Sehari dua ni saya tidak henti-henti dengan keadaan yang bagi saya dilabelkan sebagai kurang selesa. Entahla, bermula dengan saya ditipu oleh orang yang saya percaya, kemudian saya dapat berita salah seorang kawan saya yang sedang ambil TPM di UiTM akan di postingkan ke UiTM Kelantan katanya, dan beberapa hari yang lepas juga saya mendapat berita salah seorang kawan saya akan menarik diri dari mengikuti pengajian kursus kami. erm...datang serentak semuanya, tambah la dengan stress yang tengah memuncak unutk siapkan asgmnt dan keadaan sesetengah pensyarah yang meminta sesuatu yang lebih dari kepandaian pelajar itu sendiri. Arghh.. jujurnya kadang-kadang saya sendiri putus asa, tapi saya tahu perkara macam ni saya kena kawal dan saya kena ingat pengajaran sebelum ini yang pernah jadi dekat saya. Masih ingat juga kata-kata umi, " Kakak, jika kesalahan itu berlaku buat pertama kalinya, akak kena terima dan bersyukur kerana akak boleh belajar dari kesilapan, tapi jika kesilapan itu diulang akak harus bertanyakan kembali pada diri sendiri adakah kita ini degil dan tidak bersyukur sehingga melakukan kesilapan yang sama." erm..betul-betul tersimpan kemas apa yang umi pesan pada saya.
Cuma sekang saya sedang mencari penyelesaian untuk mengatasi atau berdepan dengan orang yang suka mempermainkan dan mempergunakan saya untuk kesenangan mereka sendiri. Kata mudahnya sekarang ni saya ditindas!!.
Nota 1: Ya Allah permudahkanlah segala urusanku untuk mendapat keredhaan-Mu
No comments:
Post a Comment