Sejujurnya, serba tak kena. Tak jumpa perkataan yang paling tepat dan padat untuk memahamkannya. Apa yang termampu, adalah terkebil-kebil di hadapan skrin komputer ribanya yang menerangi kamar yang gelap dan sejuk ini.
Khali, sunyi, kaku, beku. Hilang petah dan lincah.
Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Tersepit di antara celahan angan dan realiti. Serpihan kenangan seakan bilah-bilah tajam yang begitu melukakan sehinggakan dia tidak punya kekuatan untuk terus melayari sejarah.
Andai bahasa bumi tidak mampu menjelaskan, jelaslah dia perlu berbicara dengan bahasa hati. Langkah pertama, bersihkan dan lembutkan hati. Agar kalam yang ingin disampaikan tidak terhalang dek pagar keegoan dan keangkuhan. Luruskan niat dan ikhlaskan hati. Batu, jika dititiskan air setiap hari akan berlekuk juga. Sabar itu terasnya.
Allah, mohon Kau selamatkan semuanya. Juga, mahu Kau terus pelihara kami dan jangan pernah tinggalkan kami sendiri. Allahumma ameen.
Showing posts with label En. Siput. Show all posts
Showing posts with label En. Siput. Show all posts
Tuesday, August 10, 2010
Tuesday, February 02, 2010
Segalanya Jelas
Sesungguhnya yang halal itu jelas
Dan sesungguhnya yang haram itu jelas
Dan diantara keduanya terdapat yang syubhat
Tidak diketahui oleh kebanyakan orang
Barangsiapa menjaga yang syubhat
Sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya
Dan maruah dirinya
Dan barangsiapa yang terjatuh ke syubhat
Maka dia telah terjatuh ke yang haram
Umpama pengembala disekeliling kawasan larangan
Dibimbangi dia menceroboh masuk ke dalamnya
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan
Ketahuilah bahawa sempadan Allah adalah yang haram
Ketahuilah dalam setiap jasad ada seketul daging
Sekiranya ia baik maka baiklah jasad seluruhnya
Dan sekiranya ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya
Ketahuilah, ia adalah HATI..(",)
Dan sesungguhnya yang haram itu jelas
Dan diantara keduanya terdapat yang syubhat
Tidak diketahui oleh kebanyakan orang
Barangsiapa menjaga yang syubhat
Sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya
Dan maruah dirinya
Dan barangsiapa yang terjatuh ke syubhat
Maka dia telah terjatuh ke yang haram
Umpama pengembala disekeliling kawasan larangan
Dibimbangi dia menceroboh masuk ke dalamnya
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan
Ketahuilah bahawa sempadan Allah adalah yang haram
Ketahuilah dalam setiap jasad ada seketul daging
Sekiranya ia baik maka baiklah jasad seluruhnya
Dan sekiranya ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya
Ketahuilah, ia adalah HATI..(",)
Wednesday, December 02, 2009
Kisah Sebuah Pelarian
Apabila saya mengejar, awak lari. Apabila saya lari dan terus bersembunyi supaya tidak diburu...awak memecut pula mengejar. Sebaliknya,awak perlu tahu...dia asyik mengejar-ngejar sehingga saya terkejar-kejar melarikan diri.
Hey, larilah jauh-jauh. Kejar-kejar buat apa. Saya sudah lari jauh-jauh. Janganlah kejar dekat-dekat pula. Saya sudah penat. Apa kamu semua tidak penatkah? Awak pula tidak usah cakaplah. Sudah lama awak penat. Atau, awak memang tidak pernah mengejar langsung sebenarnya?
Saya lari bawa dirilah. Eh, memang sudah lama saya lari bawa diri. Jadi, nasihatkan diri awak untuk berundur dari mengejar. Jangan lari-lari lagi. Jangan kejar-kejar lagi. Duduk diam-diam. Buat kerja masing-masing.Kita masing-masing masih banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Awak, saya, dan dia kan kesemuanya harapan keluarga..berhenti la dari saya mengejar mahupun saya dikejar oleh awak dan dia..saya bosan...
Pertandingan tamat. Siapa pemenang?
Semuanya kalah.iya, saya dan awak kalah buat masa ni BOOM!..dia pun kalah..
Nota 1: Fahamkah? Tidak, kan. Yeay!...
Nota 2 : Tahu tak, Malaysia adalah pengguna gula ke-8 tertinggi di dunia...saya pulak ade masalah kurang gula dalam badan, so? ( nota ke-2 ni, langsung tak de kaitan dengan entri kat atas..)..hahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)
