Ikuti sambungannya....
-------------------------------------------------------------------------------------
1 Bulan selepas itu.
Zachery kembali ke sekolah dan menjadi manusia yang berbekas dengan kesalahan dan hukuman rotan.Hukuman rotannya itu dirasakan tidak sesakit keperitan Aina yang mengalami kecederaan tulang belakang.Namun Zachery jauh sekali telah berubah dan dia secara ikhlas telah melahirkan rasa kesal dan mohan maafnya ke atas keluarg Aina.Ibu dan Ayah Aina dengan rasa terbuka, menerima maafnya itu walaupun mungkin tidak bagi Aina.Aina telah diberi rawatan yang terbaik dan kos perubatannya ditanggung oleh Dr.Kamarudin sebagai tanda mohon maaf diatas sifat anaknya yang keterlaluan.Semasa tempoh pergantungannya itu, Zachery telah membawa diri ke London dan disanalah dia belajar mengenali dirinya semula.”Zach, apa yang kau lakukan adalah salah, malangnya, takkan sampai kau akan dewasa kau akan terus menjadi manusia yang tidak pernah penat untuk membuat salah”.Kata-kata sahabat baiknya Joshua disemat di dalam jiwanya yang kosong.Joshua yang menjadi sahabat akrabnya dari kecil lebih mengenali dirinya siapa.
Zachery kembali ke sekolah dan menjadi manusia yang berbekas dengan kesalahan dan hukuman rotan.Hukuman rotannya itu dirasakan tidak sesakit keperitan Aina yang mengalami kecederaan tulang belakang.Namun Zachery jauh sekali telah berubah dan dia secara ikhlas telah melahirkan rasa kesal dan mohan maafnya ke atas keluarg Aina.Ibu dan Ayah Aina dengan rasa terbuka, menerima maafnya itu walaupun mungkin tidak bagi Aina.Aina telah diberi rawatan yang terbaik dan kos perubatannya ditanggung oleh Dr.Kamarudin sebagai tanda mohon maaf diatas sifat anaknya yang keterlaluan.Semasa tempoh pergantungannya itu, Zachery telah membawa diri ke London dan disanalah dia belajar mengenali dirinya semula.”Zach, apa yang kau lakukan adalah salah, malangnya, takkan sampai kau akan dewasa kau akan terus menjadi manusia yang tidak pernah penat untuk membuat salah”.Kata-kata sahabat baiknya Joshua disemat di dalam jiwanya yang kosong.Joshua yang menjadi sahabat akrabnya dari kecil lebih mengenali dirinya siapa.
“Eh, Zach, look at that!”Zizan menuding ke arah seorang gadis yang begitu familiar dipandangan mata mereka.”Aina?”serentak mereka bersuara.Aina tidak lagi bertudung labuh, dia hanya bertudung biasa, namun keayuannya sebagai gadis yang pelembut tidak menjejaskan apa yang dia pakai pada pagi itu
.Labuh atau tidak,bukan persoalan untuk mengukur iman seseorang.Nekad Aina pagi itu.Hati Zach berdebar kencang, dia merasakan seperti dadanya dikencang tubi oleh debaran.”Apa yang akan dia lakukan”perlahan Zach bergerak pantas ke arah Aina.Dan ketika sampai di mana berdirinya Aina,Aina menolehnya dan merenungnya dengan penuh tajam.Zachery tidak keruan dan suaranya tersekat-sekat keluar”Aina, What I’ve done at you is really wrong and I’m sorry for that, Aina”.Sayu getaran suara Zachery dan perlahan-lahan air mata kesalnya tumpah.Dia tunduk dan ketika itu Aina hanya melihat, seorang lelaki yang paling berkuasa telah seakan melutut memohon kemaafannya.’I’m really sorry Aina”perlahan-lahan, tidak semena-mena Zachery perlahan-lahan melutut dan tunduk kepada Aina.Tindakannya itu menjadi perhatian kawan-kawannya dan seluruh warga Menjalara yang berada ketika itu.Angin bertiup perlahan,kicauan burung tidak lagi berbunyi dan desiran daun, menggesel muka hijau rerumput halus.
Aina terkejut, lidahnya terkedu.’Betul ke apa aku tengok ni”dia menggesel matanya berkali-kali.Perlahan-lahan perasaan sayu dan terharunya datang melihat manusia yang pernah dinobatkan olehnya sebagai lelaki yang ego tunduk kepadanya.”Zach,please don’t do this,sujud hanya boleh pada Allah,saya ni nobody dan hanyalah hambaNya”Perlahan-lahan Aina mencuis bahu Zachery agar segera bangun.Lantas Zachery bangun dan ketika itu terlihatlah wajah lelaki yang pernah dibenci oleh Aina dengan satu rautan wajah yang cukup sayu,tidak terurus.Rambut Zachery yang halus berserabut,matanya diselaputi simbahan air mata kekesalan dan kelihatan kelam dan lebam.”Saya minta maaf Aina,saya melihat awak dengan pandangan yang sangat kecil”.Aina merenung ke anak mata Zachery dengan perasaan yang bercambur baur.Warga Menjalara kelihatan berbisik-bisik,Pn Norsiha yang turut berada di situ membiarkan episod keinsafan berlalu.Begitu juga Hanan dan En.Nik.Zizan,Aizan dan Brendon.
"Zach, walau apa yang awak lakukan cukup perit bagi saya,tapi saya tidak berhak untuk menghukum awak hingga begini,kita semua ada kelopongan di dalam diri masing-masing,saya maafkan awak Zachery”Air mata Aina susut jatuh perlahan menitik di pipinya.Zachery terus tunduk dan siang di Menjalara memamah hari dengan episod sedih yang bermakna bagi seorang gadis,Aina Syuhada Zainudin.
3 bulan berlalu dengan pantas.Pantas dengan perubahan,Aina dan Zachery berkawan baik.Malah Zachery dengan rela dan ikhlas giat membantu Aina mendokong Kelab kemasyarakatan.Menjalara kehilangan Raja Kontra.Zach berubah kepada seseorang yang pelembut dan dia tidak lagi nakal,tidak lagi seperti dahulu.Dia dan Aina tidak sinonim dan mereka bercinta.Aina yang lahir dengan didikan agama yang tinggi,mengenakan peraturan kepada Zach jika ingin menjadi insan dihatinya.Zach menuruti apa sahaja,dan dia kini adalah sahabat bagi sesiapa termasuk Hanan.Namun fajar yang menyingsing tidak selamanya akan cerah.
“Zach, lepas SPM ni awak nak ke mana”satu hari Aina bertanya.Mereka baru sahaja pulang dari kelas tuisyen.Pada hari itu,Zach agak pendiam.Dia hanya tersenyum tawar malah rakannya juga tertanya-tanya.Kakinya menguis-nguis jalan.Kelompok pelajar yang berjalan sama bergerak perlahan.Mungkin ingin bersantai.”I’m not going anywhere,I just don’t know”balas Zach.Aina menghentikan kakinya.”Zach,kenapa ni?oo awak nak buat album ke?”Aina
‘Aina,saya sakit,”Zach merenung dengan nada sayu ke atas Aina.Gadis yang dicintainya.”Eh,awak sakit,jom gi klinik depan”Aina pantas seakan mengajak Zach bergerak.”Stop it Aina,I’m really sick here!,I got jantung berlubang here and I will die”.Aina terkejut,dadanya berombak kencang.
“I baru dapat tahu dua minggu lepas,dulu masa kecil I pernah dibedah,tapi ia datang semula, the chance just…flick my hair dry to ice”sambung Zach.Matanya merah dan dia kelihatan menggeletar.”Zach,awak jangan main-main,kenapa tak beritahu saya sebelum ini”Fikiran Aina mula berkecamuk dan dia mula menangis.”Saya perlukan masa Aina,Dr beritahu saya perlu teruskan apa yang pernah saya lakukan,sampai masa saya perlu treatments,saya taknak orang tengok saya dengan simpati”.Zach dengan suara tersekat hiba
Kata-kata itu umpama menikam jiwa Aina.Dia terus berlari dengan esakan nangis dan meninggalkan Zach.Zach hanya melihat telatah Aina dengan,hibanya yang perlahan.”I’m sorry Aina”.
Hari kian berlalu,Zach telah kembali semula ke sekolah.Walaubagaimanapun,yang indah tidak akan kekal,suatu hari Zachery telah secara tiba-tiba pengsan ketika bermain tennis.Dia telah dikejarkan ke hospital.’Aina,Zach nak jumpa’Zizan bersuara perlahan.Pipinya penuh dengan linangan air mata.Begitu juga Aizan dan Brendon.Mereka bertiga adalah sahabat baik Zach.’Aina menyusut masuk kakinya ke dalam bilik.Zach tersenyum melihatnya.’Aina….masuklah”.Aina berjalan perlahan dan terus melabuhkan dirinya di atas kerusi bersebelahan Zach.Ayah Zachery telah keluar untuk bertemu pakar bagi taklimat pembedahan.
“Aina, saya taknak awak sedih,saya akan masuk bilik pembedahan malam nanti”Zach bergerak bangun dari baring.”
“Aina ini surat untuk Aina,Zach pesan bagi”hiba suara Dr.Kamarudin menyerahkannya kepada Aina.Takdir telah menentukan,Zachery lebih awal pergi darinya.Aina menyambut berita itu dengan redha dan air matanya deras walau ditahan.Ketika itu dia terbayang wajah Zach dan kisah silam mereka.Aizan,Zizan dan Brendon berpelukan menangis,Pn Norsiha berkejar ke hospital setelah dihubungi telah pengsan apabila dikhabarkan berita tersebut.Kawan baik Zachery,Joshua telah berlepas pulang ke Malaysia sebelum pembedahan dan dia dalam perjalanan ke Hospital setelah selamat tiba ke tanahair.Pemergian Zachery disambut dengan seribu perasaan,redha dan sedih,bagi ayah Zachery,dia perlu tabah dan sabar dengan ketentuan Illahi.
Hai Aina,
Masa saya tulis ni,ia adalah detik 4 jam sebelum saya ke bilik bedah.Takut pun ada,gembira pun ada sebab boleh baik lepas ni,tapi diri awak lebih membayangi diri saya.Saya juga sempat membaca surah Yassin tadi,ia menjadikan diri saya tenang. Seperti kata saya tadi…Saya tidak pernah terfikir akan menyanyangi awak.Aina Syuhada dan saya belum lahir di hati saya sebelum ini untuk membayangkan saya akan berubah.Namun,syukur saya kepada Illahi kerana memberi saya hidayah,harapan dan juga diri awak.Saya amat berterima kasih untuk itu Aina.Awak adalah hadiah untuk orang seperti saya yang tidak mempunyai ibu sejak lahir.
Mengenali awak adalah antara perkara yang terbaik buat saya.Tidak sekadar saya merasai erti kasih sayang,tapi awak mengubah diri saya kepada yang lebih baik.Saya begitu bersyukur.
Aina,dikesempatan ini,saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan saya yang lalu,dan juga,Aina,jika saya pergi,redhakanlah permergian saya.Saya tahu, kematian akan datang bila-bila, namun jika itu ditakdirkan,saya redha dengan apa yang akan saya hadapi dan saya ingin awak,yang saya kasih redha dengan ketentuan ini.
Sayang awak Aina.
Zachery Kamarudin.
Aina melipat kemas
‘Ya Allah,aku redha dengan ketentuan kau ini,semoga sahabatku ini akan diletakkan bersama insan yang di kasihi olehMu ya Allah.Nada hiba Aina memenuhi ruang kecil sudut menunggu di hospital.Dia tunduk dan hatinya terus menangis dan berdoa perlahan.
1 comment:
Btul
Post a Comment