Kesian awk....
Banyakkan bersabar eh....
Eh, awak kan kuat..jangan jadikan masalah awak ni buat awk lemah semangat...
relexla.....ape pun jadi hidup perlu diteruskan la beb...
Ko ni lembik la..kerana masalah kecik pun nak jadi sampai camni...
Ini antara dialog yang biasa kita dengar ataupun kita sendiri tuturkan apabila ia berkait dengan masalah
Erm...apa pun bagi saya manusia sekeliling kita hanya mampu menutur seribu kata bila kita dilanda masalah, namun hebat atau tidak masalah yang kita hadapi hanya kita dan Allah swt sahaja yang tahu.
Namun bagi saya, saya sentiasa dibelenggu permasalahan, namun saya bersyukur kerana setiap masalah yang Allah swt berikan pada saya, menjadikan saya lebih yakin dan dekat padaNya. Percaya atau tidak insan yang kita sayangi pun belum tentu dapat membantu kita bila menghadapi masalah. Apa yang menbuatkan kita terus hidup hari demi hari adalah semangat dan kekuatan yang Allah swt berikan. Saya selalu berpegang dengan perkara ini apabila masalah datang, " Ini semua Ujian dariNya untukku, Aku pastu dapat mengharunginya kerana aku tahu Allah swt sentiasa disisiku dan Allah swt tidak akan menguji aku dengan sesuatu yang aku tidak mampu, dan Allah swt lebih mengetahui apa yang tersirat mahupun yang tersurat"
Kesabaran juga memainkan peranan yang sangat besar bila kita diduga dengan masalah dan dugaan. Bayangkan jika kesabaran itu kita tidak sekalikan apabila masalah datang, bermacam kejadian lain munkin terjadi, si pembunuh diri, si pembunuh, si segala-galanya lah...mereka lantas melakukan semua ini kerana kesabaran yang bertunjangkan pemikiran yang rasional sudah hilang dalam diri mereka menyebabkan mereka hilang pertimbangan. Namun dari suatu sudut pernah atau tidak kita lihat kembali dunia ini masih ada lagikah keadaan yang memupuk nilai kesabaran dikalangan kita semua, melainkan kita kembali pada agama Islam.
Moga saya akan terus tabah menghadapi liku hidup yang kian hari penuh cabaran dan dugaan disebalik keindahan yang dijanjikanNya disuatu hari kelak.
No comments:
Post a Comment