Friday, February 24, 2012

Terkini Secara Pukal

Bismillahirrahmanirahim...

Bilik Rekod Fakulti Perubatan UiTM
Alhamdulillah atas rezeki dan kehidupan yang saya lalui sekarang, nikmatNya sangat mencurah-curah dan tidak ternilai diberikan. Sebetulnya saya berjanji untuk mengemaskini blog pada hujung minggu ini, tetapi disebabkan ada masa terluang sekarang, kerana hari ini saya bercuti. Saya kongsikan dengan pembaca semua. Alhamdulillah minggu ini adalah minggu terakhir saya menjalani attachment  di Hospital, 2 minggu di Hospital UiTM ( Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh dan seminggu di Hospital Sungai Buloh. Insya Allah jika tiada masalah minggu depan adalah minggu terakhir saya menjalani attachment. Pengalaman 2 minggu ketika di UiTM tidak banyak yang saya boleh kongsikan dan pesakit pun sangat sedikit, namun dari segi pengurusan bilik rekod bagi hospital yang baru dibuka banyak yang saya dapat belajar, apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak perlu. Contohnya pemilihan rak-rak untuk menyimpan fail rekod pesakit dan borang-borang yang melibatkan pesakit serta polisi-polisi yang bersesuaian. Oleh kerana baru kebanyakkan proses di Hospital UiTM ini dijalankan secara manual. Guna borang peminjaman dan pemulangan. Saya disana tidak terlalu sibuk. Kerja lebih kepada merekod data peminjaman dan pemulangan fail pesakit.

Berbeza ketika di Hospital Sungai Buloh, 'tak menang tangan dibuatnya' minggu pertama iaitu dari hari isnin hingga khamis saya diberi tugas menjaga kaunter untuk permohonan rekod laporan perubatan, staff yang bekerja dan mengajar saya adalah Siti Nur Saidah, terima kasih Saidah kerana mengajar saya dengan penuh sabar. Hari pertama banyak kesalahan juga yang saya buat. Huh! takut dan seram jugak sebab kerja ini melibatkan undang-undang dan wang. Kerja di kaunter juga saya perlu mempunyai skill untuk memahami apa yang cuba diceritakan pesakit dan laporan bagaimana yang dimahukan. Hari pertama sahaja sudah ada waris pesakit yang "naik angin/minyak'' di kaunter, gelabah dibuatnya. Hari-hari lain pun masih ada, dan semalam hari terakhir sebelum saya bercuti hari ini. Keluarga si mati yang berbangsa India datang untuk memohon laporan perubatan bagi tuntutan insurans, mereka mahukannya dengan segera, mungkin bagi sesetengah pesakit yang tidak tahu tempoh masa untuk mendapatkan laporan perubatan adalan sebulan dari tarikh permohonan. Apa lagi isteri kepada si mati tadi terus menangis-nangis di kaunter menagih simpati. saya terus kebelakang dan memanggil staff senior minta dia mengendalikan situasi tersebut. Al-maklum, kelemahan saya, saya akan turut menitiskan air mata apabila ada yang menangis di depan saya. Alhamdulillah pihak keluarga si mati memahami prosedur dan mereka pulang.

Jika saya sebelum ini praktikal di IJN, situasinya sedikit berbeza berbanding Hospital Sungai Buloh. Ia tidak boleh dipertikaikan lagi setiap organisasi itu ada culture yang tersendiri. Right?. Yang penting bagi saya, saya perlu bijak memasukkan diri saya dalam setiap situasi yang berbeza. Masih ada seminggu lagi, Insya Allah minggu depan saya bertukar unit statistik dan pengurusan rekod (stor rekod), dah tak jumpa pesakit dah. 

Keputusan Peperiksaan vs Master. 




Status FB  saya selepas mendapat keputusan semester terakhir saya.















Alhamdulillah, saya bersyukur dengan keputusan yang diterima walaupun tidak mencapai apa yang saya inginkan, mungkin hanya sekadar itu yang termampu. Alhamdulillah dengan keputusan yang diterima, secara tidak rasminya tamatlah pengajian saya di Fakulti Pengurusan Maklumat selama 2 tahun sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda ( Kepujian ) Pengurusan Rekod. Insya Allah mengukit khabar angin graduasi kali ini akan dibuat pada bulan 5. Saya sebenarnya agak keberatan untuk hadir ke majlis graduasi nanti, walau apa pun, semua bergantung pada keadaan ketika itu. Doakan segalanya dipermudahkan olehNya. Oh ya, tahniah juga pada kawan-kawan yang lain yang mendapan senarai anugerah dekan double thumbs dari saya, anda semua hebat dan mampu mendapatkannya andai anda berusaha. Oh ya, mengenai pengajian master saya, saya masih lagi dalam kebingungan, sebenarnya halangan utama sya adalah sumber keewangan, dan cita-cita saya untuk menjadi pensyarah,( saya masih kebingungan untuk memilih Master by Research or Master by Coursework) sebab ada khabar angin mengatakan hanya research sahaja yang boleh apply untuk jadi pensyarah kelak.  Tetapi saya lebih berminat untuk mengambil yang coursework punya. Maka keputusannya kekal pending begitu sahaja, lagipun kami tawaran bersyarat masih diberikan kelonggaran untuk mendaftar lambat. 

Sepatutnya saya diminta ke Fakulti untuk mendapatkan surat tawaran asal pengajian Sarjana yang ditawarkan pada saya, tetapi saya masih keberatan. Ya Allah bantulah daku membuat keputusan, tunjukkanlah aku andai ada sesuatu yang masih tersembunyi, dekatkanlah ia andai ia masih jauh.  Sekali lagi tawaran itu dibiarkan tergantung tanpa ada sebarang keputusan. Akhir sekali, maaf pada kawan-kawan yang mesejnya tidak berbalas terumatanya yang menghantar mesej bertanyakan mengenai result exam (rasanya entry saya kali ini sekaligus menjawab persoalan kamu semua). Bukan sombong mahupun kedekut untuk membalas mesej kalian, semenjak bertukar tempat praktikal ke Sungai Buloh, jadual saya berubah 360 darjah.


Seawal 6.15 saya sudah keluar dari rumah untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan bersesak dan jem di jalan raya. Alahmdulillah kebiasaannya saya akan sampai Hospital UiTM lebih kurang pukul 7. Sementara menunggu rakan sekerja saya bersiap, kerana saya perlu menumpangkannya sebelum ke Hospital Sungai Buloh, sempatlah saya sarapan dan membaca beberapa helai muka surat ayat-ayat Al-Quran di Surau Hospital ( doakan saya diberikan masa selalu, dan istiqamah  ), selesai sarapan kami akan bersama-sama pergi ke hospital. Kebiasaannya masuk pejabat tepat-tepat pukul 8. Mulalah kerja melayan pesakit yang ingin membuat permohonan. Rehat pula pukul 1 hingga 2, masakan nak makan lagi, kemudian solat. memang masa yang ada itu cukup-cukup sahaja. Masuk kerja semula pukul 2 hinggalah pukul 5. Saya perlu menghantar kawan terlebih dahulu sebelum terus bergegas pulang ke rumah kerana saya perlu mengajar mengaji pada pukul 6, sampai rumah kebiasaannya pukul 5.30ptg, latak beg, mandi, solat dan terus ke kelas mengaji. Memang kena ada x-factor unutk bertahan dengan jadual yang agak padat ini. 

Kebiasaanya kelas mengaji akan habis sekitar jam 9, solat magrib dan Isyak saya tunaikan di kelas siap-siap, takut bila balik terlambat. Alhamdulillah, badan saya masih kuat untuk jadual begini. Sampi dirumah badan saya memang penat dan lemah, ambil masa sekejap untuk santai bersama ahli keluarga bertanyakan tentang sekolah dan pekerjaan mereka, sekitar jam 10.00 mlm saya pasti sudah bersiap-siap untuk tidur kerana saya perlu bangun sekitar jam 4.30 atau 5.00 untuk bersiap ke Hospital pula. Begitulah saya, kadang-kadang dah macam zombi pun ade.Namun itu yang perlu dikorbankan demi mendapatkan pengalaman. Alhamdulillah, itu sahaja untuk setakat ini. Saya mendaoakan sahabat semua dan pembaca blog ini agar sentiasa sihat dan dibawah lindungan Allah SWT.

Nota 1: Buat sahabat muslimah, tutuplah auratmu di dunia, agar di akhirat pintu syurga terbuka untukmu Jangan buka aurat di dunia, kelak takut nanti di akhirat pinti syurga tertutup untukmu.
Nota 2: Maaf, saya menolak kamu buat kali keempat. Saya masih belum  bersedia.
Nota 3: Jangan lupa baca surah Kahfi, Jumaat yang penuh barakah. Insya Allah ^_^

Tuesday, February 21, 2012

Kawan

Persahabatan tidak akan kekal. Ia berubah kerana beberapa faktor besar dan kecil. Bijak pandai ada menyatakan, “persahabatan umpama buku. Membakarnya hanya memerlukan beberapa saat. Menulisnya memerlukan masa yang panjang!”

Namun ada masanya buku-buku tersebut perlu dibakar. Jika tidak, ia mungkin membawa mudarat.
Bijak pandai yang lain juga pernah berkata, “teman-teman lama umpama emas, teman-teman baru umpama berlian. Namun sebutir berlian memerlukan emas untuk diikat. Jadi, ada berlian jangan lupakan emas”.
Namun ada masanya, emas dan berlian tidak lagi menarik minat. Ia sudah tidak bernilai lagi.

Kredit : Prof Kamil

Nota 1: Maaf lama tidak berupdate blog, sangat sibuk dengan praktikal dan kelas mengaji. Sampai dirumah mengadap laptop bukanlah pilihan utama, biasanya selesai solat isyak selepas balik mengajar tanpa perlu dipaksa, sebaik letakkan kepala dibantal saya akan tidur dengan lenanya. Insya Allah saya akan cuba updatekan secara pukal cuti hujung minggu ini. ^_^
Nota 2: Esok keputusan peperiksaan semester akhir saya keluar, macam-macam ada dalam kepala ni. Namun saya redha apa jua result saya dapat kerana ia pantulan kembali atas setakat mana usaha saya.