Monday, July 05, 2010

Cerita Awal Semester

Assalamualaikum wbt

Apa cerita saya untuk awal semester kali ini? Biasa-biasa sahaja, cuma jadual kuliah saya lebih padat jika dibandingkan semester lepas kerana saya sudah mula memilih minor saya untuk degree bermula semester ini. Disebabkan major degree saya adalah pengurusan rekod, saya membuat keputusan menjadikan sistem sebagai minor saya, ia sesuatu kombinasi yang agak baik untuk memohon kerja kelak, insya Allah.

Hari ini boleh dinobatkan hari yang paling sibuk dengan kuliah rasanya for this semester, sekiranya tiada pertukaran jadual. Kelas saya bermula dari 8.00pg-10.00, 11.00pg-1.00ptg dan 2.00ptg-6.00ptg ( pulang ke rumah solat asar dan bersiap-siap untuk mengajar mengaji pula, bukan sedikit pelajar: kesemuanya adalah 56 orang).. PADAT TAK? Alhamdulillah hari ini kelas sebetulnya masih belum bermula, lebih kepada ice breaking sahaja) tetapi saya yang pilih jadual begini, tidak merugikan saya unutk 2 3 kali pulang ke rumah dan datang kembali.... memudahkan saya yang berulang-alik dari rumah. dengan jadual begini juga lebih mudah. jarak masa yang ada dari satu kelas yang lain perlu digunakan sebaiknya unutk lunch, solat zohor mahupun ke library mencari buku-buku. Tetapi ada yang bestnya,pada hari selasa setiap minggu saya tiada kelas langsung.

macam mana kawan?

Sama sahaja seperti semester lepas juga, muka-muka yang sama berada dikiri kanan. Yang berubah hanyalah pensyarah kami. Saya masih ternanti-nanti kesemua pensyarah. Setakat ini hanya berkesempatan berjumpa dengan pensyarah bel 482 saya dan subjek minor sahaja. selebihnya insya Allah mungkin bisa ketemu di hari rabu, khamis, dan jumaat,insya Allah.


Nota 1: Susahkan apabila kita berdepan dengan manusia yang tidak reti menyimpan rahsia dan suka mengeruhkan keadaan, ada cara nak berdepan dengan mereka?
Nota 2: Ahad ni ada konsert Mahabbah Gaza di Stadium Malawati, Jom pakat turun ramai2

No comments: