Alhamdulillah sedikit masa yang ada sebelum melelapkan mata saya gunakan untuk kongsi dengan semua dan juga sebagai catatan saya sendiri mengenai apa yang terjadi seminggu dua ini. Seperti semua tahu pengajian ijazah saya sudah tamat, alhamdulillah tarikh graduasi juga sudah diumumkan yang dokumen yang sepatutunya pun sudah saya sediakan, hanya yuran graduasi sebanyak RM140 masih belum dibayar (dapat gaji bulan 4) saya selesaikan. Menyambung pengajian pula bukanlah agenda utama saya buat masa ini, insya Allah dapat kerja baru saya fikirkan semula.
Sementara mendapat kerja berkaitan bidang yang saya belajar, saya masih meneruskan kelas pengajian Al-Quran, dan alhamdulillah semakin ramai nak-anak murid. Kerja sebagai guru di tadika pun saya masih teruskan sehingga mendapat tawaran kerja yang lebih baik dan bertepatan dengan bidang pengajian saya. Mencari kerja dan melihat jawatan-jawatan kosong yang diiklan di surat khabar mahupun internet menjadi rutin harian sebelum pergi mengajar mahupun selepas kerja. Tidak terkira sudah resume yang dihantar, kebanyakkannya hanya menunggu maklum balas dan panggilan temuduga jika ada rezeki. Sebarang program melibatkan kerjaya saya pasti akan hadiri. Setakat ini alhamdulillah sudah 3 temuduga yang saya hadiri, bermula dengan Proton Edar untuk jawatan Admin Executive kemudian Celcom untuk jawatan Management Trainee dan terbaru di Petrofac untuk jawatan Document Controller. Kesemuanya masih menunggu maklum balas dari mereka.
Bukan mudah mendapat pekerjaan, lebih-lebih lagi pekerjaan yang betul-betul bersesuaian dengan diri kita dan menjaga batas-batas agama. Masih diingatan lagi ketika saya sedang menjalani praktikal saya menerima tawaran dari Bank OCBC untuk jawatan Customer Servive Executive di KL dengan gaji asas RM 2700 sangat seronok pada mulanya, tetapi saya percaya ada rezeki yang lebih baik buat saya. Sebolehnya saya akan menolak tawaran pekerjaan yang melibatkan bank bagi mengelakkan saya jump into business industry that definitely and obviously involved with RIBA, most of my friends say to me that i'm stupid when reject all the offer. Bukan kerja yang glamour saya cari tetapi rezeki yang berkat. Gaji nanti untuk keluarga dan anak-anak, biarlah dari hasil titik peluh saya dan halalan toyyiba. Oh ya masa temuduga Celcom, pengalaman baru buat saya, saya ditemuduga seorang bos berbangsa cina. Masuk dalam pejabatnya, saya duduk dan soalan pertama yang ditanya pada saya adalah Adakah awak ada masalah untuk bersalaman dengan lelaki? saya menjawab Of course, I'm muslim, i will not shake hand with man. Straightly that chinese guy reply back. So to settle this matters, i want you to wear thin and skin color of glove during working hour, by the way from your resume I'm interested to hire you as one of management trainee. Saya agak terkejut, dalam hati terus terfikir begini rupanya budaya kerja, Saya terus tidak berminat dengan tawaran Syarikat gergasi tersebut! Akhirnya saya tinggalkan begitu sahaja.....
Apa-apa pun saya tahu untuk permulaan ini bukan lah mudah seindah mimpi, dalam keadaan saya yang Fresh Graduate tanpa apa-apa pengalaman sudah pasti saya perlu berusaha lebih berbanding yang lain. Apa yang saya harapkan hanyalah semuanya dipermudahkan dan saya diberi peluang bekerja di syarikat yang berseuaian dengan saya.
2 comments:
Saya ada mendapat interview kat OCBC as customer service executive next weeks. Lps bce kamu pnya entri ni rase serba slh plak. Bila bce tntg riba. Kbykan keja skng ni sumber byk samar2. Sblm ni syrkt judi. Dah la bru graduate,kerja xleh milih2. Xp bab duit ni pk jgak...
Saya ada mendapat interview kat OCBC as customer service executive next weeks. Lps bce kamu pnya entri ni rase serba slh plak. Bila bce tntg riba. Kbykan keja skng ni sumber byk samar2. Sblm ni syrkt judi. Dah la bru graduate,kerja xleh milih2. Xp bab duit ni pk jgak...
Post a Comment