Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

Rehlah Muslimat 2012

 Kak Yan, terharu dengan perubahan, walaupun dia lebih berusia 7 thn, alhamdulillah satu tanggungjawab saya untuk membantunya menjadi insan yang lebih sempurna... moga dipermudah Allah untuk bersama-sama menjadi hamba Allah yang terbaik.
Pertama kali jumpa strawberi kembar, warnanya sangat 'merah'
Perhatikan gambar ini betul-betul
Apa beza dengan yang diatas?
Alhamdulillah selamat pulang dari rehlah, usrah dan qiam perdana selama  2 hari bersama rakan-rakan sekerja, muslimat kawasan saujana utama & puncak alam.. Trip kami tahun ini ke Cameron Highlands.. tiada yang banyak beza berbanding kali terakhir pergi bersama keluarga sekitar 1998, cuma banyak kesan tanah runtuh kecil di bahagian tepi-tepi jalan..dan lereng bukit....

terasa ukhuwah yang sangat indah, walaupun saya ahli rombongan yang paling muda..kerana kebanyakkan sudah ber anak & ber cucu..

pulang dari sana terus menuju himpunan Hijau..moga segalanya dipermudahkan..

esok kerja macam biasa...

Saturday, December 11, 2010

Banyak cerita

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.....Alhamdulillah.... Saya sangat-sangat bersyukur pada-Nya, sepanjang teratak usang saya ini dibiarkan sepi...banyak dugaan dan anugerah-Nya yang diberikan saya hargai setulus hati... Bila dugaan datang saya tahu ia datang untuk menguji,dan saya mampu hadapinya kerana Allah SWT tidak akan menduga hamba-Nya melebihi kemampuan.... namun disaat anugerah muncul saya tahu Allah always be my side....


Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia


 
Untuk ketika ini, saya sangat gembira....Yipiee.!!!
Pertamanya sebab result exam semester 4..
Result yang sangat meningkat berbanding semester 3 dahulu...
Alhamdulillah...

Oklah, saya akan menceritakan dengan lebih teratur dan kemas, mengapa saya
 susah sangat nak update blog ini dengan lebih berdisiplin....

Bermulanya, saya sangat-sangat malas mengupdate blog, bila minggu-minggu menghampiri exam final sem lepas, saya sangat sibuk dengan group discussion, final project, dan presentation.. Lagipun disebabkan semester lepas saya hanya ada satu subjek sahaja yang mempunyai final paper dan selebihnya hanyalah final project. Jadi komitmen yang lebih perlu diberikan.

Alhamdulillah, segala usaha untuk semester lepas berakhir dengan  peperiksaan akhir pada 25/11. Saya bercuti semester lebih sikit dari rakan-rakan kelas yang mengambil subjek minor selain sistem. Tetapi saya tidaklah terus bercuti. Sebaliknya saya mengambil kesempatan masa yang ada untuk menghadirkan program, dan melawat arwah pak cik saya ( pada ketika itu sedang tenat di IJN). Sayu hati bila tgk dia tak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.

Ya Allah, masa ini setiap kali saya masuk melawat di ICU, saya akan bisikkan " Pak Cak, akak datang ni, cepat sembuh tau"
Ini gambar arwah sebelum pembedahan bypass jantung dibuat... Sedih tgk gambar2 ni balik..dia sangat2 hepi sebelum dibius..
Pak Cak adalah abang sulung abi saya, dan antara pak cik yang sangat rapat dengan saya. Dihari arwah pergi buat selamanya, sungguh meruntun jiwa kerana hanya 2 minggu sebelum tarikh pernikahan kak ina, anak ketiga arwah. Namun kami redha kerana DIA adalah sebaik perangcang. Dia meninggal betul-betul selepas azan isyak. dan disaat di masih dihujung-hujung nyawa saya berada di dalam bilik ICU tersebut bersama sepupu yang lain dan adik beradik ayah saya yang lain. Sangat merunutn jiwa melihat orang yang kita sayang dicabut nyawa, dan ianya betul-betuk mengingatkan pada saya bahawa kematian itu sangatlah dekat. Semua ahli keluarga termasuk yang jauh dan dekat mengalirkan air mata.. Lobi IJN dipenuhi saudara mara dan sahabat handai arwah.

Selepas selesai semua urusan pengeluaran jenazah dari ICU IJN... keluarga arwah pulang dulu kerumah menyiapkan rumah untuk jenazah dimandikan dan dikafankan. Saya sekeluarga membantu anak-anak arwah unutk dikeluarkan dari bilik jenazah dan dibawa pulang menggunakan van mayat  ke Subang Bestari tempat arwah akan dikemubikan. Ketika di dalam bilik mayat, saya terus membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada arwah sementera menunggu van jenazah tiba. Disebabkan arwah tidak mempunyai anak-anak lelaki iaitu keempat-empatnya perempuan. Maka tenaggungjawab ini dipikul oleh abi dan adik-adik arwah yang lain.



Alhamdulillah semua urusan pengkebumian jenazah berjalam dengan lancar. Ok tutup cerita sedih, yang pergi tetap akan pergi. Kita yang masih ada ni, siapkan bekalan untuk kesana juga yang kekal abadi.

Mari kita cerita bab kawin-kawin pulak. haha...

Tapi saya terkilan sikit cerita bab kawin ni, bukan terkilan sebab saya tak kawin,

Bukannya apa, terkilan sebabnya dua perkahwinan ini adalah pada hari yang sama, dan saya perlu memilih untuk menghadiri yang mana satu. Sudah tentu la saya perlu utamakan mana yang saya sudah berjanji iaitu kak ina, anak arwah pak cak untuk ke majlis nya menjadi tukang bagi gift...dan walimatul urus lagi satu adalah kak yatt, saya tidak dapat menghadirkan diri. Dan hanya berkesempatan datang sewaktu majlis pertungan kak yatt sahaja.


Selamat pengantin baru kak ina (cousin) dan faizul.. 

Kak yatt, selamat pengantin baru...moga baitul muslim yang dibina melabarkan lagi sayap dakwah ke selatan..




Cerita program pulak, 

Alhamdulillah sepanjang cuti ni, yang sebenarnya saya masih lagi belum dapat menikmati cuti. Saya sempat ke beberapa program, antaranya Program Daurah Kefahaman Islam & Penghayatan Al-Quran Remaja Masjid Negeri Selangor, dan Kembara Korban.

Mohon maaf, untuk program kembara korban tidak banyak gambar yang boleh di kongsi, kerana camera saya tidak bawa hanya pinjam camera orang, jadi tak boleh la lebih-lebih...dan untuk progam bawah kerajaan negeri selangor tu, saya menjadi fasi.. dan iainya berlansung sehingga 24/12 ni.. dan secara rasminya saya akan betul-betul menikmati cuti semester saya pada 24 ni. Alhamdulillah....


Keempat-empat gambar diatas adalah sebahagian adik-adik kumpulan saya. yang selebihnya malu-malu kucing nak ambil gambar...


Nota 1: Pada yang bertanya tentang result, alhamdulillah result sangat menggembirakan.
Nota 2: Esok akan ke Institut Perguruan yang berdekatan Bandar Tun Razak, ada program disana.
Nota 3: Hari ini dari pagi tadi, tak henti2 saya teringatkan arwah...punca kenapa tiba2 ia muncul saya sendiri pun tak pasti
Nota 4: Alhamdulillah, sem depan saya dapat kerja part time baru yang lebih berkait dengan pengajian saya di UiTM, tapi anak-anak muridku, tugasku sebagai muallimah tidak akan ditinggalkan..kerana i'm already inlove teaching u all...

Friday, June 11, 2010

Istidraj

Semenjak result final exam keluar ni, ada tangisan kegembiraan mahupun kesedihan di kalangan sahabat-sahabat saya. Tak kurang yang kecewa, begitu juga tak menyangka. Tak kurang pula yang mempertikaikan orang lain punya keputusan.

Dialog sebegini seakan popular dikala heboh tentang result exam.
Ish, aku pelik la kenapa si polan tu boleh dapat result gempak! dekan pulak tu...padahal solat pun tidak, aurat tak jaga, gaul laki perempuan tanpa batas.
Kenapa, dia yang macam tu boleh dapat result gempak, padahal agama entah kemana, aku yang solat, berdoa, ikhtiar dan study gila-gila result selalu biasa2 je

Artikel ni khas buat semua, tak kira apa situasi anda ketika ini, boleh dijadikan pengubat hati, boleh memberi jawapan kepada persoalan di jiwa, bisa membuatkan kita lebih erat dengan-Nya. Dan mungkin membuatkan yang jauh darinya kembali Mengadap-Nya.



Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, membuat maksiat, bergaul bebas seakan suami isteri  hanya dengan ikatan couple mahupun bertunang, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, keputusan exam sentiasa cemerlang, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Jangan rasa gundah bila anda menjaga hubungan dengan ALLAH, tetapi anda masih tidak berjaya di dalam pelajaran mengikut neraca manusia lain. Contoh macam seorang kawan saya. Dia mendapat 2A, sedangkan pada pandangan manusia biasa, cemerlang itu dikira dengan A yang banyak. Tetapi apa kata kawan saya?

“ Ana dapat hidup tenang, bahagia, boleh lagi beribadah kepada ALLAH, kemudian ana masih boleh hidup dalam ketaatan kepadaNya. Maka itupun ana dah puas hati la Khadijah. Mungkin ana tak ada rezeki dalam SPM, ana ada rezeki dalam benda lain.”

Nampak? Dia tidak jauh dari ALLAH, malah bersangka baik kepadaNya, menerima dengan redha, ditambah pula dengan azam untuk berusaha di lapangan lain pula. Pada saya, itulah kecemerlangan yang sebenarnya.

Saya masih ingat kata-kata guru Al-Quran saya,  apabila saya pertama kali menjejakkan kaki ke kelas Al-Quran. Kata beliau,

“ Antum datang sini, kami nak bagi antum menjadi manusia yang soleh, yang cemerlang akhlak, yang terjaga syahsiah, yang bersih pemikiran. Bukan untuk kaut A bertimbun. Kalau antum dapat banyak A dalam peperiksaan, maka itu adalah bonus.”

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.


Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak.

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Nota 1: Insya Allah malam esok akan pulang semula ke Sungai Buloh, habis sudah tempoh selesa dan bercuti. Kembali kepada rutin harian kebiasaannya.

Eelya_khadeeja
9.41mlm, Homestay Batriesya, Kuala Terangganu

Thursday, May 13, 2010

Dear Myra Meen> Cupcake Comel

Assalamualaikum..maaf pada pembaca yang lain, enrty ini khas buat Myra Meen, salah seorang sahabat saya di FB dan juga merupakan classmate saya pada semester lepas..Sudah beberapa kali Myra meminta resepi membuat cupcake dari saya..agak tertangguh jg..busy dengan pelbagai perkara....

Kronologinya begini.....Pada mulanya saya hanya menyediakn laksa sebagai menu utama dan cupcake untuk dijadikan pencuci mulut di jamuan akhir semester saya di UiTM..alhamdulillah cupcake coklat yang dibuat disukai semua classmate. Ada yang meminta resepi cupcake...saya fikirkan classmate saya hanya sekadar menyakat...rupanya tidak...sampai di FB masih lagi meminta...ok, saya curi sedikit masa menulis entry ini utk Cik Myra Meen...

Dear...Selamat mencuba...

Bahan-bahannya...
myra, kte tak de guna specific produk...beli sahaja yang bersesuian...yang penting murah dan halal...
  • 300g tepung
  • 350g gula
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1½ sdk soda bikarbonat
  • ½ cawan butter
  • 2 sdk esen vanilla
  • 1 ½ cwn susu segar
  • * 2 biji telur  
    Cara-cara, ( Anggaran untuk 18-20 cupcake saiz medium)
  1. Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali * "telur") dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2minit lagi.
  2. Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Yang saya buat ada yg tinggi, ada yg rendah. Bakar selama ±20min gitu atau hgga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna 170C.
  3. Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Topping saya tu: ¼ cwn susu pekat + ¼ cwn serbuk koko + ¼ buku butter. Masukkan smua dlm periuk, panaskn atas api & terus kacau, sekejap aje iaitu bila dah bercampur smua & beku sket trus angkat and sapukan atas cupcake yg telah sejuk. Hias ikut citarasa masing2. Kalo tak nak topping...lepas step 2 dan boleh makan...
Nota 1: Myra, resepi laksa nak jugak ke?
Nota 2: Thailand, berbaki beberapa hari untuk menjejakkan kaki kesana....

    Tuesday, May 11, 2010

    Palestina Tercinta

    Untukmu jiwa-jiwa kami
    Untukmu darah kami
    Untukmu jiwa dan darah kami
    Wahai Al-Aqsho tercinta

    Untukmu jiwa-jiwa kami
    Untukmu darah kami
    Untukmu jiwa dan darah kami
    Wahai Al-Aqsho tercinta

    Kami akan berjuang
    Demi kebangkitan Islam
    Kami rela berkorban
    Demi Islam yang mulia

    Untukmu, Palestina tercinta
    Kami penuhi panggilanmu
    Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
    Kami kan terus bersamamu

    Untukmu, Palestina tercinta
    Kami penuhi panggilanmu
    Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
    Kami kan terus bersamamu

    A aa aaaa
    A aaa aaa
    A aaa aaaa a a a aa
    A aa aaaa
    A aaa aaa
    A aaa aaaa a a a aa

    Kami akan berjuang
    Demi kebangkitan Islam
    Kami rela berkorban
    Demi Islam yang mulia

    Untukmu, Palestina tercinta
    Kami penuhi panggilanmu
    Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
    Kami kan terus bersamamu

    Untukmu, Palestina tercinta
    Kami penuhi panggilanmu
    Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
    Kami kan terus bersamamu

    Untukmu jiwa-jiwa kami
    Untukmu darah kami
    Untukmu jiwa dan darah kami
    Wahai Al-Aqsho tercinta

    Ya Robbi, izinkanlah kami
    Berjihad di Palestinamu
    Ya Alloh, masukkanlah kami
    Tercatat sebagai syuhadamu

    Ya Robbi, izinkanlah kami
    Berjihad di Palestinamu
    Ya Alloh, masukkanlah kami
    Tercatat sebagai syuhadamu
    Tercatat sebagai syuhadamu
    Tercatat sebagai syuhadamuuu



    Friday, January 22, 2010

    Warkah Kasih Buat Kamu

    Alhamdulillah, di dalam kesibukan saya, masih sempat untuk mengisi utaian manik-manik di lembaran ini. Pasti ada antara para sahabat yang menunggu buah tangan terbaru saya. Terima kasih untuk itu.
    Untuk entry kali ini, izinkan saya berkongsi warkah kasih ini yang ditulis sebagai menemani kedukaan seorang sahabat lama yang sedang meratapi pemergian abang tercinta. Mudah-mudahan sedikit terubat kelaraan Qalbunya menahan tusukan halus jarum kesedihan ini.
    Inilah isi kandungan Warkah Kasih Buat Kamu Muhammad Khalid
    Buat teman Ku dikasihi,

    Bangkitlah...
    Baik buruk perjalanan hidup kita di atas hamparan duri dunia, masih ada lagi yang sudi menghulur tangan, memberi kasih dan sayang, dan turut merasai keperitan diari tersurat, memberi harapan di sebalik tersirat. Tiada hati paling sempit daripada manusia yang alpa mengingati Allah, tiada jiwa paling resah daripada manusia menggantungkan hatinya selain kepada Allah Taala.
    Tidak cukup dengan apa yang ada, dan terus haloba dengan apa yang tiada.
    Wahai teman...
    Aku mengerti dengan apa yang sedang menimpa dirimu. Aku bisa merasai kesedihan demi kesedihan menimpa dirimu. Jatuh, dan jatuh lagi. Hinggalah kamu bangkit dalam perjuangan hidup yang telah menelan ramai manusia yang kering daripada rahmat Ilahi. Di saat kamu bangkit, tiada siapa yang sudi ambil tahu dan mahu. Kepulangan abangmu tersayang ke rahmatullah menambah lagi liku-liku hidupmu, menambah lagi bebenan yang sedia ada. 
    Aku tahu, aku mengerti...
    Saat aku menulis  ini, mungkin engkau masih meratapi pemergian abangmu tercinta. Namun kamu tidak perlu bersedih, kerana masih ada aku dan teman-teman yang setia di sisi. 
    Abangmu yang telah meninggalkan kenangan indah bersamamu sebagai anak lelaki harapan keluarga. Kenangan yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hidupmu. bercindai, tawa, suka, ukiran senyuman dan semua yang ada pada arwah abangmu akan menjadi ubat di saat kamu merindukan belaian seorang abang darinya.
    Maafkan aku teman. Andai di saat aku menikmati keindahan pelangi cinta dan kasih bersama insan tersayang di sisi, tidak pula dirimu yang dipaksa menongkah kedingingan dan kepanasan mehnah keseorangan tanpa bumbung menangkis kerakusannya merobek jiwa kecilmu.
    Sebenarnya, arwah abangmu jua tidak mahu perpisahan ini berlaku di saat kamu perlu bangkit meredah, membaca suratan dunia yang berpuakan ini. Namun Tuhan berkehendak lain. Bukan kerana Dia benci kepada abangmu tapi karena Dia menyayangi abangmu dari yang lain. Dia tidak menghendaki abangmu menderita dengan menahan rasa sakit yang berpanjangan. Aku yakin, itulah jalan yang terbaik bagi abangmu. Kerana Dia selalu memberikan yang terbaik bagi Hamba-Nya.
    Engkau tidak perlu menyesal dengan semua yang telah berlaku sepanjang pemergian abangmu mengadap Tuhan Esa, kerana aku yakin kalau semua itu akan menjadi keinginan abangmu yang terakhir. Aku mengerti perasaan itu tidak bisa dibohongi, apatah lagi menyembunyikan kebenarannya. Aku tahu engkau sangat kasihkan arwah.
    Ingatlah Allah di kala dukamu ini.
    Tiada Syurga paling indah tika hidup di dunia melainkan ketabahan semasa rebah, kesabaran semasa meredakan baran. Tiap-tiap saat di titisan keringat itu meluaskan lagi hamparan istana di Syurga akhirat-mu nanti. Ingatlah Dia, pasti Dia memandang keperluanmu di kecercaan menakutkan ini. Ujian ini, adalah tanda kasih dan cinta-Nya kepadamu. Dia telah memilih dirimu antara seribu. 
    Hargailah untuk kamu berubah.
    Wahai teman...
    Jujurnya, aku sepatutnya berasa dengki dengan keadaanmu. Aku tidak pernah teruji seperti apa diuji kepada dirimu ini. Malam pasti berlalu, bebelengu pasti patah. Dunia ini tidak pernah membiarkan seseorang hidup kekal, dan tidak pula membiarkannya dalam suatu keadaan yang beerti. Kamu mesti keluar dari kepompong ini secepat mungkin, demi janji-janji Ilahi kepada setiap hamba-Nya. Kamu pasti...
    Katakanlah kepada kaum Badwi itu, sesungguhnya engkau telah dibebaskan dari perjalanan di malam hari yang kelat, gelap gelita yang pekat dan dari menempuh padang sahara yang jauh, panas lagi meletihkan. Tinggalkan kisah silam yang menjenuhkan itu. Mulakan langkah sekali lagi.
    Kita pasti bangkit.
    Engkau tidak perlu meminta maaf. Sebelum helaan nafas terakhir abangmu, dia sudah memaafkan dirimu. Justeru, mulakan diari hidupmu yang baru, simpanlah diari lama ini agar ianya masih segar diingatan, yang sudi menemanimu, mengagahi langkahmu, dan menjadi tempatmu bermanja senda.
    Kini abangmu telah pergi. Terimalah hakikat takdir-Nya. Tentu arwah tidak akan kembali melakar diari baru bersamamu. Engkau adalah engkau.

    Bangkitlah...

    --eelya khadeeja--
    Peraih Cinta-Nya

    Sunday, December 27, 2009

    Because You Loved Me





    For all those times you stood by me
    For all the truth that you made me see
    For all the joy you brought to my life
    For all the wrong that you made right

    For every dream you made come true
    For all the love I found in you
    I'll be forever thankful, baby

    You're the one who held me up
    Never let me fall
    You're the one who saw me through
    Through it all

    You were my strength when I was weak
    You were my voice when I couldn't speak
    You were my eyes when I couldn't see
    You saw the best there was in me

    Lifted me up when I couldn't reach
    You gave me faith 'cause you believed
    I'm everything I am
    Because you loved me, ooh, baby

    You gave me wings and made me fly
    You touched my hand I could touch the sky
    I lost my faith, you gave it back to me
    You said no star was out of reach


    You stood by me and I stood tall
    I had your love, I had it all
    I'm grateful for each day you gave me

    Maybe, I don't know that much
    But I know this much is true
    I was blessed because
    I was loved by you

    You were my strength when I was weak
    You were my voice when I couldn't speak
    You were my eyes when I couldn't see
    You saw the best there was in me

    Lifted me up when I couldn't reach
    You gave me faith 'cause you believed
    I'm everything I am
    Because you loved me

    You were always there for me, the tender wind that carried me
    The light in the dark shining your love into my life
    You've been my inspiration through the lies you were the truth
    My world is a better place because of you

    You were my strength when I was weak
    You were my voice when I couldn't speak
    You were my eyes when I couldn't see
    You saw the best there was in me

    Lifted me up when I couldn't reach
    You gave me faith 'cause you believed
    I'm everything I am
    Because you loved me

    You were my strength when I was weak
    You were my voice when I couldn't speak
    You were my eyes when I couldn't see
    You saw the best there was in me


    Lifted me up when I couldn't reach
    You gave me faith 'cause you believed
    I'm everything I am
    Because you loved me

    I'm everything I am
    Because you loved me

    Saturday, November 28, 2009

    Selamat Hari Lahir Sayang


    Ukhuwah Ini Sungguh Indah..
    Si Dia Ikhlas bersama susah dan senang...

    Di imbas kembali lima bulan yang lepas
    di tarikh yang sama seperti hari ini...
    Dia seawal pagi telah mengucapakn hari lahir pada saya dengan
    ayat yang sangat menyentuh hati...

    Kini giliran saya, pula..
    saya khas kan entri ini untuk ucapan buat si dia
    si dia yang begitu dirindui ketika ini..
    si dia yang cukup mengenali diri ini....

    Selamat Ulang Tahun Sayang..
    Ikhlas buat Si Dia..
     
    Nur Haziemah


    Nota 1: Nur, khaty rindu nur....harap sangat masa program bulan 12 ni dapat jumpa...
    Nota 2: Sakit perut saya beransur pulih, alhamdulillah...

    Thursday, November 12, 2009

    Saya Rindu Caryn&Izzati

    Entah kenapa, lepas selesai kerja-kerja rumah pagi tadi saya seperti biasa, saya mengaktifkan broadband celcom. Apa yang mula-mula saya surf mestilah Kosmo Online, baca berita terkini dari dalam negara mahupun luar negara. Selesai sahaja saya akan log in pula teratak ini  :: Menelusuri Perjalanan Seorang Hamba:: melihat andai ada komen terbaru atau msj terbaru dari shoutbox. selesai membalas semuanya. saya off kan jap broadbandnya. Saya nak susun balik folder-foleder dan gambar dalam laptop saya. Sangat berserabut! dah lama saya tak belai dia dan maintainance kan dia..lagi pun dirumah laptop ini digunakan semua anggota keluarga.. itu yang menambahkan lagi serabut folder-folder yang ada kerana masing-masing ikut kepala sendiri nak letak gambar kat mana -mana. Setelah saya selesai susun kesemua folder. Saya transfer semua gambar yang ada dalma laptop saya ke external hard drive..dekat 5GB tu kesemua gambar..dari puasa lepas, raya dan beberapa hari yang lepas, gambar yang di ambil ketika saya ada program di Petaling Jaya. banyaknya gambar, getus hati saya setelah kesemua gambar tersimpan rapi didalam external hard drive peribadi saya.

    Saya suka menyimpan gambar-gambar, walaupun kadang ada gambar yang tidak jadi, atau diambil secara candid..saya akan simpan, walaupun gambar itu blur..sebab bagi saya setiap gambar itu ada cerita tersendiri. Selesai semuanya, saya terjumpa satu folder dalam folder yang lain. Masih ingat lagi folder tersebut saya labelkan Kenanagan Terindah. dalam folder kenangan terindah tersebut ada folder saya labelkan UPM. Click dan terus click, setiap gambar yang ada di dalam folder tersebut saya amati satu demi stau dan entah berapa kali saya ulang tengok kesemua gambar tesebut...saya rindu mereka semua...
    Suhailah, Rohela, Shaida, Arasyi, Atirah, Sakinah, Ana Mardhiah, Nisa, Fida, Alex, Chris, dan ramai lagi...

    Paling saya rindu, Izzati dan Caryn...saya banyak terhutang budi dengan mereka..


     Dibandingkan dengan caryn saya lebih kerap sms Izzati, caryn sangat sibuk dengan aktiviti persatuan dan tugasan-tugasan kuliah, dan saya tahu ini membatsakan dia untuk membalas mesej saya, ada masanya jika saya mesej caryn di pagi hari, tengah malam nanti baru saya dapat msj reply dari dia balik. Alhamdulillah kesemua ex-classmate saya di UPM sudah selesai peperiksaan akhir semester bagi penggal pertama tahun pertama mereka. Saya mendokan kesemua lulus dengan cemerlang terutama dua insan di dalam gambar di atas, sekurang-kurangnya menjadi pembakar semangat untuk lebih cemerlang di tahun kedua nanti.

    Dimbas kembali, ketika didezam kuliah, kami bertiga pasti akan duduk pada barisan kerusi yang sama, dan kebiasaannya Caryn pasti kan berada ditengah-tengah antara saya dan Izzati. Caryn mudah mesra dengan orang, dia tidak kedekut dalam berkongsi ilmu dengan classmate, dan mengikut penelitian saya Caryn sangat berbeza dari sesetengah bangsa cina yang pernah saya kenal. Teringat kembali ketika saya menjalani ibadah puasa di UPM, caryn selalu bertanyakan pada saya tentang puasa..biasanya setiap persoalan yang ingin ditanya pasti dimulai dengan

    "Khaty..saya nak tanya awak sikit boleh?" kata Caryn
    " Banyak pun takpe Caryn, jangan tanya kita soklan test kan datang sudahla, kite pun tak tahu" balas saya...
    "Awak tak lapar ke?, setahu saya orang islam yang puasa akan bersahur sebagai satu amalan sunat? betul ke? pukul brape awak biasanya sahur khaty?" kata Caryn.
    " Lapar? masa hari pertama bulan ramadhan tu, mmg la kite ada rasa lapar jgk, tapi kan hari ini dan masuk seminggu umat Islam berpuasa. Kite dah biasa, dah tak rasa pe-pe pun. Tentang sahur tu, memang betul amalan sunat, waktu sahur biasanay sebelum masuk waktu subuh, dan kite biasanya akan sahur sekitar pukul 5.00pg hingga 5.30 pagi, nanti boleh terus solat subuh." bagaimana, kite dah menjawab semua soalan awak belum Caryn? " Balas saya kembali
    " sudah-sudah dan sangat lengkap, saya betul-betul faham, sebenarnya sudah lama saya nak tanya, tapi saya takut perkara ini sensitif apabila orang bukan islam bertanya tentang Islam." getus Caryn pada saya
    "Caryn, selepas ini kalo awak nak hendak tahu apa-apa tentang Islam, saya sangat mengalu-ngalukan...tnya sahaja apa yang mengelirukan awak.pada saya, saya sangat suka " balas saya dengan niat untuk tidak mematahkan semangatnya mengetahui tentang Islam.
    Kami pulang mengikut laluan yang berbeza, kerana saya dan Caryn menetap dikolej yang berbeza. Ketika itu berbisik dihati saya, mungkin Allah sudah buka pintu hatinya cuma dia masih belum mendapat hidayah, saya doakan dia mendapat hidayah dan memeluk islam sesegera yang mugkin.

    Perbualan kami berkisar agama Islam sangat meriah hari demi hari, ada sahaja persoalan yang ditanyakan pada saya, samaada dalam perjalanan ke kuliah mahupun pulang dari kuliah, dan Allahmdulillah dikala setiap soalan itu ditanya oleh Caryn, Allah swt kurniakan idea-idea dengan susunan ayat yang mudah untuk saya perjelaskan pada Caryn,

    Antara soalannya..
    Khaty, kenapa saya tengok ada perempuan melayu ada yang bertudung dan ada yang tidak? mereka semua ni islam ke x?

    Khaty, awak tak panas ke asyik pakai tudung dan baju besar-besar?

     Kenapa saya tengok ada org islam yang pakai telekong ketika hendak solat, dan ada jgk yang tidak pakai? boleh ke?
    Khaty, orang perempuan yang beragama Islam boleh tak sentuh orang lelaki islam yang lain?
    Khaty, Hukum HUDUD tu macam mana? dari mna hukum ini datang?
    Khaty, kenapa awak selalu pakai stokin?
    dan bermacam-mcam lagi soalan yang ditanyakan Caryn pada saya,





    Saya sedikit terkilan, kerana dalm keadaan tergesa-gesa saya meninggalkan UPM setelah mengambil keputusan menarik diri dari pengajian, dan pada ketika itu saya khabarkan di saat-saat terkahir akan keputusan itu pada Caryn, dan paling membuatkan saya terharu apabila caryn mencoretkan perkataan ukhuwah di kad perpisahan yang di utuskan pada saya. Saya sedikit terkilan dengan perpisahan ini, kerana tiada lagi ruangan diskusi antara saya dan dia, dan perhubungan secara sms tidaklah seindah bertemu empat mata dengannya...


    p/s: Sahabat-sahabat disana, bimbinglah insan yang begitu mendambakan ilmu ini (Caryn ) agar dia terus...dan berterusan mencari ketenangan yang Hakiki...

    Monday, November 09, 2009

    Bingkisan Buatmu Wahai Sahabat Sejantinaku


    Siapalah diriku ini untuk membuatkan dirimu menangis sebak, dan apakah layak bagiku untuk menasihati dirimu. Namun, inilah yang mampuku lafazkan, yang mampuku laungkan setelah kian lama terbuku di jiwa yang lara. Kuharap segalanya diterima dengan berlapang dada, kerana inilah taklifan buat diriku yang bergelar Adam, untuk meluruskan tulang rusuk yang ditakdirkan bengkok. Bukankah diciptakan wanita untuk dilindungi sepenuh hati?

    Melihat senario kaum Hawa dewasa ini, diriku tertanya-tanya penuh kemusykilan. Mengapa dirimu kian jauh daripada-Nya ? Apakah dirimu telah lupa akan hukum-hakam yang disusun-Nya? Ke manakah menghilangnya generasi mujahidah harapan agama? Ingatlah duhai muslimah. Dirimu itu diciptakan sebaik-baik kejadian. Jangan sekali-kali ciptaan Yang Maha Tinggi dipersiakan. Hanyalah redha-Nya yang kita impikan, bukannya undangan kemurkaan-Nya yang kita harapkan.





    "Takutlah kamu kepada wanita, kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani Israel adalah kaum wanita..." (Mutafaq 'alaih)


    Jelas bersuluh di dalam sabda Baginda yang dirindui, sesungguhnya kaum hawa mampu menggoncang dunia. Jauh sekali tafsirannya bahawa wanita diciptakan sebagai perosak, sebaliknya wanita diciptakan untuk dinobatkan sebagai sayap kiri bagi para mujahid. Dalam berjuang demi menegakkan Deen di dalam diri, keluarga juga ummah. Wanita itu bisa menjadi madu, kenikmatan dan kemanisannya menjadi pemangkin pada kebangkitan Islamiah. Inilah yang diharapkan dari insan yang bergelar muslimah solehah. Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun, bisanya terus memudaratkan seraya menghancurkan agama yang dicintai. Nauzubillahi min zalik! Jauhkan dirimu dari palitan noda maksiat, membutakan hati dan meruntuhkan peganganmu.

    "Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..."
    (Mutafaq 'alaih)


    Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana. Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri, natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya.


    Monday, October 19, 2009

    Buat Semua Sahabat

    Sehari dua ini saya acap kali menjadi tempat sahabat yang ingin berkongsi masalah, dan masalah mereka ini hampir serupa...tidak boleh fokus dalam pembelajaran. Ada sahabat yang meneruskan pengajian di peringkat universiti dalam bidang pengajian yang dipilih ibu bapa, dan ada juga atas kehendak sendiri, namun akhirnya tidak dapat memahami silibus pengajian sebaik mungkin, dan keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan.

    Saya sendiri akui, kesukaran untuk memilih pengajian yang sesuai dengan diri kita. Bagi sesetengah pelajar yang memiliki kepandaian yang sangat tinggi, adalah mudah bagi mereka menyambung pengajian perubatan, kejuruteraan dan sebagainya walau tidak berminat dalam bidang tersebut, sebaliknya pula akan terjadi kepada pelajar yang tidak berminat dan agak kurang kepandaiannya dalam bidang pengajian tertentu, tetapi memilih bidang tersebut atas sebab hanya ditawarkan bidang tersebut dan jua kerana pilihan ibu bapa.

    Namun apabila kita sudah pun berada selangkah dalam bidang tersebut teruskan sahaja selagi termampu dan berdoalah kepada Allah swt agar memberi kekuatan untuk kita menamatkan pengajian tersebut dengan sebaik mungkin.

    Buat sahabat yang disayangai...

    sedikit kata-kata Einstein, yang boleh menaikkan semangat untuk kembali bertenaga dan terus berusaha dalam pengajian masing-masing..

    "Never regard study as a duty but as an enviable opportunity to learn to know the liberating influence of beauty in the realm of the spirit for your own personal joy and to the profit of the community to which your later works belong."

    All the best to you all...

    Monday, September 21, 2009

    Tiada Tajuk (II)

    :47:Walaupun saya sebenarnya 'kureng sikit' dengan bunga ni." saya rasa awak pun tahu kan?"..saya sangat hargai pemberian ini, mungkin awak tahu apa yang cuba buat ni sebab mungkin dalam diri saya ni saya sendiri tidak tahu tapi awak lebih tahu......terima kasih bg suprise macam ni...''unsangkarable' betul...

    very sweet..:44:..thanks again dear...awak selalu sentiasa ada apabila saya memerlukan seseorang untuk duduk disebelah saya dan mendengar segala repekan saya dikala saya menghadapi 'mental illness'

    *Maaf, entry ini saya tujukan khas buat "awak", sebab saya tak tahu nak bls apa "awak" dah buat dekat saya, ...bagi pembaca yang lain mungkin anda kurang faham isi kandungan entry saya kali ini..abaikan sahaja nasihat dari saya...

    Monday, September 14, 2009

    Perasaan Ini

    Terima kasih kerana menerima saya seadanya untuk menjadi sahabat kamu..walau saya tidak lagi bersama kamu semua meneroka dunia ilmu Allah yang begitu luas...kita tetap sahabat, Insya Allah panjang umur dimurahkan rezeki olehNya kita pasti dapat ketemu..buat sahabat yang tidak sempat saya khabarkan pemergian saya, mahupun sebab saya pergi dari anda semua..mohon ampun dan maaf...anda semua adalah antara cebisan memori indah yang pernah saya ada....Semoga sahabat semua berjaya dunia dan akhirat...Jangan lupa saya yang jauh ni...


    ^-^...rindunya....
    tak sabar nak tunggu raya...sebab kita semua akan raya sama2...satu keluarga...
    teruskan perjuangan di medan ilmu..
    akan ku iringi doa setiap detik dan waktu...

    Sunday, May 24, 2009

    Sahabat


    Siapakah yang dikatakan sahabat? Adakah perlu dia kaya dan segak? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Satu hala tuju dan matlamat yang selari?

    Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya..

    Kenapa mesti kita bersahabat???

    1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, keran
    a manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..

    2. Sahabat adalah cermin diri kita. Jka kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..

    3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik.
    Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...



    Thursday, May 14, 2009

    Selamat Hari Lahir

    Johor>Selangor> Pinang> Perlis ( saya tangguhkan dulu entry ni )
    insya Allah saya akan ceritakannya kemudian.

    Entry ni khas buat sahabat-sahabat yang menyambut kelahiran pada bulan Mei

    Maaf atas kelewatan mengucapkan hari lahir buat kalian semua kecuali nurul akmal., kamu saya terlebih awal, takut nanti saya terlupa. Moga kamu, kamu dan kamu berjaya dalam bidang yang diceburi serta peroleh kejayaan dunia dan akhirat. Moga kamu, kamu dan kamu juga sentiasa dibawah rahmat & perlindunganNya. Sesungguhnya saya sebagai sahabat hanya mampu doakan kalian sentiasa sihat dan mendapat sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kalian

    *Muhammad Khalid ( 6 Mei 1988 )
    *Muhammad Nurul Akmal ( 30 Mei 1988)
    *Hamizah Hashim ( 13 mei 1987)

    disini saya kongsikan khas buat kamu bertiga apa yang saya jumpa. Jika kebetulan pembaca juga berkongsi tarikh yang sama macam sahabat saya sila-silakanlah baca. Ciri peribadi seseorang menurut tarikh lahir

    **

    6, 14 & 27

    Mereka merupakan pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan mereka disegani.Dalam soal cinta, mereka ingin memberi yang terbaik kepada pasangan.Namun begitu, harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

    **

    2, 11 & 30

    Mereka mudah perasan dan tersinggung.Sifat yang suka menyendiri membuatkan mereka lebih gemar tinggal di rumah.Ramai yang suka bergaul dengan mereka kerana perwatakannya yang lembut dan ramah.Mereka paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati orang yang benar-benar dicintainya.Namun begitu, dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak.Sayangnya, untuk urusan masa depan, dia bersikap pesimis, sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu, perlu ada pendorong agar mereka tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

    **

    4 & 13

    Mereka ini pandai, suka bergaul dan mudah mengubah pendapat.Mereka seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, mereka merupakan pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar pasangan. Sifat ini membuatkan orang tidak menyukai apa lagi bersimpati dengan mereka.Mereka sering bersifat dingin dengan orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah.Tapi, mereka bersifat kelakar, mudah ketawa dan kadang kala bersikap keanak-anakan.

    **

    Sunday, March 08, 2009

    Mencari Teman Ke Syurga


    Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

    Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.

    "Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami" (20:29-35)

    Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan?

    Saidina Umar mengatakan, "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya" Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.

    Namun, berusahakah kita untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik? MENJADI TEMAN KE SYURGA Menjadi teman ke syurga dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang layak bagiNya.

    "Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya" (3:102)

    Ayat ini mengisyaratkan kepada kita untuk membiarkan hati kita berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada dirinya. Setiap kali ia mendekat kepada Allah dengan ketaqwaan maka akan terbukalah hatinya untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapainya, dan merindukan darjat yang ada di atas apa yang telah diraihnya lalu selalu memandang ke arah kedudukan yang lebih tinggi lagi.

    Muhammad Ahmad Rasyid mengatakan "ketinggian itu hanya boleh diraih dengan kelelahan", memberitahu kepada kita bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh utk mendapat darjat ketinggian taqwa di sisi Allah. Apa kaitan taqwa dan teman ke syurga? Taqwa dalam diri sahaja yang akan mendorong seseorang mencari teman ke syurga, menemaninya dalam kehidupan siang harinya, mendampinginya dalam ibadah malamnya. Dan seseorang yang benar-benar meletakkan taqwanya kepada Allah sahaja akan bersungguh-sungguh (sehingga kelelahan tetapi) terus ingin meningkatkan darjatnya di sisi Allah dan dia benar-benar memerlukan teman untuk menguatkan urusan siang dan malamnya, sebagai hamba, dan khalifah. Ciri taqwa ini akan menjadikan dirinya sendiri adalah seorang teman ke syurga, lantas dia layak untuk mendapat teman ke syurga yang hanya didapati melalui anugerah dari Allah. Teman yang akan sentiasa mengingatkan, tatkala kelelahan, akan janji yang menjadi asas perhubungan ini, asasnya hanya kerana Allah, lantas itu kita menjadi "menjadi teman ke syurga".

    Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah, dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apapun matlamat kita hanya satu, meraih syurgaNya. "Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah, bermula pada diri kamu. Tingkatkan penghayatan diri kamu pada cinta pada Allah, berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat, nescaya kamu akan menjadi teman ke syurga dan Allah akan mengurniakanmu teman ke syurga."

    Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi 'teman ke syurga', mencari redhaNya yang Esa, Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku" (Hadith Qudsi) Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada "teman ke syurga". Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya, menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan teman ke syurga.

    Ayuh, perbaiki diri !

    Saturday, February 28, 2009

    Antara Marah Dan Sayang

    Pernahkah terasa marah yang teramat pada seseorang yang kita sayang? Teramat marah sehinggakan terasa ingin lari jauh daripadanya. Marah sampai adakalanya rasa tidak mahu lagi menghabiskan hari-hari menatap wajahnya. Pernah?

    Sebagai manusia biasa tidak dinafikan adakalanya nafsu amarah menguasai fikiran. Jiwa berkecamuk mempengaruhi tindakan. Sehinggakan akal terpinggir, emosi tertekan.

    Lantas, apakah tindakan mewaraskan fikiran? Agar tiada hati terluka, merana dan sengsara.

    Seringkali, bila hati sendiri terluka. Hanya diri sendiri yang tahu ubatnya. Lantaran tiada siapa yang hadir menghulur tanda. Bahawa dia sedia mendengar dan memujuk jiwa lara. Hanya kepada Allah tempat mengadu. Melampiaskan tangis dan juga sendu. Mohon dikurniakan segenap kekuatan. Dalam jiwa mercup ketenangan.

    Duhai diri lihatlah cahaya. Pada dirinya yang tulus mencinta. Dia juga insan biasa. Tiada lari dari dosa. Bahkan kasihnya menggunung tinggi. Terpahat kukuh di dalam hati. Biarpun bibirnya bisu menyepi. Sentuhan kasihnya setiap hari. Ciuman di pipi sentiasa diberi. Mengiringi langkah keluar berbakti. Juga usaha mencari rezeki.

    Duhai diri lihatlah matanya. Diulit payah menelan tabah. Dia insan, kekasih hati. Juga sahabat di kala sepi. Hargailah dia jangan dinafi. Pengorbanannya ikhlas demi dakwah dan islah. Biar diri letih dimamah. Semua direnang semua diredah.

    Bila direnung rasa kasih menggunung. Sedarlah diri nilai kasihnya. Tiada ke mana amarah membuta. Cuma siraman api membara. Sejukkan dengan wudhu' dan doa. Moga diri sentiasa sedar. Memilih intan dari kaca. Kerana cinta hamba turutkan. Kerana kasih hamba sabarkan. Moga di syurga kita ketemu. Bertaut iman, redha bertamu.

    Amin Ya Rabbal 'Alamin