Alhamdulillah masih diberi ruang untuk menulis sesuatu disini, jika diikutkan rasa ingin sahaja saya updatekan blog ini setiap hari dengan belbagai cerita dan ilmu yang ingin dikongsi bersama. Namun hakikatnya masih banyak lagi yang perlu saya dahulukan. Tugasan kuliah yang mula diberikan pensyarah seawal minggu pertama lagi, kerja separuh masa saya sebagai guru mengaji iqra& Al-Quran dan tugas hakiki saya sebagai kakak kepada 5 orang adik membataskan segalanya.
Kadang-kadang ketika mengelamun melayan perasaan sebelum melalapkan mata saya selalu berfikir, bagaimanakah saya 10 tahun akan datang, adakah saya masih tsabat di jalan Dakwah ini? atau futur di pertengahan jalan atau mungkin terbatas kerana keluarga, atau mungkin juga menjadi sayap kiri perjuangan suami menuju jalan dakwah ini. Terlalu memusingkan kepala ini dengan bermacam persoalan.
Persoalan ini yang menjadi kewajipan agaknya tatkala jiran dan sanak saudara dan rakan taulan tatkala saya dan mereka bertemu, Dialongnya juga seakan sama dan sudah dirakam akal.
"La, besar dah hang na, boleh kawin dah la" kata tok wan pada saya tatkala pulang ke kampung
"Ummi kan masa usia akak sekarang ni dah ada 2 anak, tapi akak tak tau la bila, jangan lambat-lambat sangat" kata ummi pada saya dihari jadi saya baru-baru ini
"Kenapa badan makin merisi ni? Hati senang la ni...mana kad jemputan, seloroh kakak usrah saya" Terkesima saya tanpa jawapan, hakikatnya Allah tahu apa yang terbuku dihati saya.
Dan macam-macam lagi, tak ingat dah dan ada yang saya rasa tak patut dituliskan disini
Saya masih ingat lagi di hari lahir saya ke-22 beberapa minggu yang lepas, ummi mula menanyakan soal jodoh, adakah saya sudah punya pilihan ataupun bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga. Argghhh! satu persoalan yang bagaikan batu besar yang menimpa diri. Sepupu saya, kenalan rapat kebanyakkan sudah memasuki alam pertunangan mahupun berumah tangga, menjadikan saya tersepit untuk memberi alasan kurang bersedia pada ummi. Bagi abi pula, lebih kepada pendekatan saya sendiri, dia tidak memaksa mahupun mencari calon unutk saya, semuanya diserahkan sepenuhnya pada saya. Cuma baginya biarlah calon yang dipilih mampu membimbing saya sebaik mungkin. Pada pandangan saya mungkin ummi sedikit kelam-kabut tatkala melihat saya yang seakan-akan ambil mudah soal jodoh ini.
Ketika majlis perkahwinan rakan sekelas saya di Teknik Kajang
( Batch 2004-2005)
Hana!...si kecil yang betah dan sangat comel
Bukannya mengambil mudah, cuma kali ini saya perlu berhati-hati dalam memerhati dan memilih calon. Ini kerana calon itulah yang akan membawa saya ke syurga mahupun neraka. Dengan kondisi saya begini saya perlukan seorang pemuda yang mampu menerima siapa saya dan keluarga seadanya. Wahai pemuda, saya bukan berniat untuk menyakitkan hati dengan menolak lamaran, cuma berikan saya masa untuk menilainya dengan sebaik mungkin. Saya tidak mahu tergesa-gesa dengan keputusan yang akhirnya merugikan kamu mahupun saya sendiri. Insya Allah, semuanya akan berjalan lancar
Nota 1: Saya sudah mula berpuasa, anda bagaimana?
Nota 2: Tidak lagi merungut dengan kualiti gambar kurang memuaskan apabila sony ericsson Satio menjadi koleksi terbaru dalam handbag saya.
No comments:
Post a Comment