Walau sedaya upaya kita cuba menarik rambut di dalam tepung selembut-lembutnya agar rambut tak putus dan tepung tak berselerak tapi sampai bila-bila kita takkan mampu untuk memuaskan hati semua pihak dengan keputusan kita.
Akan sentiasa ada pihak yang takkan henti-henti mengkritik (atau membanding beza) pilihan kita dan menyediakan options lain yang di mata mereka lebih cocok dan wajar. Mulut belanga mungkin kita tutup, tapi mustahil mulut manusia.
Kita sudah dewasa, punya akal untuk menilai. Cedokan pengalaman hidup sendiri dan orang lain telah mematangkan. Yang penting, kita punya sebab untuk semua tindakan kita. Kita tahu apa yang kita lakukan, kita sedar dan bersedia untuk dipertanggungjawabkan atas segala keputusan yang kita ambil. Bukan bersifat keras kepala membuta tuli.
Tanya pada hati, jika masih ada keinginan kerana saya percaya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Di mana ada tawakal, di situ Allah akan melorongkan kemudahan. Positiflah! (walau saya tahu bukan mudah!)
Tapi jika hati sendiri goyah, maka leburkanlah segala cita-cita dan harapan. Realiti takkan terbina dari hati yang penuh syak wasangka. Hidup ini hanya untuk mereka yang optimist dan adventurous kerana kehidupan penuh dengan teka-teki yang tidak tercaturkan oleh akal terhad kita.
Jika hari ini, keputusan kita untuk memilih jalan ini, tidak mustahil jika menukar arah di kemudian hari kerana pilihan yang kita buat adalah berdasarkan pemahaman, keperluan dan beberapa faktor lain yang bersifat domestik dari segi lokaliti dan masa.
Err....faham ke?
Optimists trust that the future will be mostly good - they also believe their decisions, choices and actions shape their destinies, studies seem to indicate that optimism is only slightly influenced by genetics - 20% at best.
No comments:
Post a Comment