Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

Konvokesyen Uitm Ke 75


Alhamdulillah...Insya Allah planning to further my study in march next year...

Nota 1: I'm fall in love with my career right now, May Allah give His blessing to all my student and pass all their exam with flying colours.
Nota 2: Program Hari Ibu di kawasan perumahan saya hujung minggu ini. Insya Allah saya akan bertugas bahagian pendaftaran.
Nota 3: Kebelakangan ini, ummi kerap sakit...moga ia hanya sementara..Cepat sihat seperti sedia kala ummiku..

Friday, February 24, 2012

Terkini Secara Pukal

Bismillahirrahmanirahim...

Bilik Rekod Fakulti Perubatan UiTM
Alhamdulillah atas rezeki dan kehidupan yang saya lalui sekarang, nikmatNya sangat mencurah-curah dan tidak ternilai diberikan. Sebetulnya saya berjanji untuk mengemaskini blog pada hujung minggu ini, tetapi disebabkan ada masa terluang sekarang, kerana hari ini saya bercuti. Saya kongsikan dengan pembaca semua. Alhamdulillah minggu ini adalah minggu terakhir saya menjalani attachment  di Hospital, 2 minggu di Hospital UiTM ( Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh dan seminggu di Hospital Sungai Buloh. Insya Allah jika tiada masalah minggu depan adalah minggu terakhir saya menjalani attachment. Pengalaman 2 minggu ketika di UiTM tidak banyak yang saya boleh kongsikan dan pesakit pun sangat sedikit, namun dari segi pengurusan bilik rekod bagi hospital yang baru dibuka banyak yang saya dapat belajar, apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak perlu. Contohnya pemilihan rak-rak untuk menyimpan fail rekod pesakit dan borang-borang yang melibatkan pesakit serta polisi-polisi yang bersesuaian. Oleh kerana baru kebanyakkan proses di Hospital UiTM ini dijalankan secara manual. Guna borang peminjaman dan pemulangan. Saya disana tidak terlalu sibuk. Kerja lebih kepada merekod data peminjaman dan pemulangan fail pesakit.

Berbeza ketika di Hospital Sungai Buloh, 'tak menang tangan dibuatnya' minggu pertama iaitu dari hari isnin hingga khamis saya diberi tugas menjaga kaunter untuk permohonan rekod laporan perubatan, staff yang bekerja dan mengajar saya adalah Siti Nur Saidah, terima kasih Saidah kerana mengajar saya dengan penuh sabar. Hari pertama banyak kesalahan juga yang saya buat. Huh! takut dan seram jugak sebab kerja ini melibatkan undang-undang dan wang. Kerja di kaunter juga saya perlu mempunyai skill untuk memahami apa yang cuba diceritakan pesakit dan laporan bagaimana yang dimahukan. Hari pertama sahaja sudah ada waris pesakit yang "naik angin/minyak'' di kaunter, gelabah dibuatnya. Hari-hari lain pun masih ada, dan semalam hari terakhir sebelum saya bercuti hari ini. Keluarga si mati yang berbangsa India datang untuk memohon laporan perubatan bagi tuntutan insurans, mereka mahukannya dengan segera, mungkin bagi sesetengah pesakit yang tidak tahu tempoh masa untuk mendapatkan laporan perubatan adalan sebulan dari tarikh permohonan. Apa lagi isteri kepada si mati tadi terus menangis-nangis di kaunter menagih simpati. saya terus kebelakang dan memanggil staff senior minta dia mengendalikan situasi tersebut. Al-maklum, kelemahan saya, saya akan turut menitiskan air mata apabila ada yang menangis di depan saya. Alhamdulillah pihak keluarga si mati memahami prosedur dan mereka pulang.

Jika saya sebelum ini praktikal di IJN, situasinya sedikit berbeza berbanding Hospital Sungai Buloh. Ia tidak boleh dipertikaikan lagi setiap organisasi itu ada culture yang tersendiri. Right?. Yang penting bagi saya, saya perlu bijak memasukkan diri saya dalam setiap situasi yang berbeza. Masih ada seminggu lagi, Insya Allah minggu depan saya bertukar unit statistik dan pengurusan rekod (stor rekod), dah tak jumpa pesakit dah. 

Keputusan Peperiksaan vs Master. 




Status FB  saya selepas mendapat keputusan semester terakhir saya.















Alhamdulillah, saya bersyukur dengan keputusan yang diterima walaupun tidak mencapai apa yang saya inginkan, mungkin hanya sekadar itu yang termampu. Alhamdulillah dengan keputusan yang diterima, secara tidak rasminya tamatlah pengajian saya di Fakulti Pengurusan Maklumat selama 2 tahun sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda ( Kepujian ) Pengurusan Rekod. Insya Allah mengukit khabar angin graduasi kali ini akan dibuat pada bulan 5. Saya sebenarnya agak keberatan untuk hadir ke majlis graduasi nanti, walau apa pun, semua bergantung pada keadaan ketika itu. Doakan segalanya dipermudahkan olehNya. Oh ya, tahniah juga pada kawan-kawan yang lain yang mendapan senarai anugerah dekan double thumbs dari saya, anda semua hebat dan mampu mendapatkannya andai anda berusaha. Oh ya, mengenai pengajian master saya, saya masih lagi dalam kebingungan, sebenarnya halangan utama sya adalah sumber keewangan, dan cita-cita saya untuk menjadi pensyarah,( saya masih kebingungan untuk memilih Master by Research or Master by Coursework) sebab ada khabar angin mengatakan hanya research sahaja yang boleh apply untuk jadi pensyarah kelak.  Tetapi saya lebih berminat untuk mengambil yang coursework punya. Maka keputusannya kekal pending begitu sahaja, lagipun kami tawaran bersyarat masih diberikan kelonggaran untuk mendaftar lambat. 

Sepatutnya saya diminta ke Fakulti untuk mendapatkan surat tawaran asal pengajian Sarjana yang ditawarkan pada saya, tetapi saya masih keberatan. Ya Allah bantulah daku membuat keputusan, tunjukkanlah aku andai ada sesuatu yang masih tersembunyi, dekatkanlah ia andai ia masih jauh.  Sekali lagi tawaran itu dibiarkan tergantung tanpa ada sebarang keputusan. Akhir sekali, maaf pada kawan-kawan yang mesejnya tidak berbalas terumatanya yang menghantar mesej bertanyakan mengenai result exam (rasanya entry saya kali ini sekaligus menjawab persoalan kamu semua). Bukan sombong mahupun kedekut untuk membalas mesej kalian, semenjak bertukar tempat praktikal ke Sungai Buloh, jadual saya berubah 360 darjah.


Seawal 6.15 saya sudah keluar dari rumah untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan bersesak dan jem di jalan raya. Alahmdulillah kebiasaannya saya akan sampai Hospital UiTM lebih kurang pukul 7. Sementara menunggu rakan sekerja saya bersiap, kerana saya perlu menumpangkannya sebelum ke Hospital Sungai Buloh, sempatlah saya sarapan dan membaca beberapa helai muka surat ayat-ayat Al-Quran di Surau Hospital ( doakan saya diberikan masa selalu, dan istiqamah  ), selesai sarapan kami akan bersama-sama pergi ke hospital. Kebiasaannya masuk pejabat tepat-tepat pukul 8. Mulalah kerja melayan pesakit yang ingin membuat permohonan. Rehat pula pukul 1 hingga 2, masakan nak makan lagi, kemudian solat. memang masa yang ada itu cukup-cukup sahaja. Masuk kerja semula pukul 2 hinggalah pukul 5. Saya perlu menghantar kawan terlebih dahulu sebelum terus bergegas pulang ke rumah kerana saya perlu mengajar mengaji pada pukul 6, sampai rumah kebiasaannya pukul 5.30ptg, latak beg, mandi, solat dan terus ke kelas mengaji. Memang kena ada x-factor unutk bertahan dengan jadual yang agak padat ini. 

Kebiasaanya kelas mengaji akan habis sekitar jam 9, solat magrib dan Isyak saya tunaikan di kelas siap-siap, takut bila balik terlambat. Alhamdulillah, badan saya masih kuat untuk jadual begini. Sampi dirumah badan saya memang penat dan lemah, ambil masa sekejap untuk santai bersama ahli keluarga bertanyakan tentang sekolah dan pekerjaan mereka, sekitar jam 10.00 mlm saya pasti sudah bersiap-siap untuk tidur kerana saya perlu bangun sekitar jam 4.30 atau 5.00 untuk bersiap ke Hospital pula. Begitulah saya, kadang-kadang dah macam zombi pun ade.Namun itu yang perlu dikorbankan demi mendapatkan pengalaman. Alhamdulillah, itu sahaja untuk setakat ini. Saya mendaoakan sahabat semua dan pembaca blog ini agar sentiasa sihat dan dibawah lindungan Allah SWT.

Nota 1: Buat sahabat muslimah, tutuplah auratmu di dunia, agar di akhirat pintu syurga terbuka untukmu Jangan buka aurat di dunia, kelak takut nanti di akhirat pinti syurga tertutup untukmu.
Nota 2: Maaf, saya menolak kamu buat kali keempat. Saya masih belum  bersedia.
Nota 3: Jangan lupa baca surah Kahfi, Jumaat yang penuh barakah. Insya Allah ^_^

Tuesday, January 31, 2012

Master

Asslamualaikum wbt


Semalam, selepas on FB tengok dekat page IPSIS UiTM, semua orang asyik  sibuk cakap pasal keputusan untuk sambung master dah keluar. Saya mulanya tidak la teruja kerana saya tidak memohon. Hanya baca sahaja komen-komen gembira dan sedih dari pemohon yang berjaya mahupun sebaliknya. Namun ketika asyik membaca komen-komen, ada yang menyediakan link untuk sesiapa yang ingin menyemak status mereka. Apa lagi dengan gatal tangan saya pun turut la memasikkan no I/C saya, dalam hati bermonolog, " gatai betulla, memang takkan ade la, apply pun tidak ade hati nak dapat" . Tekan button submit terus keluar offer letter ni. Terkejut. Baca dan baca ade la dua tiga kali. Lepas tu terus senyum kambing sorang-sorang..tak henti-henti ucap syukur pada yang Esa. 

Saya bagitahu, dan tanya pendapat. Dia hanya balas " buatlah, kalau rasa nak sambung just do it bukan semua orang Allah SWT beri rezeki begini, tetapi apa pun fikir sehabis mugkin sebelum membuat keputusan" , kerana dia tahu saya sangat beria-ria untuk menyambung pengajian dalam Master in Health Informatics.


Jika saya menerima jemputan diatas, saya perlu mendaftarkan diri pada 25 Febuari ni, jadi saya sebenarnya buntu, samaada menerima atau pun bekerja dahulu. Hendak dikatakan terdesak untuk bekerja tidak juga kerana saya tidak membuat pinjaman semasa pengajian, jadi tiada la Ah Long berlesen (PTPTN) hendak mengungut. Saya biarkan dahulu tanpa membuat keputusan, biarkan tergantung sehingga keputusan semester 6 saya keluar, Insya Allah 22 Febuari ini. Dengan keputusan yang ada itu saya akan buat keputusan untuk terus menyambung pengajian yang ditawarkan ini atau yang bulan 9, Insya Allah.

Nota 1: Hujung minggu ini, hendak pulang ke kampung dan melawat adik di Bagan Serai.
Nota 2: Alhamdulillah azam untuk mula menabung secara konsisten sudah memulakan langkah, saya dah berjaya memasukkan bagi bulan 1, Insurans pun sudah bayar.

Monday, October 10, 2011

Assigment & Berjalan

Assalamualaikum wbt

Huh, lame juga saya biarkan blog ni tak berupdate...alasannya saya sangat sibuk. Penangan semester terakhir degree ni macam-macam kerja dalam satu masa.Nak ada kan masa siapkan agment kalau bukan hujung minggu memang susahla dengan saya perlu buat kerja part-time yang biasa nya habis malam ditambah siangnya padat dengan kelas.

Cuma nak update ringkas sahaja, jumaat lepas Mak Su saya datang ziarah kami sekeluarga di rumah, saya dan mak su sangatlah rapat kerana kami sebenarnya sama umur, yup ketika ummi saya melahirkan saya arwah nenek saya melahirkan mak su saya pada tahun yang sama. Seronok  tak terkira mak su datang. Macam-macam kami sembangkan, yang pasti gelak sahaja. Walaupun hakikatnya saya sebenarnya bertimbun asgment hendak disiapkan, tetamu dirumah tak boleh dibiarkan, Jadi andai ada masa senggang saya akan meriba Asiah ( notebook ASUS) dan menyiapkan sedikit demi sedikit, dari hari jumaat sehingga la ahad..tetapi yang ahad tu la paling mencabar, asgment masih ligat disiapkan, tetapi pada hari itu sudah merancang bersama untuk ziarah adik di Cheras ( beri dia semangat sebab dia ada percubaan SPM hari ini) kemudian menghantar mak su ke pudu, ada usrah pula bersama sahabat di Gombak, bayangkan dalam satu hari berapa tempat saya perlu berada, dalam hati resah tidak terkira la sebab asgmnet tak siap lagi. Jadi driver pun kata, bawa ja Asiah dan buat asgmnt dalam kereta masa perjalanan nanti. Yup itu la yang saya buat, sambil driver memandu disebelah saya gigih menyiapkan kerja. Hahaha... Penangan asgmnt yang diberi pensyarah sedebuk! semua dalam seminggu dan submission date nya dekat-dekat.. haha..

Alhamdulillah semua asgmnt (Individual Electronic Records, Article Review Electronic Resource Center, Handout untuk presentation Document Imaging System) semua nya berjaya disiapkan sengan jayanya di dalam kereta, pengalaman pertama menyiapkan kerja selama 5 tahun belajar. Haha

Nota 1: Minggu lepas yang hectic and this week will be the same as last week, HECTIC!
Nota 2: Insya Allah 21-23 Oktober ini saya akan ke Sungai Siput, ada program bersama murid-murid sekolah agama disana.

Friday, September 09, 2011

Jadual Semester 6

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah jadual kuliah untuk semester terakhir saya sudah keluar, susunan setiap kelas agak teratur dan paling saya suka tiada kelas malam. Ia lebih memudahkan saya untuk meneruskan kelas mengaji Iqra dan Al-Quran saya bersama anak-anak murid saya ^_^. Masih juga banyak waktu lapang seperti selasa dan rabu pagi boleh digunakan untuk buat tugasan, research dan consultation bersama pensyarah. Senang cerita jadual saya untuk semester kali ini just nice.


Nota 1: Nantikan entri seterusnya berkaitan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Rekod, saya  akan cuba kongsikan dengan pembaca kerana ramai yang bertanya Ijazah saya ambil ini berkaitan apa.
Nota 2: Insya Allah, "Kempen katakan tidak pada nasi " sudah bermula dalam diari saya mulai hari ini. Dr. nasihatkan saya untuk turunkan berat badan sebanyak 20kg( memang cabaran)

Monday, September 05, 2011

Semester 6

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah cuti semester saya akan melabuhkan tirainya kurang seminggu dari sekarang, ramadhan juga sudah seminggu meninggalkan kita dan mood raya pun makin pudar. Insya Allah minggu hadapan pada 12 September 2011 kesemua pelajar Ijazah seluruh IPTA di Malaysia akan memulakan semester baru, begitu juga saya yang akan memulakan semester 6 pada minggu hadapan. Alhamdulillah, alhamdulillah... bersyukur tidak terhingga, hari berganti hari, masa berganti masa saya tinggal 1 semester sahaja lagi sebelum bergelar pemegang Ijazah Sarjana Muda (K) Pengurusan Maklumat (Pengurusan Rekod). Semester terakhir ini saya akan mengambil 7 subjek ( boleh tahan juga!)

1. IMA 452 : Electronic Resource Center
2. IMA 454 : ICT in Resource Center Management
3. IMA 601 : E-Learning
4. IMR 651 : Management of Electronic Records
5. IMR 652 : Management of Business Records
6. IMR 653 : Document Imaging System
7. IMR 654 : Management of Medical Records

Yang kod subjeknya bermula dengan IMR ia adalah major saya dan selebihnya adalah subjek pilihan saya untuk minor saya. Bertanyakan  serba sedikit pada senior tentang semester akhir ini, kebanyakkan menasihat saya untuk lebih fokus kepada subjek IMR 563, insya Allah saya akan cuba dengan sebaik mungkin dan target saya untuk semester ini adalah tamat dengan Anugerah Dekan. Oh yaa, saya masih mencongak untuk membayar yuran semester 6 ini, alhamdulillah yuran tidak meningkat seperti khabar angin yang sebelum ini. Gaji hasil saya mengajar kelas mengaji mungkin hanya berbaki RM 10 untuk bulan September. Erm,,,Insya Allah ade la ruang mana-mana nak dapatkan perbelanjaan pembelajaran saya. Beginilah keadaan saya setelah bertekad tidak mahu meminjam PTPTN.

Broadband Maxis

Saya sudahkan menukarkan perkhidmatan broadband saya dari celcom yang pakej RM68 kepada Maxis yang bernilai RM68 juga tetapi disebabkan saya melanggan semasa promosi raya, saya mendapat rebat RM 100, jadi bermula bulan September ini hingga September tahun hadapan saya hanya perlu membayar RM58 sahaja. Saya menukarkan servis kerana masalah servis yang sangat teruk daripada Celcom. 

Nota 1: Ya Allah, saya gerun melihat rancangan TV yang makin menggila dengan cerita merepek. Mudah pula menjadi ikutan.
Nota 2: Ayuh Jom Puasa 6, 
Nota 3: Saya akan membuat pemeriksaan tonsil dalam waktu terdekat.

Saturday, June 04, 2011

Cuti Sekejap

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah, kursus saya selama 3 minggu di kampus sudah pun berakhir rabu lepas. Saya mengambil peluang yang ada antara khamis sehingga ahad untuk merehatkan diri sebelum memulakan latihan industri yang pertama saya di Institut Jantung Negara ( IJN) pada hari Isnin depan. Semalam sempat juga meluangkan masa yang ada menemani adik-adik menonton wayang cerita Kung Fu Panda (saya cadangkan anda juga pergilah menonton) cerita yang sangat menarik dan kelakar dari mula sampai habis, sedikit pun tidak rasa rugi berbelanja.


                                                 

 Cuti Semester 4 Bulan

Oh ya, cuti semester kali ini sangat berbeza bagi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda kerana tempoh cuti yang lebih panjang iaitu 4 bulan ( biasanya sebulan lebih sahaja), namun alhamdulillah cuti semester saya pada kali ni sangat terisi, setelah dirancang dengan kursus, latihan industri dan  fasilitator program saya hanya ada sebulan sahaja berbaki lagi tanpa sebarang aktiviti iaitu pada bulan Ogos ( Bulan Ramadhan), sebenarnya saya sendiri sengaja memilih untuk tidak menerima sebarang komitmen samaada menjadi fasilitator mahupun sekarelawan untuk apa-apa sahaja program pada ramadhan kali ini kerana memilih menikmati Bulan penuh barakah ini bersama keluarga tercinta dan dan sepenuh perhatian pada bulan yang akan mendidik jiwa dan membersihkan kembali dalaman saya agar lebih terisi kelak, dan mungkin ramadhan yang terakhir saya berpeluang bersama-sama keluarga sepenuhnya.


Insya Allah latihan industri saya di IJN adalah selama 2 bulan bermula 6 June sehingga akhir bulan Julai. Doakan semuanya berjalan dengan baik dan saya dapat mempelajari segalanya dengan mudah dan membantu kakitangan IJN dengan jayanya. Seawal 6.45 pagi bertolak dengan bas dari kampus puncak perdana (terima kasih fakulti kerana menyediakan pengankutan pada kami). dan habis pada 5.00 petang. Maka untuk bulan Jun dan Julai ni, IJN akan menjadi rumah kedua saya.

 Pertukaran tarikh keluar result pelajar Ijazah Sarjana Muda

Tarikh pengumuman keputusan peperiksaan yang sepatutnya 2 Julai 2011 di dalam takwim akdemik UiTM bagi pelajar Ijazah sudah diawalkan pada 17 June ini (lagi 13 hari ja lagi ), Ya Allah gementar nya saya.. sebab semester 5 yang lepas bagi saya adalah semester yang sangat-sangat menggerunkan dengan tugasannya, masaalah komunikasi antara kumpulan tugasan yang sangat tidak memuaskan hati ditambah pula ada yang membuat kerja halai-balai. Apa-apa pun saya letakkan segalanya pada tawakal kerana saya sudah berusaha sebaik mungkin. Insya Allah jika ada rezeki saya untuk mendapat result yang baik, saya sangat-sangat bersyukur, jika sebaliknya mungkin ada kesilapan di mana-mana dari pihak saya.


Gemuk a.k.a Obes

Yang ini paling merisaukan saya, saya sendiri tidak perasan pada mula nya, namun sejak kebelakangan ini, tidak kira sesiapa pun yang berjumpa saya pasti akan mengatakan badan saya berisi sangat, nampak naik mendadak. Balik kampung pak lang, mak lang semua kata "awat hang makin tembun ni?" , "la,hang ka, lainnya...awat makin besaq ni?". Malu pun ada, tapi senyum ja la. Balik rumah abi pula kata benda yang sama. Saya pun dalam kerisauan timbang berat badan, memang naik sungguh, rasanya berdasarkan berat sebelum ini dengan yang saya baru timbang naik hampir 10 kilo..Warghhh....... Jadi mulalah jadual diet yang keras perlu dijalankan. Antaranya yang saya buat untuk ketika ini, saya tidak akan makan selepas pukul 7.00 malam, jogging atau berjalan paling kurang 1 jam setiap hari, dan banyak lagi la. 10 kilo tu perlu dihapuskan segera dan menjadi musuh saya sekarang ni.



Nota 1: Ya Allah sedar atau tidak, kita sudah memasuki bulan Rejab, JOM pakat-pakat puasa sunat kawan-kawan.
Nota 2: Selamat maju jaya Syafi kerana sudah tamat pengajian dan moga dapat kerja cepat-cepat ya...

Saturday, June 19, 2010

Kepentingan Pengurusan Rekod

Rekod amat penting dalam kehidupan manusia dari kewujudan manusia pada zaman lampau sehinggalah sekarang. Rekod diwujudkan untuk membuktikan sesuatu perkara atau tindakan yang telah dilakukan. Sebagai contoh, pada setiap tamadun yang wujud amat mementingkan rekod dalam keberlangsungan tamadunnya, contoh paling mudah untuk difahami ialah lukisan yang dilukis pada dinding di piramid didalam tamadun Mesir, begitu juga di Tamadun Cina, telah diwujudkan satu pangkat dinamakan Pegawai rekod, tugas pegawai rekod ini adalah untuk mencatitkan segala tindakan yang telah dibuat oleh kerajaan cina itu sendiri, tamadun-tamadun lain ialah seperti didalam tamadun Islam juga mementingkan rekod itu sendiri,dan disebabkan pengurusan rekod yang efisien dan efektif, tamadun islam dapat dikembangkan ke seluruh dunia. Oleh itu, dapatlah dikatakan rekod adalah penting bagi semua tamadun.

Sekarang akan membincangkan apa itu kepentingan rekod kepada individu dan juga organisasi. Pertama sekali, kepentingan rekod adalah sebagai bahan bukti. Hal ini kerana dengan rekod yang diwujudkan dapat membuktikan segala tindakan yang telah dibuat. sebagai contoh, rekod kewangan dalam sesebuah organisasi akan dijadikan bahan bukti apabila sesuatu perkara berbangkit terjadi, contohnya, untuk mengaudit kewangan syarikat. segala rekod-rekod kewangan yang telah dibuat akan dirujuk untuk kerja-kerja audit tersebut. Melalui rekod kewangan yang sistematik dan efisien dapat membanteras penyalahgunaan kuasa didalam sesuatu organisasi, hal ini kerana melalui sistem rekod yang efektif dapat mengetahui siapa yang bertanggungjawab keatas sesuatu tindakan. Sebagai contoh yang lain ialah, rekod yang diwujudkan dapat megetahui keadaan sebenar masa lampau serta membuktikan sesuatu kejadian telah berlaku, maka dengan ini fakta sejarah dapat dibuat dengan lebih berkesan lagi. Salah satu isu yang terkini yang melibatkan rekod ialah status pulau batu puteh yang menjadi rebutan antara pihak Malaysia dan Singapura, disebabkan tiada rekod yang khusus bagi membuktikan kawasn tersebut milik Malaysia, menyebabkan Pulau Batu Puteh menjadi sebahagian dari Singapura.Maka, setiap individu dan organisasi sama ada kerajaan ataupun swasta haruslah mengambil iktibar bagi isu ini dan haruslah menguruskan rekod-rekod dengan betul dan mengikut standard pengurusan rekod itu sendiri.

Seterusnya, Kepentingan rekod yang kedua ialah sebagai bahan rujukan untuk membuat keputusan. Sesebuah organisasi memerlukan rekod untuk membantu mereka membuat keputusan dengan lebih berkesan lagi. sebagai contoh, dalam sesebuah syarikat akan membuat keputusan berdasarkan rekod yang telah sedia wujud, cuba kita bayangkan apa akan terjadi apabila pengurusan rekod tidak efisien dalam sesebuah organisasi, sudah tentu sesebuah organisasi akan menghadapi kesukaran dalam membuat keputusan. Maka tidak hairanlah sesebuah organisasi akan mengalami status muflis apabila rekod-rekod mereka tidak diuruskan dengan baik.

Seterusnya, kepentingan rekod yang ketiga ialah sebagai menjaga hak kepentingan sesebuah masyarakat. Maksud disini ialah rekod digunakan untuk menjaga kepentingan sesuatu masyrakat, keitimewaan masyarakat atau bangsa, lebih-lebih lagi untuk keberlangsungan sesebuah masyarakat tersebut. sebagai contoh, di negara Malaysia, sewaktu pengisytiharan merdeka, telah wujud dokumen yang menandakan kemerdekaan tanah melayu daripada penjajahan British. Dokuman yang diwujudkan itu merupakan kepentingan masyarakat terutamanya rakyat Malaysia itu sendiri. Maka dokumen tersebut mempunyai nilai yang sangat tinggi kepada negara dan rakyat Malaysia, dan disebabkan juga isi-isi kandungan dokumen tersebut merupakan rekod yang sangat penting bagi kedaulatan negara dan rakyatnya. Oleh itu, bolehlah dikatakan rekod adalah penting bagi menjamin kepentingan sesebuah masyarakat.

Akhir sekali, kepentingan rekod ialah menjamin kedaulatan sesebuah undang-undang didalam sesebuah negara. Perlembagaan yang dibuat adalah untuk menjamin keluhuran undang-undang bagi sesebuah negara. Sesuatu badan kehakiman tidak dapat membuat keputusan jika tiada rekod yang mengatakan sesutu tindakan itu adalah betul atau salah (akta) didalam perlembagaan sesebuah negara. Maka dengan wujudnya rekod dan pengurusan rekod yang cekap, sesuatu tindakan tidak dapat dibuat dengan berkesan.

Secara kesimpulannya, Rekod adalah penting bagi sesiapa sahaja, tanpa rekod sesuatu tindakan tidak dapat dibuktikan, tanpa rekod hak masyarakat tidak akan terjamin, tanpa rekod juga undag-undang tidak dapat dilakukan atau diputuskan denga lebih berkesan lagi, dan tanpa rekod sesuatu organisasi tidak dapat membuat keputusan dengan tepat, berkesan dan cepat dan membolehkan organisasi mencapai status muflis. Oleh itu, setiap individu dan organisasi haruslah menyedari kepentingan rekod dan menguruskan rekod-rekodnya secara cekap dan berkesan, maka dengan tindakan ini, dapat membolehkan sesuatu organisasi menjadi lebih cekap dan berkesan dalam segala tindakan yang dibuat dan juga dapat menyelamatkan kedaulatan negara.

Saturday, October 10, 2009

Apa Mungkin Allah Terima Taubat Kita?

Nak mintak pandangan akak boleh?”, soalnya membuka bicara.


“Silakan, akak cuba”, jawabku.


“Apa mungkin Allah terima taubat kita kalau kita selalu mengulangi dosa yang sama?”, begini bunyi soalannya.


Jujurnya aku sedikit terkejut orang seperti dia bertanya soalan sebegitu kepadaku. Walhal dia yang lebih layak untuk menjawabnya lantaran memang bidang pengajiannya khusus tentang agama. Tentu saja dia lebih tahu tapi…


“Tu ke yang nak tanya pendapat akak?”, soalku ragu.


“Lepas buat dosa kita bertaubat, kemudian di kala iman lemah dan tergoda kita kalah dan mengulangi lagi dosa tersebut. Apabila sedar kita bertaubat dan benar bertaubat, tapi kita tetap kalah untuk hari yang datang. Kemudian kita tetap memohon taubat”, jelasnya lagi.


“Yup, apa pendapat akak, adakah Allah akan terima taubat kita tu?”, sambungnya sembari menjawab soalanku.


Dan aku tersenyum kemudian menjawab.“Enta sendiri tau jawapannya”


“Ana tak pasti”, katanya pula.


“Apa pendapat akak?”, dia mengulangi soalan yang sama. Kepelikan masih membusung di hati tapi aku cuba memikirkan ayat yang sesuai untuk menjawab soalannya. Sebenarnya jawapan itu lebih kepada mengingatkannya kerana soal-soal sebegini bukanlah asing baginya (begini yang terbersit di hati saat itu).


“Apa yang mampu akak katakan cuma mengingatkan enta bahawa Allah membuka pintu rahmat dan ampunanNya pada waktu malam buat hambaNya yang melakukan maksiat padaNya di waktu siang. Dan Allah buka kembali pintu rahmat serta ampunanNya di waktu siang buat hambaNya yang membuat maksiat padaNya pada waktu malam sehinggalah nyawa kita berada di kerongkongan. Tapi siapa yang tahu saat kematiannya? Tiada satu pun makhkuk yang tahu. Selagi kita mengakui tiada Tuhan selain Dia, maka pintu ampunan itu sentiasa terbuka luas, dik”, jawabku cuba menyusun bahasa sebaik mungkin.


“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Al-Zumar: 53).

Taubat itu adalah salah satu rahmat dari sekian banyaknya rahmat Allah buat hamba-hambaNya. Dan Allah menjanjikan keampunanNya bagi sesiapa saja yang mahu bertaubat malah menggantikan keburukan hambaNya dengan kebaikan serta pula menghapuskan dosa-dosa hambaNya yang bertaubat kepadaNya.

“Subhanallah, betapa sayangnya Allah pada hambaNya, tapi kenapa hambaNya tak terfikir dan lupa akan cinta Allah tu?”, soalan itu menuntutku berfikir sama.


“Insan… yang sering bolak balik hatinya. Sebab tu kita dituntut untuk berdoa moga Allah bolak balikkan hati kita pada keimanan hanya padaNya, taat hanya padaNya”.


“Betul kak. Kami yang belajar agama pun kadang-kadang leka. Tak tau la, hati ni kadang-kadamg sedih bila fikirkan dosa yang banyak sebelum ni”, luahnya.


Dan seperti biasa, aku dahului responku dengan senyuman.


Apabila dosa tersebut diikuti dengan lapan perkara maka mudah-mudahan ia dekat dengan kemaafan, keampunanNya.


Empat perkara tersebut berlaku di hati iaitu pertama adalah taubat (di mana ia diertikan sebagai penyesalan atas apa yang telah berlaku pada masa lalu dan takut kepada Allah akan apa yang akan datang pada masa hadapan.


Dan diertikan juga taubat itu sebagai melepaskan pakaian keburukan dan membentangkan janji kebaikan).


Kedua adalah bertekad untuk tidak mengulanginya, sementara ketiga adalah menyesal dan takut pada hukuman Allah.


Dan keempat adalah mengharap ampunan daripada Allah swt.


Sementara empat perkara lagi adalah pada anggota tubuh iaitu yang pertama solat sunat taubat dan kedua adalah memohon ampunan kepada Allah sebanyak 70 kali dan mengucapkan ‘subhaana robbiyal ‘azimi wabihamdih’ sebanyak 100 kali. Perkara ketiga adalah bersedekah dan berpuasa (Muhammad Al Sayim, 2008. ’40 Ayat Penghapus Dosa-dosa’ – dengan sedikit olahan ayat).


“Bersyukurlah dalam istighfar padaNya. Paling tidak, hati masih lembut, masih celik tiapkali teringat khilaf yang lalu”, balasku.



“Kadang-kadang hati ni kuat dan kadang-kadang lemah dan kalah dengan godaan”, katanya lagi menambah.


“Semakin kuat iman kita, semakin sering pula iman itu diuji”, ye, aku cukup yakin dengan kalimat ini.


Sungguh, Allah tidak pernah membebani hambaNya melampaui kemampuannya. Allah Maha Mengetahui kelemahan dan kemampuan hambaNya lantaran Dialah yang telah menciptakan.

Allah berfirman kepada malaikatNya ketika manusia banyak melakukan dosa, dalam hadis Qudsi disebutkan:

“Berdoalah kepadaKu dan untuk hambaKu kerana jikalau Aku telah menjadikan mereka maka sesungguhnya Aku telah menguasai mereka” (Muhammad Al Sayim, 2008. ’40 Ayat Penghapus Dosa-dosa’).

Allah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang maksudnya:


“Aku tidak akan menghimpunkan dua ketakutan pada hambaKU dan tidak pula akan mengumpulkan dua keamanan baginya. Jika ia merasa aman daripadaKU di dalam dunia, Aku akan berikan rasa takut kepadanya pada Hari Kiamat. Dan jika ia merasa takut kepadaKU di dunia, Aku akan berikan kepadanya rasa aman pada Hari Kiamat”


(Hadis Qudsi riwayat Ibnu Mubarak dan Al-Hasan).


“Ya Allah yang menenggelamkan bintang-bintang dan menutup mata manusia, Engkau tidak tidur wahai Yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa. Ya Allah, kasihanilah kelemahan kami dan sembuhkanlah saudara-saudara kami yang sakit dan terimalah taubat kami, Engkau mengetahui keadaan kami dan tidak memerlukan permintaan kami. Maka ya Allah, cukupkanlah kami daripada kemiskinan kami dan ampunilah kesalahan kami dan bantulah kami melawan musuh-musuh kami, dan tolaklah tipu daya mereka menjadi kekalahan bagi mereka dan jauhkanlah kami daripada kejahatan mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Dekat dan Maha Menjawab doa-doa kami wahai Tuhan Pemilik langit dan bumi. Selawat dan salam buat Junjungan kami Nabi Muhammad saw serta keluarga juga sahabat baginda sekalian”

Amin… Amin… Allah humma amin…

Thursday, October 08, 2009

Konvo Edisi 1

Alhamdulillah setelah 3 tahun berpenat-lelah di bumi segamat, bumi Allah yang begitu memberi seribu kenangan indah dan pahit kepada saya, akhirnya salah satu impian saya antara berpuluh yang saya senaraikan tercapai juga iaitu menggulung segulung diploma. Insya Allah mengikut apa yang dijadualkan oleh pihak UiTM, Konvokesyen ke 71 akan berlangsung dari 15-27 Oktober 2009. Sebanyak 18 sidang akan berlangsung pada kali ini, dan mengikut surat yang diberikan pada saya, giliran saya adalah 476 pada sidang ke 18. Nampaknya giliran sidang saya jatuh pada hari ke 3 terakhir.

:47:lambatnya...mungkin kehangatannya tidak sama bagi sahabat-sahabat yang dapat bersidang dihari pertama. Apa boleh buat semua UiTM dah jadualkan.:22:ikut saje la...that the rules...

Sebut pasal peraturan ni, bukan setakat itu sahaja, banyak lagi yang saya perlu buat untuk konvokesyen ni, bayar yuran konvo tu memang satu kemestian, selain tu saya dikehendaki juga mengesahkan kedatangan dan maklumat peribadi di menu PENGESAHAN KONVO 71

Ha ada lagi,
  • Para graduan dikehendaki menyemak sekiranya terdapat denda dengan pihak Universiti (Denda Lalulintas/ Denda Keselamatan dan lain-lain) yang masih belum dijelaskan. Graduan yang tidak menjelaskan denda universiti dan yuran konvokesyen tidak akan diberikan jubah akademik UiTM.
  • Mencetak slip kehadiran konvokesyen(Borang Jubah) dan dibawa semasa hari pendaftaran dan pengambilan jubah yang telah dijadualkan.
Denda? Alhamdulillah sepanjang pengajian saya, saya selalu didenda kerana lewat memulangkan buku di perpustakaan. Bukan apa, kadang-kadang masa yang diperuntukkan untuk buku pinjaman agak singkat, dan kadang-kadang saya sendiri lupa....:17:
Namun segala denda telah saya selesaikan semasa clearance di UiTM Segamat pada Julai yang lepas. Dicongak kembali agaknya jumlah denda saya dengan perpustakaan UiTM Johor, kosnya
membolehkan saya membeli sebuah novel agaknya.

Jika denda melibatkan "Denda Lalulintas/ Denda Keselamatan dan lain-lain" saya mempunyai rekod bersih. :2:lalalala...

Untuk yang ini pula, "Mencetak slip kehadiran konvokesyen (Borang Jubah) dan dibawa semasa hari pendaftaran dan pengambilan jubah yang telah dijadualkan." sudah saya buat, dan insya Allah tarikh untuk saya mengambil jubah konvo di UiTM adalah pada 23 Oktober.

Segala perkara telah saya selesaikan, cuma satu ni je yang saya agak berat nak buat segera, apa dia? bayar yuran konvo yang berjumpah RM115 tu...entahlah..beratnya nak keluar ke Bank Islam untuk buat pembayaran dan lebih berat dengan amaunnya yang mencecah lebih seratus hinggit tu...:46:..Nanti-nanti la sebelum 23 Oktober tu, insya Allah saya bayar...:52:

ok lah saya berhenti disini dulu...Insya Allah dikemudian waktu saya corat-coretkan lagi repekan saya disini...

p/s: Boleh sesiapa share dengan saya macam mana nak bunuh virus malas yang dah merebak hampir keseluruh badan saya? please......:4::4:

Wednesday, May 13, 2009

Suka Duka Saya Bersama Etr 300

Lambatnya nak bercerita...entahla sejak kebelakangan ni, badan ni macam dijangkiti virus...semua benda rasa macam malas je nak buat, lagi2 sekarang ni duk rumah je..makin bertambah malas saya. Dunia sekarang digegarkan dengan virus iA(H1N1) flu saya dijangkiti virus lain, ( VIRUS MALAS)...huh!!

ETR 300: nie la satu-satunya subjek di semester terakhir saya yang agak susah, code tuk subjek ni pun lain berbanding subjek yang saya dah ambil before ni.. ni adalah subjek elektif. Markah untuk final exam hanyalah 20 markah..selebihnya adalah bergantung pada report, presentation dan test. Sebenarnya ini la satu-satunya subjek yang memerlukan saya mengetahui serba-sedikit mengenai akaun berbanding subjek2 lain yang saya belajar hanyalah lebih kepada teori.

Erm kenapa saya kata duka?...jika group member dalam group yang lain boleh buat kerja bergroup dengan baik dan penuh keseronokkan, tapi berbeza sangat dengan saya. Kerana masalah dalaman yang 'agak hebat'. Saya agak susah untuk mendapat komitmen dari semua ahli kumpulan. Saya akui semuanya telah berusaha sehabis baik untuk subjek ni, cuma jika kumpulan lain boleh duduk dan berbincang tapi tidak untuk group kami, agihkan tugasan pun gne sms sahaja, nak jumpa pun jika keadaan dah mendesak sangat Pernah saya terduduk dan menangis sendirian bila memikirkan mampukah aku lepas subjek ni.. sebab saya rasakan sangat susah untuk saya memperolehi markah yang baik dalm tugasan. ini kerana kelemahan saya, saya kurang handal dalam mendapat markah yang tinggi untuk assessment mark, sepanjang pengajian saya kebanyakkan saya akan score ketika final exam.

Ape yang mampu saya buat berdoa agar semuanya berjalan lancar dan saya lulus subjek ini dengan baik. Untuk subjek ni, kami dikehendaki menubuhkan syarikat kami sendiri dan menyediakan rancangan perniagaan syarikat yang kami bina tersebut. Kumpulan saya telah memilih untuk menubuhkan syarikat yang menjalankan perkhidmatan membeli dan menjual lembu pedaging. Halal Farm Enterprise nama rasmi syarikat kami, segala kemahuan pensyarah kami En Albakri kami cuba untuk lakukan. Untuk subjek ni juga kami dikehendaki menghadiri seminar keusahawanan di PWTC dan seminar keewangan yang dilakukan di dalam uitm sahaja. Ini semua dilakukan bertujuan memahirkan kami lagi tentang ilmu keusahawanan dan keewangan agar mudah kami meyediakan rancangan keewangan.

erm...ape yang dukanya, bayangkan apabila kita satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang sama, tapi dalam nak capai matlamat tu kumpulan tersebut ada antara ahli kumpulannya tidak bertegur langsung dan buat kerja " macam orang malas gle dan terpaksa!!". Saya selaku ketua kumpulan memikul amanah yang berat. Mungkin betul antara kita menghadapi masalah peribadi tapi boleh tak kalau ""be professional bila buat kerja"". Erm kalau perangai ni terus dibawa sampai alam perkerjaan memang tak kan lama la kita kerja sesuatu tempat tu..

erm pe2 pn saya bersyukur segala-galanya dah tamat. Perbentangan untuk subjek ni berjalan dengan baik dan akhirnya sifat kebudakkan antara ahli kumpulan saya hilang dan masing-masing dewasa dalam memikirkan masa depan, dan cuba buat yang terbaik ( erm bukan xboleh pun..cuma ske sgt ikutkan hati dan perasaan) Dikesempatan ini saya ingin memberi menyatakan sekiranya sepanjang kita berkumpulan ada terkurang, atau timbul ketidakpuasan hati tentang hasil kerja saya untuk menyediakan report dan persembahan multimedia mohon kemaafan, saya sudah berusaha sehabis baik..hanya itu yang saya mampu lakukan, dan buat semua ahli kumpulan saya sekiranya ada melibatkan wang dari pihak anda semua saya mohon dihalalkan dan begitu juga dipihak saya, saya halalkan.


dari hati yang tulus dan ikhlas..

Vidoe ini Khas saya tujukan buat semua ahli kumpulan saya atas segala kenangan sepanjang kita bersama..maafkan daku atas kekurangan diri. Ku doakan kejayaan dunia dan akhirat buat kamu semua.