Saturday, March 16, 2019

Saat Kekasih Allah Dihina

Tidak ingat kelas yang mana satu, saya pernah bertanya soalan.

"Ustaz, kalau kita dengar orang menghina nabi, apakah yang sewajarnya kita lakukan pada dia?"
Lalu ustaz itu tersenyum dan berseloroh

"Kalau macam tu saya tak boleh jawab, kamu kene tanya Nabi Muhammad, sebab orang hina dia, bukan hina saya"

Kedengaran ketawa yang perlahan di seluruh dewan.

"Saya gurau je" ustaz itu menjawab.

"Nabi dihina bukanlah perkara baru, benda ni perkara lama sejak zaman baginda berdakwah lagi"
"Tapi masa tu zaman permulaan Islam memanglah orang tak terima Islam. Sebab tak pernah dengar" tanya seorang dari mereka

"Betul, zaman Nabi zaman permulaan Islam, tetapi sejak dulu hingga kini Nabi kita tetap dihina. Dari awal-awal perkembangan hinggalah kiamat, ejekan kepada baginda akan berterusan"

"Macam mana kita nak hentikan mereka. Kalau mereka tak hina terang-terangan, mereka hina Nabi kita bersama anak-anak mereka, dan anak mereka akan sampaikan kepada cucu-cucu mereka dan seluruh generasi mereka. Perkara ini takkan berhenti"

"Habis tu nak buat macam mane ustaz" seorang dari mereka bertanya lagi.

Semakin seronok pula isu ini. Saya terus fokus kepada semua jawapan ustaz ini.

"Kita memang tak boleh hentikan orang hina Nabi kita, tapi kita boleh hentikan nafsu amarah kita"

"Kalau kita dengar orang ejek Nabi kita, kita tanya baginda, ya Rasulullah jika kamu masih hidup apa yang kamu ingin lakukan pada orang yang menghina kamu?"

"Sebenarnya Rasulullah dah jawab soalan ni. Kamu ingatkan peristiwa Nabi Muhammad berdakwah di Tha'if?"

Semua menggelengkan kepala termasuk saya. Saya memang tak baca pun kebanyakkan kisah baginda.
"Semasa baginda berdakwah disana bersama Zaid, baginda dihina, dibaling batu hingga berdarah dan lebam badan baginda. Lalu baginda mengadu kepada Allah"

"Tidak berapa lama kemudian, malaikat Jibril datang dan beritahu Allah offer untuk himpitkan 2 gunung di antara kota Tha'if untuk hancurkan orang yang menghina kekasih Allah itu"

"Kamu tahu Nabi Muhammad jawab ape? Ini Tuhan offer tau. Bukan kita. Allah offer. Tau tak Nabi jawab ape?"

Ustaz tu pandang keliling jika ada yang ingin menjawab.

"Nabi Muhammad s.a.w menjawab, jangan, mana tahu Allah melahirkan generasi Islam yang hebat dikalangan kaum mereka"

"Kamu tengok. Allah offer untuk hancurkan orang yang hina dia. Untuk hapuskan orang hina dia, himpitkan dengan 2 gunung. Nabi kita rileks je tolak sebab dia fikir kalau bukan sekarang dia peluk Islam, mungkin anak-anak dia cucu cucu dia akan peluk Islam"

"Nabi kita pikir panjang bukan macam kita tahu nak belasah je"

Semua senyap sebentar. Tergamam dengan jawapan Nabi Muhammad.
"Cuba kamu bayangkan kalau kamu belasah orang yang hina Islam, dia ada anak pula. Kamu rasa anak dia tak marah dengan Islam sebab bapak dia kena belasah? Bapak kamu kene belasah kamu marah tak? Silap-silap 7 keturunan dia benci Islam"

"Salah siapa yang buatkan orang benci Islam?"

"Apa perasaan kamu apabila kamu dimaafkan oleh seseorang yang kamu buat salah? Kita hormat orang tu, kita junjung orang tu malah kita lindung orang itu"

"Tapi ustaz itu membuatkan umat Islam lemah?!" Seorang dari pendengar beri soalan dengan rasa tak puas hati.

"Kita memang manusia lemah. Tu sebab kita dilahirkan dalam zaman ini. Zaman ini untuk manusia yang lemah. Orang yang kuat wujud zaman Nabi je. Kuat mental" sambil ustaz menunjukkan kepalanya.

"Sebab zaman dulu kene seksa macam-macam suruh tinggalkan Allah, tapi dia masih lagi berpegang kuat pada Allah dan RasulNya"

"Zaman sekarang orang 'seksa' sikit je. Orang bagi rasuah kita ambik, orang bagi arak kita minum, orang 'babi'kan orang ikut pun ikut 'babi'kan orang, orang mencarut kita ikut mencarut, orang hisap rokok kita pun hisap rokok"

"Tanya balik diri kita tang mane kita kuat sebenarnya?"

"Jadi macam mane nak jadi kuat ustaz?" Giliran saya bertanya
"Rasulullah dah jawab orang yang kuat bukanlah orang yang menang dalam pergaduhan, mereka adalah orang yang sentiasa menahan amarahnya"

Saya pun tersentak kerana saya pun belum boleh menahan amarah saya. Kalau saya marah, habis lah segalanya.

Tetapi Nabi saya dibaling batu dan dihina masih lagi menahan sabarnya walaupun Tuhan sendiri yang menawarkan untuk menghapuskan kaum itu.

Kalau kita offer nak belasah orang hina dia, saya yakin baginda pun tak bagi sedangkan Tuhan tawarkan untuk himpitkan 2 gunung pun Nabi tak mahu

Orang kata sabar ada had.

Entahlah, kalau Nabi kata orang yang kuat adalah orang yang sentiasa menahan amarahnya (sabar) maksudnya betullah kita ni umat dia yang paling lemah.

Sebab kita suka berpegang kepada perkataan. 'Sabar ada hadnya'

Orang jentik sikit pecah habis had kesabaran kita. Nipis rupanya had kita tu. Tak tebal mane pun termasuk saya

Entahlah.

Khadijah
Always wondering why Allah needs human (Prophet Muhammad) to spread Islam.

Bantu aku ya Allah untuk terus sabar, terus redha dan yakin dengan janjiMu.

1 comment:

Blogger said...

As reported by Stanford Medical, It's really the ONLY reason this country's women live 10 years more and weigh 42 lbs lighter than us.

(And realistically, it is not related to genetics or some secret exercise and really, EVERYTHING to do with "how" they eat.)

P.S, What I said is "HOW", and not "WHAT"...

Click this link to discover if this quick test can help you decipher your real weight loss potential