Telahku khabarkan pada bulan di langit
Bahawa aku sudah punyai cinta
Yang bertakhta di sanubari
Hati mulus seorang perawan
Telahku khabarkan pada cerah matahari
Bahawa aku sudah punyai kasih
Yang kian bersemai murni
Subur indah disiram iman
Lalu, usah kau menduga cintaku
Yang merah basah untuk si Dia
Yang sentiasa bersamaku
Tika aku sendiri berseorangan
Cinta ini cinta pahlawan
Buat si mujahid pembela agama
Senang susahnya untuk Sang Kekasih
Dalam mencari keredhaan
Sungai Buloh, Malaysia
6.31 am
Nota 1: Erk.. apa yang saya tulis ni?? Huhu.. X tahu apa motif puisi ini.. Hanya menulis apa yang terlintas di hati dan fikiran.. Maksud tersirat yang sangat mendalam yang entah mungkin hanya difahami diri sendiri. Silakan mencuba mentafsir bahasa hati.. Moga bermanfaat..
1 comment:
Did u find a right person at the right time and at the right place dear?
Post a Comment