Sejak petang semalam, saya terfikir-fikir tentang satu perkara ini. Ini semua ilusi saja. Yang saya bayang-bayangkan. Bukannya betul-betul terjadi. Apa yang saya fikirkan ini memang tidak berapa munasabah sangat tapi tidak mustahil boleh terjadi.
Saya terfikir, kalaulah saya berkahwin dengan seorang ustaz, satu hari nanti dia melarang saya menulis blog. Kata dia, blog ni banyak yang direpekkan daripada kenyataan. Uish. Mati kutu saya nanti., sebabnya blog ini lah tempat saya kongsikan segal-galanya, tempat yang boleh saya kongsikan susah payah suka duka hidup menumpang di negeri orang dulu, tiba-tiba disuruhnya berhenti menulis. Uuuu… Apa saya nak buat masa tu nanti? Pilih blog atau pilih suami? Haha.
Lagi, saya terfikir. Mahukah seorang ustaz menerima cara saya seadanya? Saya ni biasa-biasa saja orangnya. Saya bukannya bertudung labuh bulat. Saya bertudung segitiga berbidang 60 sahaja. Saya takut, mula-mula nak kahwin tu mungkin dia tidak kisah. Mungkin katanya, asalkan lengkap berstokin, pandai jaga adab, itu sudah mencukupi. Tapi dibuatnya lepas kahwin nanti disuruh memakai tudung labuh bulat, saya mesti macam terkena renjatan elektrik. Mungkin saya belum bersedia untuk berimej begitu atas tuntutan status saya pada masa ini. Hmm… Entahlah. Pening kepala bila fikirkan hal ini. Huhu.
Lagi, saya terfikir. Bolehkah nanti untuk saya menyesuaikan diri dengan keluarga dia yang baik-baik semuanya. Maksud saya, kebanyakan ustaz mempunyai latar belakang keluarga yang dihormati dan disanjung oleh masyarakat setempat. Dibuatnya saya berkahwin dengan ustaz, di universiti nanti saya dilihat bersama pelajar lelaki duduk semeja berbincang tentang pelajaran, nanti maruah keluarga suami saya pula yang disebut-sebut. Katanya, apa punya menantulah yang keluarganya miliki. Saya tak mahulah hal itu terjadi. Tak pasal-pasal nama baik keluarga mereka tercemar. Dilema betul bila hal itu terjadi.
Lepas tu, malam tadi saya tidak lelap tidur. Sudah pukul 3 pagi tu, saya terjaga terus. Saya terkebil-kebil saja. Sekali lagi lamunan saya pasal berkahwin dengan ustaz ni kembali menjelma. Kalaulah dibuatnya saya kena berkahwin dengan ustaz, ada banyak kelebihan yang saya akan dapat. Setiap hari dapat mendengar dia mengalunkan Al-Quran dengan bacaan yang merdu. Oh. Memang impian hatiku. Kalaulah dia seorang Haafiz Al-Quran, lagilah banyak kelebihannya. Bila berjemaah bersamanya, dia boleh membaca surah-surah yang lebih panjang dengan alunan ala-ala kebanyakan para Haafiz gunakan. Suka betul saya.
Tapi, orang biasa yang bukan seorang ustaz pun ramai yang boleh mengalunkan Quran dengan merdu. Ramai yang hafal surah-surah panjang untuk dijadikan bacaan dalam solat. Ramai yang baik-baik. Cuma status mereka bukan ustaz saja.
Oklah. Tamat di sini saja repekan di petang hari ini, sekadar mengisi masa rehat sebelum menunggu solat magrib. Mimpi apalah agaknya kalau saya betul-betul bersuamikan seorang ustaz ya?
Nota 2: Ini adalah entry pertama yang saya labelkan soulmate...
Nota 3: Takziah buat keluarga teman baik saya Muhammad Khalid Bin Shahruddin, ynag kehilangan abg tercinta kerana menghidap luekimia, semoga roh dicucuri rahmat..amin
2 comments:
hohohh..
ini mungkinkah bermaksud begini:
"wahai sesiapa yang bergelar ustaz, saya xnk kawin dgn anda"
hahahh..
sha> tak jugak, ade pro and kon nya....tapi akak rs mcm bnyk baik jer...
huhu...
"kes ini tiada kaitan dengan mana2 ustaz"
lalalalala
Post a Comment