Akhir-akhir ini ( sejak balik berkursus di ipoh dan pulang ke kampung selasa lepas), di saat hidup orang lain di sekeliling saya semakin terisi, saya rasa hidup saya semakin kosong. Sangat kosong. setiap hari melakukan benda yang sama, tanpa ada satu pembaharuan seperti sebelum ini, hanya tertunduk kaku dan malu. Selsesai menyiapkan kerja , makan nasi sambil menghadap TV dan kemudian terus menuju ke bilik dan tidur pada malamnya. Komunikasi hampir zero. Fantasi lebih aktif berbanding aktiviti lisan. Diam memang teman saya.
Tertekan dengan keadaan sekeliling yang kuat membuli saya pun satu lagi halnya. Tak pernah-pernah saya mengamuk, baru-baru ini habis saya hentak-hentak steering kereta kerana marahkan seseorang. Tapi bila berhadapan, semua itu tak terluahkan. Terpaksalah saya menjadi mangsa buli . Dikerah melakukan apa yang tak perlu dilakukan pun, dalam erti kata lain kerja oarang lain saya yang dikerah lakukan tanpa bertanya mahu ataupun tidak. Cuti sayapun lebur begitu saja., cuti saya kali ini bukan lagi masa untuk saya berehat sebaiknya, tetapi masa untuk semua orang mengambil kesempatan keat as saya. Sehingga saya terlepas mengikuti perkara-perkara penting dalam diari kehidupan saya. Saya terlepas sesuatu yang manis untuk diraikan bersama.
Tak apalah. Hidup ini, ada ubi ada batas. Tiba suatu hari nanti, semua ini pasti terbalas.
Cara saya menghiburkan hati, saya mendengar Radio Klasik Nasional setiap pagi. Saya boleh tersenyum seorang mendengar lirik lagu dulu-dulu. Ada satu lagu yang hari-hari menitir di bibir saya. Gurindam. Datin Rafeah Buang. Selalunya, saya turut bergurindam sama seiring dengan dendangan radio.
“Langit cerah awan membiru, di dinihari embun pun jatuh, sakit menanggung rindu, di dalam air, di dalam air badan berpeluh.”
Gurindam lama memang dahsyat. Metafora berganda-ganda. Sampaikan di dalam air pun badan boleh berpeluh, ya. Indahnya, indahnya.
Kalau ada caranya, saya mahu jalan cerita hidup ini berubah. Menjadi penuh semula. Menjadi ada daripada tiada apa-apa. Jangan kosong. Isikan biar terisi. Yang kosong mudah dibisiki syaitan dan nafsu. Yang kosong mudah dibelenggu sadis dan jemu.
Nota 1: Adakah kerana saya terlampau pasif untuk beritahu sesiapa yang membuli saya, bahawa saya tak suka..
Nota 2: Kata adik saya, saya ni tak pandai meluahkan apa saya suka dan tidak...sebab tu senang kena buli...saya rasa saya perlu lakukan sesuatu..sebelum keadaan ni jadi lagi parah!!!
Nota 3: Biarkan Atau Mempertahankan Hak saya??
Nota 1: Adakah kerana saya terlampau pasif untuk beritahu sesiapa yang membuli saya, bahawa saya tak suka..
Nota 2: Kata adik saya, saya ni tak pandai meluahkan apa saya suka dan tidak...sebab tu senang kena buli...saya rasa saya perlu lakukan sesuatu..sebelum keadaan ni jadi lagi parah!!!
Nota 3: Biarkan Atau Mempertahankan Hak saya??
No comments:
Post a Comment