Tahun 2010 usia genap 22tahun, kata umi ketika di umur dia seperti saya sekarang sudah menanti masa melahirkan anak ketiga iaitu adik perempuan saya.
Maknanya, kalau mengikut keturunan, saya sepatutnya sudah berumah tangga.
Namun soal kahwin bukan urusan kita. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Ramai yang merancang tetapi tidak kesampaian. Ramai yang bercinta tetapi hampa. Ramai juga yang cuba merancang ia hanya pada suatu masa tapi jodoh muncul tiba-tiba
Umi mahupun abi selalu mengingatkan saya tatkala soal jodoh dibicarakan, jika ada sesiapa yang berkenan kena maklumkan kepada abi. Jika mahu kahwin ketika tengah belajar pun abi akan bersetuju. Namun pertimbangkan agar lelaki yang dipilih baik latarbelakangnya dan bertanggungjawab.
Ia tidak perlu dirahsiakan!
Namun cara perkahwinan di tangan abi adalah perkahwinan yang simple. Ia tidak akan membebankan bakal suami saya. Abi tidak akan menuntut sebarang duit hantaran. Tetaplah beribu atau puluhan ribu maka semuanya adalah milik Saya. Biar kesemuanya menjadi mas kahwin.
Bila selesai majlis, saya dan suami tidak menanggung hutang. Binalah hidup nanti dalam suasana yang sederhana kata abi.
Tiada belanja hangus.
Oleh itu sebelum berbincang dengan abi saya sedang memikirkan bagaimana mahu isikan majlis perkahwinan tersebut dengan caranya, buat mana yang perlu tinggalkan yang tidak perlu. Supaya apa yang keluarga kita mahukan tercapai. Biarlah ia tidak mengikut adat tetapi biar kita mencipta adat.
Ia memerlukan kesungguhan!
Nota 1: Sejuk hati bila responnya, saya cuba menjadi orang yang minum air manis dengan menambah air kosong sejuk (untuk kurangkan rasa manis dan tidak terlalu panas meminumnya). InshaAllah,saya faham dan cuba memahaminya lagi.
Nota 2: Alhamdulillah asgmnt semua sudah menghampiri garisan penamat..esok boleh fokus baca untuk test isnin dan sabtu depan ;)
1 comment:
erm....
pe2 nnt jgn tak rojer member2 lak..
ske senyap2 jer...
Post a Comment