Setelah sekian lama, kali ni saya nekad nak menulis juga. Bila dah lama tak menulis, memang terasa janggal nak menulis semula. Tapi tak kira. Kali ni nak menulis panjang-panjang. Dan entri ini akan menggunakan bahasa yang santai saja ye.
Ada banyak sangat yang nak diceritakan. Nak cerita satu persatu pun rasanya mungkin tetap ada yang tertinggal. Sebab banyak sangat! Walaupun siapalah saya ni untuk kongsikan apa perkembangan terbaru hidup ni. Bukan artis kebaboom pun. Bukan pesonaliti TV ke apa. Tapi dah menjadi kebiasaan, di blog inilah saya kongsikan jatuh bangun hidup saya sejak 2008 dulu lagi. Whoaa. Lamanya dah menulis!
Diam tak diam, dah 1 tahun lebih saya berkhidmat di organisasi sekarang. Mula-mula dulu berat hati. Lama-lama dah jatuh suka. Tapi bila dah terlalu lama, dah mula kenal lalu muak dengan birokrasi pentadbiran di sini, memang nak sangat bertukar keluar secepat mungkin. Tapi buat masa ini memang ada banyak kekangan lagi.
Saya masih menjalankan business side income but not jump into serius, still tak boleh handle jadual kerja yang tak tentu masa, aktiviti parti dan pengurusan Pasti and need to travel sini sana, takut nanti customer bising bila saya tak boleh meet their expectation. On and off saya akan try nak catch up order customer. Terutamanya pada hujung minggu. Beginilah hidup saya. Dah 1 tahun lebih begini. Tapi dah terbiasa begitu. Dan dah boleh menerima seadanya. Jadi disebabkan beberapa faktor yang membantutkan niat saya untuk memikirkan untuk mencari kerja yang lebih selesa. Bertahan dulu semampu boleh di sini. Sejujurnya, staf memang baik-baik belaka. Memang tak tipu. Ramah. Selalu makan sama-sama, sembang sama-sama. Attend macam-macam event company sama-sama. Yang tak menariknya ialah adalah satu bab ni. Erm... Tapi tak apalah. Mungkin ada hikmah yang lain kenapa Allah suruh saya bertahan lagi di sini. Namun sedikit sebanyak sekarang ini, alhamdulillah hikmahnya Allah perlihatkan sedikit demi sedikit. Kadang-kadang menangis memikirkan teruk nya diri ni terlalu menyoalkan ujian yang Allah berikan. Hikmah lain Allah hadirkan juga kawan-kawan yang sangat baik, saya jumpa ramai kawan-kawan baru semenjak dua menjak ni. Apa yang saya harapkan sekarang ini saya terus diberikan kekuatan untuk hadapi semua ini, dari karenah pentadbiran yang to much, sesetengah rakan sekerja yang begini dan begitu, tekanan dari pengajian yang masih berbaki 1 semester dan mehnah-mehnah lain.
Sekarang saya bersendirian di rumah. Petang nanti insha Allah akan ke Pantai Jeram, Kuala Selangor having makan-makan again with all family members and our family Usrah first session for this month.
Yeay~
Dan bye!
Hehehe.
Salam sayang buat semua Hati saya masih tetap merindukan bumi anbia itu dan seluruh kedinginannya. Saya tak jemu play kan lagu irfan makki ' Waiting for the call" Dan saya doakan yang baik-baik saja untuk semua walau di manapun kalian semua berada. Allahumma amin.
Nota 1: Gonna have another interview this coming thursday, may Allah ease everything
Nota 2: Untuk seorang rakan sekerja ini, saya selalu doakan dia diberikan Hidayah oleh Allah.
Nota 3: Untuk semua rakan-rakan yang selalu jadi pendengar setia. Saya sayangkan korang semua kerana Allah.
Nota 4: Andai ada yang membuka aibku sedangkan aku sudah bertaubat dengan dosa tersebut, aku doakan semoga Allah membuka pintu hatinya untuk bertaubat atas silapnya itu. Allahumma ameen.
Nota 5: Insha Allah hujung bulan ini, giliran adik saya bersama suaminya dan keluarga mertuanya menunaikan umrah. Moga Allah permudahkan segalanya.
Cookies untuk delivery esok is in the house, yeah..
Nota 4: Andai ada yang membuka aibku sedangkan aku sudah bertaubat dengan dosa tersebut, aku doakan semoga Allah membuka pintu hatinya untuk bertaubat atas silapnya itu. Allahumma ameen.
Nota 5: Insha Allah hujung bulan ini, giliran adik saya bersama suaminya dan keluarga mertuanya menunaikan umrah. Moga Allah permudahkan segalanya.
Cookies untuk delivery esok is in the house, yeah..