Tuesday, June 01, 2010

Perkembangan Flotila Lifelinne 4 Gaza


31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Terdapat juga laporan dari media-media Arab bahawa 9 orang yang meninggal dunia adalah kalangan warga Turki.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.
Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUAPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau.


Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.
“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.

 Brother Azman, Dr.Syed Halim dan sahabat2 haluanpalestin dan Ngo Malaysia


Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.
Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Aqsa As Sharif  dan Muslim Care. Manakala 2 orang lagi adalah wartawan dari Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

 Dr.Syed Haleem


Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka.  Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat  keredhaan dari Allah swt




KENYATAAN MEDIA
Isnin 31hb Mei 2010


GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotila Lifeline4Gaza

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi
bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke
perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh
sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat
terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan
laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah
terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada
Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada
di atas kapal "Mavi Marmara". Penyertaan mereka bersama konvoi ini
adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada
Resolusi 1860(2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan.
Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza
termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi
tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat
antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza,
dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat
awam dan semua bentuk terorisma.

Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang
teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti
mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai
lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen,
ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur
kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih
daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama
konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas
menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan
kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan- sukarelawan dari
kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah
melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku
di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan
kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel
menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari
seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan
YAB Dato' Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka
Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan
Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan
kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas
kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan
semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang
teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk
meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas
Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan
bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk
menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani
isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik,
pertubuhan-pertubuh an bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya
bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan
kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah
menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di
kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat
meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan,
atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT
menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran
kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia



Dari sumber : HaluanPalestin 

31 Mei – Mavi Marmara, Laut Tengah(10.30pg waktu Malaysia) – Konvoi Freedom Flotilla di serang, menurut laporan televisyen di Turki, 2 orang aktivis meninggal dunia, hampir dari 30 orang cedera.
Laporan dari live streaming IHH bahawa 2 orang yang telah meninggal dunia dan hampir 30 orang tercedera kerana serangan helikopter dari Israel. Belum ada keterangan mengenai siapa yang terkorban dan yang tercederaa tersebut.
Penyerangan yang dilakukan Israel ini dilakukan saat kapal Mavi Marmara sedang berada di perairan antarabangsa.

Seterusnya berita..



Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyatakan hari berkabung selama tiga hari di seluruh wilayah Palestin sebagai penghormatan terhadap para korban serangan kejam Israel ke atas konvoi Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan untuk Gaza.
Perdana Menteri Palestin dari HAMAS, Ismail Haniyah juga mendeklarasikan aksi mogok beramai-ramai sebagai tanda berkabung untuk para korban dan tercedera akibat serangan Israel yang terjadi hari ini terhadap para aktivis kemanusiaan. Diantaranya adalah Syeikh Raed Salah, ketua Gerakan Islam di Palestin, yang mengalami luka serius akibat serangan tentera Zionis ke atas kapal-kapal Freedom Flotilla.
Ismail Haniyah juga berkata dalam kenyataannya kepada media bahawa mereka yang bersama konvoi bantuan Gaza sebagai pahlawan bangsa Palestin, dan Hamas mendesak para pemimpin Arab untuk mengambil langkah-langkah praktikal untuk mengakhiri pengepungan Gaza.
Setidaknya 20 orang telah meninggal dunia dalam serangan itu dan masih ada kemungkinan akan terus bertambah serta lebih dari 50 orang lainnya mengalami kecederaan.
“Pemerintah Palestin di Gaza menghormati usaha konvoi armada freedom flotilla untuk memecahkan pengepungan terhadap Gaza,” kata Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyah lagi.
“Kami menganggap semua yang terkorban dan tercedera dalam serangan tersebut sebagai syuhada Palestin, syahid atas usaha mereka merobohkan pengepungan terhadap Gaza,” tambahnya
 Sahabat-sahabat HaluanPalestin

Semoga Allah swt melindungi para relawan serta aktivis Misi Bantuan Gaza..Armada kapal yang menghantar bantuan kemanusiaan gaza kini ditawan oleh tentera yahudi israel laknatullah..
Dikhabarkan jumlah kematian terus meningkat..Marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka.. Alangkah bahagianya orang2 yang berjuang di jalan Allah....

No comments: