Friday, December 30, 2011

Peluang & Kemahuan

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, setelah tamat semester 6 ini, saya akan bercuti agak lama sebelum keputusan peperiksaan semester 6 diumumkan. Perancangan yang dibuat adalah untuk menjalani sesi praktikal di mana-mana hospital yang berdekatan dengan rumah, niat utama nak tambah pengalaman yang ada tentang pengurusan rekod perubatan, Jika sebelum ini semasa pertengahan semester saya telah pun memberi nama untuk menjalani sesi praktikal berkumpulan di Hospital Sungai Buloh ( Fakulti Perubatan UiTM) , tiba-tiba minggu lepas semasa berbual dengan Ummi tentang Hospital Pakar Damansara (KPJ Damansara) mengenai pengurusan rekod dekat hospital tu, bercerita mengenai keramahan En. Ibrahim menerima kunjungan kami untuk membuat kajian di Jabatan Rekod Perubatan KPJ Damansara dan offer praktikal yang diberikan kepada kami berempat sekiranya ingin mengadakan praktikal di sana. Ummi tiba-tiba menggalakkan saya untuk praktikal di Damansara. Huh!, memang bagus praktikal disana berdasarkan kajian saya dengan keadaan disana dan rekod-rekod perubatan yang KPJ simpan memang banyak pengalaman yang saya boleh dapat. Tetapi yang menjadi halangan pada saya ialah DAMANSARA, agak jauh tempatnya dan mengikut polisi KPJ, pelajar yang ingin menjalani praktikal perlu menghabiskan sesi praktikal sekurang-kurangnya 4 bulan, agak lama tu.

Jika di fikirkan betul-betul, Hospital Sungai Buloh adalah pilihan paling selamat dan menjimatkan, tetapi saya sendiri tidak pasti kata hati saya yang betul-betul memilih KPJ Damansara, dan ditambah pula demi menerima cadangan ummi saya, Ia saya yakin pasti ada hikmah dengan keputusan ini. Akhirnya pada 28 Disember 2011 lepas saya menghubungi En. Ibrahim dan menyatakan saya sudah habis pengajian dan berhasrat menjalani latihan industri di KPJ Damansara, dan alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan begitu juga dari pihak UiTM. Surat, kelulusan semuanya mudah diselesaikan satu demi satu. Ya Allah, memang mudah segalanya-galanya. Insya Allah jika tiada aral melintang saya sudah boleh menjalani praktikal pertengahan bulan 1. Walau ada sedikit kesusahan terpaksa berulang alik dari rumah ke Damansara, saya pasti ada hikmah dengan keputusan saya buat.

Master
Ramai antara kenalan yang mengambik keputusan untuk terus menyambung pengajian setelah tamat pengajian Degree mereka, ada antaranya yang memberi alasan masih belum bersedia untuk bekerja, tidak kurang yang memberi alasan demi memenuhi permintaan keluarga. Bagi saya sendiri, kemahuan untuk melanjutkan pengajian ke tahap Master memang sentiasa ada, tetapi saya masih menunggu Kos 'Master in Health Informatics' yang dijangkakan akan dimulakan pada bulan September 2012 nanti, mengikut apa yang diceritan pensyarah saya. Insya Allah saya akan cuba makbulkan hajat kedua ibu bapa yang mahu saya belajar setinggi yang boleh. Kayuh pelan-pelan dan sentiasa pastikan tidak sesat atau terjatuh. Cuma dalam masa terdekat ini, saya sangat ligat melihat iklan jawatan kosong dan kerja sambilan demi mengisi masa terluang dan sudah pasti menambah duit poket.

Mohon Maaf
Tulus ikhlas jika ada sesiapa yang menyakitkan hati atau membuat kesalahan pada saya, mahupun berkata belakang tentang saya, saya maafkan segalanya sepanjang 2 tahun pengajian Ijazah di UiTM Puncak Perdana. Dan dengan rendah hati dan ruang terbuka ini saya memohon maaf sekiranya saya pernah mengguris hati kamu semua samaada saya lakukan secara sedar mahupun tidak.Segala ilmu yang pernah dikongsikan, keewangan yang dipinjamkan saya halalkan dunia akhirat. Semoga sahabat semua berjaya dalam kerjaya mahupun kehidupan.


Nota 1: Doakan urusan saya untuk membuat praktikal di KPJ Damansara berjalan lancar.
Nota 2: Tahniah Dr. Sarah atas kelahiran cahaya mata pertama. Moga menjadi anak yang soleh. ^____^


Thursday, December 29, 2011

Assalamualaikum wbt

Nota awal: Entry ini adalah sekadar ringkasan terkini, saya tidak berniat menulis panjang.

Alhamdulillah secara rasminya hari ini 29/12/2011 tamatla semester 6 saya sebagai pelajar UiTM Puncak Perdana...sekarang ini sudah masuk study week...disebabkan saya tidak ada subjek yang ada final exam..secara rasminya cuti saya sudah bermula...Hanya menanti keputusan semester 6 sahaja ( smg target saya untuk tamat dengan anugerah dekan dapat dimakbulkan Allah SWT)

Huh, how hectic and life is very busy and unmanageable...but syukur sangat-sangat i managed to end this semester.


Memang banyak entry bertangguh saya, insya Allah masa terluang nanti saya akan post sikit, a lot of story that i need to share with u all...lot of love... bye2


Sunday, December 11, 2011

Hati Yang Cedera


Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.
Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.
Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.
Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.
Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.
Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.
Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.
Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.
Hati itu bukan hati aku lagi..
Heal my heart ya Allah..
Bless me with a new heart..

Friday, October 28, 2011

Permata & Sampah



Ada ketika kita melayan seseorang itu bagaikan PERMATA, dijaga dengan baik, dibalut dengan baik dan disimpan dengan baik, tahap keselamatannya kita utamakan berbanding barang-barang lain kerana ia adalah sebutir permata buat kita.




Namun dalam masa yang sama kita dilayan kembali ibarat sampah, tahu di mana sampah? samaada dibiarkan di tangah-tengah jalan, dilanggar, dipijak dan mungkin manusia memandang sampah dengan penuh jijik dan kotor seolah sampah itu bukan dari hasil tangan mereka sendiri. 





Itu sahaja, sekian... 
Pesanan buat dia ikhlas dari saya: 
Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character. 
Watch your character; it becomes your destiny.
Nota 1: Saya terkilan sangat-sangat dengan kamu

Tergamak

Selesai solat isyak semalam, saya terus sujud dan air mata mengalir tanpa henti... dalam hati saya pada ketika itu adalah TERGAMAK dia buat saya macam itu, saya dilayan dengan sangat kasar sdan penuh dengan perasaan marah!, dengan begitu bongkak dia menunjukkan segala sifat nya. Ya Allah disaat itu jika diukur termometer kesabaran saya mungkin tersangatlah tinggi, saya berfikir kembali sekiranya hilang langsung semalam sabar saya atau sudah melampaui had mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku.


Namun, alhamdulillah disaat saya teresak-esak mengenangkan diperlakukan sebegitu, saya bersyukur Allah swt telah membuka hati saya untuk melihat siapa dia yang sebenarnya. Tiada apa-apa penyesalan dengan perkara sebelum ini, apa saya pernah lakukan dan apa sahaja budi saya pada dia. Sesungguhnya sayang saya pada dia dulu adalah kerana Allah swt dan benci saya sekarang pada dia juga hanya kerana sikapnya yang saya rasa sangat kurang ajar dan tidak bersyukur. Insya Allah satu hati nanti saya percaya orang seperti dia akan menyesal dan mungkin baru teringat kembali apa yang dia pernah buat dengan orang lain, dan pada masa itu mungkin sukar untuk mencari kemaafan pada siapa yang dia dah lukakan hatinya.

Saya maafkan apa yang dia telah buat pada saya, selepas ini mungkin saya tidak lah seperti dulu bagaimana saya akan berhubungan dengan dia, dan mungkin saya akan pastikan saya sentiasa bersabar apabila melihat wajahnya dan detikkan dalam hati doa pada Allah banyak agar dia berubah.

Nota 1: Ya Allah, terima kasih atas UJIAN semalam, aku tahu ENGKAU mahu yang terbaik buat setiap hambaMu.

Friday, October 21, 2011

Bertahan

Assalamualaikum wbt

Minggu ini minggu yang sangat sedih, entahlah la dalam kondisi sekarang saya lebih memilih untuk bertahan, bertahan dengan groupmate yang macam-macam ragam. Bertahan dengan itu dan ini.

Saya selalu bertanya kenapa dalam apa situasi sekali pun saya yang perlu memahami dan berkorban demi orang lain, tidak kira la dalam berkawan, bekerja, mahupun di dalam  keluarga. Erm... Sakit bila selalu sangat macam ni.

Monday, October 10, 2011

Assigment & Berjalan

Assalamualaikum wbt

Huh, lame juga saya biarkan blog ni tak berupdate...alasannya saya sangat sibuk. Penangan semester terakhir degree ni macam-macam kerja dalam satu masa.Nak ada kan masa siapkan agment kalau bukan hujung minggu memang susahla dengan saya perlu buat kerja part-time yang biasa nya habis malam ditambah siangnya padat dengan kelas.

Cuma nak update ringkas sahaja, jumaat lepas Mak Su saya datang ziarah kami sekeluarga di rumah, saya dan mak su sangatlah rapat kerana kami sebenarnya sama umur, yup ketika ummi saya melahirkan saya arwah nenek saya melahirkan mak su saya pada tahun yang sama. Seronok  tak terkira mak su datang. Macam-macam kami sembangkan, yang pasti gelak sahaja. Walaupun hakikatnya saya sebenarnya bertimbun asgment hendak disiapkan, tetamu dirumah tak boleh dibiarkan, Jadi andai ada masa senggang saya akan meriba Asiah ( notebook ASUS) dan menyiapkan sedikit demi sedikit, dari hari jumaat sehingga la ahad..tetapi yang ahad tu la paling mencabar, asgment masih ligat disiapkan, tetapi pada hari itu sudah merancang bersama untuk ziarah adik di Cheras ( beri dia semangat sebab dia ada percubaan SPM hari ini) kemudian menghantar mak su ke pudu, ada usrah pula bersama sahabat di Gombak, bayangkan dalam satu hari berapa tempat saya perlu berada, dalam hati resah tidak terkira la sebab asgmnet tak siap lagi. Jadi driver pun kata, bawa ja Asiah dan buat asgmnt dalam kereta masa perjalanan nanti. Yup itu la yang saya buat, sambil driver memandu disebelah saya gigih menyiapkan kerja. Hahaha... Penangan asgmnt yang diberi pensyarah sedebuk! semua dalam seminggu dan submission date nya dekat-dekat.. haha..

Alhamdulillah semua asgmnt (Individual Electronic Records, Article Review Electronic Resource Center, Handout untuk presentation Document Imaging System) semua nya berjaya disiapkan sengan jayanya di dalam kereta, pengalaman pertama menyiapkan kerja selama 5 tahun belajar. Haha

Nota 1: Minggu lepas yang hectic and this week will be the same as last week, HECTIC!
Nota 2: Insya Allah 21-23 Oktober ini saya akan ke Sungai Siput, ada program bersama murid-murid sekolah agama disana.

Friday, September 09, 2011

Jadual Semester 6

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah jadual kuliah untuk semester terakhir saya sudah keluar, susunan setiap kelas agak teratur dan paling saya suka tiada kelas malam. Ia lebih memudahkan saya untuk meneruskan kelas mengaji Iqra dan Al-Quran saya bersama anak-anak murid saya ^_^. Masih juga banyak waktu lapang seperti selasa dan rabu pagi boleh digunakan untuk buat tugasan, research dan consultation bersama pensyarah. Senang cerita jadual saya untuk semester kali ini just nice.


Nota 1: Nantikan entri seterusnya berkaitan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Rekod, saya  akan cuba kongsikan dengan pembaca kerana ramai yang bertanya Ijazah saya ambil ini berkaitan apa.
Nota 2: Insya Allah, "Kempen katakan tidak pada nasi " sudah bermula dalam diari saya mulai hari ini. Dr. nasihatkan saya untuk turunkan berat badan sebanyak 20kg( memang cabaran)

Tuesday, September 06, 2011

Bayi

Assalamualaikum wbt

Hari raya yang lepas, ketika mengikuti keluarga dan Pak Long ( abang kandung ummi saya ) beraya di Perak. Saya sempat berbual-bual kosong dengan pak long, sampaikan pada satu topik berkaitan pekerjaannya menjadi sukarelawan di Jabatan Agama Islam yang tugasnya membantu Jabatan Agama dalam mencegah maksiat, khalwat dan juga yang melibatkan akidah. Pak Long ada menceritakan pada saya minggu sebelumnya beliau ada membuat operasi bersama Jabatan Agama untuk mendekati golongan pondan dan menasihati mereka. Yang sangat menyedihkan kata Pak Long ada sebahagian golongan pondan ini adalah dari latar belakang yang sangat hebat seperti dari sekolah Maktab Mahmud dan Lepasan Universiti terkemuka di Malaysia.

Cerita dan terus bercerita, tiba-tiba Pak Long menunjukkan gambar di dalam kamera digital nya satu demi satu, dan sampai di satu gambar ini Pak Long sekadar menguji saya. Dia bertanyakan pada saya tentang gambar di bawah ini dan meminta saya meneka samaada bayi di dalam gambar tersebut bayi berketurunan apa? Saya tanpa berfikir panjang terus memberi jawapan, "Keturunan India la" kan ada tanda di dahinya. 

Bayi tersebut


Rupa-rupanya saya silap...

Menurut penceritaan Pak Long pada saya bayi tersebut adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam, ia dilahirkan oleh wanita melayu dan kemudian ibu bayi tersebut menjual anaknya kepada keluarga India dengan nilai RM4000. Ya Allah, memang saya terkejut sangat-sangat, apa yang terjah di fikiran saya ketika itu adalah akidah bayi tersebut di masa hadapan kelak, Sambung kembali cerita Pak Long saya, Urusan perdagangan bayi itu telah diketahui oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mereka bertindak segera dengan menyerbu rumah keluarga India tersebut dan mengambil bayi tersebut dan kini berada di bawah jagaan JKM. Alhamdulillah, bayi tersebut di azankan semula oleh staff JKM dan selamat di bawah jagaan JKM. Kata Pak Long lagi, mengikut cerita-cerita dari orang-orang kampung berdekatan ibu bayi itu menjual anaknya kerana dihimpit kesusahan. Wallahualam

Ya Allah, bayi ini sangat suci


Berbaju Oren, maid kepada pasangan India yang membeli bayi tersebut
Apa yang saya dapat dari peristiwa bayi ini adalah betapa mudahnya ibu tersebut menjual bayi dan lebih menyedihkan bayi terbut dijual kepada keluarga yang bukan beragama Islam. Mungkin disini perlunya pihak Zakat dan badan-badan lain bekerja lebih untuk memberi bantuan kepada masyarakat yang dalam kesusahan supaya peristiwa sebegini tidak berlaku lagi.

Nota 1: Saya takut memikirkan akan datang apa yanh jadi pada ummah, sentiasa mendokan Allah swt menjaga iman dan memandu hati-hati kita semua kearah kebenaran.

Duit RM 50 Baru

Assalamualaikum wbt,

Tadi singgah petronas Saujana Utama, plan nak keluarkan duit buat belaja beli barang dapur sikit. Tekan la RM50, tup tup keluar duit kat bawah ni, saya mula ingat mesin ATM tu tersilap keluarkan duit.. Tanya dekat kaunter Petronas tu, chasier tu bagitahu, "Cik, ni duit RM50 yang baru" Ooo, baru tahu..

Nota 1: Plan nak buat Keladi masak asam pedas ( feveret saya ni)

Monday, September 05, 2011

Puasa Sunat Dalam Islam

Assalamualaikum wbt ...
 
Di sini saya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai puasa-puasa sunat yang disyariatkan dalam Islam dan kelebihannya apabila kita semua mengamalkannya.Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat darinya. Berikut merupakan puasa sunat yang dinyatakan dalam Al-Quran dan hadis:

Puasa Isnin dan Khamis

Saidatina Aisyah r.a, isteri Nabi Muhammad s.a.w menceritakan : "Rasulullah s.a.w selalu bersungguh- sungguh untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis." (Sahih Sunan Al- Tarmizi) Abu Hurairah meriwayatkan : Nabi Muhammad s.a.w berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.Lalu ada yang bertanya, "Sesungguhnya engkau sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis?

Baginda menjawab, " dibuka pintu-pintu dari syurga pada hari Isnin dan khamis lalu diampuni (dosa) setiap orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun kecuali dua orang yang saling bergaduh, dikatakan:biarkan mereka berdua sampai mereka berbaik semula.
(HR Al-Tirmizi, Ibnu Majah)

Puasa Nabi Daud
Kita semua boleh juga berpuasa selang- sehari berturut-turut dalam seminggu.
Rasulullah s.a.w bersabda : " Puasa yang paling disukai Allah S.W.T ialah puasa Nabi Daud a.s....beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari."
(Sahih Al-Bukhari)

Puasa 3 hari dalam sebulan
Berdasarkan hadis Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah s.a.w berkata padanya:
"dan sesungguhnya cukup bagimu berpuasa tiga hari dalam setiap bulan, kerana sesungguhnya bagimu pada setiap kebaikan mendapat sepuluh kali semisalnya, maka itu sama dengan berpuasa setahun penuh".
Juga diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a bahawa beliau ditanya oleh Mu'adzah Al-Adawiyyah: "Apakah Rasulullah sentiasa berpuasa 3 hari dalam sebulan? Maka beliau menjawab, "Ya". Lalu ditanya lagi,"Pada hari yang mana dalam bulan tersebut? ". Aisyah menjawab, " beliau tidak kisah dihari yang mana dari bulan tersebut ia berpuasa." (HR Muslim)

Namun jika kita ingin mengamalkan yang lebih utama lagi, kita dianjurkan untuk berpuasa pada pertengahan bulan hijriyyah, 13,14 dan 15.Berdasarkan hadis daripada Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
" Wahai Abu Dzar jika engkau mahu berpuasa 3 hari dalam sebulan maka berpuasalah pada 13,14 dan 15 hari bulan. "

Puasa 1-9 Zulhijjah (9 Zulhijjah- Hari Arafah)

Berdasarkan hadis dari Abu Qatadah r.a bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa pada Hari Arafah, Baginda menjawab, "Menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang."

Namun begitu bagi jemaah haji yang sedang wukuf di Padang Arafah tidak dianjurkan berpuasa pada hari itu.

Puasa dalam bulan Muharram khususnya 10 Muharram (Hari Asyura)
Bulan Muharram merupakan bulan yang digalakkan untuk memperbanyak puasa padanya.Hadis Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.aw. bersabda,
"puasa yang paling afdhal setelah bulan Ramadhan adalah bulah Allah, Muharram...dan solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah solat malam." Diantara hari- hari dalam bulan tersebut, kita semua lebih digalakkan untuk berpuasa pada 10 Muharram kerana hari itu merupakan Hari Asyura.

Hadis dari Saidatina Aisyah r.a, " Adalah Rasulullah s.a.w memerintahkan (perintah yang mewajibkan) puasa pada Hari Asyura. Maka apabila telah diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka siapa yang ingin berpuasa pada Hari Asyura maka silakan dan siapa yang ingin berbuka juga dibolehkan".Riwayat Muslim dari hadis Abu Qatadah juga menyatakan apabila Rasulullah ditanya tentang puasa Asyura, Baginda berkata, "menghapus dosa setahun yang lalu."

Puasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban
Hadis riwayat daripada Saidatina Aisyah r.a juga menyatakan,
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan penuh kecuali Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau berpuasa yang lebih banyak daripada bulan Syaaban".

Namun kita tidak dibolehkan untuk berpuasa pada hari-hari terakhir bulan Syaaban iaitu 2 atau 3 hari sebelum Ramadhan.Kecuali bagi mereka yang selalu berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, lalu hari-hari akhir itu bertepatan dengan hari Isnin atau Khamis dibolehkan.
 
Rasulullah s.a.w bersabda, "Janganlah kalian mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari dan dua hari, kecuali sesorang yang biasa berpuasa pada hari itu maka boleh baginya berpuasa." (HR Muslim)

Bagi bulan Rejab, bulan ini termasuk dalam bulan Haram yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah At-Taubah: 36 iaitu, Rejab, Zulqaedah Zulhijjah dan Muharram...Inilah bulan yang mempunyai fadhilat.

Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
Dari Abu Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari dalam bulan Syawal, maka itulah puasa seumur hidup". (HR Muslim)

Sebelum itu, kita perlu pastikan puasa wajib Ramadhan kita sudah lengkap.Jika kita tertinggal beberapa hari puasa wajib dalam bulan Ramadhan,kita harus mengqadha'nya terlebih dahulu dan kemudiannya barulah kita boleh mengerjakan puasa sunat dalam bulan Syawal.Ianya akan menjadi lebih afdhal kerana kita mendahulukan yang wajib dan barulah yang sunat.Terdapat juga sesetengah pendapat yang mengatakan kita boleh meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa.Namun, adalah lebih baik jika kita mengasingkannya kerana ini akan memperbanyakkan lagi amalan kita kepada Allah S.W.T. :)

Nabi Muhammad s.a.w juga bersabda,"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun".(Hadis Al-Tirmizi,An-Nasaie, Ibnu Majah)

Imam At-Thabrani juga ada mengeluarkan dalam susunan hadisnya, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya."


Diharapkan agar kita semua lebih memahami dan tidak keliru mengenai puasa-puasa sunat dalam Islam. Kita boleh mengerjakannya tanpa rasa ragu-ragu.Semoga iman kita semua lebih meningkat dan bertambah baik apabila kita mengerjakan ibadat puasa sunat ini sebagai pelengkap amalan kita.InsyaAllah.
:)

Nota 1: Sedang berkira-kira hendak buat puasa 6, 'tetapi teman baik' 'will be projected tomorrow'..takpe, bulan syawal ada 30 hari kan...

Semester 6

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah cuti semester saya akan melabuhkan tirainya kurang seminggu dari sekarang, ramadhan juga sudah seminggu meninggalkan kita dan mood raya pun makin pudar. Insya Allah minggu hadapan pada 12 September 2011 kesemua pelajar Ijazah seluruh IPTA di Malaysia akan memulakan semester baru, begitu juga saya yang akan memulakan semester 6 pada minggu hadapan. Alhamdulillah, alhamdulillah... bersyukur tidak terhingga, hari berganti hari, masa berganti masa saya tinggal 1 semester sahaja lagi sebelum bergelar pemegang Ijazah Sarjana Muda (K) Pengurusan Maklumat (Pengurusan Rekod). Semester terakhir ini saya akan mengambil 7 subjek ( boleh tahan juga!)

1. IMA 452 : Electronic Resource Center
2. IMA 454 : ICT in Resource Center Management
3. IMA 601 : E-Learning
4. IMR 651 : Management of Electronic Records
5. IMR 652 : Management of Business Records
6. IMR 653 : Document Imaging System
7. IMR 654 : Management of Medical Records

Yang kod subjeknya bermula dengan IMR ia adalah major saya dan selebihnya adalah subjek pilihan saya untuk minor saya. Bertanyakan  serba sedikit pada senior tentang semester akhir ini, kebanyakkan menasihat saya untuk lebih fokus kepada subjek IMR 563, insya Allah saya akan cuba dengan sebaik mungkin dan target saya untuk semester ini adalah tamat dengan Anugerah Dekan. Oh yaa, saya masih mencongak untuk membayar yuran semester 6 ini, alhamdulillah yuran tidak meningkat seperti khabar angin yang sebelum ini. Gaji hasil saya mengajar kelas mengaji mungkin hanya berbaki RM 10 untuk bulan September. Erm,,,Insya Allah ade la ruang mana-mana nak dapatkan perbelanjaan pembelajaran saya. Beginilah keadaan saya setelah bertekad tidak mahu meminjam PTPTN.

Broadband Maxis

Saya sudahkan menukarkan perkhidmatan broadband saya dari celcom yang pakej RM68 kepada Maxis yang bernilai RM68 juga tetapi disebabkan saya melanggan semasa promosi raya, saya mendapat rebat RM 100, jadi bermula bulan September ini hingga September tahun hadapan saya hanya perlu membayar RM58 sahaja. Saya menukarkan servis kerana masalah servis yang sangat teruk daripada Celcom. 

Nota 1: Ya Allah, saya gerun melihat rancangan TV yang makin menggila dengan cerita merepek. Mudah pula menjadi ikutan.
Nota 2: Ayuh Jom Puasa 6, 
Nota 3: Saya akan membuat pemeriksaan tonsil dalam waktu terdekat.

Tuesday, July 26, 2011

Ujian

Ya Allah, luaskan pandangan ku dengan nikmat kurniaanMu melebihi ujian yang sedang diuji ini, 2 ujian yang cukup hebat, dan kini berikanlah kekuatan untuk berhadapan dengan ujian satu ini kerana aku yakin, ajal maut, jodoh pertemuan dan rezeki itu kekal menjadi rahsiaMu ya Rabb. 


Pertamanya ujian yang sangat getir buat kami sekeluarga, kemudian di khabarkan pula dengan pemergian nenda tercinta pada 22 Julai yang lepas, betul-betul dua bulan selepas pemergian arwah tok wan pada 22/5/2011 yang lepas. Ketiga nya juga ujian yang sangat hebat, entahlah... sukar untuk saya bercerita panjang disini, hakikatnya jiwa saya sangat dahagakan ketenangan dan kekuatan dariMu ya Allah. 

Oh yaa, saya sudah pun habis praktikal pada 20 Julai lepas, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sijil pun sudah dapat apatah lagi seribu pengalaman manis dan pahit sepanjang praktikal disana. Gambar diatas adalah semasa majlis penutup sesi praktikal kami di IJN, semua adalah rakan sekelas dan pelajar semester 5 selebihnya pelajar yang praktikal di sana adalah pelajar semester akhir.


Nota 1: Selamat menyambut ramadhan, ayuh jadikan bulan yang akan mentarbiyahkan kita semua.
Nota 2: Jodoh itu kekal menjadi rahsiaMu ya Allah.
Nota 3: Apa mungkin kita temu kebahagian dalam perpisahan?

Friday, July 08, 2011

Generasi

Masa kian menghampir,
Makin aku dibuai seribu satu ketakutan,
Takut untuk menjadi penerus generasi,
Takut menjadi penghubung dua generasi,
Generasi kini yang kian rapuh imannya,
dan generasi akan datang aku aku sendiri gerun membayangkan.
Mampukah aku mendidik anak-anakku kelak dalam dunia
yang makin menggila ini.


Amarahku kadang-kadang menggunung tinggi,
Tatkala anak-anak muda kini yang umurnya,
bolehku anggap pejuang agama,
Tetapi hanyut dibuai cinta dan pergaulan berleluasa,
Ada juga yang solatnya tidak ditinggalkan seiring maksiat dilakukakan
Menerjah fikiran ku kemanakah perginya kemanisan iman dari solatnya


Tidak kurang juga yang menjadi sahabatku tetapi sangat liat untuk bersolat,
Sudah seribu satu cara aku berkias mengajaknya,
Tetapi sudah pasti akan ada seribu satu alasan darinya untuk tidak bersolat.


Semuanya berada didepan mata, tetapi aku malu menjadi hamba-Mu Ya Allah
kerana lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Aku mohon pada-Mu Ya Allah kurniakan aku peneman hidup yang mampu
aku jadikan pemangkin cintaku pada-Mu Ya Rabbi...

Sunday, June 26, 2011

Sudah 3 Minggu

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah sudah melepasi 3 minggu saya menjalani praktikal di jabatan HIMS di banggunan IJN. Semuanya berjalan lancar dan bermacam-macam ilmu yang diperolehi dan dipelajari dari staf-staf di jabatan HIMS. Bemula minggu pertama saya di tugaskan melakukan proses 'culling',  minggu keduanya 'appoinment' dan minggu ketiganya 'affix' . 

Ketiga-tiganya berbeza tetapi berhadapan dengan bahan kerja yang sama iaitu PMR (Patient Medical Records). 

Tugasan Culling
Tugasan minggu pertama ini bagi saya sangat meletihkan kerana saya perlu mengadap tiap-tiap fail dan menyemak no setiap fail (failnya seperti di dalam gambar diatas) jika  nombor PMR itu berada dalam senarai yang diberikan pada saya sebelum memulakan tugas, saya perlu membawanya keluar dari raknya dan diberi pada kawan yang bertugas sebagai 'runner' untuk menyusun fail-fail yang telah dikeluarkan ke dalam kotak dan dibawa ke bilik 'affix' untuk ditampal pelekat yang diberikan oleh 'commercial records center' kerana rekod itu sudah menjadi 'semi-active'( bermaksud rekod yang sudah jarang-jarang digunakan tetapi masih diperlukan). Pada mulanya saya membuat tugasan culling ini saya jadi tersangat 'blur' masakan tidak saya perlu mencari fail tersebut menggunakan nombor fail sahaja. KELIRU sangat-sangat dan lebih memeningkan failnya tersangatlah banyak. Namun pada hari kedua, alhamdulillah saya sudah mendapat rentak kerja dan sudah boleh melakukannya dengan cepat. Tugasan saya dipantau oleh En.Amri.

Tugasan Appoinment
Tugasan ini adalah pada minggu kedua, tugasan ini lebih mudah kerana senarainya tidak lah banyak seperti 'culling' saya masih mendapat senarai fail yang perlu dicari cumanya fail yang dicari bukanlah untuk dihantar ke 'records center' tetapi fail itu perlu untuk Dr. dan pesakit yang ada temujanji pada 3 minggu hadapan. Dalam proses pencarian fail, saya perlu menjelajah ke 3 bilik fail iaitu di stor 1, stor 2 dan stor simpanan fail tebal. Ya, memang agak penat, tetapi gembira kerana saya dapat mengetahui dengan lebih lagi sistem penyimpanan fail yang dilakukan oleh IJN dan jika ada masa kelapangan saya boleh membelek dokumen dan x-ray yang ada dalam PMR tersebut, banyak ilmu yang saya dapat. Untuk tugasan ini juga saya diberikan sebuah troli untuk digunakan bagi menyimpan PMR-PMR yang telah dijumpai untuk tujuan temujanji. Setelah kesemua PMR dicari, saya akan mengkelaskan PMR tersebut kepada 3unit dan diletakkan 'tag' ( meletakkan labelr pada setiap fail yang diikat. Tugas nya perlukan banyak tenaga bermula dari mencari fail sehinggalah 'membundlekan' nya. Selain daripada mencari fail, mentor saya En. Faizol turut mengajar bagaimana melakukan 'filing'( istilah ini digunakan jabatan HIMS untuk menyusunkan  semual fail-fail yang selesai digunakan untuk appoinment ( temujanji dengan Dr) di rak-rak asalnya. Rumusan untuk tugasan ini , tugasan yang menyeronokkan dan baru saya tahu apa yang berlaku disebalik sesuatu temujanji antara Dr.

Tugasan 'Affix'
Tugasan minggu ketiga ini bagi saya paling mudah kerana saya hanya perlu menampal 'sticker' yang diberikan 'records center' . Begini, setelah orang-orang yang ditugaskan melakukan culling, mengeluarkan fail-fail yang telah di 'appraisal'( istilah dalam bidang rekod management untuk rekod-rekod yang dinilai samaada masih perlu sebagai fail atau rekod yang aktif atau dijadikan semi-active). Fail akan dimasukkan kedalam kotak oleh runner dan dihantar kebahagian affix dan diletakkan stiker. Itu sahaja tugasan saya di minggu ketiga dibahagian tersebut. Mudan tetapi bagi saya membosankan! haha....Cumanya pada hari selasa minggu ketiga saya diminta menggantikan salah seorang staff yang MC pada hari tersebut sebagai staff yang menjaga walk in. Mesti ada yang tertanya-tanya apa dia 'walk in' ?  ok, tugasan ini memerlukan saya menjawab talifon dan menerima permintaan dari mana-mana jabatan-jabatan di IJN yang mahukan PMR secara kecemasan dan staff yang bertugas di HIMS bahagian walk in perlu mendapat PMR yang diminta dengan kadar yang segera terutama jika PMR itu diminta dari unit emegency ( kecemasan). Satu benda yang pasti apabila bertugas di bahagian 'walk in' ini, talifon meja tidak akan berhenti berdering. haha.  dan memang manjadi front line pada jabatan HIMS, dan sudah tentu saya berasa seronok apabila dipilih di bahagian walk in, kerana 'deal' dengan orang .

Ha, itulah rumusan saya sepanjang 3 minggu di IJN. Seronok walaupun sedikit memenatkan. Insya Allah minggu ke empat saya akan ditugaskan di bahagian ' Merging'  pula, saya pun tidak pasti apa tugasan yang saya akan lakukan. 

Nota 1: Menilai seseorang memerlukan ilmu tertentu, jangan mudah menilai hanya kerana luarannya
Nota 2: Dimana saya berada, gelaran ustazah pasti akan kedengaran hanya kerana saya memakai tudung labuh, jauh disudut hati saya, saya aminkan setiap percakapan manusia-manusia itu, sekurang-kurangnya bukanlah perkara yang tidak elok dilabelkan kepada saya, tetapi itulah manusia,

Monday, June 20, 2011

Kenapa Tudung Labuh?

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?”

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati,
 
 Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.
Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.
Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.
Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!
Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?
Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti,
jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.
Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.
 






Saturday, June 18, 2011

Gastrik & Keputusan Peperiksaan Semester 5

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan untuk pelajar ijazah untuk UiTM sudah boleh diketahui pada 17 Julai yang lepas, keputusan saya macam mana? Alhamdulillah ok, cuma sedikit menurun berbanding semester 4, apa-apa pun saya bersyukur dan mungkin itu rezeki setakat itu, Insya Allah ada rezeki semester 6 nanti cuba lagi. Kali ini saya letak target untuk dapatkan semua subjek A pulak, doakan saya ya. Oh ya, sudah genap 2 minggu saya menjalani praktikal di IJN, alhamdulillah semuanya berjalan lancar cuma ada sedikit berita sedih, saya diserang penyakit gastrik, sebenarnya sejak tingkatan 4 lagi saya dijangkiti gastrik. Dan semenjak itu jugak lah saya sangat menjaga pemakanan saya, kadang-kadang boleh dikatakan saya rela makan selagi boleh dari membiarkan perut kosong, 

Tetapi mungkin jadual saya yang agak ketat di IJN dan saya berpuasa sunat rejab menjadikan waktu makan saya tidak teratur, bermula malam khamis yang lepas perut saya sakit yan teramat sangat dan tidak boleh menerima apa-apa jenis makanan dan minuman langsung, bayangkan saya minum air kosong pun boleh muntahkannya balik, perut memang pedih sangat. Ya Allah sangat azab rasanya masa itu, pada hari jumaat paginya saya masih gagah pergi kerja di IJN. Biasakan sahaja dan cuba menahan sakit, tetapi hanya bertahan separuh hari dan saya pulang kerumah selepas selesai solat zohor di surau utama IJN. Sampai dirumah saya hanya berbaring dan tidur, ketika bersolat pun hanya mampu bersolat secara duduk. Ya ALLAH masa itu yang ada dalam kepala saya hanya hendak sembuh ja. Alhamdulillah bangun pagi tadi, perut saya sudah kembali ok sedikit dan saya makan nasi terus supaya perut saya tidak kosong dan alhamdulillah saya tidak muntah lagi.
 

Saturday, June 04, 2011

Cuti Sekejap

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah, kursus saya selama 3 minggu di kampus sudah pun berakhir rabu lepas. Saya mengambil peluang yang ada antara khamis sehingga ahad untuk merehatkan diri sebelum memulakan latihan industri yang pertama saya di Institut Jantung Negara ( IJN) pada hari Isnin depan. Semalam sempat juga meluangkan masa yang ada menemani adik-adik menonton wayang cerita Kung Fu Panda (saya cadangkan anda juga pergilah menonton) cerita yang sangat menarik dan kelakar dari mula sampai habis, sedikit pun tidak rasa rugi berbelanja.


                                                 

 Cuti Semester 4 Bulan

Oh ya, cuti semester kali ini sangat berbeza bagi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda kerana tempoh cuti yang lebih panjang iaitu 4 bulan ( biasanya sebulan lebih sahaja), namun alhamdulillah cuti semester saya pada kali ni sangat terisi, setelah dirancang dengan kursus, latihan industri dan  fasilitator program saya hanya ada sebulan sahaja berbaki lagi tanpa sebarang aktiviti iaitu pada bulan Ogos ( Bulan Ramadhan), sebenarnya saya sendiri sengaja memilih untuk tidak menerima sebarang komitmen samaada menjadi fasilitator mahupun sekarelawan untuk apa-apa sahaja program pada ramadhan kali ini kerana memilih menikmati Bulan penuh barakah ini bersama keluarga tercinta dan dan sepenuh perhatian pada bulan yang akan mendidik jiwa dan membersihkan kembali dalaman saya agar lebih terisi kelak, dan mungkin ramadhan yang terakhir saya berpeluang bersama-sama keluarga sepenuhnya.


Insya Allah latihan industri saya di IJN adalah selama 2 bulan bermula 6 June sehingga akhir bulan Julai. Doakan semuanya berjalan dengan baik dan saya dapat mempelajari segalanya dengan mudah dan membantu kakitangan IJN dengan jayanya. Seawal 6.45 pagi bertolak dengan bas dari kampus puncak perdana (terima kasih fakulti kerana menyediakan pengankutan pada kami). dan habis pada 5.00 petang. Maka untuk bulan Jun dan Julai ni, IJN akan menjadi rumah kedua saya.

 Pertukaran tarikh keluar result pelajar Ijazah Sarjana Muda

Tarikh pengumuman keputusan peperiksaan yang sepatutnya 2 Julai 2011 di dalam takwim akdemik UiTM bagi pelajar Ijazah sudah diawalkan pada 17 June ini (lagi 13 hari ja lagi ), Ya Allah gementar nya saya.. sebab semester 5 yang lepas bagi saya adalah semester yang sangat-sangat menggerunkan dengan tugasannya, masaalah komunikasi antara kumpulan tugasan yang sangat tidak memuaskan hati ditambah pula ada yang membuat kerja halai-balai. Apa-apa pun saya letakkan segalanya pada tawakal kerana saya sudah berusaha sebaik mungkin. Insya Allah jika ada rezeki saya untuk mendapat result yang baik, saya sangat-sangat bersyukur, jika sebaliknya mungkin ada kesilapan di mana-mana dari pihak saya.


Gemuk a.k.a Obes

Yang ini paling merisaukan saya, saya sendiri tidak perasan pada mula nya, namun sejak kebelakangan ini, tidak kira sesiapa pun yang berjumpa saya pasti akan mengatakan badan saya berisi sangat, nampak naik mendadak. Balik kampung pak lang, mak lang semua kata "awat hang makin tembun ni?" , "la,hang ka, lainnya...awat makin besaq ni?". Malu pun ada, tapi senyum ja la. Balik rumah abi pula kata benda yang sama. Saya pun dalam kerisauan timbang berat badan, memang naik sungguh, rasanya berdasarkan berat sebelum ini dengan yang saya baru timbang naik hampir 10 kilo..Warghhh....... Jadi mulalah jadual diet yang keras perlu dijalankan. Antaranya yang saya buat untuk ketika ini, saya tidak akan makan selepas pukul 7.00 malam, jogging atau berjalan paling kurang 1 jam setiap hari, dan banyak lagi la. 10 kilo tu perlu dihapuskan segera dan menjadi musuh saya sekarang ni.



Nota 1: Ya Allah sedar atau tidak, kita sudah memasuki bulan Rejab, JOM pakat-pakat puasa sunat kawan-kawan.
Nota 2: Selamat maju jaya Syafi kerana sudah tamat pengajian dan moga dapat kerja cepat-cepat ya...

Tuesday, May 31, 2011

Mohon Maaf

Terima kasih kepada yang menegur saya berkaitan gambar arwah tidak dibenarkan diambil. Sejujurnya saya tidak tahu ia adalah sesuatu yang akan membuka keaiban arwah,. Walau apa pun ia pengajaran yang besar buat saya. 

Maaf jika post saya sebelum ini menimbulkan kemarahan sesetengah pihak, Saya akui kesilapan dan sudah memadamkan entry tersebut. 

Sekali lagi terima kasih atas teguran.

Sunday, May 22, 2011

Terkini: Tragedi Tanah Runtuh Di Ulu Langat

Assalamualaikum

Berita yang amat sedih dan memilukan, tragedi rumah anak yatim tertimbus di Ulu Langat, terbaca tadi di Berita Harian. Kejadian tanah runtuh ni berlaku petang tadi, kira kira jam 2.30 petang. Seramai 24 orang penghuni sedang bersiap siap untuk menerima  ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah hari dan beramah mesra dengan anak yatim.

Ketika kejadian, 24 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu. Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.

Setakat jam 8 malam ini, dari 24 yang tertimbus, 5  penghuni maut dan enam pula cedera parah. 12 orang berjaya diselamatkan.

Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

“Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

“Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya,” katanya.

Ketika kejadian 2.30 petang, semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual 5 petang.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Morni Mamat, berkata sehingga 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.

Berita dari Selangor Kini:
Kira-kira 20 hingga 30 penghuni sebuah rumah anak yatim di Sungai Gahal, Ulu Langat dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Dua mayat kanak-kanak penghuni rumah anak yatim sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis sebentar tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan bilangan penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.
Sebelum ini, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah terbabit dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2 petang tadi.

Gambar tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim Ulu Langat

tragedi tanah runtuh rumah anak yatim ulu langat
Mangsa sedang dikeluarkan




Saturday, May 21, 2011

Lelaki Bertaqwa


Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka. Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani bersama dengan pasangan.

Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya. Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya.

Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya, sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia adalah miskin.

Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti perjudian, minuman keras, berkunjung ke tempat-tempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan dapat dinikmati?

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab, “Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, tetapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.

Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk “al-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.

Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali) yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”.

Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa agar mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.

Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripada menikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?

Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat yang diterajui oleh suami mereka sendiri.

Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya.

Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak perempuannya sendiri.

Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.

Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32).

Thursday, May 19, 2011

Menjawab Tag


1. Apa benda yang paling penting dalam hidup?
Duit. Sebenar nya nak jawab; Cinta. Tapi, Cinta tak kan berjaya kalau tak ada Duit. Jadi, saya pun jawab; Duit.

2. Benda terakhir yang korang kau beli guna duit mak ayah?
Wallet, sbb dah seminggu ikat i/c, lesan dengan kad gne getah pasar ja.
3. Tempat ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan?
Tempat : Masjid Kristal. Tema : simple, but yet .. elegant.

4. Adakah  kau sedang bercinta sekarang?
Erk, aci tak skip soalan nih? Ngeh~

5. Berapa lama u all kau akan mencintai kekasih u all kau?
(tersedak, terus gelak berguling-guling)

6. Novel/buku/majalah terakhir yang korang kau beli?
Majalah: Solusi, Novel : Naqiah Aqilah

7. Antara mak dan ayah mana lebih mesra?
Umi. Dulu abi, tapi sekarang rasa banyak bercerita dengan umi

8. Namakan orang yang kau betol2 betul-betul nak jumpa dalam hidup?
*kerut dahi*
*pening2*
*fikir-fikir*
Aaa, ramai. Hehe =p

9. Adakah u all kau basuh baju sendiri?
Semestinya. bukan setakat baju saya je, baju abang, adik, umi dan abi...termasuk sidai sekali setiap hari k . Hoho~


10. Tempat yang u all kau betol2 betul-betul nak pergi?
Baaaaaanyak.. tak cukup nih kalau nak list semua.. (nak masuk mode berangan dah)

11. Pilih satu, peluk atau cium?
atau

12. Tiga benda tentang orang yang tag u all kau?
benda? Adeh. Macam mana tu?
satu : suka bercerita. =)
dua : plurkian
tiga : suka blog. 


13. Benda yang u all kau sayang sangat-sangat dalam hidup?
hurmm.. apa ye? Nak kata henset, selalu je jatuhkan. Nak kata laptop, sejak dua menjak ni dah jarang bukak. Adeh, parah.? ahah, tetibe keluar ayat skema. Kamera, kot? 

14. Lima Tiga lagu paling suka dan selalu dengar?
i. Ringtone telefon – Insya Allah
ii. What about now – chris daughtry
iii. Playlist dalam mp3

15. Bila tarikh lahir dan dekat mana sambut tahun lepas?
28 June 1988, tak sambut...saya mmg tak suka raikan pun
16. Dua blogger u all kau nak tag?

Balqis
Liyana Aziz

Saturday, May 14, 2011

Tips Kejayaan dalam Surah Al-Mu'minuun.

Tergerak hati untuk share tafsir ni yang saya dapat dari note FB seorang kenalan rapat saya. Moga bermanfaat buat kita semua, insya Allah.....

Tips-tips kejayaan yang Allah dah titipkan dalam permulaan surah Al-Mu'minuun. Meh kita tadabbur sama-sama jom!

1. Keyakinan, kepercayaan and having faith in Allah, His Mercy and His Help.
"Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan attitude seterusnya yang bakal disebutkan dibawah.

2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Do one thing at a time. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Be passionate in it. Bukan sambil lewa.

3. Prioritise
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh pressure, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, movies, korean series, games, facebook dll sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti menyediakan makanan aka memasak (supaya tak makan maggie je selama 2minggu), membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum. However, the best thing to do during your break is to take wudhu', solat hajat or recite Quran so that we will be closer to Allah, therefore our hearts will be at peace and calm state no matter how hard is the exam. plus, do avoid complaining, whining, mengumpat lecturer dsb kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah nauzubillah.

4. Care about each other
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, be it knowledge, past year papers, or even just food. Sharing is caring.

5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan study berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tension je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah kan sentiasa ada, sentiasa melindungi, sentiasa menolong...jika kita mencari dan meminta padaNya.

6. Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya." [23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak sponsor dan dengan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan score well in our exam? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dgn Allah untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkanNya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu,pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana insyaAllah.
Please, no cheating in term of time, especially dalam dewan peperiksaan. Stop writing immediately when you are told to do so. Instead, its time to say "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

7. Punctual, particular
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks muslim student's life ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatah arang di pertengahan jalan, and to maintain keeping up with our effort continously, aka istiqamah.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk academic semata-mata. Highlight utama dalam ayat tersebut supaya kita sangat menjaga hubungan kita dengan Allah kerana kita akan kembali mengadapNya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah dan merebut peluang mewarisi syurgaNya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi SyurgaFirdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

Wallahu'alam.

Nota 1: Terasa jadual tersangat padat walaupun sedang bercuti semester..
Nota 2: Kereta saya rosak, terima kasih pada yang memahami keadaan dan meminjamkan kereta.