Alhamdulillah, Program Daurah Kefahaman dan Penghayatan Al-Quran bagi tahun 2010 berakhir dengan baiknya pada 24 Dis 2010. Sepanjang program terlalu banyak ilmu yang dikongsi bersama-sama peserta-peserta kumpulan. Adik-adik peserta juga semuanya ceria-ceria belaka.
Dengan berakhirnya....secara rasminya saya dapat menikmati cuti semester dengan tenang sebelum kembali ke sekolah. Ngeee~~~
Nota1 : Rasa gerun bila tengok subjek-subjek semester 5...Ya Allah smg segalanya dipermudahkan
Nota 2: Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis.
Showing posts with label Program. Show all posts

Friday, December 24, 2010
Saturday, December 11, 2010
Banyak cerita
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah.....Alhamdulillah.... Saya sangat-sangat bersyukur pada-Nya, sepanjang teratak usang saya ini dibiarkan sepi...banyak dugaan dan anugerah-Nya yang diberikan saya hargai setulus hati... Bila dugaan datang saya tahu ia datang untuk menguji,dan saya mampu hadapinya kerana Allah SWT tidak akan menduga hamba-Nya melebihi kemampuan.... namun disaat anugerah muncul saya tahu Allah always be my side....
Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Untuk ketika ini, saya sangat gembira....Yipiee.!!!
Pertamanya sebab result exam semester 4..
Result yang sangat meningkat berbanding semester 3 dahulu...
Alhamdulillah...
Oklah, saya akan menceritakan dengan lebih teratur dan kemas, mengapa saya
susah sangat nak update blog ini dengan lebih berdisiplin....
Bermulanya, saya sangat-sangat malas mengupdate blog, bila minggu-minggu menghampiri exam final sem lepas, saya sangat sibuk dengan group discussion, final project, dan presentation.. Lagipun disebabkan semester lepas saya hanya ada satu subjek sahaja yang mempunyai final paper dan selebihnya hanyalah final project. Jadi komitmen yang lebih perlu diberikan.
Alhamdulillah, segala usaha untuk semester lepas berakhir dengan peperiksaan akhir pada 25/11. Saya bercuti semester lebih sikit dari rakan-rakan kelas yang mengambil subjek minor selain sistem. Tetapi saya tidaklah terus bercuti. Sebaliknya saya mengambil kesempatan masa yang ada untuk menghadirkan program, dan melawat arwah pak cik saya ( pada ketika itu sedang tenat di IJN). Sayu hati bila tgk dia tak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.
Pak Cak adalah abang sulung abi saya, dan antara pak cik yang sangat rapat dengan saya. Dihari arwah pergi buat selamanya, sungguh meruntun jiwa kerana hanya 2 minggu sebelum tarikh pernikahan kak ina, anak ketiga arwah. Namun kami redha kerana DIA adalah sebaik perangcang. Dia meninggal betul-betul selepas azan isyak. dan disaat di masih dihujung-hujung nyawa saya berada di dalam bilik ICU tersebut bersama sepupu yang lain dan adik beradik ayah saya yang lain. Sangat merunutn jiwa melihat orang yang kita sayang dicabut nyawa, dan ianya betul-betuk mengingatkan pada saya bahawa kematian itu sangatlah dekat. Semua ahli keluarga termasuk yang jauh dan dekat mengalirkan air mata.. Lobi IJN dipenuhi saudara mara dan sahabat handai arwah.
Selepas selesai semua urusan pengeluaran jenazah dari ICU IJN... keluarga arwah pulang dulu kerumah menyiapkan rumah untuk jenazah dimandikan dan dikafankan. Saya sekeluarga membantu anak-anak arwah unutk dikeluarkan dari bilik jenazah dan dibawa pulang menggunakan van mayat ke Subang Bestari tempat arwah akan dikemubikan. Ketika di dalam bilik mayat, saya terus membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada arwah sementera menunggu van jenazah tiba. Disebabkan arwah tidak mempunyai anak-anak lelaki iaitu keempat-empatnya perempuan. Maka tenaggungjawab ini dipikul oleh abi dan adik-adik arwah yang lain.
Alhamdulillah semua urusan pengkebumian jenazah berjalam dengan lancar. Ok tutup cerita sedih, yang pergi tetap akan pergi. Kita yang masih ada ni, siapkan bekalan untuk kesana juga yang kekal abadi.
Mari kita cerita bab kawin-kawin pulak. haha...
Tapi saya terkilan sikit cerita bab kawin ni, bukan terkilan sebab saya tak kawin,
Bukannya apa, terkilan sebabnya dua perkahwinan ini adalah pada hari yang sama, dan saya perlu memilih untuk menghadiri yang mana satu. Sudah tentu la saya perlu utamakan mana yang saya sudah berjanji iaitu kak ina, anak arwah pak cak untuk ke majlis nya menjadi tukang bagi gift...dan walimatul urus lagi satu adalah kak yatt, saya tidak dapat menghadirkan diri. Dan hanya berkesempatan datang sewaktu majlis pertungan kak yatt sahaja.
Cerita program pulak,
Alhamdulillah sepanjang cuti ni, yang sebenarnya saya masih lagi belum dapat menikmati cuti. Saya sempat ke beberapa program, antaranya Program Daurah Kefahaman Islam & Penghayatan Al-Quran Remaja Masjid Negeri Selangor, dan Kembara Korban.
Mohon maaf, untuk program kembara korban tidak banyak gambar yang boleh di kongsi, kerana camera saya tidak bawa hanya pinjam camera orang, jadi tak boleh la lebih-lebih...dan untuk progam bawah kerajaan negeri selangor tu, saya menjadi fasi.. dan iainya berlansung sehingga 24/12 ni.. dan secara rasminya saya akan betul-betul menikmati cuti semester saya pada 24 ni. Alhamdulillah....
Nota 1: Pada yang bertanya tentang result, alhamdulillah result sangat menggembirakan.
Nota 2: Esok akan ke Institut Perguruan yang berdekatan Bandar Tun Razak, ada program disana.
Nota 3: Hari ini dari pagi tadi, tak henti2 saya teringatkan arwah...punca kenapa tiba2 ia muncul saya sendiri pun tak pasti
Nota 4: Alhamdulillah, sem depan saya dapat kerja part time baru yang lebih berkait dengan pengajian saya di UiTM, tapi anak-anak muridku, tugasku sebagai muallimah tidak akan ditinggalkan..kerana i'm already inlove teaching u all...
Alhamdulillah.....Alhamdulillah.... Saya sangat-sangat bersyukur pada-Nya, sepanjang teratak usang saya ini dibiarkan sepi...banyak dugaan dan anugerah-Nya yang diberikan saya hargai setulus hati... Bila dugaan datang saya tahu ia datang untuk menguji,dan saya mampu hadapinya kerana Allah SWT tidak akan menduga hamba-Nya melebihi kemampuan.... namun disaat anugerah muncul saya tahu Allah always be my side....
Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Untuk ketika ini, saya sangat gembira....Yipiee.!!!
Pertamanya sebab result exam semester 4..
Result yang sangat meningkat berbanding semester 3 dahulu...
Alhamdulillah...
Oklah, saya akan menceritakan dengan lebih teratur dan kemas, mengapa saya
susah sangat nak update blog ini dengan lebih berdisiplin....
Bermulanya, saya sangat-sangat malas mengupdate blog, bila minggu-minggu menghampiri exam final sem lepas, saya sangat sibuk dengan group discussion, final project, dan presentation.. Lagipun disebabkan semester lepas saya hanya ada satu subjek sahaja yang mempunyai final paper dan selebihnya hanyalah final project. Jadi komitmen yang lebih perlu diberikan.
Alhamdulillah, segala usaha untuk semester lepas berakhir dengan peperiksaan akhir pada 25/11. Saya bercuti semester lebih sikit dari rakan-rakan kelas yang mengambil subjek minor selain sistem. Tetapi saya tidaklah terus bercuti. Sebaliknya saya mengambil kesempatan masa yang ada untuk menghadirkan program, dan melawat arwah pak cik saya ( pada ketika itu sedang tenat di IJN). Sayu hati bila tgk dia tak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.
![]() | ||
| Ya Allah, masa ini setiap kali saya masuk melawat di ICU, saya akan bisikkan " Pak Cak, akak datang ni, cepat sembuh tau" |
![]() | |
| Ini gambar arwah sebelum pembedahan bypass jantung dibuat... Sedih tgk gambar2 ni balik..dia sangat2 hepi sebelum dibius.. |
Selepas selesai semua urusan pengeluaran jenazah dari ICU IJN... keluarga arwah pulang dulu kerumah menyiapkan rumah untuk jenazah dimandikan dan dikafankan. Saya sekeluarga membantu anak-anak arwah unutk dikeluarkan dari bilik jenazah dan dibawa pulang menggunakan van mayat ke Subang Bestari tempat arwah akan dikemubikan. Ketika di dalam bilik mayat, saya terus membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada arwah sementera menunggu van jenazah tiba. Disebabkan arwah tidak mempunyai anak-anak lelaki iaitu keempat-empatnya perempuan. Maka tenaggungjawab ini dipikul oleh abi dan adik-adik arwah yang lain.
Alhamdulillah semua urusan pengkebumian jenazah berjalam dengan lancar. Ok tutup cerita sedih, yang pergi tetap akan pergi. Kita yang masih ada ni, siapkan bekalan untuk kesana juga yang kekal abadi.
Mari kita cerita bab kawin-kawin pulak. haha...
Tapi saya terkilan sikit cerita bab kawin ni, bukan terkilan sebab saya tak kawin,
Bukannya apa, terkilan sebabnya dua perkahwinan ini adalah pada hari yang sama, dan saya perlu memilih untuk menghadiri yang mana satu. Sudah tentu la saya perlu utamakan mana yang saya sudah berjanji iaitu kak ina, anak arwah pak cak untuk ke majlis nya menjadi tukang bagi gift...dan walimatul urus lagi satu adalah kak yatt, saya tidak dapat menghadirkan diri. Dan hanya berkesempatan datang sewaktu majlis pertungan kak yatt sahaja.
![]() | |
| Selamat pengantin baru kak ina (cousin) dan faizul.. |
![]() |
| Kak yatt, selamat pengantin baru...moga baitul muslim yang dibina melabarkan lagi sayap dakwah ke selatan.. |
Alhamdulillah sepanjang cuti ni, yang sebenarnya saya masih lagi belum dapat menikmati cuti. Saya sempat ke beberapa program, antaranya Program Daurah Kefahaman Islam & Penghayatan Al-Quran Remaja Masjid Negeri Selangor, dan Kembara Korban.
Mohon maaf, untuk program kembara korban tidak banyak gambar yang boleh di kongsi, kerana camera saya tidak bawa hanya pinjam camera orang, jadi tak boleh la lebih-lebih...dan untuk progam bawah kerajaan negeri selangor tu, saya menjadi fasi.. dan iainya berlansung sehingga 24/12 ni.. dan secara rasminya saya akan betul-betul menikmati cuti semester saya pada 24 ni. Alhamdulillah....
| Keempat-empat gambar diatas adalah sebahagian adik-adik kumpulan saya. yang selebihnya malu-malu kucing nak ambil gambar... |
Nota 1: Pada yang bertanya tentang result, alhamdulillah result sangat menggembirakan.
Nota 3: Hari ini dari pagi tadi, tak henti2 saya teringatkan arwah...punca kenapa tiba2 ia muncul saya sendiri pun tak pasti
Nota 4: Alhamdulillah, sem depan saya dapat kerja part time baru yang lebih berkait dengan pengajian saya di UiTM, tapi anak-anak muridku, tugasku sebagai muallimah tidak akan ditinggalkan..kerana i'm already inlove teaching u all...
Thursday, December 31, 2009
Perhimpunan Karisma Nasional 2009
Tanpa bekalan, pendakwah mudah gugur
BUKIT DAMANSARA, 26 Disember - Seorang pendakwah muda perlu menyediakan dirinya dengan pelbagai ilmu dan ketrampilan kerana tanpa bekalan secukupnya, cabaran dan tekanan akan menjadikan dirinya mudah tergelincir dari landasan dakwah. Antaranya adalah ilmu berkaitan apa yang hendak disampaikan dan cara penyampaiannya. Seorang pendakwah yang baik perlu memahami apa itu Islam dan tahu pula bagaimana hendak membuat orang lain tertarik untuk mendengar tentang Islam itu daripadanya.
Bekas Profesor Madya Fakulti Syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya, Ustaz Alias Othman menitipkan noktah tersebut dalam penyampaiannya berkaitan bekalan di jalan dakwah buat para pemuda bertajuk 'Persiapan Para Du'at Sepanjang Perjalanan Dakwah'. Beliau diundang membuat pengisian sempena Perhimpunan KARISMA Nasional (PKN) 2009 di Masjid Umar Al-Khattab di sini semalam.
"Kedua-dua perkara ini (bahan dakwah dan kemahiran berdakwah) perlu ada pada diri anda semua, dan persiapannya adalah gabungan kaedah klasik dan semasa," bicaranya."Anda juga perlu menguasai ilmu yang mampu menentukan sama ada sesuatu perkara itu selari dengan syariat atau tidak, yakni memastikannya tidak bercanggah dengan nas, bersesuaian pula dengan keadaan masyarakat setempat (mudah diterima oleh orang awam), bersifat adil dalam mengkritik sesuatu dengan menyatakan keburukan dan kebaikannya sekali, tahu meletakkan keutamaan dalam melakukan sesuatu tindakan dan mampu berpegang kepada nas yang lebih selamat andaikata terdapat dua nas yang kelihatan saling bercanggah," jelas beliau lagi.
Bertolak dari situ, pendakwah perlu pula mahir melaksanakan operasi serta bijak dalam pengurusan dan keterampilan diri. Menurutnya, pendakwah ibarat doktor yang harus pergi kepada pesakit untuk merawatnya. Jadi dia perlu berketerampilan, umpamanya dari sudut psikologi dan bahasa.
Sungguhpun membincangkan perkara serius, para perwakilan yang mendengar kelihatan segar kerana penyampaian beliau dibantu pertunjukan multimedia menarik diselang-seli dengan jenaka bersahaja dan santai.
Agak lucu dan terpukul hadirin apabila Ustaz Alias yang diketahui menguasai ilmu agama dan syariah ini mengusik berkaitan isu bahasa, "Saya sangat sakit hati dan sakit telinga apabila mendengar orang menggunakan perkataan 'mereka-mereka' (sepatutnya 'mereka') dan 'para-para hadirin' (sepatutnya 'para hadirin')." Kemudian, dengan nada berseloroh, beliau menjelaskan 'para-para' adalah tempat ibunya menyimpan belacan ketika beliau masih kecil dahulu.
Ilmu lain yang harus dipelajari adalah ilmu berkaitan organisasi termasuk gerakan, pendekatan, visi, misi dan strategi dakwah serta ilmu berkaitan pengurusan.
"Selain itu, anda juga perlu tahu tentang Islam dan musuh Islam, masyarakat dan komunikasi. Ertinya, kalau kita nak sampaikan Islam, kita kena tahu apa itu Islam, bak kata pepatah, 'minta sisik pada haruan, minta sengat pada keli.' Jangan minta sisik pada keli, atau minta sengat pada haruan," katanya.
Beliau mengingatkan perwakilan supaya menguatkan hubungan dengan Allah dalam menghadapi tekanan-tekanan yang mendatang. Persediaan bagi membina daya tahan diri, fizikal dan kewangan juga amat penting bagi mengekalkan stamina perjuangan, di samping memastikan wang yang digunakan halal dan dapat diurus dengan baik."Hiduplah secara sederhana, berbelanjalah di bawah paras kemampuan dan didiklah keluarga berjimat cermat. Akhirnya, buatlah simpanan kekal walaupun sedikit, buat perancangan kewangan bulanan dan elakkan pembaziran," katanya lagi.
Pada usia 68 tahun, Ustaz Alias tampak masih bertenaga dan intonasi suaranya tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan 20-30 tahun yang lalu. Formula beliau ialah sentiasa bersemangat memperjuangkan kebenaran serta yakin dengan pertolongan Allah.
Perhimpunan KARISMA Nasional 2009 pada 25-26 Disember tahun ini menginjak usia 10 tahun penubuhannya dan tema yang dipilih ialah 'Sedekad Mengukuh Tekad'. Kira-kira 300 perwakilan hadir dalam PKN kali ini.
Thursday, December 24, 2009
Sedikit Dalam Masa Yang Singkat
alhamdulillah...sehari dua ini saya begitu terkejar-kejar melakukan banyak tanggungjawab yang diamanahkan pada saya...ada masanya semua dikehendaki dalam masa yang sama
amanah dari seorang ayah kepada anaknya,
amanah mummy ani untuk jaga farah di hospital selayang,
amanah saya menguruskan perniagaan buku abi,
amanah dan tanggungjawab saya selaku hamba Allah swt di bumi penuh barakah ini....
amanah mendidik adik-adik ketika umi dan abi bekerja...
dan seribu satu amanah selaku pendakwah, sahabat, jiran, anak, kakak, dan bakal pelajar...
namun syukur ke hadrat illahi...saya dengan segala kekurangan yang ada mencuba yang terbaik untuk semua amanah ini, kerana saya tahu ia akan di hisab kemudian...
cuma doakan saya berterusan dengan semanagat dan ikhlas dengan semua ini.
Diikutkan jari dan minda ini, saya ada dua tiga catatan untuk digarab dan dikongsi buat sahabat semua...cuma keadaan saya agak letih mencantas masa saya untuk jari-jemari ini terus mencoretkan catatan tersebut...
Dengan keadaan badan yang letih ( saya baru sahaja pulang dari Hospital Selayang) sejam yang lepas iaitu pada 12.46 am....setelah selesai giliran saya menjaga adik yang baru selesai menjalani pembedahan pembuangan tonsil pada pagi semalam...membuatkan saya letih...saya tertidur diatas kerusi secara duduk ketika menunggu adik, ditambah pula keadaan hospital yang terlalu sejuk dengan penghawa dingin satu pakej yang lengkap untuk saya sakit pinggang. Namun terus digagahkan...kerana saya perlu menhadiri PKN 09 ( Perhimpunan Karisma Nasional ) di Masjid Umar Al-Khattab dari 24-26 Dis 2009.
Mohon sahabat berdoa agar kesihatan saya bertambah baik dan segala program dikemudian ini berjalan dengan lancar.
Nota 1: Ketika di Hospital Selayang, sedikit pengalaman dapat saya pelajari disana, insya Allah akan saya kongsikan kemudian.
Nota 2: Jika anda diajukan soalan...siapa yang anda paling sayang antara ibu dan ayah anda, anda hanya boleh memilih salah seorang dari mereka...siapa yang anda akan pilih?
Nota 3: Insya Allah esok kami perwakilan dan pemerhati dari UiTM Segamat untuk PKN 09 akan berkumpul terlebih dahulu ke KL Sentral sebelum bertolak ke lokasi PKN. Harap segalanya berjalan lancar dan selamat sampai.

Thursday, December 10, 2009
Kursus Pemanduan Berhemah KESEDAR
Beberapa gambar yang sempat saya masukkan....insya Allah kemudian saya akan ceritakan tentang kursus pemanduan berhemah KESEDAR ni...
dan..
ada berita gembira yang saya terima semasa berkursus disana iaitu di Ipoh
Saya syukur sangat dengan pelawaan itu
saya terima pelawaan itu tampa berfikir panjang
sebabnya peluang dan pengalaman bukan selalu
bersama kita...betul tak??
kemudian juga saya ceritakan tentang pelawaan tu...
Thursday, October 08, 2009
Konvo Edisi 1
Alhamdulillah setelah 3 tahun berpenat-lelah di bumi segamat, bumi Allah yang begitu memberi seribu kenangan indah dan pahit kepada saya, akhirnya salah satu impian saya antara berpuluh yang saya senaraikan tercapai juga iaitu menggulung segulung diploma. Insya Allah mengikut apa yang dijadualkan oleh pihak UiTM, Konvokesyen ke 71 akan berlangsung dari 15-27 Oktober 2009. Sebanyak 18 sidang akan berlangsung pada kali ini, dan mengikut surat yang diberikan pada saya, giliran saya adalah 476 pada sidang ke 18. Nampaknya giliran sidang saya jatuh pada hari ke 3 terakhir.
lambatnya...mungkin kehangatannya tidak sama bagi sahabat-sahabat yang dapat bersidang dihari pertama. Apa boleh buat semua UiTM dah jadualkan.
ikut saje la...that the rules...
Sebut pasal peraturan ni, bukan setakat itu sahaja, banyak lagi yang saya perlu buat untuk konvokesyen ni, bayar yuran konvo tu memang satu kemestian, selain tu saya dikehendaki juga mengesahkan kedatangan dan maklumat peribadi di menu PENGESAHAN KONVO 71
Ha ada lagi,

Namun segala denda telah saya selesaikan semasa clearance di UiTM Segamat pada Julai yang lepas. Dicongak kembali agaknya jumlah denda saya dengan perpustakaan UiTM Johor, kosnya
membolehkan saya membeli sebuah novel agaknya.
Jika denda melibatkan "Denda Lalulintas/ Denda Keselamatan dan lain-lain" saya mempunyai rekod bersih.
lalalala...
Untuk yang ini pula, "Mencetak slip kehadiran konvokesyen (Borang Jubah) dan dibawa semasa hari pendaftaran dan pengambilan jubah yang telah dijadualkan." sudah saya buat, dan insya Allah tarikh untuk saya mengambil jubah konvo di UiTM adalah pada 23 Oktober.
Segala perkara telah saya selesaikan, cuma satu ni je yang saya agak berat nak buat segera, apa dia? bayar yuran konvo yang berjumpah RM115 tu...entahlah..beratnya nak keluar ke Bank Islam untuk buat pembayaran dan lebih berat dengan amaunnya yang mencecah lebih seratus hinggit tu...
..Nanti-nanti la sebelum 23 Oktober tu, insya Allah saya bayar...
ok lah saya berhenti disini dulu...Insya Allah dikemudian waktu saya corat-coretkan lagi repekan saya disini...
p/s: Boleh sesiapa share dengan saya macam mana nak bunuh virus malas yang dah merebak hampir keseluruh badan saya? please......
Sebut pasal peraturan ni, bukan setakat itu sahaja, banyak lagi yang saya perlu buat untuk konvokesyen ni, bayar yuran konvo tu memang satu kemestian, selain tu saya dikehendaki juga mengesahkan kedatangan dan maklumat peribadi di menu PENGESAHAN KONVO 71
Ha ada lagi,
- Para graduan dikehendaki menyemak sekiranya terdapat denda dengan pihak Universiti (Denda Lalulintas/ Denda Keselamatan dan lain-lain) yang masih belum dijelaskan. Graduan yang tidak menjelaskan denda universiti dan yuran konvokesyen tidak akan diberikan jubah akademik UiTM.
- Mencetak slip kehadiran konvokesyen(Borang Jubah) dan dibawa semasa hari pendaftaran dan pengambilan jubah yang telah dijadualkan.
Namun segala denda telah saya selesaikan semasa clearance di UiTM Segamat pada Julai yang lepas. Dicongak kembali agaknya jumlah denda saya dengan perpustakaan UiTM Johor, kosnya
membolehkan saya membeli sebuah novel agaknya.
Jika denda melibatkan "Denda Lalulintas/ Denda Keselamatan dan lain-lain" saya mempunyai rekod bersih.
Untuk yang ini pula, "Mencetak slip kehadiran konvokesyen (Borang Jubah) dan dibawa semasa hari pendaftaran dan pengambilan jubah yang telah dijadualkan." sudah saya buat, dan insya Allah tarikh untuk saya mengambil jubah konvo di UiTM adalah pada 23 Oktober.
Segala perkara telah saya selesaikan, cuma satu ni je yang saya agak berat nak buat segera, apa dia? bayar yuran konvo yang berjumpah RM115 tu...entahlah..beratnya nak keluar ke Bank Islam untuk buat pembayaran dan lebih berat dengan amaunnya yang mencecah lebih seratus hinggit tu...
ok lah saya berhenti disini dulu...Insya Allah dikemudian waktu saya corat-coretkan lagi repekan saya disini...
p/s: Boleh sesiapa share dengan saya macam mana nak bunuh virus malas yang dah merebak hampir keseluruh badan saya? please......
Friday, June 12, 2009
Berakhirnya Penantian
Assalamualaikum...moga semuanya dalam keadaan sihat dan baik-baik sentiasa...erm, saya sebenarnya sangat kepenatan namun keinginan hati mendesak jari jemari ini untuk menyiapkan entry ini. Sebelum saya pergi terus kepada apa yang saya ingin kongsikan dengan kalian semua tentang apa penantian yang berakhir bagi saya,
saya terlebih dahulu mengucapkan salam takziah buat keluarga sahabat saya I'nal Bin Jantan@Hashim, arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.55ptg(10 june 2009) . MOga rohnya dicucuri rahmat dan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sebenarnya...Berakhirnya Penantian adalah
penantian saya untuk menunggu keputusan semester 6 di UiTM Johor Akhirnya berakhir.....result final exam kuar hari ini...rasa lega yang amat tidak boleh diceritakan setelah melihat result...saya bergantung kepada result ini untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah...alhamdulillah dengan keputusan ini memberi saya secebis harapan untuk ditawarkan bagi menyambung pengajian...Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan & pertolongan sahabat-sahabat sepanjang tempoh pengajian saya....lps ini makan insyaAllah Kenyang, Tido insyaAlllah Lena
Friday, May 15, 2009
SETITIS AIR MATA IBU

Mari isi masa cuti anda dengan program yang berfaedah
Buat Semua sahabat kita jumpa disana.....

(update 18 mei 2009)
Selesai ...
Sedikit perkongsian buat semua sahabat pembaca sekalian..
Alhamdulillah perancangan saya untuk menghadiri talkshow ini berjalan dengan lancar, kami
( saya, afiqah, layyinah (adik perempuan saya) dan syuhadah (adik perempuan afiqah) selamat sampai di Masjid Shah Alam tepat pukul 9.30.
Ya Allah sangat terkejut melihatkan keadaan dewan kerana sudah dipenuhi orang ramai..samapaikan ada yang berdiri kerana kerusi tidak cukup. Kaum muslimin juga tidak ketinggalan mengikuti program tersebut.
Majlis dimulakan agak sedikit lambat kerana Ustaz Hasrizal dan Dr Rubiah menghadapi kesulitan mencari dewan yang mengadakan program talkshow ni. Itu bukan yang saya nak ketengahkan disini, sebab kami sendiri juga pada mulanya tersesat juga, kerana terkeliru dengan kursus kawin, kelas agama dan bayak lagi aktiviti lain yang jadi aktiviti mingguan di m asjid shah alam.
Jika tanya saya tentang pegisian? Macam-macam saya dapat dari mula majlis sampai habis.. Isu yang dikupas merangkumi untuk bapa, ibu, dan anak2-anak.
mungkin jika pembaca di website Ustaz Hasrizal (www.saifulislam.com) anda akan dapat pegisian yang lebih jelas lagi tentang pegisian talkshow ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)