Sunday, February 24, 2013

Ibrah dari Rutin Perjalanan dan Pekerjaan

Assalamulaikum wbt...

Alhamdulillah ada sedikit kesempatan buat saya untuk menulis sedikit disini, diikutkan hati memang sudah lama mahu berkongsi topik ini dengan kalian semua. Hari-hari saya merakam peristiwa ini, sebelum itu alhamdulillah saya masih lagi bekerja di syarikat yang saya melaporkan diri pada bulan 9 tahun lepas di KLCC, lebih bersyukur saya akan mula diserap sebagai pekerja tetap bermula 3 March ini. Rezeki dari Allah yang saya tidak pernah duga dengan keadaan sekarang ramai yang mengeluh untuk mencari kerja dan tidak kurang ramai yang dibuang kerja. 

ok, kita pergi semula kepada apa yang saya sebenarnya nak cerita dengan kamu semua. Begini, rutin harian saya untuk pergi bekerja bermula sekitar 4.30 pagi, bangun bersihkan diri, seterika baju untuk pergi kerja,  mengemas rumah mana yang patut, tunaikan ibadah sunat dengan ruang waktu yang sangat berharga. Itu ini, dekat 5.30 saya akan panaskan enjin kereta. Biasanya dala 5.45 saya akan gerak keluar untuk ke KTM Sungai Buloh, selalunya sampai di ktm elok2 azan subuh. Saya akan solat subuh di surau ktm dulu dan lebih kurang 6.30 akan nak train ke kl sentral. Sampai ke KL Sentral lebih kurang pukul 7 pagi, dan saya akan tukar ambil LRT pula untuk ke KLCC, Alhamdulillah sampai pejabat dalam 7.30. Sempat sarapan atau sediakan mana yang patut sebelum mula kerja pukul 8. Begitulah rutin saya dari Isnin hingga Jumaat semenjak bekerja.  Bagi sebahagian orang ia kelihatan agak meletihkan, yup begitu yang saya rasakan pada mula-mula dulu. Tetapi saya selalu akan pusingkan segala cabaran yang dihadapai dari sudut positif, sebagai contoh bangun awal, jika dulu liat untuk bangun awal apatah lagi solat sunat Tahajud. Namun alhamdulillah sekrang lebih istiqamah dengan jadual sekarang, Masa yang ada didalam train selama 30 minit perjalan dari KTM Sungai Buloh ke KL Sentral pula saya boleh gunakan untuk menghabiskan Mathurat dan bacaan Al-Quran secara teratur, ALHAMDULILLAH. Disebalik rutin yang agak awal, saya menfaatkan setiap masa yang ada.

Selesai kerja dalam pukul 5, saya akan bergegas pulang. Yang pasti saya akan pastikan saya solat Asar dulu sebelum keluar dari KLCC. Lebih mudah kerana tidak pasti jadual waktu train 'Delay' ataupun masaalah lain. Jarang saya berjalan-jalan disekitar Suria KLCC mahupun sekitar KL apabila habis waktu bekerja. Saya ada kelas Al-Quran dan IQRA pada sebelah petangnya bermula jam 6.00 hingga 9.00 malam. Begitulah saya setiap hari, kecuali hari Jumaat keran tiada kelas mengaji. Jadi selalunya hari Jumaat lambat sedikit saya keluar dari pejabat. Selesaikan mana-mana yang patut sebelum bercuti hujung minggu.

Apa yang saya ingin katakan ibrah adalah, ,menaiki kenderaan awam hari, saya berpeluang melihat pelbagai lapisan masyarakat, yang susah, yang cacat, yang buta, dan macam-macam lagi lah. Sempat jugaklah berkongsi cerita pengalaman hidup mereka dengan saya. kebanyakkan yang sudah agak berusia dan bekerluarga yang ringan mulut untuk bersembang. Pengalaman itu saya kutip untuk kehidupan saya sendiri kelak. Insya Allah. Alhamdulillah saya bersyukur dengan keadan hidup sekarang, rezeki yang Allah bagi, suasana tempat kerja yang memudahkan untuk saya bersolat dan persekitaraan yang selasa.

Nota 1: Saya ada dua impian tahun ini, kumpul duit untuk bayar duit muka rumah dan turunkan berat badan.





1 comment:

aqissibrahim said...
This comment has been removed by a blog administrator.