Tuesday, May 31, 2011

Mohon Maaf

Terima kasih kepada yang menegur saya berkaitan gambar arwah tidak dibenarkan diambil. Sejujurnya saya tidak tahu ia adalah sesuatu yang akan membuka keaiban arwah,. Walau apa pun ia pengajaran yang besar buat saya. 

Maaf jika post saya sebelum ini menimbulkan kemarahan sesetengah pihak, Saya akui kesilapan dan sudah memadamkan entry tersebut. 

Sekali lagi terima kasih atas teguran.

Sunday, May 22, 2011

Terkini: Tragedi Tanah Runtuh Di Ulu Langat

Assalamualaikum

Berita yang amat sedih dan memilukan, tragedi rumah anak yatim tertimbus di Ulu Langat, terbaca tadi di Berita Harian. Kejadian tanah runtuh ni berlaku petang tadi, kira kira jam 2.30 petang. Seramai 24 orang penghuni sedang bersiap siap untuk menerima  ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah hari dan beramah mesra dengan anak yatim.

Ketika kejadian, 24 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu. Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.

Setakat jam 8 malam ini, dari 24 yang tertimbus, 5  penghuni maut dan enam pula cedera parah. 12 orang berjaya diselamatkan.

Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

“Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

“Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya,” katanya.

Ketika kejadian 2.30 petang, semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual 5 petang.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Morni Mamat, berkata sehingga 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.

Berita dari Selangor Kini:
Kira-kira 20 hingga 30 penghuni sebuah rumah anak yatim di Sungai Gahal, Ulu Langat dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Dua mayat kanak-kanak penghuni rumah anak yatim sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis sebentar tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan bilangan penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.
Sebelum ini, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah terbabit dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2 petang tadi.

Gambar tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim Ulu Langat

tragedi tanah runtuh rumah anak yatim ulu langat
Mangsa sedang dikeluarkan




Saturday, May 21, 2011

Lelaki Bertaqwa


Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka. Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani bersama dengan pasangan.

Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya. Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya.

Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya, sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia adalah miskin.

Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti perjudian, minuman keras, berkunjung ke tempat-tempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan dapat dinikmati?

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab, “Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, tetapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.

Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk “al-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.

Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali) yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”.

Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa agar mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.

Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripada menikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?

Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat yang diterajui oleh suami mereka sendiri.

Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya.

Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak perempuannya sendiri.

Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.

Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32).

Thursday, May 19, 2011

Menjawab Tag


1. Apa benda yang paling penting dalam hidup?
Duit. Sebenar nya nak jawab; Cinta. Tapi, Cinta tak kan berjaya kalau tak ada Duit. Jadi, saya pun jawab; Duit.

2. Benda terakhir yang korang kau beli guna duit mak ayah?
Wallet, sbb dah seminggu ikat i/c, lesan dengan kad gne getah pasar ja.
3. Tempat ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan?
Tempat : Masjid Kristal. Tema : simple, but yet .. elegant.

4. Adakah  kau sedang bercinta sekarang?
Erk, aci tak skip soalan nih? Ngeh~

5. Berapa lama u all kau akan mencintai kekasih u all kau?
(tersedak, terus gelak berguling-guling)

6. Novel/buku/majalah terakhir yang korang kau beli?
Majalah: Solusi, Novel : Naqiah Aqilah

7. Antara mak dan ayah mana lebih mesra?
Umi. Dulu abi, tapi sekarang rasa banyak bercerita dengan umi

8. Namakan orang yang kau betol2 betul-betul nak jumpa dalam hidup?
*kerut dahi*
*pening2*
*fikir-fikir*
Aaa, ramai. Hehe =p

9. Adakah u all kau basuh baju sendiri?
Semestinya. bukan setakat baju saya je, baju abang, adik, umi dan abi...termasuk sidai sekali setiap hari k . Hoho~


10. Tempat yang u all kau betol2 betul-betul nak pergi?
Baaaaaanyak.. tak cukup nih kalau nak list semua.. (nak masuk mode berangan dah)

11. Pilih satu, peluk atau cium?
atau

12. Tiga benda tentang orang yang tag u all kau?
benda? Adeh. Macam mana tu?
satu : suka bercerita. =)
dua : plurkian
tiga : suka blog. 


13. Benda yang u all kau sayang sangat-sangat dalam hidup?
hurmm.. apa ye? Nak kata henset, selalu je jatuhkan. Nak kata laptop, sejak dua menjak ni dah jarang bukak. Adeh, parah.? ahah, tetibe keluar ayat skema. Kamera, kot? 

14. Lima Tiga lagu paling suka dan selalu dengar?
i. Ringtone telefon – Insya Allah
ii. What about now – chris daughtry
iii. Playlist dalam mp3

15. Bila tarikh lahir dan dekat mana sambut tahun lepas?
28 June 1988, tak sambut...saya mmg tak suka raikan pun
16. Dua blogger u all kau nak tag?

Balqis
Liyana Aziz

Saturday, May 14, 2011

Tips Kejayaan dalam Surah Al-Mu'minuun.

Tergerak hati untuk share tafsir ni yang saya dapat dari note FB seorang kenalan rapat saya. Moga bermanfaat buat kita semua, insya Allah.....

Tips-tips kejayaan yang Allah dah titipkan dalam permulaan surah Al-Mu'minuun. Meh kita tadabbur sama-sama jom!

1. Keyakinan, kepercayaan and having faith in Allah, His Mercy and His Help.
"Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan attitude seterusnya yang bakal disebutkan dibawah.

2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Do one thing at a time. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Be passionate in it. Bukan sambil lewa.

3. Prioritise
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh pressure, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, movies, korean series, games, facebook dll sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti menyediakan makanan aka memasak (supaya tak makan maggie je selama 2minggu), membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum. However, the best thing to do during your break is to take wudhu', solat hajat or recite Quran so that we will be closer to Allah, therefore our hearts will be at peace and calm state no matter how hard is the exam. plus, do avoid complaining, whining, mengumpat lecturer dsb kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah nauzubillah.

4. Care about each other
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, be it knowledge, past year papers, or even just food. Sharing is caring.

5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan study berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tension je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah kan sentiasa ada, sentiasa melindungi, sentiasa menolong...jika kita mencari dan meminta padaNya.

6. Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya." [23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak sponsor dan dengan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan score well in our exam? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dgn Allah untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkanNya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu,pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana insyaAllah.
Please, no cheating in term of time, especially dalam dewan peperiksaan. Stop writing immediately when you are told to do so. Instead, its time to say "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

7. Punctual, particular
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks muslim student's life ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatah arang di pertengahan jalan, and to maintain keeping up with our effort continously, aka istiqamah.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk academic semata-mata. Highlight utama dalam ayat tersebut supaya kita sangat menjaga hubungan kita dengan Allah kerana kita akan kembali mengadapNya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah dan merebut peluang mewarisi syurgaNya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi SyurgaFirdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

Wallahu'alam.

Nota 1: Terasa jadual tersangat padat walaupun sedang bercuti semester..
Nota 2: Kereta saya rosak, terima kasih pada yang memahami keadaan dan meminjamkan kereta.