Showing posts with label soulmate. Show all posts
Showing posts with label soulmate. Show all posts

Thursday, September 16, 2010

We Communicate


With you,
it’s all about voiceless communication
always knowing exactly what to say
but never actually having to say it.

You know everything there is to know about me
you know what worries me
what keeps me up at night
doing my call badly hard
you wait till the dawn is here
and you seem to be still sincere.

I tell you to rest
you insist to keep me fresh
by telling some stories of life
that can bring me cheer and laugh.
You have magic to keep me awake
that I can’t share it with anyone else.

Dear you,
I adore you for doing the routine
patiently waiting
despite of the silence.
I draw you in my mind
and keep tight in my heart.
And so I won’t forget you dear
everyday it grows fonder.

Thank you for waiting at the end of there
may the wall crack one day
and I can see your smile again.
-Khadeeja-
16/9/2010

Sunday, July 25, 2010

Getus Rasa

Melihat jam digital di talifon bimbit saya menujukkan baru 10.47 malam, tetapi kenapa saya menguap dari tadi tanpa henti, sudah pasti otak sudah mula memberi signal untuk tidur. Hakikatnya, jika kebiasaanya saya akan mula tidur sekitar jam 12.30 ataupun 1.30 pagi, tapi malam ni badab betul-betul letih, mungkin kerana penat dengan kerja-kerja rumah ( umi dan abi saya pulang ke kampung) dan program di padang indah pada petang tadi menjadikan tenaga saya berada di tahap infiniti pada ketika ini. Saya harus tidur, memandangkan esok jadual kuliah saya sangat padat dengan gap masa antara kelas hanyalah 1 jam. Bermula dari 8-10 pg , 11-1ptg dan 2-6ptg. Dari 6ptg pula hingga masuk waktu isyak, saya mengajar kelas mengaji. Yeah! saya perlu tidur...

.....

Tiba-tiba...track lagu dalam talifon bimbit saya memainkan lagu ini..

Bait-Bait lagu dibawah  ini, menggamit satu kenangan indah pada saya...

Kelmarin hanya tinggal kenangan..
Bersama peristiwa semalam...
Adakah hari ini yang ku tempuh kan bersinar untuk hari esok...
Benarlah apa yang telah  dikata...penantian satu penyiksaan...
Kepastian membunuh kerisauan...
Ketabahan mendamai keresahan...

Moga ketabahan itu menjadikanku tetap begini, dan merungkai segalanya. Ya Rabbi aku hamba-Mu yang dambakan Kemanisan Kasih& Sayang-Mu...KAU tunjukkanlah aku jalan yang lurus, Jalan yang ENGKAU redhai...

Wo Ai Ni Allah 
Nota 1: Doakan first presentation saya untuk E-Commerce berjalan dengan lancar, With my partner : Syafiqaah...
Nota 2: Ingin saya tembus tembok silam, membaiki kesilapan lalu...

Thursday, July 15, 2010

Berikan Masa & Ruang Buatku

Alhamdulillah masih diberi ruang untuk menulis sesuatu disini, jika diikutkan rasa ingin sahaja saya updatekan blog ini setiap hari dengan belbagai cerita dan ilmu yang ingin dikongsi bersama. Namun hakikatnya masih banyak lagi yang perlu saya dahulukan. Tugasan kuliah yang mula diberikan pensyarah seawal minggu pertama lagi, kerja separuh masa saya sebagai guru mengaji iqra& Al-Quran dan tugas hakiki saya sebagai kakak kepada 5 orang adik membataskan segalanya.

Kadang-kadang ketika mengelamun melayan perasaan sebelum melalapkan mata saya selalu berfikir, bagaimanakah saya 10 tahun akan datang, adakah saya masih tsabat di jalan Dakwah ini? atau futur di pertengahan jalan atau mungkin terbatas kerana keluarga, atau mungkin juga menjadi sayap kiri perjuangan suami menuju jalan dakwah ini. Terlalu memusingkan kepala ini dengan bermacam persoalan.

Persoalan ini  yang menjadi kewajipan agaknya tatkala jiran dan sanak saudara dan rakan taulan tatkala saya dan mereka bertemu, Dialongnya juga seakan sama dan sudah dirakam akal.

"La, besar dah hang na, boleh kawin dah la" kata tok wan pada saya tatkala pulang ke kampung
 "Ummi kan masa usia akak sekarang ni dah ada 2 anak, tapi akak tak tau la bila, jangan lambat-lambat sangat" kata ummi pada saya dihari jadi saya baru-baru ini
"Kenapa badan makin merisi ni? Hati senang la ni...mana kad jemputan, seloroh kakak usrah saya" Terkesima saya tanpa jawapan, hakikatnya Allah tahu apa yang terbuku dihati saya.
Dan macam-macam lagi, tak ingat dah dan ada yang saya rasa tak patut dituliskan disini

Saya masih ingat lagi di hari lahir saya ke-22 beberapa minggu yang lepas, ummi mula menanyakan soal jodoh, adakah saya sudah punya pilihan ataupun bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga. Argghhh! satu persoalan yang bagaikan batu besar yang menimpa diri. Sepupu saya, kenalan rapat kebanyakkan sudah memasuki alam pertunangan mahupun berumah tangga, menjadikan saya tersepit untuk memberi alasan kurang bersedia pada ummi. Bagi abi pula, lebih kepada pendekatan saya sendiri, dia tidak memaksa mahupun mencari calon unutk saya, semuanya diserahkan sepenuhnya pada saya. Cuma baginya biarlah calon yang dipilih mampu membimbing saya sebaik mungkin. Pada pandangan saya mungkin ummi sedikit kelam-kabut tatkala melihat saya yang seakan-akan ambil mudah soal jodoh ini. 

Ketika majlis perkahwinan rakan sekelas saya di Teknik Kajang
 ( Batch 2004-2005)

Hana!...si kecil yang betah dan sangat comel

Bukannya mengambil mudah, cuma kali ini saya perlu berhati-hati dalam memerhati dan memilih calon. Ini kerana calon itulah yang akan membawa saya ke syurga mahupun neraka. Dengan kondisi saya begini saya perlukan seorang pemuda yang mampu menerima siapa saya dan keluarga seadanya. Wahai pemuda, saya bukan berniat untuk menyakitkan hati dengan menolak lamaran, cuma berikan saya masa untuk menilainya dengan sebaik mungkin. Saya tidak mahu tergesa-gesa dengan keputusan yang akhirnya merugikan kamu mahupun saya sendiri. Insya Allah, semuanya akan berjalan lancar

Nota 1: Saya sudah mula berpuasa, anda bagaimana?
Nota 2: Tidak lagi merungut dengan kualiti gambar kurang memuaskan apabila sony ericsson Satio menjadi koleksi terbaru dalam handbag saya.

Thursday, January 21, 2010

Kalau Suamiku Seorang Ustaz

Sejak petang semalam, saya terfikir-fikir tentang satu perkara ini. Ini semua ilusi saja. Yang saya bayang-bayangkan. Bukannya betul-betul terjadi. Apa yang saya fikirkan ini memang tidak berapa munasabah sangat tapi tidak mustahil boleh terjadi.

Saya terfikir, kalaulah saya berkahwin dengan seorang ustaz, satu hari nanti dia melarang saya menulis blog. Kata dia, blog ni banyak yang direpekkan daripada kenyataan. Uish. Mati kutu saya nanti.,  sebabnya blog ini lah tempat saya kongsikan segal-galanya, tempat yang boleh saya kongsikan susah payah suka duka hidup menumpang di negeri orang dulu, tiba-tiba disuruhnya berhenti menulis. Uuuu… Apa saya nak buat masa tu nanti? Pilih blog atau pilih suami? Haha.

Lagi, saya terfikir. Mahukah seorang ustaz menerima cara saya seadanya? Saya ni biasa-biasa saja orangnya. Saya bukannya bertudung labuh bulat. Saya bertudung segitiga berbidang 60 sahaja. Saya takut, mula-mula nak kahwin tu mungkin dia tidak kisah. Mungkin katanya, asalkan lengkap berstokin, pandai jaga adab, itu sudah mencukupi. Tapi dibuatnya lepas kahwin nanti disuruh memakai tudung labuh bulat, saya mesti macam terkena renjatan elektrik. Mungkin saya belum bersedia untuk berimej begitu atas tuntutan status saya pada masa ini. Hmm… Entahlah. Pening kepala bila fikirkan hal ini. Huhu.

Lagi, saya terfikir. Bolehkah nanti untuk saya menyesuaikan diri dengan keluarga dia yang baik-baik semuanya. Maksud saya, kebanyakan ustaz mempunyai latar belakang keluarga yang dihormati dan disanjung oleh masyarakat setempat. Dibuatnya saya berkahwin dengan ustaz, di universiti nanti saya dilihat bersama pelajar lelaki duduk semeja berbincang tentang pelajaran, nanti maruah keluarga suami saya pula yang disebut-sebut. Katanya, apa punya menantulah yang keluarganya miliki. Saya tak mahulah hal itu terjadi. Tak pasal-pasal nama baik keluarga mereka tercemar. Dilema betul bila hal itu terjadi.

Lepas tu, malam tadi saya tidak lelap tidur. Sudah pukul 3 pagi tu, saya terjaga terus. Saya terkebil-kebil saja. Sekali lagi lamunan saya pasal berkahwin dengan ustaz ni kembali menjelma. Kalaulah dibuatnya saya kena berkahwin dengan ustaz, ada banyak kelebihan yang saya akan dapat. Setiap hari dapat mendengar dia mengalunkan Al-Quran dengan bacaan yang merdu. Oh. Memang impian hatiku. Kalaulah dia seorang Haafiz Al-Quran, lagilah banyak kelebihannya. Bila berjemaah bersamanya, dia boleh membaca surah-surah yang lebih panjang dengan alunan ala-ala kebanyakan para Haafiz gunakan. Suka betul saya.

Tapi, orang biasa yang bukan seorang ustaz pun ramai yang boleh mengalunkan Quran dengan merdu. Ramai yang hafal surah-surah panjang untuk dijadikan bacaan dalam solat. Ramai yang baik-baik. Cuma status mereka bukan ustaz saja.

Oklah. Tamat di sini saja repekan di petang hari ini, sekadar mengisi masa rehat sebelum menunggu solat magrib. Mimpi apalah agaknya kalau saya betul-betul bersuamikan seorang ustaz ya?


Nota 1: Jari jemari tidak mampu bertahan lama apabila tidak melakukan senamannya( berbloging) huhu....

Nota 2: Ini adalah entry pertama yang saya labelkan soulmate...

Nota 3: Takziah buat keluarga teman baik saya Muhammad Khalid Bin Shahruddin, ynag kehilangan abg tercinta kerana menghidap luekimia, semoga roh dicucuri rahmat..amin