Saya suka menyimpan gambar-gambar, walaupun kadang ada gambar yang tidak jadi, atau diambil secara candid..saya akan simpan, walaupun gambar itu blur..sebab bagi saya setiap gambar itu ada cerita tersendiri. Selesai semuanya, saya terjumpa satu folder dalam folder yang lain. Masih ingat lagi folder tersebut saya labelkan Kenanagan Terindah. dalam folder kenangan terindah tersebut ada folder saya labelkan UPM. Click dan terus click, setiap gambar yang ada di dalam folder tersebut saya amati satu demi stau dan entah berapa kali saya ulang tengok kesemua gambar tesebut...saya rindu mereka semua...
Suhailah, Rohela, Shaida, Arasyi, Atirah, Sakinah, Ana Mardhiah, Nisa, Fida, Alex, Chris, dan ramai lagi...
Paling saya rindu, Izzati dan Caryn...saya banyak terhutang budi dengan mereka..
Dibandingkan dengan caryn saya lebih kerap sms Izzati, caryn sangat sibuk dengan aktiviti persatuan dan tugasan-tugasan kuliah, dan saya tahu ini membatsakan dia untuk membalas mesej saya, ada masanya jika saya mesej caryn di pagi hari, tengah malam nanti baru saya dapat msj reply dari dia balik. Alhamdulillah kesemua ex-classmate saya di UPM sudah selesai peperiksaan akhir semester bagi penggal pertama tahun pertama mereka. Saya mendokan kesemua lulus dengan cemerlang terutama dua insan di dalam gambar di atas, sekurang-kurangnya menjadi pembakar semangat untuk lebih cemerlang di tahun kedua nanti.
Dimbas kembali, ketika didezam kuliah, kami bertiga pasti akan duduk pada barisan kerusi yang sama, dan kebiasaannya Caryn pasti kan berada ditengah-tengah antara saya dan Izzati. Caryn mudah mesra dengan orang, dia tidak kedekut dalam berkongsi ilmu dengan classmate, dan mengikut penelitian saya Caryn sangat berbeza dari sesetengah bangsa cina yang pernah saya kenal. Teringat kembali ketika saya menjalani ibadah puasa di UPM, caryn selalu bertanyakan pada saya tentang puasa..biasanya setiap persoalan yang ingin ditanya pasti dimulai dengan
"Khaty..saya nak tanya awak sikit boleh?" kata Caryn
" Banyak pun takpe Caryn, jangan tanya kita soklan test kan datang sudahla, kite pun tak tahu" balas saya...
"Awak tak lapar ke?, setahu saya orang islam yang puasa akan bersahur sebagai satu amalan sunat? betul ke? pukul brape awak biasanya sahur khaty?" kata Caryn.
" Lapar? masa hari pertama bulan ramadhan tu, mmg la kite ada rasa lapar jgk, tapi kan hari ini dan masuk seminggu umat Islam berpuasa. Kite dah biasa, dah tak rasa pe-pe pun. Tentang sahur tu, memang betul amalan sunat, waktu sahur biasanay sebelum masuk waktu subuh, dan kite biasanya akan sahur sekitar pukul 5.00pg hingga 5.30 pagi, nanti boleh terus solat subuh." bagaimana, kite dah menjawab semua soalan awak belum Caryn? " Balas saya kembali
" sudah-sudah dan sangat lengkap, saya betul-betul faham, sebenarnya sudah lama saya nak tanya, tapi saya takut perkara ini sensitif apabila orang bukan islam bertanya tentang Islam." getus Caryn pada saya
"Caryn, selepas ini kalo awak nak hendak tahu apa-apa tentang Islam, saya sangat mengalu-ngalukan...tnya sahaja apa yang mengelirukan awak.pada saya, saya sangat suka " balas saya dengan niat untuk tidak mematahkan semangatnya mengetahui tentang Islam.
Kami pulang mengikut laluan yang berbeza, kerana saya dan Caryn menetap dikolej yang berbeza. Ketika itu berbisik dihati saya, mungkin Allah sudah buka pintu hatinya cuma dia masih belum mendapat hidayah, saya doakan dia mendapat hidayah dan memeluk islam sesegera yang mugkin.Perbualan kami berkisar agama Islam sangat meriah hari demi hari, ada sahaja persoalan yang ditanyakan pada saya, samaada dalam perjalanan ke kuliah mahupun pulang dari kuliah, dan Allahmdulillah dikala setiap soalan itu ditanya oleh Caryn, Allah swt kurniakan idea-idea dengan susunan ayat yang mudah untuk saya perjelaskan pada Caryn,
Antara soalannya..
Khaty, kenapa saya tengok ada perempuan melayu ada yang bertudung dan ada yang tidak? mereka semua ni islam ke x?
Khaty, awak tak panas ke asyik pakai tudung dan baju besar-besar?
Kenapa saya tengok ada org islam yang pakai telekong ketika hendak solat, dan ada jgk yang tidak pakai? boleh ke?
Khaty, orang perempuan yang beragama Islam boleh tak sentuh orang lelaki islam yang lain?
Khaty, Hukum HUDUD tu macam mana? dari mna hukum ini datang?
Khaty, kenapa awak selalu pakai stokin?dan bermacam-mcam lagi soalan yang ditanyakan Caryn pada saya,
p/s: Sahabat-sahabat disana, bimbinglah insan yang begitu mendambakan ilmu ini (Caryn ) agar dia terus...dan berterusan mencari ketenangan yang Hakiki...
No comments:
Post a Comment