Tuesday, December 28, 2010

Bercerita Ketika Bahagia

Assalamualaikum wbt 
Harini saya banyak baca blog orang. 
 
Namun ada sedikit pandangan yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua..
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.


Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.


Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.


Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.


Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.


Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.



Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

BUNGA DAN COKLAT


**Nota saya: Tiba-tiba ada ayat terakhir di atas :) Siapa yang tak nak masuk syurga kan? Saya nak(jawab dengan penuh semangat). Mari kita bina jalan ke syurga bersama. InsyaAllah..

Friday, December 24, 2010

Alhamdulillah, Program Daurah Kefahaman dan Penghayatan Al-Quran bagi tahun 2010 berakhir dengan baiknya pada 24 Dis 2010. Sepanjang program terlalu banyak ilmu yang dikongsi bersama-sama peserta-peserta kumpulan. Adik-adik peserta juga semuanya ceria-ceria belaka.



Dengan berakhirnya....secara rasminya saya dapat menikmati cuti semester dengan tenang sebelum kembali ke sekolah. Ngeee~~~

Nota1 : Rasa gerun bila tengok subjek-subjek semester 5...Ya Allah smg segalanya dipermudahkan
Nota 2: Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis.

Monday, December 20, 2010

Salah Faham Pemakaian Tudung

Pada hari ini, dapat kita perhatikan ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung. Kita dapat lihat bagaimana seorang muslimah sebelumnya tidak bertudung, kemudian mula mengenakan tudung. Alhamdulillah, Rahimahunnallah. Walau bagaimanapun, sayangnya kebanyakan dari mereka masih belum mengenakan tudung yang benar-benar sesuai dengan kehendak syariat. Kebanyakan dari mereka memakai tudung mengikut trend atau hanya ingin dilihat lebih islamik. Mereka lebih mementingkan keanggunan, kecantikan tanpa mempedulikan apakah benar tudung mereka betul atau tidak. 

Kebanyakan tudung yang dijual hari ini tidak cukup untuk menutup aurat secara sempurna melainkan meninggalkan celah-celah yang memperlihatkan aurat. Menurut jumhur ulama, aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Sebagaimana ulama ahli tafsir Imam Al-Qurthubi berkata, pengecualian itu adalah pada wajah dan telapak tangan. Yang menunjukkan hal itu adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah:
Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah sedangkan ia memakai pakaian tipis. Maka Rasulullah berpaling darinya dan berkata kepadanya : “Wahai Asma ! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haid, tidak baik jika ada bagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini.” Kemudian beliau menunjuk wajah dan telapak tangannya. Allah Pemberi Taufik dan tidak ada Rabb selain-Nya”. Maka, selain muka dan telapak tangan, tidak boleh terlihat walaupun sedikit.
Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam melarang para wanita muslimah berpakaian ketat. Dan batasan ketat adalah tergambarnya bentuk salah satu anggota tubuh yang termasuk aurat. Usamah bin Zaid pernah berkata :
Rasulullah pernah memberiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun aku pakaikan pada isteriku. Nabi bertanya kepadaku : “Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah ?” Aku menjawab : Aku pakaikan baju itu pada istriku. Nabi lalu bersabda : “Perintahkan ia agar mengenakan baju dalam di balik Quthbiyah itu, karena saya khawatir baju itu masih bisa menggambarkan bentuk tulangnya.” (Ad-Dhiya Al-Maqdisi dalam Al-Hadits Al-Mukhtarah I/441; Ahmad dan Al-Baihaqi dengan sanad Hasan).
Sungguh menghairankan sesetengah muslimah yang sudah menyedari akan wajibnya menutup aurat, namun di dalam hatinya masih ada keinginan untuk menonjolkan bahagian-bahagian tubuhnya agar terlihat indah di mata laki-laki. Waliyyadzubillah. Sehingga mereka pun memakai tudung secara ala-kadar sahaja. Kesilapan muslimah yang menggayakan tudung pada hari ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian.

1.Antara tudung yang popular dipakai masa kini adalah tudung lilit atau tudung pendek. Hampir kebanyakan muslimah menggayakan tudung jenis di mana banyak dipengaruhi oleh pemakaian artis-artis tempatan. Rata-rata daripada mereka akan mengatakan tudung jenis ini ringkas, tidak rimas dan senang dipakai. Namun tidak syak lagi pemakaian jenis ini mendedahkan dada. Padahal telah jelas dalil menyebutkan:
“Dan hendaklah mereka menutupkan tudung ke dada mereka…” (QS. An Nur : 31)

2. Antara kebiasaan yang selalu dilakukan muslimah pada hari ini adalah
memasukkan tudung ke dalam baju atau memakai jaket atau coat diluarnya. Ini menyebabkan hilangnya fungsi tudung untuk menutupi bentuk tubuh bahagian atas. Memang terdapat pelbagai alasan diberi untuk mengenakan tudung jenis ini. Pertama adalah untuk keperluan keselamatan, misalnya ingin memasuki makmal, tudung perlu dimasuki ke dalam coat bagi mengelak dari disambar api, bahan kimia dan sebagainya. Penyelesaian untuk permasalahan ini, pakailah coat yang besar dan longgar sehingga tidak menampakkan langsung bentuk tubuh bahagian atas. Namun, kalau kita lihat situasi hari ini, sukar untuk melihat mereka yang memakai coat yang disebutkan itu. Kedua pula, adalah keperluan akademik. Mereka menggayakan tudung jenis ini dengan alasan kekemasan seperti yang dapat kita lihat pada badan-badan uniform seperti Pasukan Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi. Sukar untuk berkompromi dengan alasan ini kerana tidak bolehkah mengemaskan sahaja tudung yang dilabuh itu? Mengapakah mereka tidak boleh mencotohi Pasukan Puteri Islam yang tampak molek dengan tudung tidak dimasukkan ke dalam baju tetapi masih boleh berfungsi sebagai satu pasukan? Ini adalah persoalan yang perlu diperhalusi lagi.

Kesimpulannya, dapat dinyatakan disini, jumhur ulama berpendapat bahawa panjang minima bagi suatu tudung adalah sampai menutupi dada dengan sempurna. Namun ini bukan bererti sekadar melepasi sepanjang itu. Kerana seringkali diterpa angin, maka bahagian dada akan tersingkap. Maka, tidak ada pilihan lain bagi muslimah kecuali mengenakan tudung yang lebih panjang dari itu. Bahkan sangat baik bila tudung menjulur panjang sampai ke punggung. Dan inilah pendapat sebagian ulama dengan mengambil zahir dari perintah Allah pada surat Al-Ahzab ayat 59:
Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mumin : “Hendaklah mereka mengulurkann jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” (QS. Al Ahzab : 59)
Walau demikian kami bersyukur kepada Allah, bahawa sekarang mulai terlihat kesedaran dikalangan muslimah di negara kita untuk mulai mengenakan tudung. Walaupun sebahagian besar masih belum memenuhi kriteria syar’i, namun kami berharap saudari-saudari kita muslimah sentiasa berproses dan memperbaiki diri dalam pemakain tudung hingga sesuai dengan apa yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kita berharap semoga kaum muslimah kita yang dimuliakan oleh Allah, sentiasa memperbaiki diri dan menjaga kehormatan dirinya dengan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Beragama dengan kaedah yang benar sesuai Al Qur’an dan As Sunnah, bukan hanya mengikuti perasaan, atau mengikuti apa yang dianggap baik oleh kebanyakan orang. Wallahu ta’ala a’lam.

Nota 1: Moga suatu hari nanti dia akan berubah, diriku sudah mencuba sedaya mungkin...mengharapkan dirinya mendapat hidayah dari Allah swt.

Sunday, December 12, 2010

Di sebalik senyum manismu....


Di sebalik senyum manismu, kamu simpan cerita hati kamu di sudut terdalam di relung kalbumu. Tentang lirihnya hati tatkala merindu, tentang beratnya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, tentang segala macam pahit manis asam garam kehidupan. 

Mungkin manusia lain cuba untuk meletakkan diri di tempat kamu untuk menjadi empati tapi rahsia tentang perasaan yang terpendam itu hanya diketahui kamu dan Tuhan kamu.

Zahirnya, selama ini, kamu telah penat menjadi kuat berseorangan. Tapi wahai sayang, hakikatnya, kamu tak pernah sendirian, kamu punya Tuhan sekalian alam, yang tak pernah meninggalkan kamu walau kamu terlupakannya. 

Kamu ada Tuhan, yang masih menghidupkan kamu dalam limpahan kasih sayang. Al-Wadud yang menawarkan cinta agung kepada kamu, cinta yang tidak dikhuatiri berakhir dengan pengkhianatan, kekerasan, penentangan atau keretakan.

Kumpullah cebisan kekuatan yang masih bersisa dan angkatlah wajahmu menghadap langit dan empanglah kesedihan kamu. Jalan ini masih panjang maka cekalkan keazaman dan melangkahlah dengan tabah. Proses pendewasaan memang melelahkan tapi padanya terdapat sebaik-baik pengajaran yang memanusiakan.


Kekuatan bukan untuk dicari, tapi untuk dibina. Dan saat ketika pilihan itu yang kamu mahukan, tentunya kamu sudah habis menimbang tara segala keputusan. Ini yang terbaik, insya allah.

Sebenarnya kamu kuat, lebih kuat daripada apa yang kamu jangkakan. Seharusnya kamu terus-terusan menjadi kuat kerana begitu ramai yang mendoakan. 

Menangislah, untuk menyirami jiwamu yang kontang. Setiap titisan air mata itu ada hitungan pahala untuk dihisabkan kelak. Mungkin, kamu tidak dapat banyak perkara tetapi kamu juga tidak tahu apa yang telah Allah sediakan untuk kamu. 

Bersangka baiklah. Bertenanglah dengan ujian ini. Bersabarlah dengan ketetapan ini. Semoga Allah memelihara yang di sini dan juga yang di sana dan di antara keduanya :)

Kamu, tidak perlu berpura-pura kuat sepanjang masa. Cukuplah kamu saja yang tahu yang kamu kuat.

Saturday, December 11, 2010

Tengah Mereng..

Saya tak pasti virus apa yang berleluasa kini tapi yang pasti, sejak tiga hari lepas, andai saja saya ada masa terluang ketika menghadap laptop, saya akan membuat tiga perkara ini:

1) Melihat-lihat gambar kahwin orang lain. Serius tak ada kerja betul saya ni. Yang cantik-cantik tu akan buat saya tersenyumlah. Lepas itu, boleh pula mengomen itu ini seorang diri pada apa-apa yang tidak kena pada pandangan mata saya. Solekan tak comellah. Baju ketat sangatlah. Hihi.

2) Membelek set-set pelamin yang menjadi pilihan ramai pada masa kini. Kebanyakannya jenis panel. Sanggup tu saya meninjau dari satu website ke website yang lain. Bukan hendak buat apapun. Tengok saja. Lepas tu teruja seorang diri. Lepas tu macam ada sedikit berangan-berangan. Kalau boleh mahu pelamin yang macam buaian. Ngeeee~

3) Melihat hiasan hantaran kahwin dan barang-barang yang biasa dijadikan pilihan hantaran dewasa kini. Ini agak subjektif sebenarnya. Sebab citarasa semua orang adalah berbeza. Ada yang suka hantaran yang kompleks. Yang sarat gubahannya. Kalau saya, saya suka yang ringkas. Cukup sekadar ada bunga segar sebagai hiasan pada setiap dulang itu. Boleh begitu? Barang hantaran pun satu hal lagi. Set minyak wangi, kasut, beg tangan semua tu adalah terlalu biasa dan saya tak pakai semua tu. Boleh tak kalau dibuat kelainan dengan memberikan/diberikan iPhone4 ke, Canon EOS 7D ke. Tapi untuk saya, cukuplah sekiranya diberikan saya peluang bersama-sama menunaikan haji di Makkah. I mind you. 

Dan bila saya fikir-fikir semula, buat apa saya buang masa melihat semua ni. Bukannya nak kahwin pun lagi. Serius buang masa, kamu tahu. Sebab semuanya cantik-cantik dan akan mendatangkan rasa keterujaan yang tinggi di lubuk sanubari.

Disebabkan sangat acap melihat gambar kahwin, mimpi di malam hari pun terbawa-bawa segala keterujaan ini.

“White-cream… Simple yet very sweet.”

Nota 1: Semalam dapat handbag baru...ya bada bedu....

Banyak cerita

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.....Alhamdulillah.... Saya sangat-sangat bersyukur pada-Nya, sepanjang teratak usang saya ini dibiarkan sepi...banyak dugaan dan anugerah-Nya yang diberikan saya hargai setulus hati... Bila dugaan datang saya tahu ia datang untuk menguji,dan saya mampu hadapinya kerana Allah SWT tidak akan menduga hamba-Nya melebihi kemampuan.... namun disaat anugerah muncul saya tahu Allah always be my side....


Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia


 
Untuk ketika ini, saya sangat gembira....Yipiee.!!!
Pertamanya sebab result exam semester 4..
Result yang sangat meningkat berbanding semester 3 dahulu...
Alhamdulillah...

Oklah, saya akan menceritakan dengan lebih teratur dan kemas, mengapa saya
 susah sangat nak update blog ini dengan lebih berdisiplin....

Bermulanya, saya sangat-sangat malas mengupdate blog, bila minggu-minggu menghampiri exam final sem lepas, saya sangat sibuk dengan group discussion, final project, dan presentation.. Lagipun disebabkan semester lepas saya hanya ada satu subjek sahaja yang mempunyai final paper dan selebihnya hanyalah final project. Jadi komitmen yang lebih perlu diberikan.

Alhamdulillah, segala usaha untuk semester lepas berakhir dengan  peperiksaan akhir pada 25/11. Saya bercuti semester lebih sikit dari rakan-rakan kelas yang mengambil subjek minor selain sistem. Tetapi saya tidaklah terus bercuti. Sebaliknya saya mengambil kesempatan masa yang ada untuk menghadirkan program, dan melawat arwah pak cik saya ( pada ketika itu sedang tenat di IJN). Sayu hati bila tgk dia tak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.

Ya Allah, masa ini setiap kali saya masuk melawat di ICU, saya akan bisikkan " Pak Cak, akak datang ni, cepat sembuh tau"
Ini gambar arwah sebelum pembedahan bypass jantung dibuat... Sedih tgk gambar2 ni balik..dia sangat2 hepi sebelum dibius..
Pak Cak adalah abang sulung abi saya, dan antara pak cik yang sangat rapat dengan saya. Dihari arwah pergi buat selamanya, sungguh meruntun jiwa kerana hanya 2 minggu sebelum tarikh pernikahan kak ina, anak ketiga arwah. Namun kami redha kerana DIA adalah sebaik perangcang. Dia meninggal betul-betul selepas azan isyak. dan disaat di masih dihujung-hujung nyawa saya berada di dalam bilik ICU tersebut bersama sepupu yang lain dan adik beradik ayah saya yang lain. Sangat merunutn jiwa melihat orang yang kita sayang dicabut nyawa, dan ianya betul-betuk mengingatkan pada saya bahawa kematian itu sangatlah dekat. Semua ahli keluarga termasuk yang jauh dan dekat mengalirkan air mata.. Lobi IJN dipenuhi saudara mara dan sahabat handai arwah.

Selepas selesai semua urusan pengeluaran jenazah dari ICU IJN... keluarga arwah pulang dulu kerumah menyiapkan rumah untuk jenazah dimandikan dan dikafankan. Saya sekeluarga membantu anak-anak arwah unutk dikeluarkan dari bilik jenazah dan dibawa pulang menggunakan van mayat  ke Subang Bestari tempat arwah akan dikemubikan. Ketika di dalam bilik mayat, saya terus membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada arwah sementera menunggu van jenazah tiba. Disebabkan arwah tidak mempunyai anak-anak lelaki iaitu keempat-empatnya perempuan. Maka tenaggungjawab ini dipikul oleh abi dan adik-adik arwah yang lain.



Alhamdulillah semua urusan pengkebumian jenazah berjalam dengan lancar. Ok tutup cerita sedih, yang pergi tetap akan pergi. Kita yang masih ada ni, siapkan bekalan untuk kesana juga yang kekal abadi.

Mari kita cerita bab kawin-kawin pulak. haha...

Tapi saya terkilan sikit cerita bab kawin ni, bukan terkilan sebab saya tak kawin,

Bukannya apa, terkilan sebabnya dua perkahwinan ini adalah pada hari yang sama, dan saya perlu memilih untuk menghadiri yang mana satu. Sudah tentu la saya perlu utamakan mana yang saya sudah berjanji iaitu kak ina, anak arwah pak cak untuk ke majlis nya menjadi tukang bagi gift...dan walimatul urus lagi satu adalah kak yatt, saya tidak dapat menghadirkan diri. Dan hanya berkesempatan datang sewaktu majlis pertungan kak yatt sahaja.


Selamat pengantin baru kak ina (cousin) dan faizul.. 

Kak yatt, selamat pengantin baru...moga baitul muslim yang dibina melabarkan lagi sayap dakwah ke selatan..




Cerita program pulak, 

Alhamdulillah sepanjang cuti ni, yang sebenarnya saya masih lagi belum dapat menikmati cuti. Saya sempat ke beberapa program, antaranya Program Daurah Kefahaman Islam & Penghayatan Al-Quran Remaja Masjid Negeri Selangor, dan Kembara Korban.

Mohon maaf, untuk program kembara korban tidak banyak gambar yang boleh di kongsi, kerana camera saya tidak bawa hanya pinjam camera orang, jadi tak boleh la lebih-lebih...dan untuk progam bawah kerajaan negeri selangor tu, saya menjadi fasi.. dan iainya berlansung sehingga 24/12 ni.. dan secara rasminya saya akan betul-betul menikmati cuti semester saya pada 24 ni. Alhamdulillah....


Keempat-empat gambar diatas adalah sebahagian adik-adik kumpulan saya. yang selebihnya malu-malu kucing nak ambil gambar...


Nota 1: Pada yang bertanya tentang result, alhamdulillah result sangat menggembirakan.
Nota 2: Esok akan ke Institut Perguruan yang berdekatan Bandar Tun Razak, ada program disana.
Nota 3: Hari ini dari pagi tadi, tak henti2 saya teringatkan arwah...punca kenapa tiba2 ia muncul saya sendiri pun tak pasti
Nota 4: Alhamdulillah, sem depan saya dapat kerja part time baru yang lebih berkait dengan pengajian saya di UiTM, tapi anak-anak muridku, tugasku sebagai muallimah tidak akan ditinggalkan..kerana i'm already inlove teaching u all...

Monday, November 22, 2010

Nantikanku Di Batas Waktu


Berdoa Di Kedalaman Hatiku
Tersembunyi Harapan Yang Suci
Tak Perlu Engkau Menyangsikan

Lewat Kesalihanku
Yang Terukir Menghiasi Dirimu
Tak Perlu Dengan Kata-kata

Sungguh Walau ku Kelu
Tuk Mengungkapkan Perasaanku
Namun Penantianmu Pada Diriku
Jangan Salahkan

Kalau Memang Kau Pilihkan Aku
Tunggu Sampai aku Datang
Nanti Kubawa Kau Pergi
Ke Surga AbaDi

Kini Belumlah Saatnya
aku Membalas Cintamu
Nantikanku Di Batas Waktu

- eelya_khadeeja-
21 November 2010
5.02 ptg


Nota 1: Niat dihati nak buat entry panjang, tapi badan sedikit keletihan..baru selesai cat rumat untuk tingkat bawah, Insya Allah esok baru teruskan tingkat atas dan semua bilik tidur...
Nota 2: Ya Allah kuatkanlah hati hamba-Mu ini dengan segala cabaran dan dugaan dan berikanlah ketenangan dalam dia menunaikan tanggungjawab sebagai hamba-Mu
Nota 3: Andai hanya diturutkan hati tanpa dirantai iman mungkin terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan...Ya Allah, pelihara lah iman ku ini agar terus mekar mencari keredhaan-Mu

Monday, November 01, 2010

Tak Sabar Rasanya

"Sesungguhnya, aku mengerti dalam berdakwah si daie itu tidak boleh manja dan jalan dakwah itu luas..."

Assalamualaikum wbt...

Banyak perkara yang saya nak kongsikan bersama pembaca, ada yang suka dan ada yang duka...tapi masih belum berkesempatan berceloteh panjang...Insya Allah mgkin selepas 2 minggu pengmbaraan saya melihat saudara seagama di beberapa tempat, dan pulang dengan selamatnya selesaikan segala urusan tertunggak..

Saya akan siapkan satu entry panjang khas buat tatapan anda semua..ada yang tertanya-tanya apa yang saya lakukan pada cuti semester kali ini...bila mesej tidak dibalas, susah nak jumpa pulak tu...

Sunday, October 24, 2010

Only One Paper To Go!

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, rasanya sudah sampai ke penghujung untuk semester 4 ni...dan perjuangan terakhir saya adalah menempuh satu-satunya subjek yang saya ambil semester ini yang ada final paper pada esok hari di Dewan Seminar, UiTM Puncak Perdana, selainnya semuanya sudah diselesaikan termasuk the last presentataion untuk subjek IMR 551: Automated Records Management System pada petang tadi..bergegas kesana semata-mata unutk present system yang hanya perlukan 5 minit....Apa yang saya present petang tadi adalah subjek yang saya belajar untuk develop satu sistem menggunakan Visual Basic 6.0 yang mengandungi kesemua element-element dalam records management, dan sejujurnya ini adalah subjek yang saya paling minat dan enjoy. I already in LOVE with Programming

Berakhirnya semester 4 bermakna tempoh pengajian saya di UiTM Puncak Perdana hanya berbaki 1 tahun sahaja lagi. 1 tahun bagi saya yang akan menjanjikan kesibukkannya mungkin berlipat kali ganda dari semester ini, dan saya berdoa segalanya dipermudahkan untuk saya mengharungi baki setahun ini tanpa ada sebarang masalah dan semua pihak dapat memahami keadaan dan diri saya. Insya Allah....

Sekian conteng2 dari saya....Mengisi masa rehat seketika sebelum kembali menelaah untuk exam esok....Doakan exam saya esok dipermudahkan Allah SWT....Dan saya target untuk dekan this semester...

Nota 1: Ada yang membisik di tepi..." Erm sampat lagi update blog...memang blogger tegar "'
Nota 2: Terasa nak makan anggur, baru perasan dan lama tak makan buah anggur...esok lepas exam nak g cari la....reward to myself yang berjaya harungi semester ni....Alhamdulillah....

Saturday, October 23, 2010

Nanti Cepat Tua

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah

Jangan marah-marah, nanti cepat tua~..orang tua-tua selalu cakap. Dengar je, kalau orang yang pentingkan awet muda, terus tak jadi nak marah. Sejuk sikit.

Saya memang sangat admire mereka yang sentiasa mampu untuk berfikiran positif dalam apa jua keadaan. Saya ulang kenyataan, sentiasa berfikiran positif. Bukan sekejap-sekejap, bukan 60%,70%,80%, tetapi hampir 100%. Setakat ini, hanya segelintir manusia yang saya jumpa atau pernah kenal, yang mampu bertindak sedemikian bila ada sahaja badai yang melanda. And obviuosly I’m out of that click. Saya kadang-kadang sahaja mampu berfikiran positif. Kadang-kadang negatif. Samada seimbang atau tidak, itu tidak dapat dikenalpasti.

Berfikir secara positif bukanlah bermaksud umpama kita ini terlampau lemah sampaikan sanggup biar orang pijak kepala kita. Tidak. Tetapi berfikiran positif adalah bilamana datang sahaja satu-satu masalah, terus usaha cari jalan penyelesaian dengan tenang tanpa marah-marah atau mengamuk tak tentu pasal. And I know, as a human being, memang susah untuk sentiasa positif dalam hidup. Lebih-lebih lagi bila yang buat hal adalah mereka yang seringkali buat hal dengan kita. Dah tak mampu nak positif lagi dah. Penat.

But I do not really like people who always think negative about others without even knowing his/her own mistakes. Hazimah kata memang ada manusia macam ini dalam dunia ini. Mereka buat macam itu sebab benda tu dah jadi subconscious mind. Jadi, bila kita tegur memang umpama masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. If it happens once in a while, still tolerable. But not too much. Saya tahu saya ini bukan siapa-siapa untuk meng-judge siapa-siapa kerana saya pun siapa-siapa kan. Let bygones be bygones. Well said. And not worth it if you keep on thinking about it. Tak membina otak dan minda.

Seperti apa yang kami belajar pengisian yang lepas, Al-Hilmi. Even Rasulullah saw sendiri, bila diminta untuk mendoakan kebinasaan kepada orang-orang musyrik dan laknatkan mereka, apa Rasulullah saw jawab?
Nabi saw Bersabda; Sebenar-benarnya saya diutus untuk menjadi rahmat, bukan untuk melaknat.
Berfikiran positif lah tuh yang Nabi ajar pada kita. Walau apa jua keadaan, bukan sampai kepada tahap mencaci-maki atau bergaduh-gaduhan. Laksanakan apa yang patut dilaksanakan secara rasional. Jadilah seorang yang pemaaf. Orang yang selalu memohon maaf dan sentiasa memaafkan. Ikut juga keadaan. Umi kata kalau terlampau banyak meminta maaf  dalam keadaan kita tak pasti kita salah ke tidak, nanti orang fikir kita lemah sangat dan memang kita banyak salah sedangkan kita tak salah pun sambil orang itu tidak sedar kesalahan dia dan seronok memijak kepala kita.

Sebenarnya bila kita usaha untuk tahu apa kebaikan yang kita mampu dapat dengan sentiasa tenang dan berfikiran positif ini, kita akan sentiasa dapat usaha;
1. Mendisiplinkan diri dan menilai sejauh mana kita mampu menahan kemarahan.[ Aali-Imran:133-134]
2. Menjadi penyebab kepada ketundukan musuh. [Fusshilat:34-35]
3. Menunjukkan petanda wujud keupayaan yang terpuji pada manusia.
[Hadith dari Ibnu Mas'ud r.anhuma,Nabi saw bersabda; Pada kamu, apakah maksud pemenang pertarungan?Orang yang tidak mampu dikalahkan oleh orang lain, jawab mereka. Nabi saw bersabda; Pemenang pertarungan yang sebenarnya ialah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah. -Riwayat Muslim]
4. Melindungi diri daripada melaknat diri sendiri.
[Nabi saw bersabda; Sesiapa yang melaknat sesuatu yang tidak layak dilaknat, laknat itu akan kembali menimpa dirinya.- Riwayat At-Tirmizi]
5. Menunjukkan betapa dalamnya Iman sendiri.
[Nabi saw bersabda; Bukanlah seorang mukmin yang suka mencela, suka melaknat, mulut kotor dan celupar- Riwayat At-Tirmizi]
Muhasabah..muhasabah..muhasabahlah wahai diri ini!..

It is so true kalau nak refleksi diri, tengok apa kita buat bila tengah bengang atau marah. Kalau kita mampu diam dan menahan diri, which in other word bersabar, maka Alhamdulillah, level Iman kita ketika itu mungkin sedang meningkat naik. Namun jika ringan sahaja mulut mengeluarkan kata-kata yang tidak elok, atau lebih tak best siap menzahirkan dengan perbuatan, mungkin Iman tatkala itu lebih nipis dari kulit bawang. Tak tahulah nipis macam mana lagi. Kalau boleh bayang kita nak buat ujikaji sains dulu nak tarik sehelai kulit bawang bukan main susah supaya tak koyak dan boleh nampak sel-sel dalam bawang tu.

Anyway, Just a sharing untuk mereka yang mahu berfikir~

Wallahualam

Nota 1:  Saya berkongsi cerita ini kerana, minggu ini ( minggu terakhir semester 4 ) saya terlalu bermain dengan emosi marah, boleh kata setiap hari ada je isu yang membuatkan saya cepat naik angin...mungkin iman senipis kulit bawang masa tu....
Nota 2: Terima kasih pada pihak yang mengingatkan saya dengan riwayat2 diatas...menjadikan saya  back to basic atas semua yang berlaku...
Nota 3: Kepada semua ahli kumpulan agmnt for this semester, saya ucapkankan terima kasih, andai ada terkurang dan ada yang terlebih sepanjang kita bekerjasama...saya mohon segalanya dihalalkan, dan begitu juga dari pihak saya...

This is for you all, my beloved friend
We never get what we want,
We never want what we get,
We never have what we like,
We never like what we have.
And still we live & love.
That’s life…
The best kind of friends,
Is the kind you can sit on a porch and swing with,
Never say a word,

Friday, October 22, 2010

Terima Kasih Untuk Ini

Derapan kaki ini masih jauh untuk sampai ke destinasi matlamat. Senang atau sukar untuk menempuh perjalanan itu sememangnya perlu menempuh fasa yang panjang yang bernama PENGALAMAN. Pendakian ini mungkin sukar untuk direalisasikan kalau sekadar hanya membawa bingkisan ilmu, segulung ijazah bukan ukuran tepat menilai kejayaan seseorang dalam hidup, tapi lebih pada melihat seberkas nilai hidup digunakan sebaik mungkin.

Hari ini saya catatkan sesuatu disini, mengingatkan saya andai lupa... ada satu janji yang saya buat. Dengan siapa perjanjian itu dan isi kandungan perjanjian itu biarlah ia disimpan kemas dan rapi dalam kotak pemikiran saya.

Andai sedikit perubahan berlaku, ada yang tidak dapat menerima saya, mahupun kelainan saya...saya berharap terima lah saya seadanya...

Yang haram kini sudah halal... ^_^

Nota1: "Kerja adalah amanah dan awak adalah anugerah..." satu lagi kata-kata yang buat saya bersemangat kembali bila tengah down... 
Nota 2: Tarbiyyah itu berlangsung sepanjang hayat. bila belajar, bekerja, berkahwin, dapat anak, sambung belajar, bukak bisnes, pencen, masuk hospital, keluar hospital dan seterusnya.

Thursday, October 14, 2010

Masa Muda Adalah Pengalaman Di Masa Tua


PERJALANAN ini masih jauh untuk sampai ke destinasi matlamat. Senang atau sukar untuk menempuh perjalanan itu sememangnya perlu menempuh fasa yang panjang yang bernama PENGALAMAN. Pendakian ini mungkin sukar untuk direalisasikan kalau sekadar hanya membawa bingkisan ilmu, segulung ijazah bukan ukuran tepat menilai kejayaan seseorang dalam hidup, tapi lebih pada melihat seberkas nilai hidup digunakan sebaik mungkin.

Namun ramai yang mengejar segulung kertas itu, berbanding mencari harga sebuah hidup.

Mungkin kebanyakan yang mengalami sindrom ini di kalangan anak muda.

Anak muda sering digambarkan sebagai produk bernilai bukan sahaja dari aspek agama, sesebuah negara berdaulat juga memerlukan anak muda yang berpotensi dari sudut akhlak peribadi, pekerti baik di samping mempunyai keilmuan tinggi di dada.

Hari ini saya belajar sesuatu yang cukup berharga daripada murabbi, Al-‘Alamah Al-Faqeh Sheikh Dr Ali Jumaah Al-Azhari menggali khazanah di telaga bernama ilmu, lantas ilmu tersebut mampu melahirkan manusia yang tawadhu’. Tawadhu’ ini kemuncak tertinggi untuk membentuk manusia baik akhlak, dan menyuluh perjalanan yang masih jauh.

Mengajar manusia normal, aqel baligh bukan mudah seperti kita mengajar monyet panjat pokok kelapa. Makin berilmu seseorang-andai tidak dipandu oleh iman, sikap sombong, takbur, ego makin menjadi-jadi. Ada ilmu, tapi diguna pada jalan salah dan berkepentingan peribadi. Maka kefahaman yang jelas pada ilmu-ilmu perlu dihadam oleh setiap manusia.

Perlu pada Al-Hikmah.

Benar, kebijaksanaan.

Fahamilah, di antara pejalanan hidup yang masih panjang buatlah sesuatu yang boleh dimanfaatkan, ianya suatu pengalaman yang sangat berguna. Jangan sia-siakan semangat kemudaan kalain, kerana apabila tibanya tua bukan sahaja susah, payah membuat kebajikan, malah mengumpul pengalaman di kesenjaan usia akan meninggalkan masa berharga bersama orang tersayang. Ilmu membentuk manusia bersarjana, berintelek. Manakala masa dan pengalaman yang dicari bakal membekaskan kebijaksanaan pada sebuah tindakan.

Menempuh dan menyaksikan pelbagai kitar usia manusia dan belajar daripadanya adalah pengalaman tiada tolok bandingan. Banyak peristiwa yang berlaku dan percubaan demi percubaan yang pernah diambil di sepanjang perjalanan hidup telah pun sampai kepada natijahnya. Natijah akhir ini akan mematangkan setiap daripada kita membuat sesuatu keputusan hidup, ilmu juga pasti memandu bersama.

Apa lagi kita mahukan dalam hidup? Kalau bukanlah seberkas keredhaan-Nya sebelum dimakamkan.

Nota1: Alhamdulillah, masih dalam kesihatan yang baik....maaf lama biarkan blog  ini  dibiarkan sunyi tanpa entry terbaru....saya betul sibuk dengan urusan pengajian, usrah, dan kerja-kerja kebajikan serta kerja part-time saya...
Nota2: Insya Allah pada isnin depan 18/10/2010 berakhir segala aktiviti utk semester ni, boleh fokuskan pada final exam saya yang akan bermula 25/10/10....Doakan segalanya dipermudahkan...
Nota 3: Saya rindukan sahabat-sahabat saya... :)

Thursday, September 23, 2010

Ragam Manusia

Sehari dua ni saya tidak henti-henti dengan keadaan yang bagi saya dilabelkan sebagai kurang selesa. Entahla, bermula dengan saya ditipu oleh orang yang saya percaya, kemudian saya dapat berita salah seorang kawan saya yang sedang ambil TPM di UiTM akan di postingkan ke UiTM Kelantan katanya, dan beberapa hari yang lepas juga saya mendapat berita salah seorang kawan saya akan menarik diri dari mengikuti pengajian kursus kami. erm...datang serentak semuanya, tambah la dengan stress yang tengah memuncak unutk siapkan asgmnt dan keadaan sesetengah pensyarah yang meminta sesuatu yang lebih dari kepandaian pelajar itu sendiri. Arghh.. jujurnya kadang-kadang saya sendiri putus asa, tapi saya tahu perkara macam ni saya kena kawal dan saya kena ingat pengajaran sebelum ini yang pernah jadi dekat saya. Masih ingat juga kata-kata umi, " Kakak, jika kesalahan itu berlaku buat pertama kalinya, akak kena terima dan bersyukur kerana akak boleh belajar dari kesilapan, tapi jika kesilapan itu diulang akak harus bertanyakan kembali pada diri sendiri adakah kita ini degil dan tidak bersyukur sehingga melakukan kesilapan yang sama."  erm..betul-betul tersimpan kemas apa yang umi pesan pada saya.

Cuma sekang saya sedang mencari penyelesaian untuk mengatasi atau berdepan dengan orang yang suka mempermainkan dan mempergunakan saya untuk kesenangan mereka sendiri.   Kata mudahnya sekarang ni saya ditindas!!.

Nota 1: Ya Allah permudahkanlah segala urusanku untuk mendapat keredhaan-Mu

Tuesday, September 21, 2010

Menjaga Hati

Kadang-kadang saya terlalu sangat ingin menjaga hati orang lain sehingga saya membinasakan diri sendiri.
 
Kadang-kadang saya terlalu sangat ingin menjaga hati orang lain sehingga saya mengabaikan orang yang sepatutnya saya hargai.
 
Kadang-kadang saya terlalu ingin sangat menjaga hati orang lain sehinga saya kehilangan orang-orang yang berada disekitar saya. 

Oleh itu,Perlu lagikah saya menjaga hati orang lain semata-mata dan akhirnya saya yang sengsara??

Nota 1: Kagum dengan seorang lecture ni, dia memang cool, dan saya rasa dia la sempoi...walaupun dari diploma sampaikan ke degree, bila sebut nama dia mojority student akan bagi feedback negatif, tapi dia tetap cool. Sebab dia menjadi diri dia sendiri
Nota  2: Marathon unutk test yang berderet-deret pulak lepas ni

Saturday, September 18, 2010

Kahwin : Cara Abi?

Tahun 2010 usia genap 22tahun, kata umi ketika di umur dia seperti saya sekarang sudah menanti masa melahirkan anak ketiga iaitu adik perempuan saya.

Maknanya, kalau mengikut keturunan, saya sepatutnya sudah berumah tangga.

Namun soal kahwin bukan urusan kita. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Ramai yang merancang tetapi tidak kesampaian. Ramai yang bercinta tetapi hampa. Ramai juga yang cuba merancang ia hanya pada suatu masa tapi jodoh muncul tiba-tiba


Umi mahupun abi selalu mengingatkan saya tatkala soal jodoh dibicarakan, jika ada sesiapa yang berkenan kena maklumkan kepada abi. Jika mahu kahwin ketika tengah belajar pun abi akan bersetuju. Namun pertimbangkan agar lelaki yang dipilih baik latarbelakangnya dan bertanggungjawab.

Ia tidak perlu dirahsiakan!


Namun cara perkahwinan di tangan abi adalah perkahwinan yang simple. Ia tidak akan membebankan bakal suami saya. Abi tidak akan menuntut sebarang duit hantaran. Tetaplah beribu atau puluhan ribu maka semuanya adalah milik Saya. Biar kesemuanya menjadi mas kahwin.

Bila selesai majlis, saya dan suami tidak menanggung hutang. Binalah hidup nanti dalam suasana yang sederhana kata abi.


Tiada belanja hangus.

Oleh itu sebelum berbincang dengan abi saya sedang memikirkan bagaimana mahu isikan majlis perkahwinan tersebut dengan caranya, buat mana yang perlu tinggalkan yang tidak perlu. Supaya apa yang keluarga kita mahukan tercapai.  Biarlah ia tidak mengikut adat tetapi biar kita mencipta adat.

Ia memerlukan kesungguhan!

Nota 1: Sejuk hati bila responnya, saya cuba menjadi orang yang minum air manis dengan menambah air kosong sejuk (untuk kurangkan rasa manis dan tidak terlalu panas meminumnya). InshaAllah,saya faham dan cuba memahaminya lagi.
Nota 2: Alhamdulillah asgmnt semua sudah menghampiri garisan penamat..esok boleh fokus baca untuk test isnin dan sabtu depan ;)

Thursday, September 16, 2010

I'm Back Friends

Akaun FB saya kembali aktif semula atas permintaan sahabat semua bermula 26 September 2010. Setelah Di Deactivekan selama berbulan-bulan.

We Communicate


With you,
it’s all about voiceless communication
always knowing exactly what to say
but never actually having to say it.

You know everything there is to know about me
you know what worries me
what keeps me up at night
doing my call badly hard
you wait till the dawn is here
and you seem to be still sincere.

I tell you to rest
you insist to keep me fresh
by telling some stories of life
that can bring me cheer and laugh.
You have magic to keep me awake
that I can’t share it with anyone else.

Dear you,
I adore you for doing the routine
patiently waiting
despite of the silence.
I draw you in my mind
and keep tight in my heart.
And so I won’t forget you dear
everyday it grows fonder.

Thank you for waiting at the end of there
may the wall crack one day
and I can see your smile again.
-Khadeeja-
16/9/2010

Saturday, September 11, 2010

Salam Eidul Fitri

Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…

Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…

Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…

Di kesempatan ini, Khadijah Abd. Muthalib mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Kullu ‘Aam wa Antum bi Alf al-Khair, Taqabbalallaahu minna wa minkum ajma’een.


Khusus buat warga pengunjung blog ini ( Khadeeja)
Juga buat teman sekampus, sesekolah, serumah, dan setaman

Rakan Facebook dan Twitter, sahabat handai dan jiran tetangga.

Serta seluruh mereka yang bertaut persaudaraan dengan kami atas ikatan Laa Ilaaha Illallaah.
Semoga Allah Subhanahu wa Ta’aala menerima baik segala amal ibadah dan kebajikan yang dilakukan di sepanjang bulan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baik penerimaan serta ganjaran. Mudah-mudahan kita semua dipertemukan lagi dengan Ramadhan berikutnya, ameen.

Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala ketidak sempurnaan pada tutur kata yang tidak enak didengar telinga, laku perbuatan yang tidak manis di penglihatan, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun tersembunyi… agar benar-benarlah Aidilfitri ini disambut sebagai orang yang pulang kepada asalnya yang fitrah (al-’aaideen) dan berjaya (al-faaizeen).

Nota 1: Insya Allah galeri Eidul Fitri akan menyusul kemudian...

Tuesday, September 07, 2010

Antara Istikharah Dan Istisyarah

Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah. Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:
“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”

Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.

Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.

Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.
Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

Berhentilah mencari mimpi.
Berhentilah menunggu petanda.

Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.

Ia mungkin mainan Syaitan.
“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah”
[Al-Aa'raaf 7: 30]
KESIMPULAN

1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.

Monday, September 06, 2010

Kemaskini Ringkas


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke 27 kita semua umat Islam berpuasa, tidak kira dimana pun baik yang merantau ke serata dunia mahupun yang berada di Malaysia.

Sebelum saya bercerita panjang dengan bermacam cerita sepanjang blog ini dibiarkan berhabuk, saya memohon ribuan ampun dan maaf kerana blog ini dibiarkan kosong begitu sahaja, tanpa khabar berita dari saya mahupun artikel. Jujurnya tiada alasan lain yang saya boleh berikan melaikan kesibukkan yang melanda diri ditambah pula bulan penuh barakah ini, lagi bertambah la kesibukkan saya.


Cerita Awal Ramadhan: Program Amal Bersamamu PEKEAS & Kelas Ganti
Bermula dengan permulaan puasa, saya agak sibuk dengan jadual kuliah yang agak padat termasuk kelas ganti kerana kebanyakkan classmate saya mahu pulang awal ke kampung dan memberi laluan kepada cuti raya yang lebih panjang. Alhamdulillah di UiTM Puncak Perdana kami kesemua pelajar kebanyakkan mendapat cuti dari 4 September sehingga 20 September.Selain itu kesibukkan merancang program amal bersama anak-anak yatim ( Program Amal Bersamamu PEKEAS) yang dijalankan pada 29 August 2010 di Bandar Tasik Puteri Rawang bersama 2 pensyarah penasihat program iaitu Pn Mazlina Pati Khan dan En. Jafalizan Bin Mohd Jali. Program amal ini agak besar dijalankan, kerana kami turun padang mencari sumbangan barangan mahupun keewangan dari pihak-pihak luar. Hasilnya Alhamdulillah sumbangan itu memberi sejuta senyuman buat anak-anak yatim di PEKEAS ( Persatuan Kebajikan Ehsan Ash- Shakur). Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua penyumbang yang begitu ikhlas memberi. Sumbangan keewangan secara keseluruhan berjumlah RM 3000++.

Kesemua Ajk Penggerak Program
Saya diamanahkan mengajar anak-anak yatim menggunakan fail sifir hasil sumbangan
Sebahagian hasil sumbangan yang diterima, selebihnya di bonet kereta saya..lupa pulak nak snap gambar

Sebahagian penhuni lelaki, menunggu kami mengemas, menukar tikar getah baru bilik bacaan mereka

Nazmi, AJK aktiviti yang turut membantu dalam gotong royong

Pn. Mazlina ( Pensyarah) turut membantu, segala tilam yang tidak berlapik digantikan dengan cadar baru.
Orang kuat dalam program..En. Jef ( pensyarah saya semester lepas)..terima kasih kerana banyak membantu dari sudut teknikal di Fakulti


Saya bersama Tarmizi ( classmate & Ajk Aktiviti) bersama anak-anak yatim dari darjah 1 hingga 3.

Cerita 2: Hari Al-Quds Sedunia & Sepetang bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor ( Dr Zul)





Dr Zul ketika sesi takzirah sebelum iftar
27 August 2010, selesai sahaja kuliah saya bergegas pulang, kerana sudah berjanji dengan umi untuk membantu menyiapkan juadah berbuka kerana umi agak sedikit sibuk menyiapkan persiapan disurau bagi program YB Dr. Zul berbuka bersama rakyat. Buat yang masih belum mengenali Dr Zul adalah bapa kepada Muadz penyanyi nasyid. Setelah selesai semua urusan juadah dirumah, saya turut ke surau membantu umi disana. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan Dr. Zul bersama isterinya yang lebih mesra dengan panggilan ibu Lin meluangkan masa bermesra dengan rakyat di Bazar Ramadhan Saujana Utama dengan memberi sedikit juadah berbuka bubur lambuk dan kuih tepung pelita. Sebelum program dengan Dr. Zul malam sebelumnya saya bersama Kak Akma ( classmate) sempat ke Masjid Negeri Selangor bagi memeriakan lagi sambutan Hari Al-Quds Sedunia.



Cerita 3: Asgment

Asgment? mesti bosan kan bila baca tajuk, tapi itu la hakikatnya pada saya..selagi bergelar pelajar IPT asgmnt tu dah jadi macam bestfriend pulak. Lagi-lagi semester ni saya hanya ada satu sahaja final exam dan selebihnya lebih banyak markahnya pada final project, huh!. Nak tak nak dari saya stresskan diri dengan asgmnt semata-mata lebih baik saya enjoy je nak buat dia, dalam masa yang sama cuba buat report selengkap yang boleh. Cuma apa petua dalam nak buat asgmnt ni, janganla sesekali tangguh-tangguh...memamng compem stress kalo buat saat-saat akhir. Kesimpulannya jugak kebanyakkan masa saya dihabiskan mengadap asgmnt, dari asgmnt Visual Basic (coding) , preservation, file classification hinggalah third language ( france), dan banyak lagi laa...


Tutup ketiga-tiga cerita dulu...Insya Allah ade lagi cerita, nanti saya sambung lagi. Cerita tentang Budak Gigih Dari Seberang dan cerita Saya& Kereta Rosak di Shah Alam..

Sebelum terlambat, saya ambil kesempatan yang ada mengucapkan Salam Eidul Fitri kepada semua sahabat handai,pemuda gigih dari seberang, sanak saudara yang jauh dan dekat, kesemua pensyarah dan bekas pensyarah di Johor serta rakan bloggers yang mengenali diri. Moga Ramadhan kali ini memberi seribu pengertian dan Syawal kali ini membawa Sinar kemenagan pada semua. Moga iman yang dibajai sepanjang Ramdhan kekal selamanya dan makin subur hari demi hari walaupun Ramadhan sudah jauh meninggalkan kita semua.

Nota 1: Susahnya andai kita perlu membuat keputusan dalam keadaan yang tidak bersedia.
Nota 2: Saya percaya janji Allah SWT itu adalah benar dan tiada dusta.
Nota 3: Hati saya kuat mengatakan, malam 17 ramadhan lepas adalah malam Lailatul Qadar, kerana pada malam tersebut saya sendiri merasakan kelainan selain paginya membawa seribu perbezaan pada saya, cumanya malam tersebut bukanlah sepuluh malam terakhir. erm...Ape-apa pun jawapannya hanya ada pada Allah SWT.
Nota 4: New Zeland gempa bumi, risau pulak bila dengar miss ezza nak sambung Phd dia kat sana. Moga segalanya dipermudahkan Allah SWT.