Berikut
adalah panduan dan tip daripada Pak Utih, khas untuk Gen Y yang telah
berkahwin, apabila bertandang ke rumah mertua masing-masing.
Panduan Suami Gen Y melayani Ayah Mertua
Panduan
menghormati dan melayani Ayah Mertua generasi “Baby boomer”. Isteri
Gen-Y WAJIB menerangkan secara terperinci aktiviti atau budaya ayahnya
(ayah mertua kepada suaminya) seharian kepada suaminya.
Contoh: Kebiasaan
ayah bangun sebelum subuh dan pergi ke masjid dengan kereta. Selepas
subuh Ayah singgah kedai kuih untuk dibawa balik ke rumah. Sambil
menunggu Mak sediakan minuman, ayah baca al-Quran di sofanya. Sekitar
jam 7 pagi, Ayah dan Mak sarapan bersama. Kemudian Ayah ke kebun di
belakang rumah. Waktu dhuha, Ayah naik ke rumah dan terus ke pekan
membeli ikan dan sayuran untuk di masak oleh Mak. Mereka makan tengahari
selepas Ayah solat Zohor di masjid. Petang-petang Ayah dan Mak berkebun
bunga dan atau menyapu laman rumah. Maghrib, Ayah ke masjid hinggalah
ke Isyak. Pulang dari masjid, barulah makan malam bersama-sama. Mak dan
Ayah bersembang panjang selepas makan malam dan kekadang mereka menonton
TV bersama. Masuk tidur jam 11 malam.
Suami Gen Y mesti memahami dan mengikuti budaya seharian ayah mertuanya ini. Ini terdapat dalam Al-Qasas: 27, hubungan Nabi Musa AS dengan ayah mertuanya:
“Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): “Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan
syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada
itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu
adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak
bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari
orang-orang yang baik layanannya”.
Berdasarkan maklumat budaya ayah mertua ini, jika Suami Gen Y ini bertandang di rumah ayah mertuanya:
1. Wajib dia bangun awal dan tunggu Ayah Mertuanya di tepi kereta untuk bersama-sama solat subuh di masjid. Ayah Mertua tidak sampai hati untuk mengetuk pintu bilik menantu ajak ke masjid.
2. Sekembali dari masjid, Suami Gen Y belikan sendiri kuih untuk sarapan pagi. Paling afdhal ialah tiga hari pertama berada di rumah ayah mertua itu, melainkan Ayah Mertua bertegas dia yang belikan.
3.
Sarapan bersama-sama dan duduk di kerusi atau bersila atas lantai
awal-awal sebelum ayah mertua datang. Jangan benarkan Ayah Mertua
menunggu anak menantu untuk memulakan sarapan. Ini adalah satu adab menghormati orang tua di meja sarapan.
4. Suami Gen Y meminta kebenaran untuk bangun atau tunggu ayah mertua bangun daripada kerusinya selepas makan. Juga salah satu adab menghormati orang tua di meja makan.
5.
Suami Gen Y menawarkan diri untuk ke pasar membeli sendiri barangan
memasak untuk makan tengahari. Terutama sekali pada tiga hari pertama.
6.
Setiap kali masuk waktu solat ke masjid, tunggu Ayah Mertua di
keretanya. Melainkan kereta anda memang bersih dan harum, maka pelawalah
Ayah Mertua menaiki kereta anda. Tunggu dia di kereta, bukan Ayah
Mertua yang tunggu anda di keretanya. Pendekkan wirid kerana ini lebih afdhal.
7.
Bersedialah dengan kisah-kisah diri sendiri dan soalan-soalan untuk
dijawab atau diceritakan oleh Ayah Mertua semasa sesi bersembang selepas
makan malam itu. Waktu ini HARAM (dilarang) membelek tab, smartphone, iPad dan sewaktu dengannya.
8.
Amatlah digalakkan Suami Gen Y pergi melihat Ayah Mertua di kebun
bertanyakan mengenai hal ehwal kebun dan bungaannya pada hari pertama.
Pada hari berikutnya, digalakkan membantu dia menyapu, menyangkul,
merumput dan sebagainya untuk mengeratkan lagi talian Gen Y dengan "Baby
boomer".
Panduan Isteri Gen Y melayani Ibu Mertua
Panduan
ISTERI Gen Y menghormati dan melayani IBU mertua generasi “Baby
boomer”. Suami Gen-Y WAJIB menerangkan secara terperinci aktiviti atau
budaya ibunya (ibu mertua kepada isterinya) seharian kepada Isterinya.
Contoh: Kebiasaan
ibu bangun sebelum subuh, solat dan ke dapur menyiapkan sarapan pagi.
Sekitar jam 7 pagi, Ayah dan Mak sarapan bersama. Kemudian Ibu membasuh
kain baju. Sementara tunggu Ayah kembali dari pekan, ibu mengemas dalam
rumah, menyapu sampah hingga ke halaman. Sekitar jam sebelas pagi, ibu
mula memasak untuk makan tengahari. Mereka makan tengahari selepas ayah
solat Zohor di masjid. Petang-petang Ayah dan Mak berkebun bunga dan
atau menyapu laman rumah. Ibu menyediakan minum petang dan sedikit
kudapan selepas mereka berkebun. Biasanya menikmati juadah petang di
beranda rumah menghadap ke kebun. Ayah pulang dari masjid barulah makan
malam bersama-sama. Mak dan Ayah bersembang panjang selepas makan malam
dan kekadang mereka menonton TV bersama. Sebelum masuk tidur, ibu
membasuh semua pinggan mangkuk, kuali, periuk, belanga dan dapurnya
bersih sebersihnya.
Isteri Gen Y mesti memahami dan mengikuti
budaya seharian IBU mertuanya ini. Berdasarkan aktiviti ibu mertuanya
ini, maka berikut adalah tip untuk menghormati ibu mertuanya. Jika
Isteri Gen Y ini duduk di rumah Ibu mertuanya:
1.
Wajib dia bangun awal dan dengar isyarat atau bunyi yang ibu mertuanya
telah ada di dapur. Terus ke dapur bersama ibu mertuanya. Tawarkan diri
untuk membantu ibu mertua menyediakan sarapan pagi.
2.
Waktu yang sama, perhati dan ingatkan kedudukan semua bahan-bahan
masakan yang disimpan oleh ibu mertua. Ini memudahkan isteri
mengambilnya jika dia memerlukan bahan-bahan itu.
3.
Jika Isteri Gen Y tadi dapati ada bahan-bahan masakan yang telah habis,
bolehlah bisikkan kepada suaminya untuk membeli bahan-bahan itu.
4. Perhatikan cara Ibu Mertua menghidangkan sarapan dan tiru cara itu pada hari-hari berikutnya.
5.
Jika Isteri Gen Y dapati cara bancuhan makanan atau minuman oleh Ibu
Mertuanya itu dia tidak pernah lihat, maka jangan berat mulut untuk
meminta ibu mertua mengajarnya. Pelajarilah hingga mahir seperti mana
bancuhan ibu mertua itu. Tujuannya agar masakan isteri Gen Y nanti serupa dengan ibunya.
6.
Selesai sarapan, Isteri Gen Y lah yang membasuh pinggan mangkuk dan
kemaskan meja makan itu. Melainkan dilarang oleh ibu mertua. Sambil ibu
mertua membasuh pinggan mangkuk, isteri Gen Y kembali ke bilik tidurnya,
kemas dengan rapi, dan terus ke ruang utama (tetamu) dan kemaskan serta
sapu sampah hingga ke halaman. Perhatikan cara ibu mertua mengemas pada
hari pertama sahaja. Hari-hari yang berikutnya, isteri Gen Y lah yang
membuatkannya.
7. Bantu juga ibu mertua menyediakan makanan untuk makan tengahari di dapur.
8. Isteri Gen Y menyediakan minum dan kudapan petang untuk Ayah dan Ibu mertuanya.
9. Duduk bersembang bersama keluarga selepas makan malam hinggalah ayah dan ibu mertua minta diri untuk berehat.
10. Pastikan Isteri Gen Y yang basuh semua pinggan mangkuk dan mengemas dapur setiap malam.
11. Masa yang sesuai untuk baca e-mel atau pesanan di smartphone, tab atau laptop
ialah semasa ibu dan ayah mertua di dalam bilik tidur masing-masing.
HARAM (dilarang) menggunakannya semasa sarapan pagi, makan tengahari dan
semasa sesi bersembang.
Selamat Mencuba.
Pak Utih terima kasih atas perkongsian ini
Nota 1: Bagi perempuan, setelah berkahwin ketaatan untuk suami adalah yang utama dan menggantikan ibu dan ayah kita, diikuti ibu dan ayah suami dan barulah ibu bapa kita. Buat kawan-kawan yang sudah mendirikan baitul muslim atau dalam perancangan ke arah itu, moga entry kali ini berguna untuk kalian.
Nota 2: Bagi lelaki, jangan anda abaikan ibu bapa anda setelah berkahwin kerana mereka masih tanggungjawab anda.
Showing posts with label Luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label Luahan rasa. Show all posts
Monday, December 30, 2013
Sunday, December 11, 2011
Hati Yang Cedera
Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.

Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.
Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.
Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.
Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.
Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.
Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.
Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.

Hati itu bukan hati aku lagi..
Heal my heart ya Allah..
Bless me with a new heart..
Saturday, January 22, 2011
Kesempatan Untuk Bersabar
Dzikir secara lisan seperti menyebut nama Allah berulang-ulang. Dan satu tingkat di atas Dzikir lisan adalah hadirnya pemikiran tentang Allah dalam kalbu, kemudian upaya menegakkan hukum syariat Allah di atas muka bumi dan membumikan Al-Quran dalam kehidupan. Dzikir jua apabila memperelokkan kualiti amal dalam sehari dan pemacu kreativiti baru dalam kerja dengan mengarahkan niat kepada Allah.Sabar itu sakit... diberi peluang untuk sabar bererti menambahkan nilai taqwa kepada-Nya, malah tidak pernah mengurangi sudut pandang manusia soleh kepadanya. Sifat sabar tidak pernah berlawanan dengan mujahadah. Kekuatan dalaman memberi impak maksima agar mujahadah tidak tunduk pada ujian mahupun cabaran... dakwah Nabi melalui jalan sabar.
Friday, January 14, 2011
Thabbit Qulubana Alaa Deenik
Semester pertama ..
Pakaian longgar dan menutupi seluruh badan
tudung yang labuh dan menutupi dada
Semester kedua ..
Pakaian masih begitu
tudung sudah sedikit terangkat
Semester ketiga
Pakaian kadang-kadang sedikit ketat
Tudung masih gah dipakai
Semester keempat bulan pertama
pakaian kadang2 ketat dan kadang2 longgar dan kadang2 terangkat
lengan pendek mungkin?
seluar tiga suku?
tudung litup boleh diganti dengan tudung dibahagian kepala sahaja?
trend tudung yg nampak leher atau boleh diganti dengan topi..tapi still tutup rambut bukan?
Semester keempat bulan ketiga
Bulan ramadhan,, so baju kena kembali longgar dan tudung kena pakai elok2..
nati nak pegi masjid malam2 tak manis pulak nampak dek orang..
Semester keempat bulan ke tujuh
Baju ikut kesesuaian dan keselesaan kejap buka sini kejap tutup situ..
tudung kat luar still kena pakai
tapi kalau dalam laman web sosial apa salahnya letak gambar tidak pakai tudung..at least kat luar still bertudung..
Tahun seterusnya
Baju lengan pendek pun ok,,
tudung pakai lain kali lah ~
Teringat kata-kata seorang sahabat apabila dinasihati ayahnya tentang ini..
"orang yang tak tutup aurat ni,takkan takut kepada siapa pun.. sebab dia tak takut pun kat Allah"

"O Allah, O turner of hearts!
Keep our hearts steadfast on Thy religion"
Pesanan untuk diri sendiri kerana kita belum tahu apa penghujung hidup ini
Monday, January 03, 2011
If we supply the willingness, Allah supplies the power
Walau sedaya upaya kita cuba menarik rambut di dalam tepung selembut-lembutnya agar rambut tak putus dan tepung tak berselerak tapi sampai bila-bila kita takkan mampu untuk memuaskan hati semua pihak dengan keputusan kita.
Akan sentiasa ada pihak yang takkan henti-henti mengkritik (atau membanding beza) pilihan kita dan menyediakan options lain yang di mata mereka lebih cocok dan wajar. Mulut belanga mungkin kita tutup, tapi mustahil mulut manusia.
Kita sudah dewasa, punya akal untuk menilai. Cedokan pengalaman hidup sendiri dan orang lain telah mematangkan. Yang penting, kita punya sebab untuk semua tindakan kita. Kita tahu apa yang kita lakukan, kita sedar dan bersedia untuk dipertanggungjawabkan atas segala keputusan yang kita ambil. Bukan bersifat keras kepala membuta tuli.
Tanya pada hati, jika masih ada keinginan kerana saya percaya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Di mana ada tawakal, di situ Allah akan melorongkan kemudahan. Positiflah! (walau saya tahu bukan mudah!)
Tapi jika hati sendiri goyah, maka leburkanlah segala cita-cita dan harapan. Realiti takkan terbina dari hati yang penuh syak wasangka. Hidup ini hanya untuk mereka yang optimist dan adventurous kerana kehidupan penuh dengan teka-teki yang tidak tercaturkan oleh akal terhad kita.
Jika hari ini, keputusan kita untuk memilih jalan ini, tidak mustahil jika menukar arah di kemudian hari kerana pilihan yang kita buat adalah berdasarkan pemahaman, keperluan dan beberapa faktor lain yang bersifat domestik dari segi lokaliti dan masa.
Err....faham ke?
Optimists trust that the future will be mostly good - they also believe their decisions, choices and actions shape their destinies, studies seem to indicate that optimism is only slightly influenced by genetics - 20% at best.
Sekarang, masanya untuk berhenti bermimpi dan mula untuk melakar angan-angan di atas kanvas kehidupan realiti. Adakah kamu bersedia?
Saturday, October 23, 2010
Nanti Cepat Tua
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah
Jangan marah-marah, nanti cepat tua~..orang tua-tua selalu cakap. Dengar je, kalau orang yang pentingkan awet muda, terus tak jadi nak marah. Sejuk sikit.
Alhamdulillah
Jangan marah-marah, nanti cepat tua~..orang tua-tua selalu cakap. Dengar je, kalau orang yang pentingkan awet muda, terus tak jadi nak marah. Sejuk sikit.
Saya memang sangat admire mereka yang sentiasa mampu untuk berfikiran positif dalam apa jua keadaan. Saya ulang kenyataan, sentiasa berfikiran positif. Bukan sekejap-sekejap, bukan 60%,70%,80%, tetapi hampir 100%. Setakat ini, hanya segelintir manusia yang saya jumpa atau pernah kenal, yang mampu bertindak sedemikian bila ada sahaja badai yang melanda. And obviuosly I’m out of that click. Saya kadang-kadang sahaja mampu berfikiran positif. Kadang-kadang negatif. Samada seimbang atau tidak, itu tidak dapat dikenalpasti.
Berfikir secara positif bukanlah bermaksud umpama kita ini terlampau lemah sampaikan sanggup biar orang pijak kepala kita. Tidak. Tetapi berfikiran positif adalah bilamana datang sahaja satu-satu masalah, terus usaha cari jalan penyelesaian dengan tenang tanpa marah-marah atau mengamuk tak tentu pasal. And I know, as a human being, memang susah untuk sentiasa positif dalam hidup. Lebih-lebih lagi bila yang buat hal adalah mereka yang seringkali buat hal dengan kita. Dah tak mampu nak positif lagi dah. Penat.
But I do not really like people who always think negative about others without even knowing his/her own mistakes. Hazimah kata memang ada manusia macam ini dalam dunia ini. Mereka buat macam itu sebab benda tu dah jadi subconscious mind. Jadi, bila kita tegur memang umpama masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. If it happens once in a while, still tolerable. But not too much. Saya tahu saya ini bukan siapa-siapa untuk meng-judge siapa-siapa kerana saya pun siapa-siapa kan. Let bygones be bygones. Well said. And not worth it if you keep on thinking about it. Tak membina otak dan minda.
Seperti apa yang kami belajar pengisian yang lepas, Al-Hilmi. Even Rasulullah saw sendiri, bila diminta untuk mendoakan kebinasaan kepada orang-orang musyrik dan laknatkan mereka, apa Rasulullah saw jawab?
Nabi saw Bersabda; Sebenar-benarnya saya diutus untuk menjadi rahmat, bukan untuk melaknat.
Berfikiran positif lah tuh yang Nabi ajar pada kita. Walau apa jua keadaan, bukan sampai kepada tahap mencaci-maki atau bergaduh-gaduhan. Laksanakan apa yang patut dilaksanakan secara rasional. Jadilah seorang yang pemaaf. Orang yang selalu memohon maaf dan sentiasa memaafkan. Ikut juga keadaan. Umi kata kalau terlampau banyak meminta maaf dalam keadaan kita tak pasti kita salah ke tidak, nanti orang fikir kita lemah sangat dan memang kita banyak salah sedangkan kita tak salah pun sambil orang itu tidak sedar kesalahan dia dan seronok memijak kepala kita.
Sebenarnya bila kita usaha untuk tahu apa kebaikan yang kita mampu dapat dengan sentiasa tenang dan berfikiran positif ini, kita akan sentiasa dapat usaha;
1. Mendisiplinkan diri dan menilai sejauh mana kita mampu menahan kemarahan.[ Aali-Imran:133-134]
2. Menjadi penyebab kepada ketundukan musuh. [Fusshilat:34-35]
3. Menunjukkan petanda wujud keupayaan yang terpuji pada manusia.
[Hadith dari Ibnu Mas'ud r.anhuma,Nabi saw bersabda; Pada kamu, apakah maksud pemenang pertarungan?Orang yang tidak mampu dikalahkan oleh orang lain, jawab mereka. Nabi saw bersabda; Pemenang pertarungan yang sebenarnya ialah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah. -Riwayat Muslim]
4. Melindungi diri daripada melaknat diri sendiri.
[Nabi saw bersabda; Sesiapa yang melaknat sesuatu yang tidak layak dilaknat, laknat itu akan kembali menimpa dirinya.- Riwayat At-Tirmizi]
5. Menunjukkan betapa dalamnya Iman sendiri.
[Nabi saw bersabda; Bukanlah seorang mukmin yang suka mencela, suka melaknat, mulut kotor dan celupar- Riwayat At-Tirmizi]
Muhasabah..muhasabah..muhasabahlah wahai diri ini!..
It is so true kalau nak refleksi diri, tengok apa kita buat bila tengah bengang atau marah. Kalau kita mampu diam dan menahan diri, which in other word bersabar, maka Alhamdulillah, level Iman kita ketika itu mungkin sedang meningkat naik. Namun jika ringan sahaja mulut mengeluarkan kata-kata yang tidak elok, atau lebih tak best siap menzahirkan dengan perbuatan, mungkin Iman tatkala itu lebih nipis dari kulit bawang. Tak tahulah nipis macam mana lagi. Kalau boleh bayang kita nak buat ujikaji sains dulu nak tarik sehelai kulit bawang bukan main susah supaya tak koyak dan boleh nampak sel-sel dalam bawang tu.
Anyway, Just a sharing untuk mereka yang mahu berfikir~
Wallahualam
Nota 1: Saya berkongsi cerita ini kerana, minggu ini ( minggu terakhir semester 4 ) saya terlalu bermain dengan emosi marah, boleh kata setiap hari ada je isu yang membuatkan saya cepat naik angin...mungkin iman senipis kulit bawang masa tu....
Nota 2: Terima kasih pada pihak yang mengingatkan saya dengan riwayat2 diatas...menjadikan saya back to basic atas semua yang berlaku...
Nota 3: Kepada semua ahli kumpulan agmnt for this semester, saya ucapkankan terima kasih, andai ada terkurang dan ada yang terlebih sepanjang kita bekerjasama...saya mohon segalanya dihalalkan, dan begitu juga dari pihak saya...
This is for you all, my beloved friend
We never get what we want,
We never want what we get,
We never have what we like,
We never like what we have.
And still we live & love.
That’s life…
We never want what we get,
We never have what we like,
We never like what we have.
And still we live & love.
That’s life…
The best kind of friends,
Is the kind you can sit on a porch and swing with,
Never say a word,
Is the kind you can sit on a porch and swing with,
Never say a word,
Tuesday, September 21, 2010
Menjaga Hati
Kadang-kadang saya terlalu sangat ingin menjaga hati orang lain sehingga saya membinasakan diri sendiri.
Kadang-kadang saya terlalu sangat ingin menjaga hati orang lain sehingga saya mengabaikan orang yang sepatutnya saya hargai.
Kadang-kadang saya terlalu ingin sangat menjaga hati orang lain sehinga saya kehilangan orang-orang yang berada disekitar saya.
Oleh itu,Perlu lagikah saya menjaga hati orang lain semata-mata dan akhirnya saya yang sengsara??
Nota 1: Kagum dengan seorang lecture ni, dia memang cool, dan saya rasa dia la sempoi...walaupun dari diploma sampaikan ke degree, bila sebut nama dia mojority student akan bagi feedback negatif, tapi dia tetap cool. Sebab dia menjadi diri dia sendiri
Nota 2: Marathon unutk test yang berderet-deret pulak lepas ni
Saturday, September 18, 2010
Kahwin : Cara Abi?
Tahun 2010 usia genap 22tahun, kata umi ketika di umur dia seperti saya sekarang sudah menanti masa melahirkan anak ketiga iaitu adik perempuan saya.
Maknanya, kalau mengikut keturunan, saya sepatutnya sudah berumah tangga.
Namun soal kahwin bukan urusan kita. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Ramai yang merancang tetapi tidak kesampaian. Ramai yang bercinta tetapi hampa. Ramai juga yang cuba merancang ia hanya pada suatu masa tapi jodoh muncul tiba-tiba
Umi mahupun abi selalu mengingatkan saya tatkala soal jodoh dibicarakan, jika ada sesiapa yang berkenan kena maklumkan kepada abi. Jika mahu kahwin ketika tengah belajar pun abi akan bersetuju. Namun pertimbangkan agar lelaki yang dipilih baik latarbelakangnya dan bertanggungjawab.
Ia tidak perlu dirahsiakan!
Namun cara perkahwinan di tangan abi adalah perkahwinan yang simple. Ia tidak akan membebankan bakal suami saya. Abi tidak akan menuntut sebarang duit hantaran. Tetaplah beribu atau puluhan ribu maka semuanya adalah milik Saya. Biar kesemuanya menjadi mas kahwin.
Bila selesai majlis, saya dan suami tidak menanggung hutang. Binalah hidup nanti dalam suasana yang sederhana kata abi.
Tiada belanja hangus.
Oleh itu sebelum berbincang dengan abi saya sedang memikirkan bagaimana mahu isikan majlis perkahwinan tersebut dengan caranya, buat mana yang perlu tinggalkan yang tidak perlu. Supaya apa yang keluarga kita mahukan tercapai. Biarlah ia tidak mengikut adat tetapi biar kita mencipta adat.
Ia memerlukan kesungguhan!
Nota 1: Sejuk hati bila responnya, saya cuba menjadi orang yang minum air manis dengan menambah air kosong sejuk (untuk kurangkan rasa manis dan tidak terlalu panas meminumnya). InshaAllah,saya faham dan cuba memahaminya lagi.
Nota 2: Alhamdulillah asgmnt semua sudah menghampiri garisan penamat..esok boleh fokus baca untuk test isnin dan sabtu depan ;)

Thursday, September 16, 2010
We Communicate
With you,
it’s all about voiceless communication
always knowing exactly what to say
but never actually having to say it.
it’s all about voiceless communication
always knowing exactly what to say
but never actually having to say it.
You know everything there is to know about me
you know what worries me
what keeps me up at night
doing my call badly hard
you wait till the dawn is here
and you seem to be still sincere.
you know what worries me
what keeps me up at night
doing my call badly hard
you wait till the dawn is here
and you seem to be still sincere.
I tell you to rest
you insist to keep me fresh
by telling some stories of life
that can bring me cheer and laugh.
You have magic to keep me awake
that I can’t share it with anyone else.
you insist to keep me fresh
by telling some stories of life
that can bring me cheer and laugh.
You have magic to keep me awake
that I can’t share it with anyone else.
Dear you,
I adore you for doing the routine
patiently waiting
despite of the silence.
I draw you in my mind
and keep tight in my heart.
And so I won’t forget you dear
everyday it grows fonder.
I adore you for doing the routine
patiently waiting
despite of the silence.
I draw you in my mind
and keep tight in my heart.
And so I won’t forget you dear
everyday it grows fonder.
Thank you for waiting at the end of there
may the wall crack one day
and I can see your smile again.
may the wall crack one day
and I can see your smile again.
-Khadeeja-
16/9/2010
Tuesday, August 17, 2010
Jul & Aug Musim Menetas , Dec Musim Mengawan
Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid . Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya . Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa .
Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala . Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai , hancur maruah dan binasa tamadun .
Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya. Bermula dengan pergaulan bebas , pil ectasy , dadah , arak , pusat pelacuran , filem porno , laman lucah dan sebagainya sehinggalah sekatan ke atas majlis agama , sekolah agama rakyat [ SAR ] , mengurangkan sukatan pengajian Islam di pusat pengajian tinggi , mengambil tindakan ke atas khatib yang tidak bertauliah telah menyuburkan mungkar dan maksiat yang sedang berleluasa ini .
Saya memerhatikan sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui . Jika bulan julai , august dan september ini bulan menetas ertinya bulan december sebelumnya adalah musim mengawan . Dalam bahasa mudah , jika bulan julai , august dan september ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan december sebelumnya adalah bulan berzina . [ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]
Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 january dan sambutan itu akan rayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya . Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin .
Pengalaman saya meronda bersama dengan skuad Dewan Pemuda PAS Pusat dan negeri - negeri jelas menunjukkan bahawa malam sambutan tahun baru inilah menjadi musim mengawan beramai - ramai atau besar - besaran pasangan - pasangan yang tidak mengenal lagi batas dosa dan pahala . Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas . Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada - dada akhbar yang saya yakin akan berkurang sedikit selepas september nanti .
SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .
JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .
KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .
KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.
GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.
TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .
TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .
MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .
PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.Nota 1: Arghhh, hati saya sangat geram tatkala membaca keseluruhan entry ini, maaf andai gambar-gambar diatas mengerikan sesetengah pihak. Namun jauh disudut hati saya, andai ada ibu atau bapa kepada bayi-bayi diatas membaca entry ini...ingatlah anda sudah melakukan kesalahan yang sangat besar...tidak cukup dengan berzina ditambah pula dengan membunuh. Tenteram jiwa hidup dengan diselubungi rasa bersalah??
Nota 2: Saya rasa kerajaan perlu tukar hukuman penjara 30 tahun yang baru dibuat, kepada hukuman gantung sampai mati sahaja kepada pesalah yang membuang bayi (membunuh bayi)
Friday, July 23, 2010
Tuhan Masih Sayangkan Saya
Tuhan masih sayangkan saya..
Ayat ini sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat kita dimana sahaja, terutama apabila seseorang itu mendapat sesuatu perkara atau mengalami suatu peristiwa yang memberikan makna yang membawa harapan atau penyelesaian masalah dalam kehidupan seseorang itu.
Memang secara umumnya ayat ini nampak macam sedap dan lunak didengari. Tetapi, sedarkah kita apakah maksud sebenar dari ayat ini? Mari kita dengar sekali lagi:
Oh, jadi, selama ini kamu fikir Tuhan tak sayangkan kamulah? Maksudnya kita tanpa disedari telah berSU'ULDZON (Sangka Buruk) terhadap Allah kerana menghadapi beberapa kesukaran atau pun ujian didalam kehidupan. Hanya setelah diberi pertolongan atau harapan, barulah kita menyedari selama ini Dia masih sayangkan kita? Barulah teringat nak bersyukur? Begitu?
Perkataan MASIH dalam frasa di atas itu sahaja sudah bermaksud sesuatu yang sementara sahaja dan akan berhenti pada bila-bila masa. Tak faham? Ok, lihat contoh dibawah ini:
Saya MASIH belajar di UiTM, saya akan berhenti belajar apabila berjaya menamatkan Ijazah Perguruan pada akhir tahun hadapan. ATAU
Saya MASIH menunggu ketibaan kapalterbang di KLIA . Kapal terbang dijangka tiba pada pukul 10 malam, ketika itu barulah saya akan berhenti menunggu.
Saya MASIH hidup walaupun mengalami kemalangan yang dahsyat kerana belum tiba ajal lagi.
SO, ADAKAH: Sekarang ini Tuhan MASIH lagi sayangkan anda , tetapi esok lusa tak tahu lah, mungkin Dia tak sayang pulak, ialah, manusia selalu buat dosa dan kemungkaran, so, mungkin bila buat dosa tu, Tuhan tak sayanglah...
SEDANGKAN Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang!! Allah SENTIASA SAYANG dan MEMANG SAYANG dan AMAT KASIH pada sekelian hambaNya. Tiada masih-masih dalam kasih sayang Allah!
Allah itu bukan seperti kita, manusia, yang mempunyai sifat dendam dan hasad, yang mana kita selalunya tidak akan mahu menolong orang yang membuat kesalahan pada kita. Memang benar, dosa membuatkan terhijabnya doa. Akan tetapi, Allah telah meletakkan sistemNya sendiri di mana hamba yang berdosa diberikan peluang untuk bertaubat sehinggalah nyawanya berada di kerongkong di saat sakaratul maut atau setelah matahari terbit dari sebelah barat.
Oleh itu, walau sebesar mana pun seseorang hamba merasakan dirinya berdosa, dia masih layak/entitled untuk berdoa dan doanya masih berhak untuk Allah dengari, selagi matahari belum terbit dari barat, atau roh sudah ditarik hingga kekerongkong oleh malaikat maut. Sama ada dimakbulkan atau tidak, terserah kepada budi bicara Allah S.W.T. Apa pun, ingatlah, bahawasanya, Allah hanya memberikan yang terbaik buat hamba-hambanya. Maka jika kita berasa diri kita banyak dosa, bertaubatlah. Mengapa perlu membiarkan diri terus hanyut dalam dosa hingga timbul rasa malu untuk berdoa pada Allah?
Daripada Anas bin Malik R.A
Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda: ‘Sesungguhnya Allah berfirman (maksudnya): Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu, maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan menganggap bahawa dosa kamu itu suatu yang membebankan (untuk mendengar doa kamu). Wahai anak Adam! Sekali pun dosa kamu seperti awan meliputi langit, kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya.
Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiKu (selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.’
(Riwayat Imam Tarmizi dan menurut beliau ini adalah hadis Hasan Sohih)
Hadis diatas dengan jelas telah menunjukkan kepada kita bahawa walau sebesar mana pun DOSA seseorang hamba itu, dosa tersebut tidak pernah dianggap bebanan oleh Allah untuk mendengar DOA dari hamba-hambanya.
Oleh itu, buangkan rasa inferiority complex (rendah diri yang tidak bertempat) dan juga Su'uldzon (Sangka buruk) yang hanya akan merugikan kita. Bertaubatlah dan mohon pertolongan dari Allah dengan rasa yakin dan husnuldzon.
Please be fair to HIM!!
Hello.... Cinta dan Kasih Sayang Allah pada hamba-hambaNya tak sama dengan manusia yang fana ini, tolonglah faham dan kenali betul-betul.
Oleh itu, saya sarankan supaya gunakanlah perkataan,
Bukankah yang Baik itu dari Allah, dan yang Khilaf itu dari kelemahan kita sendiri? Semua orang pandai cakap ayat ini kan?
Ada yang memberitahu saya bahawa perkara buruk tak akan berlaku pada sesiapa pun tanpa izin Allah. Benar, tak akan bergerak sebutir hama walaupun semua manusia dan jin bersatu untuk menggerakkannya tanpa izin Allah. Akan tetapi kebenaran untuk memilih buruk baik itu telah lama diberikanNya sejak dari azali lagi. Wajarkah kita mengatakan bahawa:
Aku mencuri kerana telah ditakdirkan Allah bahawa aku akan mencuri.
Dizaman saidina Umar R.A, seorang pencuri yang berkata dengan perkataan di atas telah dipotong tangan akibat mencuri dan disebat 30 kali kerana mengeluarkan kenyataan seperti diatas.
Saidina Umar kemudian memberitahu bahawa pencuri itu dihukum sebat kerana berdusta atas nama Allah (Maksudnya mendakwa perbuatan jahatnya itu tidak dirancang sebaliknya Allah yang mentakdirkan sedemikian pada dirinya.)
Oleh itu, wajarkan kamu menuduh Allah yang mengizinkan perkara buruk berlaku atas kamu? Allah hanya memberikan perkara yang TERBAIK sahaja untuk kamu. Perkara buruk hanya akan berlaku keatas dari kamu hasil kesilapan kamu sendiri. Allah tidak pernah sesekali menzalimi diri kamu. Persangkaan yang mengatakan perkara buruk yang berlaku pada kamu adalah kerana Allah yang mentakdirkan kepada kamu itu hanyalah pandangan dangkal dan Su'uldzon. Oh, jadi, nanti kalau berlaku apa-apa musibah , bolehlah salahkan Allah, tak perlulah nak salahkan diri sendiri, begitu kah? Susah benarkah kamu fikir untuk Allah menciptakan makhluk yang independant dan intelligent?
Hadis Qudsi riwayat Imam Ahmad:
Aku (Allah) akan mengikuti sangkaan-sangkaan hambaku, maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan.
(Bukan dengan apa yang kamu risaukan atau khuatirkan)
- Ini adalah satu kelebihan dan kemudahan pada manusia sebenarnya, sekiranya anda menerapkan cara hidup berhusnuzzon dan berfikiran positif maka dengan izin yang telah dikurniakannya (kuasa eksekutif untuk memilih sempena kedudukan manusia sebagai khalifah) dari azali lagi ini, maka anda akan mendapati kehidupan anda dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
maka kerana itulah kajian Quantum fizik mendapati bahawa:
Anda menarik kedalam hidup anda apa yang anda berikan fokus, tumpuan, perhatian dan tenaga samada perkara negatif atau positif.
Sekiranya anda suka memberikan perhatian pada kisah-kisah buruk tentang perceraian dan keruntuhan rumah tangga orang lain, maka tenaga-tenaga berbentuk itulah yang anda juga sedang berusaha menariknya kedalam hidup anda.
Itulah Persangkaan-persangkaan anda (affirmation anda), atau fokus anda , perkara-perkara yang anda suka dan seronok bila membicarakannya beramai-ramai, senang cerita, mengumpat hal orang lain atau jaga tepi kain oranglah. Tindakan menyebarkan beritanya hanyalah menarik lebih ramai orang berbincang dan memperkatakan tentang keaiban orang lain yang mana sebenarnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui hukum sebab musabab, dan juga Qada' dan Qadar tentang jodoh rumahtangga orang tersebut.
Berhusnuzzonlah..
Wallahuaklam
Nota 1: Saya sangat tertekan dengan perangai segelintir student lelaki dalam kelas saya yang sangat tidak matang dan berdikari... erm, di mana pejuang agama yang diharapkan? andai segala tanggungjawab diletakkan dibahu kaum hawa?
Nota 2: Kadang2 orang yang baran ni kita hanya tidak suka ketika barannya ada sahaja, tetapi orang yang lembut ini boleh mebuatkankan kita tidak suka hampir setiap masa. Huh!!

"...Syukurlah, rupanya Tuhan masih sayangkan saya..."

"Syukurlah..walaupun hidupku begini, namun aku tetap ada Allah yang sentiasa menyayangi diriku dalam apa keadaan jua pun."

Tuesday, June 29, 2010
Ceritaku Dihari Lahir ( Motivasi: Mewarnai Kehidupan Insani )
Terima Kasih buat umi melahirkanku, abi memberi nafkah padaku, mentarbiyahku,menjadi pendengar setiaku dan sentiasa disisiku,
Doakan anakmu ini berjaya dunia dan akhirat.
Ampunkan segala dosaku
Assalamualaikum wbt
Kesempatan yang ada untuk saya mencoret sesuatu disini, perancangannya untuk menulis sesuatu disini semalam sempena hari lahir, namun sedikit kekangan dan musibah yang terjadi tidak mengizinkan. Insya Allah saya akan gunakan ruangan masa yang ada ini dengan sebaik mungkin. Kebelakangan ni diari hidup dipenuhi dengan tugasan harian menguruskan rumah dan begitu lah setiap kali cuti semester berlalu. Jika tidak menghadirkan diri ke program samaada KARISMA mahupun NISA', dan kawasan perumahan saya, saya lebih selesa bersama umi dan abi menonton perlawanan bola adik saya di Ampang atau menemani adik bongsu saya menghadiri latihan bola sepak di Pandan Indah yang biasanya dihujung minggu. Mengajar mengaji setiap hari kecuali hujung minggu menjadikan saya terikat di rumah kerana sesi kelas diadakan pada waktu magrib hingga isyak. Namun saya bersyukur selain mencari ganjaran Allah sebanyak yang mungkin dengan mengajar mengaji, selain itu pendapatan sampingan yang agak berbaloi memudahkan saya menampung perbelanjaan pengajian saya yang masih berbaki setahun setengah lagi, insya Allah. ( insya Allah saya dalam perancangan menghasilkan satu entry khas unutk memperkenalkan kesemua 56 anak murid saya yang comel-comel belaka). Kids make me smile without any reason
Alhamdulillah semalam (28 June 2010) genap umur saya menjengah 22 tahun, 22 tahun yang dilalui dengan penuh memori duka dan suka yang dilipat penuh rapi saban tahun. Ada memori yang saya mahu ia terus segar diingatan dan ada memori yang saya mahu ia terus dilupai dalam lipatan sejarah. Arghh..sungguh menyeksakan, namun itulah namanya rencah kehidupan. Minggu lepas saya letakkan dalam diari peribadi saya dalam satu lagi blog peribadi sebagai minggu air mata. Bermula dengan sedikit perselisihan faham dengan umi dan akhirnya diakhiri dengan air mata dan semalam sekali lagi saya menangis kerana terlampau menahan marah, dan mungkin menjadi memori luka dimana saya menangis pada hari lahir. Moga tarbiyah yang dititipkan dari ustaz dan ustazah kesayangan saya menjadi bekalan unutk terus tabah dan tidak mudah melenting pada masa akan datang. Walau apa pun peristiwa semalam adalah sesuatu di luar jangkaan saya. Saya terus melenting dengan mendadak, ditambah pula keadaan saya yang sedikit serabut minggu lepas , maaf pada semua.
Hari Lahir kali ini tanpa kek mahupun sambutan, bukanlah sesuatu yang menyedihkan kerana sudah menjadi senario dalam keluarga saya. Jika ada pun ia disambut andai berkesempatan, jika tidak ia akan dilalui seperti hari-hari lain. Hanya ucapan dengan pelbagai doa dan harapan dari sahabat yang jauh dan dekat. Terima kasih semuanya. Saya sayangkan anda semua. Semua sahabat di Facebook saya terima kasih tidak terhingga atas ucapan kalian. Namun pinta saya jangan lupa untuk mendoakan saya dipertemukan jodoh dengan insan yang lebih mendekatkan diri saya pada-Nya, dan lebih membimbing saya menjadi lebih kuat dan tabah. Umi sudah bermacam cara memberi signal pada saya semenjak dua menjak ni untuk serius dalam soal berumah tangga, umi mahukan saya sudah mula untuk memikirkan dengan lebih serius tentang soal jodoh. Satu perkara yang saya sebenarnya tanamkan dalam lubuk hati saya untuk tidak dibicarakan dan menjadi topik perbualan walau dalam apa keadaan sekalipun. Namun akhirnya timbul juga. Ya Allah....Moga perancangan-Nya menentukan segalanya.
Saat emosi saya kian pulih, saya mula berfikir balik akhirnya sesuatu pengajaran yang diperolahi dari musibah semalam. Moga hasil artikel ini bukan sahaja mendidik jiwa saya malah kalian juga, insya ALLAH
KEHIDUPAN insani memang sentiasa diwarnai, warna-warna ini membentuk laskar pelangi yang pelbagai. Warna kehitaman sinonimnya adalah sifat antagonis yang berlawanan dengan sifat utama, dipalit warna kehitaman di setiap langkah mengukir warna-warna hidup ini sedikit mengundang keresahan di hati bagi setiap manusia yang bertuhan. Dibiarkan usah sesekali, kelak ianya tidak lagi warna yang indah kerana hitam tadi menutup seri warna, tidak mustahil memudarkan hingga hilang asli warna asal.
Kita mempunyai pilihan untuk menjadi orang yang bahagia kerana kita yang mencorak warna tadi. Andai kita memilih untuk menerima kemaafan dan melupakan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain, itu petanda kita tidak mahu ianya berlarutan, tergantung hingga hilang rasa bahagia... atau mungkin kita bisa memilih untuk lari daripada masalah tadi dengan cara berdiam diri dan masih tidak melupakannya, maka kita sengaja memilih jalan cerca.
Bagi orang mukmin, dia perlu tahu tidak semua perkara bisa dilakukan tanpa had, persempadanan tindakan kita telah ditentukan oleh syariat (cara hidup islami). Sedarnya kita ialah kita hanya seorang hamba, Dia ialah Penguasa sekalian hamba. Justeru itu, kita sentiasa ingat kepada siapa kita pertontonkan amal dan kebaikan, walaupun sedikit dihargai oleh manusia kerana dia juga seorang hamba tapi kita ingin mencapai anugerah tiada tandingan daripada Pencipta sekalian hamba.
Bermula dengan hidup sederhana, kita diajak mendidik hati supaya tunduk pada kekuasaan Dia yang serba kuat, dan tidak kalah oleh segala kelemahan. Kaya kita bukan susah untuk bersederhana kerana apabila kita menzahirkan kesederhanaan itu sudah pasti mematikan sikap egois. Kelemahan hadir tidak mengira apa jua status anak adam itu... miskin jika tidak ditangani dengan baik supaya adanya kaya budi dan kaya hikmah, sudah pasti jurang untuk jatuh ke lembah kelemahan tunggu saat dikuburkan. Kaya pula apabila egois tadi dibiarkan menguasai diri, mudah sahaja kekayaan tadi melapah sebuah budi, zuhud, pekerti kerana sudah lemah... lemah daripada deria sifat mahmudah.
Konsep penjagaan diri ini meliputi luaran dan dalaman manusiawi. Kita akan lihat, sifir paling mudah sikap luaran akan mengambarkan sikap dalaman seseorang kerana tidak mustahil perihal dalaman yang amat sulit dikerjakan akan berlarutan hasil didikan luaran.
Kita pasti risau, apabila melihat lelaki yang tidak mengambil kisah kebersihan kolar baju dan kolar lengan, begitu juga teramat risau apabila seorang perempuan acuh tidak acuh akan kebersihan tudung yang dipakai. Orang-orang seperti ini lebih berpotensi untuk meninggalkan amalan sunat dalam ibadat... hilang tama’ninah dalam solat, gosok gigi sebelum solat subuh, dan merata air ke seluruh badan ketika mandi wajib. Golongan ini lebih berisiko dijadikan pasangan hidup berbanding mat rempit yang bertahajud di atas jalan, dan minah senget di hulu kampung.
Bunyinya nampak aneh sahaja, bukan? Tapi itulah realiti.
Mungkin sahaja golongan cerewet tentang kebersihan lebih berisiko, kerana mereka bukan sahaja tahu akan tuntutan kebersihan, tapi sinis untuk melaksanakan. Mereka ini lebih liat untuk mendengar nasihat kerana sikap tahu tapi tidak buat tadi menumbuhkan egois di hati... sedangkan golongan kedua, mat rempit dan minah senget yang tidak tahu apa-apa akan mudah mendengar kata apabila menerima teguran baik-baik secara baik.
Contoh paling mudah; kita lihat dan dapati siapa paling liat untuk datang berusrah? Di kalangan ahli yang serba-serbi tahu kononnya, atau mereka yang sedang tercari-cari nur hidayah? Jentik hati tanya iman.
Allah Taala berfirman;
Bermaksud: “Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan kepadanya jalan keluar, dan mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tiada dia sangka-sangkakan” at-Talaq (65:2-3)
Maka kita telah kalah pada satu sikap mazmumah, iaitu ego. Sikap ini akan terus menebal jika tiada racun mematikan akar bahagian punca tumbuh sifat buruk ini. Kita boleh didik diri kita jadi seperti apa kita lihat, baik dan buruk terserah kepada tangan kita memilih dan kaki kita melangkah. Tapi kita harus sentiasa sedar mush-musuh Allah Taala tidak pernah tidur, nafsu dan syaitan akan terus menusuk jarumnya di setiap kelalaian kita. Mereka lebih cepat merebut peluang di setiap ruang yang terhidang.
Bermula daripada sikap sederhana tadi, maka akan lahir sifat zuhud, budi pekerti mulia. Kita akan terus memandu kehidupan, akan terus mencorak warna-warna indah sebelum kita dijemput untuk menuntut hasil keindahan tadi di hadapan Allah Azza Wajalla.
Akhir kata, rencah kehidupan itu tidak pernah surut dengan seribu satu kegembiraan dan kedukaan,dan mungkinkah frasa hidupku untuk kali ini diselubungi kedukaan kerana kelak Allah mahukan pelangi keriangan untukku? Ya Allah bantulah aku menghadapi segala mehnah dunia ini dan permudahkan urusanku hari ini, ampunilah dosa yang aku lakukan secara sedar mahupun tidak dan terimalah amal ibadatku.
Nota 1: All that a woman wants is an assurance. The rest comes later. Unlike women, all that a man wants is a trust. The rest will be simple. If they both give and take, harmony is their rhyme. Note: I’m a woman. And so I do.
Nota 2: Kepada yang membuta tuli meluahkan perasaan dan menghemburkan segala kemarahan tanpa memikirkan perasaan orang lain dan situasi orang lain, ingatlah hari ini mungkin engkau mampu tersenyum setelah memuaskan nafsu marahmu, tapi ingatlah Allah swt itu maha adil. Jika tiada manusia yang mampu mengajarmu erti hormat orang lain, Ingat Allah swt itu masih ada dan DIA yang menciptamu.
Nota 3: 5 Julai semester 4 bermula, tak sabarnya....
Nota 4: Jom Ke Surau program terbaru di perumahan saya, meh pakat ramai2 join...
Sunday, June 20, 2010
Who's That?
Recently kepala saya agak serabut...serabut dgn mcm2 perkara silam dan masalah yang menerjah bagaikan hujan bom dekat kepala dan jiwa ni..sejarah yg dh lepas kite x patut terkenang kenang dh kn tp ape nk jd dgn sy ni???? Saya diasak membuat keputusan di saat saya rasa keputusan tu tak patut di buat sekarang
serabut nye... x tau ape nk jd ni...Apa nk buat ni??? terlalu teringat sgt2 ni, terlalu berlegar-legar bebas dalam kepala ni.. sape bleh bg petua nk luput kn sejarah yg ade? ke kite kena ade sakit systemic LUPUS erythematosous dulu baru dpt buang sejarah...
Tiba2, dr sudut hati saya yg lembut skit berbisik: jgn buang, biar je sejarah tu...klu ade nnti, ade la ulangannye..klu x de, biarla sejarah tu ajar kite tentang erti kehidupan...knp life ni byk unpredictable things?

-im blur wit my life currently-
Wednesday, June 16, 2010
Ni Orang Ke?
Salam buat semua,
Menangis saya bila tengok gambar ni T_T...sungguh...saya kesian sangat..kenapalah ada orang yang zalim macam ni kat dunia??
Sumber ni saya ambik dari blog adik azila.Maaf sebab gambar seksi sikit

Menangis saya bila tengok gambar ni T_T...sungguh...saya kesian sangat..kenapalah ada orang yang zalim macam ni kat dunia??
Sumber ni saya ambik dari blog adik azila.Maaf sebab gambar seksi sikit

Hidup didunia ni sementara...tunggulah pembalasan yang menanti...
Nota 1: Perempuan dalam gambar kat atas ni memang kejam!, cuba pijak dia balik dengan kasut tumit tinggi gakSunday, June 13, 2010
Terkilan
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Dua tiga bulan lepas, kawan baik saya ketika menuntut di sekolah menengah menegur saya kerana sudah lama kami tidak berhubung. Sungguh, saya sedar saya teramat-amat kurang menghubung kawan-kawan di sekolah dahulu. Atas apa jua alasan saya, saya minta maaf.
Ketika berborak, beliau meminta saya untuk tidak mendelete kan akaun facebook saya, (seperti dimaklumkan pada entry sebelum ini) Setelah berfikir (tambahan ada faktor lain), saya tidak menerima cadangannya. Pujuknya pada saya, mudah bagi saya jika ada facebook untuk mengesan kawan-kawan lama. Hmm, friendster yang sedia bersawang, dengan paswordnya yang saya sendiri ingat-ingat lupa ditambah dengan facebook kadang-kala membuatkan saya mahu menumpukan pada blog sahaja. Mudah dan boleh berceloteh panjang.
Bukan apa, dengan adanya facebook, hari demi hari bersiar-siar dalam facebook banyak perkara tidak diingini yang saya terjumpa. Orang-orang yang telah lama saya tidak berjumpa (terutama kawan-kawan sekolah, dan satu universiti), akhirnya saya terjumpa dalam keadaan yang kurang menyenangkan hati saya. Saya kembali mengimbau diri-diri mereka yang dahulu.
Mereka yang dahulu adalah ahli Badar
Mereka yang dahulu adalah ketua pelajar
Mereka yang duhulu menegah budaya couple
Meraka yang dahulu dipenuhi karisma kepimpinan
Mereka yang dahulu itu dan ini
Argh..senang cerita, mereka dulu adalah idola saya, saya sangat kagumi..
Argh..senang cerita, mereka dulu adalah idola saya, saya sangat kagumi..
Ia menjadikan saya berprasangka yang tidak baik kepada pemilik FB tersebut secara berterusan, bukan sahaja sahabat lama malahan sahabat-sahabat baru, biarlah saya mengenali mereka melalui pemerhatian mata sendiri dan secara realitinya.
Lantas bagi mengelak saya terus berprasangka..Tiada langsung akaun FB atau mungkin tidak mengaktifkan akaun tersebut adalah langkah terbaik buat masa terdekat ini.
Lantas bagi mengelak saya terus berprasangka..Tiada langsung akaun FB atau mungkin tidak mengaktifkan akaun tersebut adalah langkah terbaik buat masa terdekat ini.
Bagi saya mengelak adalah cara terbaik..
Bukanlah saya sekadar mahu mengungkit tetapi saya terkilan. Jika dahulu kita terikat dengan peraturan sekolah, dan AJK Biro Dakwah dan Kerohanian antaranya mewajibkan pemakaian sarung kaki, melabuhkan tudung menutup dada, pergaulan terkawal, wajib solat berjemaah bagi pelajar asrama dan pelbagai lagi. Namun kini semua itu seolah-olah hilang ditelan zaman (saya tahu tidak semua begitu).
Jika melihat pemakaian mereka, saya hanya mampu menggelengkan kepala sendiri. Saya bukanlah yang terbaik tetapi saya terpanggil untuk menyatakan pendirian saya. Saya pernah menyebut bahawa saya tidak mengharapkan kawan-kawan saya memakai tudung labuh bulat atau wajib 60 inci tetapi cukup sekadar anda mematuhi syarat minimun walaupun memakai tudung labuh itu lebih baik. Begitu juga dengan aspek-aspek lain.
Terlupakah kita bahawa peraturan sudah tidak wujud tetapi peraturan yakni syariat Allah itu ada. Adakah Tuhan di zaman persekolahan dan Tuhan di zaman kini adalah Tuhan yang berlainan? Andai kita merasa syariat Allah itu bebanan atau remeh-temeh maka soal kembali keimanan kita. Soal kembali keyakinan kita terhadap janji Allah. Jangan hanya ketika ditimpa musibah baru kita nampak Dia.
Sungguh rugi kita cuba ditarbiyah di sekolah dulu dengan nilai-nilai budaya Islam kini pelajar-pelajar sekolah agama sendiri kurang boleh diharap. Bagaimana bagi mereka yang sememangnya tidak faham tuntutan syariat? Siapa lagi yang akan menyampaikan kefahaman itu? Jika mereka bekas-bekas pelajar sekolah agama tidak mampu istiqamah dengan tarbiyah yang ada, siapa lagi? Sesungguhnya kita memerlukan tenaga-tenaga pemuda Islam untuk berdakwah, tetapi di manakah kita sekarang? (Termasuk saya yang menulis)
Bukanlah saya maksudkan orang yang tidak bersekolah agama tidak layak membimbing masyarakat tetapi jika anda (yakni yang tidak bersekolah agama) yang ke hadapan dahulu maka sesungguhnya andalah yang lebih berharga seperti seorang sahabat saya ketika di KMPk. Beliau bukanlah anak didikan sekolah agama tetapi kini berbanding saya, beliau lebih kehadapan membela Islam.
Kadang saya terfikir. Terlalu banyak perkara salah yang sudah menjadi seolah-olah betul membuatkan saya bimbang adakah apa yang saya sedang lakukakn adalah betul-betul benar. Neraka itu dikelilingi keseronokan dan syurga itu dikelilingi kesusahan. Saya bimbang kita terlalu biasa dengan kebiasaan yang salah tanpa sedar kita sedang menempah tiket neraka. Nauzubillah.
Saya berharap mereka terasa dengan penulisan ini. Bukanlah terasa yang membawa dendam tetapi terasa yang membawa perubahan. Saya tidak berniat untuk memutuskan ukhawah yang ada. Sangka baik saya, mungkin kita terlupa atau hanyut seketika. Selagi ada masa, tolonglah kembali sebelum kita lebih hanyut dan terlambat. Andai satu hari nanti, saya juga sedemikian tolonglah tempelak saya kerana tidak menunaikan kata-kata saya sendiri.
Wallahualam.
p/s: Sebenarnya inilah antara hasil sistem pendidikan negara kita yang celaru dan haru-biru. -__-
(Susah sangat ke labuhkan sikit tudung menutup dada?)
(Susah sangat ke labuhkan sikit tudung menutup dada?)
Subscribe to:
Posts (Atom)