Wanita berterawih di masjid?Tetapi, bukankah solat wanita itu sebaiknya adalah di dalam rumah?
InshaAllah, di sini saya akan cuba berkongsi jawapan yang diberikan oleh Ulama' yang terkenal pada masa kini iaitu Syeikh Yusuf Al-Qardhawi tentang hukukm wnaita berterawih di masjid.
Soalan: Adakah lebih baik bagi wanita untuk bersolat terawih di masjid atau di rumah pada bulan Ramadhan?
Jawapan:Solat sunat terawih bagi lelaki dan perempuan adalah harus ditunaikan dirumah dan harus juga ditunaikan di masjid. Dan solat bagi perempuan itu adalah dirumahnya-secara amnya- adalah lebih baik.Tetapi jika wanita itu telah mendapat faedah dan manfaat di masjid dengan kelas-kelas pengajian agama atau mendengar ceramah nasihat dan tazkirah yang memberi manfaat untuk agamanya, maka solatnya di masjid adalah lebih baik baginya. Dan sesungguhnya menuntut ilmu dan memperdalami ilmu agama adalah fardhu ke atasnya,
Dan pada hakikatnya, sesungguhnya saya(Syeikh Yusuf AlQardhawi) melihat kaum wanita pada hari ini dilarang dan diharamkan(disesetengah negara) daripada mendapatkan ilmu agama yang bermanfaat, dan pengajian-pengajian ilmiah yang akan memfaqihkan/menguatkan lagi pemahamannya tentang agamanya yang membolehkan dia mengenali tentang hak tuhannya(Allah) dan kewajipan mentatati dan beribadah kepadanya juga istiqamah dalam melaksanakannya/manjalaninya seperti mana dia mengetahui hak kepda suami dan anak-anaknya yang mana pengetahuan tentang ini(hak-hak Allah) tidak pula suami mengajarinya dan dia pula(wanita itu) juga tidak mengambil berat dan berusaha untuk mempelajarinya.
Maka apabila tiba Ramadhan, boleh baginya(kaum wanita) memperoleh manfaat daripada apa yang disampaikan dari majlis-majli/pengajian ilmu itu maka lebih baik/afdal baginya untuk pergi ke masjid. Dan jika tidak(bukan kerana sebab untuk mendengar pengajian) maka baginya solat dirumah sahaja. Dan jika dia mengkehendaki untuk solat dimasjid di masjid juga, maka janganlah suaminya menghalang. Nabi Sallallahu a'laihi wassalam bersabda: Janganlah menghalang hamba Allah dari kalangan wanita dari masjid-masjid Allah.-riwayat Muslim- .
Dan untuk membolehkannya kemasjid itu juga dengan syarat wanita itu hendaklah berkelakuan sopan dan beradab seperti yang diajar dalam islam dalam berpakaian dan dalam perjalanannnya. Dan janganlah pula bertabaruj dan berlebih-lebih dengan memakai perhiasan-perhiasan yang boleh menarik perhatian dan jangan pula sengaja untuk mendapatkan perhatian orang lain(khususnya kaum lelaki) dimasjid. Dan tidak seharusnya semua ini dilakukan.
Tetapi perginya ke masjid itu adalah niat ikhlas kerana Allah bukan untuk menonjolkan dan membangga diri yang sepatutnya diberi perhatian dan dijaga oleh kaum wanita jika ingin ke masjid.
Kesimpulannya di sini, tidak salah dan tidak pula dilarang bagi kaum itu untuk bersolat di masjid tetapi tidak digalakkan. Jika solat dimasjid itu memberi manfaat yang lebih baik, maka haruslah bagi wanita itu untuk ke masjid. Kerana selalunya di masjid-masjid, sebelum bermulanya solat sunat terawih, biasanya akan ada tazkirah dan ceramah agama di antara waktu maghrib dan isya'(seperti di Maghribi) juga sebelum maghrib/berbuka , dan disamping mendengar ceramah dan pengajian agma itu, bolehlah juga untuk kita terus untuk solat di sunat teraweh di situ.
Ataupun jika hanya teringin untuk bersolat jemaah di masjid(kerana berasa lebih khusyu' solat dimasjid), maka perlu diingatkann, hendaklah kehadiran wanita ke masjid itu tidak menimbulkan fitnah dan juga tidak pula hadir dengan penampilan yang menarik perhatian juga untuk bermegah-bermegah dengan pakaiannya, telekungnya dan juga untuk menunjukkan kerajinannya ke masjid.
Peliharalah diri dari mula keluar rumah, dalam perjalanan, ketika di masjid dan ketika perjalanan pulang ke rumah. Janganlah membuat bising, bergelak ketawa dan sebagainya.Juga peliharalah percakapan dan perbualan di dalam masjid daripada mengumpat dan berkata sia-sia tentang dunia. Walaubagaimana pun, sebaik-baiknya solat wanita itu adalah dirumah. wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment