Wednesday, March 11, 2009

Maulidur Rasul

Saya cinta nabi. Frasa yg selalu diungkapkan oleh semua Muslim menjelang detik 12 RabiulAwal setiap tahun. Menarik dan tertarik saya. Saya pun tak ketinggalan menyebutkan frasa ini tanpa segan silu. Tapi tadi, sewaktu join program Maulid Nabi di Masjid Jamek Segamat, Saya rasa macam tak layak nak sebut fras ini utk kesekian kalinya. Sebab apa?

Sedikit perngisian program tadi.

"Peribadi nabi hendaklah kita contohi. Jadi, apa perkara yg kita buat tanda cinta kepada nabi?" kat Ust Muhamad Ali.
"Kawen!" kata seorg hadirin.
"berperibadi baik"
"simpan rambut panjang"


Macam-macam jawapan. Antara jwpn kat atas tu ada juga jwpn saya. Saya ambil masa lama utk jawab soalan ini. Walaupun saya jawab dalam hati.

"Benda yg kita suka selalunya kita ambil utk kita ikuti. Cth kahwen." sambung Ust
"Tapi benda2 remeh kekadang kita abaikan. Cth : Ukhuwwah dan doa"


Betul jugak cakap ust tu. Kita selalu ambil sunnah yg kita suka.Kalau lelaki, KAWIN. bukan satu. Tapi target terus 4. Sebab apa? Sebab kita suka fikir pasal kawin. Bukan kita. Tapi LELAKi. Benda kecik2 kita pandang sepi. Buat endah tak endah. Cth Doa. Bangun tido, masuk tandas, keluar tandas, baca buku. Semua ada doa. Tapi kita kekadang lupa buat perkara tu. Sebab kita tak biasakan. Sebab kita tak suka ingat pasal sunnah2 kecil. Justeru, kita tak lazimi. Bila jarang dilazimi, maka tak jadik kebiasaan. Contoh mudah. Cuba baca doa bangun dari tidur sekarang? Pastu sambung dgn doa keluar dari tandas. Dan doa-doa lain.Kalau kita macam lupa2 sikit, tandanya kita jarang melazimi doa-doa tersebut.Peringatan untuk diri ini juga, benda kecil kalau kita lazimi dan istiqamah dengannya, inshAllah pahalanya besar. Yang lelaki kalau asyik nak ikut sunnah Kahwin 4 je, tapi sampai sekarang tak kahwin-kahwin, lebih baik kita amalkan sunnah2 yg simple ni. Kahwin belum tentu lagi kita dpt rasa kan? Tapi tiap-tiap hari kita keluar masuk tandas kan?

Kalau org tanya Aishah apakah akhlak nabi? Aishah jawab: Al-Quran. Kalau kitalah org tanya, apakah akhlak kita? Agak2nya ape jawapan kita? Akhlak saya spt akhlak nabi... ? Atau jawapan selainnya? Entah. Sampai skrg aku pun buntu dengan jwpn yg aku nak jawab. Harap anda semua ketemu jwpn utk diri anda.

Iman 75 minit

Kita beriman selama 75 minit atau sejam suku sehari. Betul ke? Betul kot. Ramai yg tak sedar. CAmne dikatakan beriman 75 minit shj? Setiap kali waktu solat amik masa selama 15 minit. Darab dengan 5 kali waktu solat= 75 minit. Itu pun mujur. Kalau org yg sembahyangnya macam burung belatuk macam mana? Takbir2 tetibe sekelip mata dah bagi salam. Kurang dari 75minit lah kan?

Apa yg saya nak bawak di sini ialah, kekadang kita lupa yg setiap dari masa, saat dan detik kehidupan kita, kita serahkan diri kepada Allah. Jangan lupa dalam solat kita. Masa baca doa Iftitah tu:
"Sesungguhnya solatku, amalku, hidup dan matiku utk Allah Tuhan sekelian alam..." Tiap2 hari baca kan? Ke tak faham maksudnya? Jadi, kalau kita niatkan semuanya utk Allah, maka tak jadilah kita golongan beriman 75 minit sehari....

Camtu juga ttg perayaan Maulid nabi. Sebab tu kita namakan perayaan memperingati kelahiran nabi. Kita tak namakan sambutan hari lahir nabi@besday nabi dll macam yg kita buat tiap-tiap tahun tu. Kita memperingati kelahiran nabi. Sirah hidup nabi. Perjuangan nabi. Risalah yg nabi sampaikan. Akhlak nabi. Sahabat nabi. Secara tak langsung kita sebenarnya cuba untuk mengikuti perjuangan nabi dan menanamkan rasa cinta kepada nabi Muhammad SAW.

"Kamu di Hari Kiamat bersama org yang kamu cintai"
Saya sayang nabi, tapi...

Saya sayang nabi tapi bila azan berbunyi, time tula mata saya rasa ngantuk sangat. Lalu saya pon tidur.
skrg musim2 sejuk ni, bila dengar Azan Subuh, saya lagi melingkar dalam lihaf. TAk tahan la. Sejuk sangat kat luar. Nak keluar sembahyang Subuh nanti takut sakit.
Aku bila jam loceng bunyi waktu solat, tetibe je tangan saya bergerak tutup jam tu. Dah memang tindakan reflex la...
saya kalau ada novel sebelah Al-Quran, saya lagi prefer baca novel la sbb novel susah nak habiskan. Al-Quran nanti2 pon boleh baca.Lagipon saya darjah 4 dah khatam A-Quran...
saya
saya
saya nak Syafaat nabi kat akhirat nanti.....

Agak-agaknya kalau sikap kita seperti di atas, nabi nak tak bg syafaat kepada kita di padang Mahsyar nanti? Dengan matahari sejengkal dari kepala. Dengan terbogel lg tanpa seurat benang kat badan. Dengan berenang dalam lautan peluh lagi. Tetib jumpe nabi claim nak Syafaat.Padahal masa hidup, nak selawat sekali sehari pon susah. Agak-agak nabi bg Syafaat? Atau ayat kasarnya, nabi nak ke mengaku kita ni umatnya?

Mujur jugak ade sambutan Maulid Nabi. Kalau takde rasanya kita akan lupa kat nabi sendiri kan?

Allah! Ini yg saya buat..
Rasul! Ini yang aku sambung dari perjuanganmu..
Jadilah saksi utk diri ini.


Sollu ala' Nabi

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertama Kali Menyambut Maulidur Rasul di Masjid Jamek Segamat.

Pada 7, 8, 9 March yang lepas kebanyakkan pelajar uitm mengambil kesempatan untuk pulang bercuti, saya membuat keputusan untuk tidak pulang, bukan kerana tidak rindu atau tidak mahu berjumpa keluarga, tetapi "bebanan kerja yang byk" mengatasi segalanya....

Alhamdulillah segala kerja telah disiapkan pada 7 aribulan, pada 8 aribulan saya mengambil kesempatan melawat mak su saya yang tinggal di bandar segamat, saya bermalam dirumahnya. Pada keesokkan harinya ( Maulidur Rasul) saya mengikut mak su dan anak-anaknya ke masjid jamek segamat. erm.. Walaupun sudah 3 thn di segamat inilah pertama kali saya menyambut maulidur rasul di luar, bersama warga segamat...kawasan masjid dipenuhi penduduk kampung dari kawasan sekitar. Sangat meriah suasananya dengan persembahan nasyid, ceramah dan bermacam-macam lagi. Makanan juga turut disediakan, yang paling menyeronokkan sesi makan diadadakn dengan cara makan dulang. Sudah lama saya tak join makan dulang, teringat zaman Al-ARQAM dulu, makan dulang ni sudah sebati dengan Al-Arqam...

Setelah selesai sambutan tersebut, saya dihantar pulang ke Uitm oleh kak dek ( dua pupu saya)....sgt2 seronok rupanya, ditambah penduduk daerah segamat yang tersangat-sangat peramah....walaupun ini semeter terakhir saya, insyaALLAH mgkn saya akan datang kembali kedaerah segamat ni kerana suasana...dan mungkin menetap disini....hanya Allah SWT sahaja Maha Mengetahui...

makan....kalo sorang ni mmg xhabis..nsb baik kongsi2

berselawat



No comments: