menyerbu rumah keluarga India tersebut dan mengambil bayi tersebut dan kini berada di bawah jagaan JKM. Alhamdulillah, bayi tersebut di azankan semula oleh staff JKM dan selamat di bawah jagaan JKM. Kata Pak Long lagi, mengikut cerita-cerita dari orang-orang kampung berdekatan ibu bayi itu menjual anaknya kerana dihimpit kesusahan. Wallahualam

Ya Allah, bayi ini sangat suci


Berbaju Oren, maid kepada pasangan India yang membeli bayi tersebut
Apa yang saya dapat dari peristiwa bayi ini adalah betapa mudahnya ibu tersebut menjual bayi dan lebih menyedihkan bayi terbut dijual kepada keluarga yang bukan beragama Islam. Mungkin disini perlunya pihak Zakat dan badan-badan lain bekerja lebih untuk memberi bantuan kepada masyarakat yang dalam kesusahan supaya peristiwa sebegini tidak berlaku lagi.

Nota 1: Saya takut memikirkan akan datang apa yanh jadi pada ummah, sentiasa mendokan Allah swt menjaga iman dan memandu hati-hati kita semua kearah kebenaran.

Duit RM 50 Baru

Assalamualaikum wbt,

Tadi singgah petronas Saujana Utama, plan nak keluarkan duit buat belaja beli barang dapur sikit. Tekan la RM50, tup tup keluar duit kat bawah ni, saya mula ingat mesin ATM tu tersilap keluarkan duit.. Tanya dekat kaunter Petronas tu, chasier tu bagitahu, "Cik, ni duit RM50 yang baru" Ooo, baru tahu..

Nota 1: Plan nak buat Keladi masak asam pedas ( feveret saya ni)

Monday, September 05, 2011

Puasa Sunat Dalam Islam

Assalamualaikum wbt ...
 
Di sini saya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai puasa-puasa sunat yang disyariatkan dalam Islam dan kelebihannya apabila kita semua mengamalkannya.Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat darinya. Berikut merupakan puasa sunat yang dinyatakan dalam Al-Quran dan hadis:

Puasa Isnin dan Khamis

Saidatina Aisyah r.a, isteri Nabi Muhammad s.a.w menceritakan : "Rasulullah s.a.w selalu bersungguh- sungguh untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis." (Sahih Sunan Al- Tarmizi) Abu Hurairah meriwayatkan : Nabi Muhammad s.a.w berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.Lalu ada yang bertanya, "Sesungguhnya engkau sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis?

Baginda menjawab, " dibuka pintu-pintu dari syurga pada hari Isnin dan khamis lalu diampuni (dosa) setiap orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun kecuali dua orang yang saling bergaduh, dikatakan:biarkan mereka berdua sampai mereka berbaik semula.
(HR Al-Tirmizi, Ibnu Majah)

Puasa Nabi Daud
Kita semua boleh juga berpuasa selang- sehari berturut-turut dalam seminggu.
Rasulullah s.a.w bersabda : " Puasa yang paling disukai Allah S.W.T ialah puasa Nabi Daud a.s....beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari."
(Sahih Al-Bukhari)

Puasa 3 hari dalam sebulan
Berdasarkan hadis Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah s.a.w berkata padanya:
"dan sesungguhnya cukup bagimu berpuasa tiga hari dalam setiap bulan, kerana sesungguhnya bagimu pada setiap kebaikan mendapat sepuluh kali semisalnya, maka itu sama dengan berpuasa setahun penuh".
Juga diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a bahawa beliau ditanya oleh Mu'adzah Al-Adawiyyah: "Apakah Rasulullah sentiasa berpuasa 3 hari dalam sebulan? Maka beliau menjawab, "Ya". Lalu ditanya lagi,"Pada hari yang mana dalam bulan tersebut? ". Aisyah menjawab, " beliau tidak kisah dihari yang mana dari bulan tersebut ia berpuasa." (HR Muslim)

Namun jika kita ingin mengamalkan yang lebih utama lagi, kita dianjurkan untuk berpuasa pada pertengahan bulan hijriyyah, 13,14 dan 15.Berdasarkan hadis daripada Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
" Wahai Abu Dzar jika engkau mahu berpuasa 3 hari dalam sebulan maka berpuasalah pada 13,14 dan 15 hari bulan. "

Puasa 1-9 Zulhijjah (9 Zulhijjah- Hari Arafah)

Berdasarkan hadis dari Abu Qatadah r.a bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa pada Hari Arafah, Baginda menjawab, "Menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang."

Namun begitu bagi jemaah haji yang sedang wukuf di Padang Arafah tidak dianjurkan berpuasa pada hari itu.

Puasa dalam bulan Muharram khususnya 10 Muharram (Hari Asyura)
Bulan Muharram merupakan bulan yang digalakkan untuk memperbanyak puasa padanya.Hadis Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.aw. bersabda,
"puasa yang paling afdhal setelah bulan Ramadhan adalah bulah Allah, Muharram...dan solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah solat malam." Diantara hari- hari dalam bulan tersebut, kita semua lebih digalakkan untuk berpuasa pada 10 Muharram kerana hari itu merupakan Hari Asyura.

Hadis dari Saidatina Aisyah r.a, " Adalah Rasulullah s.a.w memerintahkan (perintah yang mewajibkan) puasa pada Hari Asyura. Maka apabila telah diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka siapa yang ingin berpuasa pada Hari Asyura maka silakan dan siapa yang ingin berbuka juga dibolehkan".Riwayat Muslim dari hadis Abu Qatadah juga menyatakan apabila Rasulullah ditanya tentang puasa Asyura, Baginda berkata, "menghapus dosa setahun yang lalu."

Puasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban
Hadis riwayat daripada Saidatina Aisyah r.a juga menyatakan,
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan penuh kecuali Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau berpuasa yang lebih banyak daripada bulan Syaaban".

Namun kita tidak dibolehkan untuk berpuasa pada hari-hari terakhir bulan Syaaban iaitu 2 atau 3 hari sebelum Ramadhan.Kecuali bagi mereka yang selalu berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, lalu hari-hari akhir itu bertepatan dengan hari Isnin atau Khamis dibolehkan.
 
Rasulullah s.a.w bersabda, "Janganlah kalian mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari dan dua hari, kecuali sesorang yang biasa berpuasa pada hari itu maka boleh baginya berpuasa." (HR Muslim)

Bagi bulan Rejab, bulan ini termasuk dalam bulan Haram yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah At-Taubah: 36 iaitu, Rejab, Zulqaedah Zulhijjah dan Muharram...Inilah bulan yang mempunyai fadhilat.

Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
Dari Abu Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari dalam bulan Syawal, maka itulah puasa seumur hidup". (HR Muslim)

Sebelum itu, kita perlu pastikan puasa wajib Ramadhan kita sudah lengkap.Jika kita tertinggal beberapa hari puasa wajib dalam bulan Ramadhan,kita harus mengqadha'nya terlebih dahulu dan kemudiannya barulah kita boleh mengerjakan puasa sunat dalam bulan Syawal.Ianya akan menjadi lebih afdhal kerana kita mendahulukan yang wajib dan barulah yang sunat.Terdapat juga sesetengah pendapat yang mengatakan kita boleh meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa.Namun, adalah lebih baik jika kita mengasingkannya kerana ini akan memperbanyakkan lagi amalan kita kepada Allah S.W.T. :)

Nabi Muhammad s.a.w juga bersabda,"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun".(Hadis Al-Tirmizi,An-Nasaie, Ibnu Majah)

Imam At-Thabrani juga ada mengeluarkan dalam susunan hadisnya, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya."


Diharapkan agar kita semua lebih memahami dan tidak keliru mengenai puasa-puasa sunat dalam Islam. Kita boleh mengerjakannya tanpa rasa ragu-ragu.Semoga iman kita semua lebih meningkat dan bertambah baik apabila kita mengerjakan ibadat puasa sunat ini sebagai pelengkap amalan kita.InsyaAllah.
:)

Nota 1: Sedang berkira-kira hendak buat puasa 6, 'tetapi teman baik' 'will be projected tomorrow'..takpe, bulan syawal ada 30 hari kan...

Semester 6

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah cuti semester saya akan melabuhkan tirainya kurang seminggu dari sekarang, ramadhan juga sudah seminggu meninggalkan kita dan mood raya pun makin pudar. Insya Allah minggu hadapan pada 12 September 2011 kesemua pelajar Ijazah seluruh IPTA di Malaysia akan memulakan semester baru, begitu juga saya yang akan memulakan semester 6 pada minggu hadapan. Alhamdulillah, alhamdulillah... bersyukur tidak terhingga, hari berganti hari, masa berganti masa saya tinggal 1 semester sahaja lagi sebelum bergelar pemegang Ijazah Sarjana Muda (K) Pengurusan Maklumat (Pengurusan Rekod). Semester terakhir ini saya akan mengambil 7 subjek ( boleh tahan juga!)

1. IMA 452 : Electronic Resource Center
2. IMA 454 : ICT in Resource Center Management
3. IMA 601 : E-Learning
4. IMR 651 : Management of Electronic Records
5. IMR 652 : Management of Business Records
6. IMR 653 : Document Imaging System
7. IMR 654 : Management of Medical Records

Yang kod subjeknya bermula dengan IMR ia adalah major saya dan selebihnya adalah subjek pilihan saya untuk minor saya. Bertanyakan  serba sedikit pada senior tentang semester akhir ini, kebanyakkan menasihat saya untuk lebih fokus kepada subjek IMR 563, insya Allah saya akan cuba dengan sebaik mungkin dan target saya untuk semester ini adalah tamat dengan Anugerah Dekan. Oh yaa, saya masih mencongak untuk membayar yuran semester 6 ini, alhamdulillah yuran tidak meningkat seperti khabar angin yang sebelum ini. Gaji hasil saya mengajar kelas mengaji mungkin hanya berbaki RM 10 untuk bulan September. Erm,,,Insya Allah ade la ruang mana-mana nak dapatkan perbelanjaan pembelajaran saya. Beginilah keadaan saya setelah bertekad tidak mahu meminjam PTPTN.

Broadband Maxis

Saya sudahkan menukarkan perkhidmatan broadband saya dari celcom yang pakej RM68 kepada Maxis yang bernilai RM68 juga tetapi disebabkan saya melanggan semasa promosi raya, saya mendapat rebat RM 100, jadi bermula bulan September ini hingga September tahun hadapan saya hanya perlu membayar RM58 sahaja. Saya menukarkan servis kerana masalah servis yang sangat teruk daripada Celcom. 

Nota 1: Ya Allah, saya gerun melihat rancangan TV yang makin menggila dengan cerita merepek. Mudah pula menjadi ikutan.
Nota 2: Ayuh Jom Puasa 6, 
Nota 3: Saya akan membuat pemeriksaan tonsil dalam waktu terdekat.