Fajar tahun 2011 sudah pun menyinsing. Seperti biasa kehangatan setiap kali rakyat menyambut ketibaannya memang terasa. Para pemimpin juga tidak mahu ketinggalan untuk turut serta meraikannya. Apa sahaja saluran di TV akan meraikan detik tersebut secara lansung.
Dimana saya semasa mengira detik tahun baru?
Saya hanya di rumah beralaskan tilam nipis sambil berbaring sahaja dirumah menonton TV... tidak pernah sekalipun saya merancang untuk kemana-mana, apatah lagi menyambut tahun baru. Kerana tahun baru bagi saya sudah lama berlalu kini sudah 27 hari berlalu, dan esok adalah 28 Muharram.
Di Kesempatan yang ada saya review sedikit apa yang berlaku sepanjang 2010 dan apakah azam saya untuk 2011 ( sebenarnya azam untuk 1432 Hijrah, tidak sempat untuk kongsikan pada 1 Muharram lepas).
Tahun 2010
...Segala yang suka dan duka....
1. Saya menyambung semula pengajian di UiTM Puncak Perdana setelah berdepan emosi dan keputusan yang besar untuk menarik diri dari pengajian di UPM Serdang dalam bidang keselamatan persekitaran dan pekerjaan.
2. Alhamdulillah semester ke-3 saya di UiTM berjalan dengan lancar dengan berbekalkan GPA yang tidaklah segempak mana. Namun Allah murahkan rezeki saya untuk semester 4 pada tahun 2010 dengan GPA yang sangat-sangat menggembirakan umi dan abi, ALHAMDULILLAH.
3. Saya diduga dengan ragam-ragam kawan-kawan di universiti, ada yang menggembirakan dan ada juga yang menjengkelkan. Namun itulah kehidupan yang saya perlu lalui.
4. Saya mendapat tawaran menjadi pembantu penyelidik dengan UiTM. Alhamdulillah.
5. Insan yang saya sangat mengharapkan menjadi penyokong dan sebahagian lagi jiwa saya untuk tahun 2011 pergi mengadap Illahi secara tiba-tiba pada 20 March 2010. Arghh..satu dugaan yang buat saya betul-betul membuktikan Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Semoga Arwah tenang di SANA...
6. Saya bekerja part-time sebagai guru mengaji Iqra dan Al-Quran dan Alhamdulillah saya dapat menguruskan masa sebaiknya dengan tugas sebagai anak dan kakak dirumah dan pelajar degree sepenuh masa.
7.Allah temukan saya pengganti, sekali lagi IA membuktikan IA adalah sebaik-baik perancang.
Jadi, kesimpulannya, untuk tahun 2010 ini, saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah. Sekali lagi, Allah makbulkan segala niat, azam dan target saya. Alhamdulillah. Saya berniat mahu buat yang terbaik dalam pengajian, dipermudahkan untuk melalui ujian dan susah payah sepanjang menjadi pelajar semester 3 dan 4 dan bekerja secara part-time, semakin stabil ekonomi dan juga emosi, solat seawal yang boleh walau sedang sibuk yang macam mana sekalipun dan juga belajar untuk kembali membuka hati. Semuanya Allah makbulkan. Kurnia-Mu sungguh di luar jangkauan.
Jadi, untuk tahun 2011 dan 1432 Hijrah ini, saya tidak mahu meletakkan target yang terlalu tinggi. Cukup sekadar lebih baik daripada tahun 2010. Atau dalam erti kata lainnya, naik setapak lagi. Saya berdoa agar dapat menamatkan degree saya dengan baik tepat pada masanya . Dan kalau diizinkan-Nya, saya merancang untuk menyambung pengajian di peringkat Master, Insya Allah. Saya berharap jalan saya dipermudahkan untuk menyambung dalam bidang yang saya minati dan berusaha kearah cita-cita yang diimpikan
Kalau tahun lepas, saya berniat agar dapat solat di awal waktu walau sibuk yang macam mana sekalipun, tahun ni saya mahu naik tarafkan lagi. Kalau boleh bukan sekadar menjaga waktu solat, tapi saya mahu amalan ma’thurat, tahajjud dan dhuha saya istiqamah setiap hari. Malu saya nak mengaku. Sepanjang tahun ni. Amalan sunat saya sangatlah lompong-lompong dengan alasan yang sengaja dicari dan dibuat., letihla...tak banyak masa lah, dan asgment yang menimbun-nimbun..
Nota 1: Ada banyak tarikh-tarikh penting dalam hidup saya berlaku sepanjang 2010. Terima kasih Ya Allah kerana Kau permudahkan.
Nota 2: Oh ya...ada satu lagi azam saya untuk 2011 ni, saya mahu memperbanyakkan lagi penulisan entry berkaitan bidang pengajian saya (pengurusan rekod). Tidak lah saya mampu menhasilkan teori-teori baru dalam penulisan saya, cuma merekodkan apa yang saya faham dan pandangan saya dalam bidang ini. Insya Allah..
Nota 3: Ada beberapa azam lagi terpaksa saya pendamkan dulu. Mungkin nanti saya akan coretkan juga, dalam buku catatan peribadi kerana sudah tentu ia sesuatu yang peribadi
No comments:
Post a Comment