Kini segalanya telah tersedia, cuma sijil tamat pengajian diploma, dan penangguhan pembayaran PTPTN sahaja yang saya perlu uruskan, insya Allah bagi memudahkan segala urusan saya kelak, saya akan ke Segamat pada 29 June 2009 bagi melakukan "clearance" dan menuntut sijil tamat diploma saya disana. Doa-doakan mudah-mudahan perjalan pergi dan balik saya berjalan dengan lancar.
Bercerita tentang perasaan saya ketika ini, saya boleh rumuskan bahawa saya berdebar+ tidak sabar+ tidak yakin = Bercampur Baur. Mungkin kerana saya akan berada ditempat yang baru untuk meneruskan pengajian, memikirkan suasana persekitaraannya, pensyarahnya, rakan-rakan dan bermacam-macam lagi, mampu atau tidak saya hadapi semuanya.
Namun saya tahu ini semua cabaran baru buat saya. Apa yang saya harapkan keajaiban sentiasa muncul dalam hidup saya.
2 comments:
salam,khaty...
insyallah ko mampu hdapi smu nyer nt...
yg penting,..
tenang,saba, n yakin pd kemampuan diri sndri...
salam kak khaty, tahniah ye :D
Post a Comment