Orang kata, kita tidak boleh mempercayai 100% kenalan yang kita temui melalui internet. Sebetulnya begitulah. Tapi tak dinafikan juga, bukan semuanya palsu dan berniat buruk ke atas kita.
Kalau ada orang mendakwa dia ditipu oleh beberapa kenalan di dunia maya ini, saya turut bersimpati atas nasib mereka. Bukannya apa, tapi kerana saya memahami apa yang mereka rasai. Atau dalam maksud lainnya, saya juga pernah mengenali watak-watak penuh kepalsuan melalui dunia maya. Marah? Itu sudah pasti tapi lama mana sangatlah kita boleh terus kekal hidup dalam kemarahan dan kebencian. Bagi saya, memaafkan dan melupakan adalah ubat terbaik untuk melepaskan benda lama berlalu pergi. Namun, peristiwa-peristiwa sebegini tidak dominan di dalam hidup saya. Kerana yang buruk itu hanya satu, sebaliknya, yang baik-baik pula ada seribu.
Sepanjang menulis blog, saya menemui beberapa rakan baik yang sangat memahami. Jika dulu saya berblog menggunakan platform Friendster, maka yang mengikuti tulisan saya hanyalah rakan-rakan di Friendster saja. Tapi sejak saya mula berblog menggunakan platform Blogspot, skop pembaca yang singgah di sini lebih ramai dan luas. Hit ke blog juga mencecah 100 kali sehari. Saya tahu ini tidaklah tinggi mana berbanding blog-blog milik ramai lagi blogger yang lain. Cuma bagi saya, 100 kali lawatan daripada rakan-rakan pembaca ini menunjukkan ada yang mengingati saya (atau blog saya) walau di mana kalian berada dalam pada saya di sini terasing daripada kehidupan normal bersama rakan-rakan.
Sejujurnya, di saat saya masih menulis di blog lama (Friendster) dulu, saya selalu meninjau blog rakansaya. Saya cemburu melihat dia mempunyai domain sendiri dan aktif dengan update terkini yang lebih berbentuk perkongsian ilmu dalam bidang yang sedang dipelajarinya ketika itu. Walaupun ianya berkisar tentang Security Technology, tapi di situlah titik permulaan saya mula mencari platform yang lebih baik untuk berblog.
Ternyata, sejak menulis di sini, saya menemui beberapa orang kawan baik yang tidak saya miliki dalam kehidupan harian saya di sini. Mereka sungguh baik dan tak dinafikan, mereka ini antara sahabat yang saya hargai kewujudan dan kemunculan mereka dalam hidup saya. Ada di antaranya yang pernah saya temui dan ada yang belum tapi hampir setiap hari kami mendengar khabar melalui dunia maya ini juga alat telekomunikasi yang lain.Saya juga akui lebih selesa berkawan dan mempunyai rakan dengan cara ini berbanding dunia nyata, kerana saya adalah saya dan mereka adalah mereka
Buat Faiq dan Cik Ati, mereka ini istimewa sekali di hati saya. Faiq sahabat baik saya sejak sekolah yang merupakan pembaca setia blog saya. Setia dalam banyak hal. Hanya dia yang tahu! Cik Ati adalah ibu saudara Faiq yang telah saya temui ketika majlis perkahwinan Faiq dulu. Cik Ati merupakan sumber nasihat paling bernas yang boleh saya jadikan rujukan. Saya juga ada Saiful sebagai salah seorang yang rapat dalam dunia saya di alam maya ini. Tak ketinggalan, saya ada Yasir yang sangat seronok untuk dibawa berbincang dan berdebat tentang banyak perkara. Nak berduet mesra pun boleh juga. Juga pernah membantu saya menyelesaikan beberapa perkara. Akhi Bashir, teman seperjuangan dimana iluvislam menjadi titian penghubung persahabatan kami. pelbagai cerita dan suka duka kami kongsi bersama Terima kasih! Dan yang paling istimewa, saya mengenali Nadia dan Acai yang menjadi teman terbaik saya sepanjang menulis di sini. Terima kasih Nadia, Acai kerana sangat memahami saya!
Dan pada hari ini, genaplah dua tahun saya bertapak di sini. Dan saya masih lagi percaya, dunia saya ini membawa saya mengenali ramai orang yang pelbagai watak dan ragam. Dan saya masih percaya, dalam keburukan yang pernah saya lalui sepanjang berblog, masih terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan kebaikan yang saya peroleh.
Di sini saya temui rakan-rakan baik saya dan di sini saya temui dunia saya. "Dunia Khadijah"
Kerana anda semua begitu beharga membuatkan saya terus berkongsi rasa disini..
No comments:
Post a Comment