Thursday, October 29, 2009

Pericoronitis

Ada sesiapa yang tahu tentang

Pericoronitis

saya jumpa perkataan ini masa membuat carian tentang sakit gigi yang adik lelaki saya form 5 kena minggu terakhir syawal yang lepas...kesian melihat dia kesakitan..saya search untuk cari apa punca kesakitan tersebut...akhirnya baru saya faham...sakit gigi yang adik saya kena adalah normal bagi remaja rupanya..terutama remaja berusia 17-24 tahun...kalau dalam perbualan harian..kebiasaannya kita semua kan sebut Pericoronitis ini sebagai..sakit kerana gigi geraham bongsu nak tumbuh...

ini sedikit perkongsian buat sahabat semua....



Pericoronitis dari segi istilah bermaksud pembengkakan sekeliling crown atau kepala gigi.Ia berlaku apabila gigi geraham tidak keluar sepenuhnya(partially tooth impaction).
kes ini adalah masalah umum yang biasa berlaku terutamanya golongan dewasa yang berumur 17-24 tahun semasa gigi geraham besar (3rd Molar) yang terakhir keluar.


Gigi geraham anda akan mengalami pembengkakan disebabkan oleh rembesan toksin bakteria.Seterusnya anda akan merasa sakit dan mungkin tidak akan tidur malam.
Penjagaan gigi yang kurang rapi menaikkan lagi kadar risiko.


Simptom & Rawatan
2 jenis simptom.

Minor simptom:
1.Sakit yang mengejut (Spontaneous pain)
2.Pembengkakan setempat (localize swelling)
3.Pernanahan (Purulence)
4.Bau busuk (foul odour or taste)

Major simptom:
1.Kesulitan untuk menelan makanan (difficulty in swallowing)
2.Pembengkakan nodus limfa (Enlarged Lymph nodes)
3.Kesukaran untuk membuka rahang mulut (limited mouth opening)
4.Pembengkakan kawasan muka ( Facial cellulitis)


Rawatan

Antibiotik diberikan untuk merencatkan aktiviti bakteria.
Namun risiko untuk berlaku jangkitan sekunder masih tinggi.Biasanya pembuangan gigi adalah jalan yang terbaik.Jika tidak mengambil langkah berjaga-jaga jangkitan boleh berlaku pada bahagian lain selain dari kawasan mulut.Kes yang teruk perlu dirawat di hospital untuk lanjutan pembedahan dan IV antibiotik.

Cabutan gigi yang mengalami 'Pericoronitis' ini perlu dibuat semasa pembengkakan telah surut sepenuhnya bukannya semasa 'infection stage atau acute'.Jika cabutan tetap dibuat,jangkitan akan merebak ke kawasan leher.

Justeru itu pengamal pergigian biasanya akan membersihkan sekitar kawasan jangkitan dan memberi antibiotik.Temu janji seterusnya diberikan kepada pesakit setelah bengkak telah surut.(biasanya selepas 1 minggu)



Bagi rawatan dirumah.Anda boleh membersih dengan mengosokkan gigi di sekitar kawasan jangkitan secara lembut.Elakkan dari makanan terkumpul. Berkumur dengan air garam atau ubat kumur-kumur amat digalakkan.


sumber: CA Bartzokas and GW Smith, ed (1998).
http://klinikmansurah.blogspot.com/

p/s: adik saya yang umur 19 tahun dan 17 tahun sudah tumbuh gigi bongsu...saya yang 21 ni..masih tak tumbuh-tumbuh lagi? erm...lambatnya membesar...huhu

1 comment:

Anonymous said...

aritu ana punye br tumbuh...plik gak memula apsal da tetua br nk tumbuh...