Sejujurnya, serba tak kena. Tak jumpa perkataan yang paling tepat dan  padat untuk memahamkannya. Apa yang termampu, adalah terkebil-kebil di  hadapan skrin komputer ribanya yang menerangi kamar yang gelap dan sejuk  ini.
Khali, sunyi, kaku, beku. Hilang petah dan lincah.
Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Tersepit di antara celahan angan  dan realiti. Serpihan kenangan seakan bilah-bilah tajam yang begitu  melukakan sehinggakan dia tidak punya kekuatan untuk terus melayari  sejarah. 
Andai bahasa bumi tidak mampu menjelaskan, jelaslah dia perlu berbicara  dengan bahasa hati. Langkah pertama, bersihkan dan lembutkan hati. Agar  kalam yang ingin disampaikan tidak terhalang dek pagar keegoan dan  keangkuhan. Luruskan niat dan ikhlaskan hati. Batu, jika dititiskan air  setiap hari akan berlekuk juga. Sabar itu terasnya.
Allah, mohon Kau selamatkan semuanya. Juga, mahu Kau terus pelihara kami  dan jangan pernah tinggalkan kami sendiri. Allahumma ameen.

1 comment:
moga tabah, yang pergi biarkan dia pergi dengan tenang, kita yang masih ada ni...doakan dia selalu...
jangan sedih2...tak suka la
Post a Comment